Monday, September 17, 2007

Usaha kesan Nurin di pintu sempadan

RANTAU PANJANG 12 Sept. – Pasukan Gerakan Am (PGA) telah mengarahkan anggotanya di kedua-dua Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini supaya meningkatkan pemerhatian dalam usaha membantu mengesan Nurin Jazlin Jazimin, 8.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Supritendan Azahari Yahya berkata, ia bagi mengelak sebarang kemungkinan cubaan membawa keluar Nurin dari negara ini melalui pintu sempadan.

Kata beliau, pihaknya juga sudah menampal gambar Nurin yang disiarkan menerusi akhbar di CIQ Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor dan di beberapa sekatan jalan raya sejak 2 September lalu.

"Kita membuat pemeriksaan rapi terhadap kenderaan yang keluar masuk menerusi CIQ," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Nurin hilang sejak 20 Ogos lalu dan pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak pihak yang bersimpati terhadap nasib kanak-kanak itu dan keluarganya agar dia dapat ditemui semula.

Azahari berkata, pihaknya turut bimbang dengan keselamatan Nurin dan berusaha membantu mengesannya.

- Puteri Umno Malaysia

1 comment:

Anonymous said...

Al-Fatihah untuk adik Nurin. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. PEMBUNUH adik nurin harus direjam sampai mati, setimpal atas apa yang telah dilakukannya keatas nurin