Saturday, September 22, 2007

Keselamatan anak-anak kian merisaukan ibu bapa

Oleh: AZMAN ANUAR (WARTAWAN UTUSAN)
SATU semi satu kekejaman yang hanya layak dilakukan oleh binatang telah berlaku di negara kita. Amat menyayat hati apabila seluruh negara menerima berita bahawa mayat kanak-kanak perempuan yang disumbat dalam sebuah beg pakaian dan ditinggal di sebuah premis perniagaan di Taman Petaling Utama, Isnin lalu disahkan sebagai Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang 20 Ogos lalu.

Sesungguhnya masyarakat mengharapkan peristiwa kepulangan budak hiperaktif, Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang hilang selama 15 hari itu akan berulang lagi. Namun Nurin Jazlin pulang dengan begitu mengharukan - kaku tidak bernyawa.

Jelas penjenayah yang masih bebas ini kejam dan sudah hilang akal sehingga sanggup menculik, merogol dan membunuh kanak-kanak yang baru belajar mengenal dunia.

Si penjenayah yang melakukan tiga jenayah berat ini tidak ubah seperti haiwan ganas yang bukan sekadar tidak ada iman tetapi jahil mengenai peraturan hidup di muka bumi ini.

Allah berfirman dalam surah At-Tin yang maksudnya, “Manusia dicipta dengan sebaik-baik kejadian.” Maknanya manusia diberikan fizikal yang terbaik, akal untuk berfikir dan kelebihan iman untuk mengendalikan nafsunya. Tetapi, jika mereka tidak menghargai kelebihan itu, jatuh kedudukan mereka lebih rendah daripada haiwan.

Sudah banyak kes jenayah seksual ke atas kanak-kanak berlaku di negara ini. Sedih apabila membaca semula kisah kekejaman dilakukan kepada kanak-kanak perempuan yang dirogol dan dibunuh kejam yang ditemui di semak, kebun dan tepi sungai.

Perkara ini mesti ditangani oleh semua pihak dan masyarakat. Jangan kita bergantung hanya kepada jabatan polis dan agama sahaja untuk mengambil tindakan. Semua anggota masyarakat perlu prihatin dan mencari jalan bertindak untuk mencegahnya.

Tragedi yang menimpa Nurin Jazlin adalah salah satu daripada beberapa siri kes rogol dan pembunuhan membabitkan kanak-kanak yang belum dapat kita bendung sepenuhnya.

Persoalan yang masih bermain di fikiran kita ialah mengapa Nurin Jazlin yang mempunyai masalah kesihatan itu diperlakukan sedemikian rupa?

Manusia gila seks melampau itu adalah ‘pesakit’ yang boleh mengancam keselamatan awam. Masyarakat berhak menuntut hukuman yang lebih berat dikenakan kepada mereka yang bertanggungjawab menculik, merogol dan membunuh bukan sahaja kes Nurin Jazlin tetapi kes lain dalam kategori yang sama.

Jelas, si penjenayah tidak gentar hukuman berat yang bakal diterimanya. Atau sememangnya dia seorang gila atau psiko seks. Kenapa dia memilih jalan bahaya dengan menculik kanak-kanak kecil dan bukan jalan selamat dengan melanggan pelacur murahan yang menanti di hotel murah di ibu negara?

Kita perlu jadikan ini iktibar. Kini, menjadi tanggungjawab semua pihak terutama ibu bapa, pihak sekolah, jiran-jiran dan sebagainya mengambil langkah segera membantu membanteras kejadian ngeri ini daripada berulang lagi.

Langkah-langkah keselamatan dan kempen kesedaran mencegah jenayah perlu segera digerakkan ke peringkat akar umbi.

Apa yang menimpa Nurin Jazlin telah ditakdirkan, mungkin esok atau lusa giliran keluarga kita pula. Sebelum terlambat, pendekatan pencegahan perlu dicari.

Sudah tiba masanya sebuah pasukan petugas khas dibentuk untuk memerangi jenayah rogol secara berterusan dan bukan hanya ditangani secara ad-hoc apabila berlaku sesuatu kes.

Kita tidak mahu pihak berkuasa bersifat reaktif, hanya bertindak apabila ada kes sedangkan sepatutnya tindakan pencegahan dibuat secara berterusan.

Kejadian culik, rogol dan bunuh kanak-kanak bukan hanya memberi kesan kepada keluarga mangsa tetapi juga masyarakat keseluruhannya.

Kini masyarakat merasakan kawasan persekitaran rumah mereka tidak lagi selamat. Kita tidak boleh membuat larangan kepada anak-anak perempuan pergi ke pasar malam, ke kedai atau berbasikal untuk mengelak daripada diculik dan dirogol.

Kejadian culik kini membimbangkan sesetengah ibu bapa di Lembah Klang. Ada yang sudah tidak yakin anak-anak pergi dan pulang sekolah dengan bas. Ada ibu bapa sanggup menghantar dan mengambil sendiri anak dari sekolah.

Semua ini dilakukan mereka kerana si penjenayah kejam itu masih bebas. Tidak ada ibu bapa yang sanggup mengambil risiko kehilangan anak.

Apakah bentuk tindakan yang boleh diambil bagi membendung kegilaan ini daripada menimpa keluarga kita? Kita tidak boleh bergantung harapan semuanya kepada polis atau mengharapkan masyarakat dan jiran, mereka juga ada tanggungjawab. Bermakna untuk menjaga keselamatan anak-anak, berbalik kepada tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik mereka supaya dapat menjaga diri sendiri.

- Utusan Malaysia

16 comments:

Jai said...

hukum hudud adalah yg paling adil untuk pembunuh NURIN..

Smlm mahkamah menjatuhkan hukuman 19thn penjara pd perogol kanak2..ini tidak adil..sebab budak tu pasti merasai trauma..

kita bayangkan kesengsaraan Nurin ketika saat2 kematian nya..pasti arwah teringatkan keluarga nya..

Dari sahabat Amin(Jazimin)
Jai

Anonymous said...

Dear En.Jasni and Family.

Our deepest condolence to all of you...May sweet Nurin rest in peace in the arms of an angel. ALFATIHAH..

Dear Lord,

Show the beast the way to the lowest hell! he's not worth living on this earth...

Dear Parents,

We are a parents to no one (at least for the time being), but we are uncle/aunt/sister/brother/HUMAN, and the tragedy is unimaginable to an innocent child like Nurin..Take care of your beloved ones!

Dear Police.

FIND THE BEAST, NOW!!!!!

Broken-hearted!
Norelle and ARidz

Anonymous said...

sungguh kejam perbuatan manusia jenis bertopengkan iblis terhadap insan yang tidak berdosa...Ya Allah laknat manusia durjana itu.

Anonymous said...

Berbahagialah Arwah Adik Nurin di syurga....semoga roh nya di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh........

ct...

Editor said...

Dear Nurin,

We miss you but we know you are in the good hands of God.

Anonymous said...

Berhati-hati melaporkan kehilangan anak anda. Nanti anda akan didakwa cuai.

Anonymous said...

Allahyarhamah Nurin telah selamat dikebumikan tetapi penderitaan psikologikal keluarganya dan kemarahan sebahagian besar rakyat Malaysia masih belum terubat selagi binatang yang membunuh Nurin tidak ditangkap dan dihukum. Pasti semua orang tidak mahu peristiwa ini berulang dan di bulan baik ini sama-samalah kita doakan pembalasan sewajarnya diberikan oleh Allah Azzawajalla kepada binatang tersebut. Insyaallah.
www.xperienceoflife.blogspot.com

benludin said...

belum habis keluarga arwah nurin berduka kerana kehilangan anak tersayang, KPN dah nak dakwa parents arwah kerana cuai...apa daaa KPN ni...

setuju dgn sdr. JAI....hukum hudud mesti dilaksanakan di malaysia...

neveremailme said...

Assalamualaikum En Jasni, En. Jazimin dan keluarga,

Saya dan keluarga selalu mengikuti perkembangan pencarian Nurin, dan juga berita-berita terakhir pada saat pemergian Allahyarhamah Nurin ke rahmatullah.

Semalam, saya tidak dapat menahan sebak apabila melihat Imam menangis teresak2 semasa sembahyang. Itulah pertama kali saya menangis ketika menonton TV.

Saya dan keluarga mengucapkan sedalam-dalam takziah dan telah pun solat hajat (and will continue to do so) sehingga pembunuh kejam ditangkap.

He should be skinned, salted, and dumped into boiling water, before being hung. Sudah pasti hukuman mati menantinya.

Ameen.

Tini Rahim said...

encik jasni dan keluarga,

keperitan yang ditanggung anda anak beranak tak mungkin dapat difahami melainkan mereka yang pernah kehilangan cahaya mata. saya yakin pada saat ini, tak ada perkataan yang boleh melegakan sayat di hati encik jasni dan isteri. cuma kami, rakyat malaysia ingin memberitahu encik jasni bahawa kami sentiasa berdiri di belakang encik sekeluarga sehingga pembunuh gila itu dapat ditangkap dan dihukum, walaupun secara sah atau tidak. saya ingin mengatakan bahawa perkara ini terjadi bukan atas salah sesiapa pun, bukan salah masyarakat yang dikatakan tidak prihatin, dan bukan salah encik suami isteri yang dituduh cuai. orang hanya akan pandai bercakap dan melempar tohmahan kerana perkara ini tidak terjadi kepada mereka, dan anak-anak mereka.masyarakat sudah cukup prihatin tetapi selagi wujudnya "binatang" itu atas muka bumi ini, masyarakat tetap berada dalam bahaya dan tidak ada ibu-bapa yang berdaya untuk menyekat kewujudan "binatang" tersebut. kepada encik sekeluarga, janganlah jadikan kematian puteri encik sebagai jalan mati. sebaliknya jadikanlah ia pembakar semangat untuk encik suami isteri untuk menjejak "binatang" yang masih bebas melangkah di bumi yang tidak menginginkan kewujudannya lagi. bersyukurlah sekurang-kurangnya kita semua tahu bahawa syurgalah tempat arwah Nurin menunggu kedatangan encik dan isteri di akhirat kelak.

Emma Ismail said...

Ya Allah Ya Rabbi,

You know the pain and sorrow of death; mercifully hear our prayer for those who mourn the death of their beloved.
The nights are lonely and the days are too long.
Comfort them and bring an end to the days of tears.
Bless them and bring an end to their days of sorrow.
Renew them with the joy of life and bring to an end their days of mourning.
Let the bond of love which you have for your people be the foundation of their hope that love never ends and that precious moments with our beloved are forever held dear in our hearts.

Ya Allah,

We pray for those who have been murdered.
We commit to your loving care those who have died, beseeching you to receive their souls into the mercy of your love.
Comfort their loved ones who mourn. Enable them to meet the lonely and painful days ahead in the strength of your love.
Let the love that you have made known to us lead us to create safer place for all to walk upon.

Emo13

Anonymous said...

Dear Parents, please check out this website. It has useful information on what we can do to protect our children.
www.ncjrs.gov/html/ojjdp/psc_english_02/
intro.html

Anonymous said...

Yang dah berlalu kita jadikan peringatan dan pengajaran. Pihak berkuasa, tugas and belum selesai kotakan janji, carilah pembunuh Adik Nurin sampai dapat. Jangan jadi seperti seperti kes pembunuhan jururawat di perkarangan hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu dah 2 tahun kes belum selesai, pihak berkuasa banyak beri alasan, pembunuhnya masih berleluasa..wahai rakyat Malaysia sama-samalah kita berdoa agar kes-kes ini pesalah dapat ditangkap dengan segera.


salam

Anonymous said...

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM NURIN. SESUNGGUHNYA ALLAH PASTI MENYEDIAKAN SYURGA UNTUKNYA.
KPD PIHAK BERKUASA: APABILA PEMBUNUH LAKNAT DURJANA DAPAT DITANGKAP DAN APABILA DIJATUHKAN HUKUMAN, PASTIKAN HUKUMANNYA SETIMPAL. JANGAN HUKUM BUNUH! SAYA ULANGI: JANGAN HUKUM BUNUH! HUKUM PENJARA SAMPAI MATI DENGAN TUGAS-TUGAS BERAT, DAN SEBAT 1000 KALI. SEBELUM HUKUM, ARAK DIA DENGAN LORI SAMPAH SELURUH NEGARA, GANTUNG KAKI KE ATAS. BAGI PELUANG KEPADA IBU BAPA NURIN UTK BUAT APA YANG MEREKA SUKA KEPADA SYAITAN LAKNAT TU.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Salam takziah d'ucapkan buat ahli keluarga adik Nurin.. Semoga rohnya d'tempatkan di kalangan orang2 yang soleh.. Buat keluarga Nurin, semoga tabah menghadapi dugaan Allah taa'la..

Saya sangat2 berharap agar pembunuh yang KEJAM tersebut d'jumpai oleh pihak polis & d'kenakan hukuman yang sangat berat.. Namun saya berharap agar pihak polis tak salah tangkap & menjatuhi hukuman kpd orang yang tak bersalah..


Wassalam..
Ms. Roy Yusof

Anak Mansor said...

PENJENAYAH TU SEBENARNYA LEBIH JIJIK ,HINA, DAN KEJAM DRPD BINATANG!!!! SEPATUTNYA DIJATUHKAN HUKUMAN PALING KEJAM YG PERNAH WUJUD ATS MUKA BUMI NI! BARULAH BOLEH BERI PENGAJARAN KEPADA 'BINATANG2' LAIN!