Saturday, September 8, 2007

Kenyataan Akhbar PPIM



Sekitar Majlis Solat Hajat Untuk Adik Nurin Jazlin Jazimin
Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) bersama pelajar Institut Tahfiz Jalan Keramat Hujung dengan kerjasama pasukan Sukarelawan Terlatih Ronda Metroraya ( STORM ) dan Divisyen Komunikasi dan Pemantau PPIM akan mengadakan Majlis Solat Hajat berikutan kehilangan adik Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, pada 8 Ogos 2007 yang lalu. Divisyen Komunikasi dan Pemantau di bawah SCS Communication & Sport akan menjalankan rondaan pemantauan di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor melalui perkhidmatan radio berfrekuensi tinggi dan skuad bermotor STORM akan memberi sepenuh kerjasama dalam usaha mencari adik Nurin supaya kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Selain dari itu, majlis ini juga diadakan bagi mendoakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad selamat menjalani pembedahan jantung pada hari ini.

1 comment:

qisti an-nissa said...

assalamualaikum....

takziah buat kelurga allahyarhamah, nurin jazlin, dan utk seluruh rakyat malaysia....
marilah kita beradu tenga membanteras sgl kganasan dmuka bumi ini...

ALLAHUAKBAR..!!!!!!!