Friday, September 14, 2007

Operasi mencari perlu diseragam

KUALA LUMPUR 13 Sept.– Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia (Perisi) mencadangkan supaya usaha mencari Nurin Jazlin Jazimin, 8, oleh pasukan keselamatan, persatuan-persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) diseragamkan.

Presidennya, Mustafa Ab. Rahman berkata, ia bertujuan mengukuh dan memperkemaskan operasi mencari kanak-kanak tersebut kerana gerakan bersepadu berupaya mengembangkan maklumat yang diperoleh.

“Gerakan bersepadu dan seragam boleh membantu semua pihak mendapatkan maklumat lebih tepat dalam usaha mencari kanak-kanak malang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 20 Ogos lalu, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Desa Setapak di sini yang menghidap sakit buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang selepas pergi seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya.

Kehilangan anak kedua daripada empat beradik itu membimbangkan ibu bapanya, lebih-lebih lagi kanak-kanak tersebut perlu memakan ubat setiap hari atau badannya akan lemah selain membengkak dan mengalami kekejangan.

Selain itu, Mustafa menasihatkan semua pihak agar tidak berputus asa mencari kanak-kanak tersebut walaupun tempoh kehilangan Nurin Jazlin hampir mencecah sebulan.

Beliau juga berharap sempena bulan puasa ini, operasi mencari Nurin Jazlin akan diseragamkan.

Dalam konteks ini, beliau memuji sikap dan daya usaha pasukan polis yang komited dalam mencari Nurin Jazlin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K. Kumaran berkata, polis masih kekurangan maklumat yang boleh membawa kepada penemuan Nurin Jazlin.

- Utusan Malaysia

5 comments:

Unknown said...

Selamat jalan sayang, selamat jalan Nurin Jazlin,pergilah kepada cahaya illahi yang menanti kerana disana ada syurga, derita dunia telah kau lalui...walau pun perit ia hanya sementara....kami disini sentiasa mendoakan kebahagiaan mu..
Derita yang kau rasa kami rasai...
Kepada keluarga terutama ayah dan ibu bersabarlah dan semuga cekal menghadapi segala dugaan yang amat pedah ini....ALFATIHAH

nanie said...

nape.malaysia sudah x aman.... nie kah tanda malaysia bakal dijajah skali lagi....knapa manusia smakin kejam.....dunia dah nak kiamat??????????????........ apa salah nurin....nape bnatang2 tu sangup buat cmne......x ke mrekapikir klu anak mreka sendiri yng kena.....

Lala said...

tapi syaitan x pikir yang akan ke neraka and diseksa oleh Allah.
al-fatihah:)

lanina_windblowing said...

Takziah buat keluarga Nurin. Pemergian Nurin pastinya satu kehilangan besar kepada semua, namun sebagai umat Islam, keredhaan dan kesabaran mengatasi segala-galanya. Diharapkan keluarga Nurin terus tabah dalam meniti hari-hari mendatang. Semoga roh Nurin dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang soleh serta mulia di sisi Allah s.w.t. InsyaAllah

Unknown said...

Lepas baca Berita Harian, saya harap sesiapa yang menghebahkan gamabr bedah siasat tersebut akan diambil tindakan mengikut undang-undang yang ditetapkan!

Mana nilai integriti sebagai penjawat awam. Mudahnya perkara yang sulit boleh keluar sewenang-sewenangnya.

Kepada polis - sesiapa yang melakukan kerja ini perlu dihukum! Encik Jasni jangan lepaskan mereka!!

Untuk mu adik Nurin Jazlin engakau tetap cantik difikiran ku...AL-FATIHAH....