Wednesday, September 26, 2007

Suspect Arrested In Nurin's Senseless Murder

By B. Hariharasuthan

KUALA LUMPUR, Sept 26 (Bernama) -- Police arrested a 41-year-old man in Lebuh Ampang here this afternoon in connection with the sexual savagery and murder of eight-year-old Nurin Jazlin Jazimin.

The suspect, who works as a "middleman" for a travel agency in the city, was lured by a friend to a coffeeshop where a police team had mounted an ambush to nab him.

A police source said police laid the ambush after the suspect's friend notified them that the suspect might be linked to Nurin's brutal murder.

The friend had also told police that he suspected the man could be the "Kampung Baru child molester" who had sexually abused two children with brinjal.

Bernama learnt that prior to the arrest, the friend had hoodwinked the suspect into believing that he had a business proposal to discuss at the coffeeshop.

At about 2pm, the suspect arrived at the coffeeshop where his friend was waiting.

According to the friend, they discussed joint-venture businesses before the topic of conversation veered to personal matters.

"During this time, I sent an SMS to a group of undercover policemen who were waiting in ambush outside the coffeeshop.

"Just then, the man asked me to meet a business associate and began walking towards a building, located on the other side of the road.

"At that juncture, I immediately called the policemen," he told Bernama.

Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar said it was too early to comment on the arrest of the suspect.

It is learnt the suspect was taken to the Petaling Jaya police headquarters to facilitate investigations.

On Aug 20, Nurin was reported missing by her father, Jazimin Abdul Jalil, after she went alone to a night market near her house in Section 1, Wangsa Maju, here.

Despite wide media coverage and massive search effort, she could not be traced.

On Sept 17, Nurin's nude body stuffed inside a sports bag, was found under a staircase of a shoplot in PJS 1/48, Petaling Utama. A post-mortem revealed she had been sexually assaulted with a cucumber and brinjal.

The suspect, who wore long-sleeved blue shirt and black pants, carried a bag when he came to meet his friend at the coffeeshop.

It is learnt that the man, from Segamat, is engaged to a receptionist who works in a hotel here.

- Bernama

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam pembunuhan dan penderaan seksual terhadap Nurin Jazlin Jazimin, 8, di Lebuh Ampang di sini hari ini.

Suspek itu, yang bekerja sebagai “orang tengah” di sebuah agensi pelancongan di bandar raya telah diajak oleh seorang rakannya ke sebuah kedai kopi di mana sepasukan polis menunggu untuk menahan lelaki itu.

Sumber polis berkata, serbuan itu dibuat selepas rakan suspek memberitahu polis bahawa suspek mungkin mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam Nurin.

Rakan suspek itu juga memberitahu polis bahawa lelaki yang disyaki itu mungkin terlibat dengan kes pencabulan dua kanak-kanak yang dilaporkan di Kampung Baru dengan menggunakan terung.

Difahamkan sebelum penahanan itu, rakan suspek telah meyakinkan suspek bahawa beliau mempunyai satu rancangan perniagaan yang perlu dibincangkan di kedai kopi itu.

Kira-kira pukul 2 petang, suspek tiba di kedai kopi itu dengan rakannya telah sedia menunggu.

Menurut rakan suspek, mereka pada mulanya membincangkan tentang usaha sama perniagaan sebelum menukar topik kepada perkara-perkara peribadi.

“Pada masa ini, saya menghantar SMS kepada sepasukan anggota polis berpakaian biasa yang menunggu di luar kedai kopi itu untuk bertindak.

“Lelaki berkenaan kemudiannya meminta saya menemui rakan perniagaannya dan mula berjalan ke arah sebuah bangunan yang terletak di seberang jalan.

“Pada saat inilah, saya menghubungi polis,” katanya di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, masih terlalu awal untuk polis mengulas mengenai penahanan suspek.

Difahamkan suspek itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Pada 20 Ogos, Nurin Jazlin dilaporkan hilang oleh bapanya Jazimin Abdul Jalil, selepas keluar seorang diri untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju, di sini.

Di sebalik liputan meluas media dan usaha besar-besaran mencarinya, Nurin Jazlin tidak dapat dikesan.

Pada 17 September, mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam sebuah beg sukan yang diletakkan di hadapan tangga sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.

Hasil ujian DNA mendapati mayat itu adalah Nurin Jazlin dan bedah siasat mendapati mangsa juga didera secara seksual.

Suspek berkenaan, yang memakai baju kemeja lengan panjang berwarna biru dan berseluar hitam, membawa sebuah beg untuk bertemu dengan rakannya di kedai kopi itu.

Difahamkan lelaki itu yang berasal dari Segamat, telah bertunang dengan seorang penyambut tetamu di sebuah hotel di sini.

- Bernama

43 comments:

Anonymous said...

ALHAMDULLILAH...
JIKA BENAR ITU PEMBUNUHNYA... TAHNIAH DIUCAPKAN PADA PIHAK POLIS.

MARI SAMA-SAMA KITA BERSYUKUR KEHADRAT ILLAHI.

AMIN

Anonymous said...

If it's that BASTARD, Syabas to the police! And thank you to the friend!

But if its not him, I still think the police and media should keep mum on the BASTARD's identity and description until he is arrested so he won't hide or change his appearance.

Anonymous said...

Berita baru yang diterima mengatakan, pihak polis nafi membuat sebarang tangkapan membabitkan kes pembunuhan kejam nurin jazlin.

Latest news, police had denied made any arrest in connection with nurin's senseless murder case.

Anonymous said...

I hope that the nation will still keep their senses in check even with the arrest. After all, someone is not guilty until proven so.

Sometimes the obvious may be right in front of our eyes.

But if this man is the murderer, may it be proven without a shadow of a doubt and a swift punishment befall him.

It was tough for everyone when Nurin was found. I fight off tears and sadness and it affected my work and my life. But I hope her family will be stronger and pray to God for justice.

Anonymous said...

i don't think so..
photofit itu adalah jalan terakhir jika tiada petunjuk lain yang dapat membantu. Ia mesti digunakan jika dah clueless, tujuan utama adalah untuk sesiapa yang pernah nampak atau kenal suspek bukan untuk orang yang baru nak cam suspek. suspek mungkin jiran, rakan sekerja, rakan sekolah lama, sedara mara atau yang pernah kita nampak dan tahu kebiasaan suspek berada. Kita tak tahu mungkin ada orang yang kita kenal dan berperangai seperti manusia normal lain tetapi ada dark side yang abnormal yang kita tak tahu...

Anonymous said...

Hopefully the suspect is the one whole Malaysian is looking for as I can't wait to see the revenge.

Nikaido,
Japan

Jas said...

IGP Tan Sri Musa Hassan denied a wire report that said police have arrested a suspect in the Nurin Jazlin murder case.

Maxis STAR sms updates
26-09-07 8.44 pm

I pray the monster will be caught soon and God will deal with him appropriately.

Anonymous said...

Kenapa nafi? salah tangkap orang lain ke?

Anonymous said...

Ye tak ye...if not because of the photofit (at least), none of us will be able to help the police to find that BASTARD.

Let us all recite Surah Al-Ikhlas, with Allah's Will, the truth will be revealed in the shortest time period.

Anonymous said...

Menurut sumber, penafian itu adalah sebagai satu helah polis untuk menahan lebih ramai suspek yang terbabit.

A source says, the denial is a police's tactic to nab more suspects connected to nurin's case.

Anonymous said...

salam...
Yessss!! Kalu betullah itu binatang yang punya nagkara haku nak tgk muka dia!!! Nak Ludah ngan kahak hijau haku ni!!
Arakkan satu Malaysia ni!!! Baru puas hati semua!!!
Tak ada ayat yang paling sesuai utk labelkan binatang tu!!!
Memang anak haram!!! Mak Bapak dia dulu 'buat' dia guna terung kot!!
Tu yang jadi binatang tu!!Sial punya jantan!!!

Anonymous said...

i pray to god tat the muderer will be caught soon. seeing those pictues of her make me cry.....at such a age she really been tortured.

mummy said...

at least polis tak peluk tubuh.. ada la jugak progress.. i wonder mcm mana kawan dia blh turned him in..? atas reason apa.. apa clue nya?

Anonymous said...

Alhamdulillah, jika benar . Sepatutnya sisetan ni diarak ke setiap negeri di Malaysia, letak dalam kandang, biar dia pakai seluar dalam aje, jangan kasi makan/minum (macam yang dibuat pada Nurin), dipamer kat setiap bandar utama untuk pengajaran dan peringatan kepada semua orang. Sampai tempat aku biar aku rejam

Anonymous said...

Ringkasnya, pihak polis sedang berusaha keras menyelesaikan kes bunuh nurin jazlin dan usah kita mengganggu proses siasatan mereka. Berdoalah semoga keadilan dapat ditegakkan dan kes sama tidak berulang lagi.

In short, police is trying their level best to solve nurin"s murder case. Its best for all of us not to interfere process of investigation. Lets pray to almighty Allah so that justice is in place and same cases will not be repeated.

:: dotter :: said...

alhamdulillah...

~jika betul dia..

~itulah, lama mana dia nak sembunyi..?

~anda akan selalu diperhatikan.. AWAS!!!

Anonymous said...

Kalau suspek yg ditahan, bukan pembunuh Nurin, this announcement i think is abit premature.

This Nurin's case sepatutnya menjadi yg terakhir, sebab everyone in the society should not ever forget that our environment is no longer safe for kids to go anywhere freely. For parents, be more strict and mindful with your kids and never let your kids do things on their own and teach them street smart utk mengelak from being lured into a van, car etc or follow strangers. It is not entirely a parent's fault if something like this happen; we as a society may have without realising created the monster from within us. Siapa ibu bapa perogol ini? Adakah mereka tahu keburukan peribadi anaknya? Ini adalah kecuaian yg lebih besar jika akibat salah didikan, this person become a predator and a sadis. And government and policy makers have a big role to play in creating a safe environment for all of us, adults or kids alike. And that idea about teachers to look after kids the entire day is really not practical. The teachers have their own kids too after certain hours.
Create more awareness for safety. To the polciymakers, accept the fact that our surrounding is unsafe and try to think of better ways to control the situation.Check if we are in control of the immigrants, the durg addicts, sex fiends, the pornography cds and put censorship where necessary. Jgn malu melakukan kebaikan.

Anonymous said...

Argh, thank goodness to the man who had helped a lot with the investigation. I salute you!!! To the Malaysian Police and the public as a whole, good job, guys. I know it's not yet known whether he is the real murderer of Nurin Jazlin or the ''Kampung Baru Child Molester'' but this investigation has been going on very well. At least, we now know some news about the progress. If he is the real monster, let's bring him to justice!!!! WE ALL WANT TO SEE HIS FACE WHO BROUGHT SHAME TO THE WHOLE WORLD.... Raping is already a heinous crime, killing a brutal act, inserting cucumber and a brinjal to AN 8-YEAR OLD CHILD's private parts is SUCH AN EXTREMELY UNDEFINED SADISTIC TORTURE....!!!! Tak ade hati perut langsung!!!

Ya allah, selamatkan lah hamba-hamba mu daripada perbuatan syaitan2 di dunia ini....

*Al-Fatihah kepada Adik Nurin Jazlin*

Nur said...

Takziah utk keluarga adik Nurin.

Dengan ikhlas saya berpendapat gambar monster (mcm hantu bertanduk) yang diletakkan di bawah gambar nurin ni tak berapa sesuai rasanya. It is quite disturbing, really.

Same goes with those songs. I think it is enough with the quran recital. Wallahualam...

JARI JEMARI said...

A'kum.....

Syukur alhamdullilah.... harap2 itulah bangsat yg dicari!

Tunggu sajelah pembalasan buat mu bangsat!

AC said...

Dalam berita TV2 tadi 10 pm @ 26 Sep 07, polis nafi tangkap suspect pembunuh adik Nurin. PDRM dah jadi macam badut sarkas. Please back-up, jangan kerana tekanan oleh orang ramai maka tangkap main hentam keromo sahaja. Takut nanti yang tak bersalah kena hempuk dengan orang ramai. Pada yang menolong polis dalam siasatan, tahniah moga Allah balas jasa kalian. Pada PDRM I would not forgive you on the stupid mistake and careless.

Nik Ahmad Farez said...

- On 25th Sep, news reported DNA result will be out soon....
- Yesterday 26th Sep, another report from a mom who claim that a man tried to lure her daughter at a 'pasar malam' in Setapak (read at www.thestar.com.my)

Hope another witness remember such similar incident, come forward to assist police to identify the suspect.

"GOOD GIRL 'NURIN' GOES TO HEAVEN...
LAKNATULLAH BEAST GOES TO HELL..."

ALLAHUAKHBAR!
ALLAHUAKHBAR!
ALLAHUAKHBAR!


NikMAXSTEAM
www.ridenroll.com

Anonymous said...

it occures to me from the beginning what is the killer's motive of putting the bag in the area where 24-hr mamak stalls and restaurants that are so nearby around the hours of suhur and killer/s even chose to put the bag at the stairs of offices plus the cctv?

the killer/s could just dump the bag in a river or in a palm estate or anywhere that is deserted or even buried the whole bag and the body but the killer/s chose otherwise.i have been to the scene and noticed that there are other deserted and dark stairs and locations the killer/s could have chosen to leave the bag but he/she didnt.

is it that the killer/s planned all this because he/she wanted to make sure people find out about the body?

i just hope the authority can solve the case a.s.a.p. and if they can't then should seek professional help from other country before it turns cold.

ab said...

takziah utk keluarga allahyarhamah..dan al fatihah utk nurin..


KUALA LUMPUR 26 Sept. - Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam pembunuhan dan penderaan seksual terhadap Nurin Jazlin Jazimin, 8, di Lebuh Ampang di sini hari ini.


?????????

KPN nafi pembunuh Nurin Jazlin ditangkap
Oleh KHAIRUL AZRAN HUSSEIN

PETALING JAYA 26 Sept. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini memberi amaran kepada media supaya tidak membuat spekulasi berhubung penahanan seorang lelaki disyaki pembunuh kanak-kanak malang, Nurin Jazlin Jazimin.
‘‘Tiada tangkapan (dalam kes Nurin Jazlin setakat ini), jangan buat cerita yang tidak betul kerana nanti akan mengganggu siasatan.

‘‘Kita juga akan memanggil penulis terbabit dan menyiasat dari mana dia mendapat maklumat yang tidak benar itu,” tegas Musa kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

???????

apa dah jadi ni??????

kucingbaik said...

after watching too much tv..
my uneducated guess would be:

this..this..(insert namecalling) is not scared of us, of the authorities,of being caught..

he can destroy or dump the body anywhere where it can never be found (everybody knows this)
and it's not because of stupidity for putting the bag in a public place,it is because...he is challenging the police to catch him

and also after watching too much tv and trying to be like that whatshisface criminologist character in the 'Criminal Mind', I would say he 'wants' to be caught..and he's playing the cat n mouse game with the police.."catch me if you can" he says....this is a game to him...sick @^%&
and if he is indeed the 'abg kucing',he got bored for getting away with what he did to 2 girls in kg baru , and he seeks more 'challenge' in his sick n twisted mind with nurin..

they say if you want to catch a criminal,you have to think like one and be inside his mind...
i so do not want to

- i too feel uncomfortable looking at nurin's pic with the devil's..(just like i felt when i see canny ong's pic sidebyside with her murderer),even when the photofit is available, his pic shouldn't be anywhere near nurin's

- about the suspect caught/not caught thing,
another media/police "i say to-mah-toe, you say to-may-toe"..sigh

-praying for the real sick @%$^ to be nabbed soon

srikandi malam said...

salam~
well,we have to wait and see..
hopefully, police well arrest the right person..
tak sabar rasanya nak tgk muka BINATANG tu..
ALLAH knows best..the truth will reveal soon..
sama2 lah kita berdoa untuk kesejahteraan adik nurin disana
AMIN~

Anonymous said...

E-mel diterima berkenaan berkenaan post-motem jasad arwah:-
1. tiada makanan dalam perut ditemui, sekurang-kurangnya 2 minggu tidak diberi sebarang makanan.
2. terdapat kesan garam melekat dibawah kelopak mata, dipercayai air mata yang lama bergenang.

Mengapakah airmata lelaki ini mengalir mengenangkan penderitaan dia?

Mengapa hanya simpati lahir dengan kes yang serupa dulu?

Sesungguhnya garam yang melekat dibawah kelopak mata itu adalah air mata yang bergenang.

Airmata itu itu adalah

Airmata ketakutan
Airmata kerinduan
Airmata minta dilepaskan
Airmata minta dikasihani
Airmata kesakitan
Airmata penderitaan

Tangisan, rayuan tenggelam dalam
kesuraman.

Akhirnya kau tiada daya lagi, lemah dan tak bermaya, kering sudah airmata menanggung siksa

Tak tertanggung oleh tubuh kecilmu.
Sungguh kau tak menyangka dan tak tergambar oleh akal mu yang masih muda, manusia itu boleh bertindak sebegitu kejam.

Akhirnya kau pejamkan mata, mimpi berjumpa semula keluarga, dah keadaan kembali sediakala. Itu membuat kau terus terlena dengan airmata bergenangan.

Baru ku sedar, itulah punca airmata ini mengalir. Mengenang nasib yang kau terima sebegitu lama. Mengharungi seksaan yang diterima oleh tubuh yang sekecilmu itu.

Aku doakan kau bahagia di sana, syurga menanti dengan senyuman.
Damailah kau disana.

Anonymous said...

Betul dah dapat pembunuhnya! Ya Allah berilah petunjuk mu dengan segara agar sipembunuh itu dapat ditangkap dan dihukum secepatnya dan sebelum ada mangsa lagi yang akan menjadi mangsa........
Nurin Jazlin ..AFATIHAH buat mu di sisi Ilahi, senyumlah sayang derita mu telah berlalu...tapi hati ku masih lagi rasa terluka mengenangkan persitiwa pahit ini..
Buat keluarga bertenang, bersabar itu sahaja yang dapat saya katakan.....

de_kerinchi said...

Tidak kira sama ada benar dia pembunuh nurin atau tidak, sekira nya dia melakukan jenayah dan melibatkan keselamatan awam maka ia harus diberi hukuman setimpal.

Jika dia pembunuh Nurin maka berita ini akan melegakan banyak pihak, terima kasih kepada pihak yang terlibat hingga tertangkap nya penjenayah seumpama dia....

Anonymous said...

TANIAH UNTUK PEMBERI MAKLUMAT! I KNOW PDRM IS TRYING VERY HARD...KEEP IT UP!!!!

Anonymous said...

My opinion, police will take DNA sample for the arrested 41 years old man and match with the DNA from the hair found in the sports bag.

If both DNA are matched.... Guys, what do you think???? We found the murderer!!

Azura said...

Comments fm nur...

Takziah utk keluarga adik Nurin.

Dengan ikhlas saya berpendapat gambar monster (mcm hantu bertanduk) yang diletakkan di bawah gambar nurin ni tak berapa sesuai rasanya. It is quite disturbing, really.

Same goes with those songs. I think it is enough with the quran recital. Wallahualam...
----------------------------------------------

Saya pula berpendapat sememang nyer pembunuh Nurin layak digambarkan sedemikian rupa...!!

Melalui gambar itu juga saya berpesan pada anak2 saya agar berhati2 dengan orang2 yg tak dikenali diluar sana...

Anak sulung saya lelaki berumur 8 tahun... Kalau berjalan di shopping complex memang jenis yg tak pernah duduk diam... Sentiasa berlari ke sana kemari... Kadang2 sampai terlepas dari pandangan... Alhamdulillah, after explain to him about Nurin story & show him the most wanted face tu, dia dah berubah... Terkedu, tak terkata...!!

Bukan nak menakutkan tapi utk jadikan pengajaran supaya dia tahu apa yg dia buat itu salah... Kadang kala bukan ibu bapa sengaja cuai (mana ada ibubapa yg tidak sayangkan anak), tapi anak2 yg terlebih hyper nie sometimes tak boleh nak dijangka tindakan mereka...

Buat keluarga Nurin, TAKZIAH saya ucapkan.. AL-FATIHAH...

Rentaka said...

Takziah, Syafaat Anak & Doa Pelindung

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net



Musibah yang menimpa al-Marhumah Nurin Jazlin yang masih kanak-kanak bukanlah satu balasan terhadap dosanya, malah ia belum sempat untuk berdosa. Menurut para ulama Islam, musibah yang menimpa kanak-kanak seperti kematian sebegini adalah merupakan satu rahmat untuknya, adapun cara kejam pembunuhan itu adalah manifestasi kegagalan acuan dan hasil tangan manusia yang berlagak pandai untuk menguruskan kehidupan, mereka degil dari arahan dan larangan Allah s.w.t, lalu kelahiran manusia buas sedemikian adalah hasilnya, menandakan seriusnya tahap kejahilan dan kehancuran jiwa manusia di sekeliling.

Saya kira, semua insan normal akan merasa pedih apabila melihat gambar keadaan jenazah Nurin di atas, apatah lagi sesiapa yang melihatnya secara berdepan. Saya sendiri terganggu pemikiran sejak kelmarin apabila isu ini tersebar di berita. Terfikir betapa kesakitan yang dialami olehnya menyebabkan saya terganggu dalam menumpukan perhatian dalam ceramah yang disampaikan. Ceramah saya di Universiti Malaya paling terkesan, minda saya gagal memfokuskan kepada isi kuliah yang ingin disampaikan.

Benar, Ia juga merupakan satu ujian Allah s.w.t ke atas kedua ibu bapanya. Sesiapa sahaja yang mampu bersabar serta redha, bagi mereka Syurga dan barangsiapa yang menuding jari menyalahkan Allah s.w.t dan taqdir, mereka adalah dari kalangan ahli neraka.

Nabi bersabda :-

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala, dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah." ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)

Menurut Syeikh Soleh Al-Munajjid, antara hikmah dari kematian seorang kanak-kanak, antaranya sebagai penyelamat diri kanak-kanak terbabit di akhirat kelak, hanya Allah yang mengetahui hikmah sebenar.

Beliau juga berkata, tidak dinafikan semua kanak-kanak ada kemungkinan jika ia sempat dewasa ia boleh menjadi musuh Islam yang terbesar, jatuh murtad, melakukan dosa yang amat dahsyat dan lain-lain. Yang mana sebahagian tindakan dosa tersebut boleh menyebabkan anak itu kekal di dalam Neraka.

Justeru, dengan kematiannya di waktu kecil, ini bermakna Allah s.w.t dengan rahmatnya telah pasti terselamat dari sebarang dosa besar dan kemurtadan yang mungkin berlaku. Perihal sebegini ada disebut dalam surah al-Kahfi, iaitu sebagaimana kisah Nabi Khidir a.s yang sengaja membunuh seorang anak kecil yang telah diketahui melalui Allah s.w.t akan menjadi penjahat besar kepada ibu bapanya jika ia dewasa.

Ciri Mukmin Yang Sentiasa Tabah

Sama-sama kita pasrah kepada Allah dan mengingati ciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-


عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Ertinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa" ( Riwayat Muslim)





Syafaat Anak Kecil & Aqiqah

Saya hanya mampu mendoakan al-marhumah Nurin Jazlin mendapat kenikmatan terbaik di alam barzakh ketika ini dan akhirat kelak. Moga ibu bapanya yang mampu redha dan sabar juga layak mendapat 'title' orang beriman dan redha Allah s.w.t. Ia sememangnya tidak mudah, tetapi redha adalah suatu kewajiban dan bukan pilihan.

Jika sekiranya ibu bapa Nurin Jazlin belum melakukan aqiqah untuknya, eloklah dibuat aqiqah tersebut.

Menurut Imam Ahmad r.h, sekiranya anak kecil meninggal dunia dalam keadaan belum diaqiqahkan, anak tersebut tidak akan membantu (memberi syafaat) kedua ibu bapanya di akhirat. Justeru, syafaat dari anak kecil yang meninggal untuk si ibu bapa adalah bergantung kepada aqiqahnya ( Mirqat Al-Mafatih, 8/78). Wallahu 'alam.

Ia berdasarkan kefahaman Imam Ahmad dari hadis :-

الغلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم السابع ويسمى ويحلق رأسه

Ertinya : anak tergantung kepada aqiqahnya, dilakukan sembelihan aqiqah pada hari ketujuh dan diberi nama serta dicukur kepalanya" ( Riwayat At-tirmizi dan Ahmad )

Justeru bagi semua ibu bapa samada Nurin Jazlin atau lain-lainnya, jika terdapat anak yang meninggal dunia dalam keadaan Islam, berusahalah menjadi ibu bapa yang beriman secara tulen. Allah s.w.t pasti akan menghubungkan anak dan ibu bapanya semula di akhirat. Janganlah terlalu bersedih dengan pemergiannya. Firman Allah s.w.t :-

والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان ألحقنا بهم ذريتهم وما ألتناهم من عملهم من شيء

Ertinya: "Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya." ( At-Tur : 21 )

I



InshaAllah, anak-anak kecil yang meninggal ini akan berada di syurga Allah s.w.t. Disebut dalam kitab Ad-Durr Al-Manthur sesungguhnya orang yang beriman dan anak-anaknya akan berada di dalam syurga bersama-sama. (Ad-Durr Al-Manthur, 7/633 ; Tafsir At-Tabari, 27/25)

Bagaimanapun, jika seseorang ingin bersama anaknya tersebut, perlulah ia melakukan amal soleh dan menjadi orang yang beriman dengan benar-benar iman.

Deretan Kes Perit Hampir Serupa Tanda Apa?

Apapun, segala macam bentuk perhatian kini perlu ditingkatkan, apa guna ibu bapa yang asyik dengan mencari duit dan wang sehingga tiada masa untuk melihat keselamatan anak. Begitu ramai ibu bapa yang tersangat sibuk dan sentiasa bertawakkal palsu tentang hal keselamatan anak-anak mereka.

Perlu diambil perhatian oleh kita semua bahawa keselamatan kanak-kanak perempuan semakin membimbangkan ibu bapa hari ini. Cuba lihat deratan kes di bawah :-

Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.

Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.

Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9 pula ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia.Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.

Kisah seterusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani, Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.

Selain itu bulan yang sama, Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah .

Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.

Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.

Dan akhir pada 23 Oktober 2000, Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

Doa Pilihan Pelindung Keluarga

Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-

من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك

Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080 - teks doaya adalah yang berwarna merah)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?

Lelaki berkata : aku disengat kala

Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Sekian dan takziah ke atas keluarga Nurin Jazlin dan semua keluarga yang menghadapi cabaran yang sama.

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

21 Sept 2007

9 Ramadhan 1427 H

Anonymous said...

Suri > I believe police working hard on this, tak blehlah kita labelkan they are useless, they themselves ada anak, i knew a policeman who cried his heart about Nurin's case...but still they have to be reminded...takkan till their loves one becoma a victim only then they will take such an action...

An as for media mass, please and please dont do so much speculation, giving wrong information, we should wait a statement from the authority, knowing the authorithy work style, they are not allowed to reveal anything until and unless theres a strong reason and evidence to do so.... but ppl in media mass, pls dont only concern about ur buisness but do help by giving an accurate information rather than have the twisted tounge which mislead the public and yet the police who got the blame when they themselves worsen the investigations....

and for us public, pray hard and help in any ways u can but my advice dont swallow whatever u read before u...some news paper only want to get the benefit from the dark!!!

Anonymous said...

Diharap polis menyiasat dengan terperinci.jangan sampai salah menghukum.siasat dulu.klu betul yang ditahan tu pesalah sebenar, hukum dengan hukuman yang paling berat biar jd iktibar utk rakyat malaysia...

Anonymous said...

Pembunuh kejam ini patut diarak satu M'sia, jgn diberi makan, tanpa seurat benang pun di badan, kemaluan dipotong dan disula ngan timun dan terung dlm lubang dubur....

GURUkecik said...

berita hari ni, KPN menafikan pembunuh adik nurin ditangkap... ape la,,kalau blm ditangkap,jangan la memandai buat kat media yang sUspek diTANGKAP ketika sedang minum kat kafe...ape la...heboh2 kat media suspek ditangkap,jangan heboh if its not a real MURDER...

gurukecik said...

XLAMA LAGI AIDILFITRI BAKAL MENJELMA...di bulan ramadhan ni,,banyak2kan berdoa supaya si keparat tu segera di tangkap... aminnn..

Anonymous said...

hairan, napa rakan tu boleh pecahkan rahsia yang dia pakat ngn polis? pecahkan rahsia dalam semua akhbar malaysia pulak tu?, tak ke bahaya camtu?.. ke ade udang di sebalik mee.. gara2 nk dpt rm35 ribu wang saguhati..

Anonymous said...

Response to nur

What's wrong with the hantu bertanduk picture? Doesn't that reflect that BASTARD who had tortured Nurin till her last breath?

Yes, Quran recital is suitable too but still, what's wrong with the song video clip??

Anonymous said...

if only i could capture that bastard, i would have slaughtered him into pieces with my own hands...i hope that our PDRM will succeed in their attempt to arrest nurin's murderer, and for those who came up with fake stories, pls stop doing so..

La Vonda Gollner said...

May God be with Nurin's family at such a unrestful time. She was a angel on earth.

bayi said...

My condolences. Let the full force of the law take its course on the guilty ones and God will take care of the justice after their life on this earth.