Wednesday, September 5, 2007

Nurin Dilapor Dilihat Di R&R Seremban

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Nurin Jazlin Jazimin, 8, anak pemandu teksi yang hilang dari satu pasar malam di sini 16 hari lepas, dilaporkan dilihat di kawasan R&R Lebuh Raya Utara Selatan di Seremban hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP K. Kumaran berkata maklumat itu diperoleh pagi tadi daripada seorang pemanggil yang enggan memperkenalkan dirinya.

"Kami telah hantar satu pasukan polis ke sana bagi memastikan sama ada Nurin betul-betul ada di situ dan kami juga telah meminta bantuan polis Seremban.

"Pemanggil itu enggan mendedahkan identitinya tetapi kami harap maklumat itu adalah sahih," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada R&R yang dimaksudkan itu adalah yang menghala ke selatan atau utara manakala waktu sebenar kanak-kanak itu dilihat juga tidak dinyatakan.

Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abd Jalil, 33, berkata beliau kecewa kerana ada pihak cuba mempermain-mainkan kehilangan anaknya itu dengan memberi maklumat palsu.

"Saya amat berterima kasih dengan semua pihak yang sudi bantu kami dalam misi pencarian Nurin. Tetapi yang sedihnya, ada orang yang sanggup memberi maklumat yang palsu.

Pada 20 Ogos lalu, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, hilang ketika keluar ke pasar malam seorang diri berhampiran rumahnya di Seksyen Satu, Wangsa Maju.

-- BERNAMA

15 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum....salam takziah saya ucapkan utk kuarga en.jazimin....saya dari kedah..sllu ikuti perkembangan kes adik nurin..saya seorang ibu..terlalusedih dgn kejadian yg menimpa...saya berharap pihak polis cepat dpt tangkap penjenah itu,,,,,saya geram sangat...ini kerja orang giler....

Anonymous said...

assalamualaikum....salam takziah saya ucapkan utk kuarga en.jazimin....saya dari kedah..sllu ikuti perkembangan kes adik nurin..saya seorang ibu..terlalusedih dgn kejadian yg menimpa...saya berharap pihak polis cepat dpt tangkap penjenah itu,,,,,saya geram sangat...ini kerja orang giler....

Anonymous said...

Assalamualaykum..
salam takziah buat seluruh keluarga En. Jazimin...saya dr putrajaya selalu mengikuti perkembangan kes arwah adik Nurin..saya bermohon pdNYA agar pembunuh itu segera ditemui, supaya kita sbg rakyat Malaysia dpt menghukum pembunuh tersebut dgn hukuman yg setimpal selain dia juga akn dihukum di akhirat kelak..sesungguhnya DIA Maha menyayangi Nurin..Al-Fatihah

Anonymous said...

pembunuh patut direjam bila dijumpai kelak..Jangan risau,arwah nurin akan tenang dan senang di syurga..MArilah kita bersama2 berdoa agar pembunuhnya dijumpai.

miss arene said...

saya mengucapkan takziah kepada encik jazimin keluarga......

Anonymous said...

My Dear Angel

Rest In Peace Dear Nurin Jazlin...Condolences for Mr.Jazimin's family..

Keep faith in God..

Anonymous said...

Al fatihah....
Salam takziah diucapkan kepada keluarga adik Nurin...
Sesungguhnyanya Nurin terlalu comel untuk disakiti....
MasyaAllah....
Harap2 si pembunuhnya mendapat balasan yang setimpal!

Anonymous said...

assalamualaikum....
salam takziah saya ucapkan kpd En.Jazimin sekeluarga, sesungguhnya Allah ingin menguji hamba2NYA, dan ingatlah setiap ujian ada seribu rahmat terselindung disebaliknya yg tidak kiita ketahui, dan Allah tidak akan menguji hambaNYA melainkan hambaNYa itu didalam pemerhatianNYA.Allah telah berfirman didalam Al-Quran bahawa setiap ujian Allah itu mampu ditanggung oleh hambaNya.Biarpun pahit, tetapi inilah hakikat ketentuan Ilahi,bukankah berpegang kepada Qada' and Qadar Allah adalah petanda kita beriman kepadaNYa?Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul,sungguhpun saya tidak mempunyai apa2 pertalian kekeluargaan, tetapi, peritnya dapat saya rasai,lansung terus memikirkan hal kekejaman kpd kanak2 yang tidak berdosa ini.Sesungguhnya anak2 kecil yang telah pergi akan menjadi penolong kepada ibubapanya di padang mahsyar kelak, mereka inilah yang akan membawa air kpd ibubapa ketika semua umat kehausan di padang mahsyar. Hanya satu doa dan harapan saya bahawa biarlah SIPEMBUNUH YG BINATANG ITU DAPAT DIBERKAS POLIS...tp yaNG PASTI PENJENYAH ITU TIDAK AKAN TERLEPAS DARI HUKUMAN ALLAH yang sebaik2 PEMBERI HUKUMAN....SEMOGA ADIK NURIN BERBAHAGIA DISISINYA...WALAHUA'ALAM

Anonymous said...

assalamualaikum.....salam takziah utk keluarga en.jazimin.semoga rohnya dicucuri rahmat.harap pembunuh nurin menerima pembalasan yang sekeras-kerasnya.harap kes seperti ini tidak akan berulang lagi.pihak polis MESTI menguatkuasakan undang2 khusus untuk kes seperti ini.TAKZIAH sekali lagi untuk kematian NURIN JAZLIN JAZIMIN.al-fatihah buat nurin jazlin....

Unknown said...

eiiiiiii geram tul aku.
rasanyer cam nak sula jer ngan batang cangkul....

Unknown said...

eiiiiiii geram tul aku.
rasanyer cam nak sula jer ngan batang cangkul....

Anonymous said...

Assalamualaikum...
saya harap keluarga en.jazimin byk2 bersabar dan selalu berdoa agar pembunuh tersebut dapat ditangkap dan mendapat balasan yang setimpalnyer...

saya turut bersa sedih..memang yang melakukan penyeksaan dan pembunuhan itu kejam sgt..kanak2 tak berdosa..tak tahu apa2..saya turut geram sgt..byk2 lah bersabar...

Anonymous said...

akom,en jazimin.sye dn kluarge sgt2 sdeyh di ats pemergian nurin.sye dn kluarge ingin mengucapkn TAKZIAH kpd anda skeluarge."i really hope dat the 'animal' dat did diz 2 nurin will get his punishment as soon as possible.deeply from my heart,i was hoping dat nurin is still alive.."

Anonymous said...

takziah buat keluage nurin jazlin jazimin...aku adelah slah seorg plajar dr slah sebuah ipta di kuale lumpur..maap kalo bahse aku nie mnyakitkn ati mreke2 yg membace,aku sllu kut perkmbangan kes adik nurin jazlin jazimin nie..sakit btol ati aku cam nk nanges! if lh tuhan tunjuk kt aku pmbunuh 2 mmg aku cincang btol2 dpan masyarakt xpecialy dpan mak bpak bdk 2!,bangsat anjing!!...bodo cam tayar!!..setitik darah budak 2 semangkuk aku nk ko pulang blik kt fmly die!!..bodo sial anjing!!!...halus ko kalo aku dpt!!....

Anonymous said...

Takziah buat kelaurga encik jazimin.

Allah swt berfirman di dalam Surah An Naba' ayat 21-30 tentang balasan terhadap orang yg durhaka, maksudnya:

21:Sesungguhnya neraka Jahannam itu padanya ada tempat pengintai;
22: lagi menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas;
23: mereka tinggal didalamnya berabad-abad lamanya;
24:mereka tidak merasa kesejukan di dalamnya dan tidak pula mendapat minuman;
25: selain air mendidih & nanah
26: sebagai pembalasan yang setimpal
27: Sesungguhnya mereka tidak takut kepada hisab;
28:dan mereka mendustakan ayat-ayat Kami dengan sesungguhnya;
29: Dan segala sesuatu telah Kami catat dalam suatu kitab;
30: Kerana itu, rasakanlah. Dan Kami sekali-kali tidak akan menambah kepada kamu selain dari azab.