Thursday, September 20, 2007

Fikirkan semula nilai kita

Oleh MARHAINI KAMARUDDIN (WARTAWAN UTUSAN)

PENANTIAN ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin agar anak kesayangan yang hilang genap sebulan hari ini, hanya secebis kisah duka daripada banyak lagi cerita sengsara ibu bapa lain yang tidak dihebahkan melalui media.

Mengikut rekod polis, terdapat sekurang-kurangnya 16 ibu bapa di luar sana yang masih menanti penuh harap malah mungkin sudah bergolok-bergadai menjejaki anak masing-masing - kesemuanya hilang dalam usia mentah iaitu di bawah 9 tahun.

Mereka yang terdiri daripada 10 lelaki dan enam perempuan tidak termasuk Nurin Jazlin dilaporkan ‘ghaib’ dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini sahaja. Ini bermakna secara puratanya dua kanak-kanak di bawah umur 9 tahun hilang setiap bulan, atau seorang hilang setiap dua minggu sepanjang tujuh bulan lalu.

Angka ini cukup membimbangkan. Bukan sahaja bagi yang mempunyai anak bahkan setiap anggota masyarakat yang ada keluarga, adik-beradik dan saudara-mara malah sahabat-handai.

Apatah lagi fakta yang Nurin Jazlin hilang berhampiran rumahnya sendiri umpama igauan ngeri kerana ia memberi gambaran bahawa kawasan kediaman kini sudah tidak selamat lagi.

Dalam hal ini, pandangan Ketua Wanita MCA, Datuk Dr. Ng Yen Yen mengenai perubahan masa, menarik untuk dijadikan renungan.

Katanya: ‘‘Kita perlu melihat semula nilai dalam masyarakat. Perbandaran dan kemajuan bukan sahaja membawa pembangunan bahkan menjadikan masyarakat lebih rumit.

“Kita mempunyai pelbagai jenis ‘orang yang tidak dikenali’ di sekeliling kita dan anak-anak kita.’’

Sebagai kanak-kanak, tentu sahaja mereka tidak mampu membezakan di antara baik dan buruk, orang baik dan orang jahat apatah lagi senyuman baik dengan yang ada niat jahat.

Modus operandi ‘abang kucing’ yang setakat ini difahamkan telah mencabul dua kanak-kanak perempuan ialah ‘mengumpan’ mangsa menggunakan cerita kucing hilang sambil membuat muka kasihan. Mustahil bagi kanak-kanak ‘membaca’ niat seseorang itu sama ada benar-benar memerlukan pertolongan atau tidak.

Persoalannya perlukah sebagai ibu bapa, kita ‘mengurung’ anak-anak di dalam rumah dan tidak membenarkan mereka keluar sendiri walaupun hanya ke kedai runcit berhampiran - untuk menjamin keselamatan mereka.

Walaupun agak kasar bunyinya, perlukah ibu bapa mengajar anak-anak agar bukan setakat tidak mempercayai orang yang tidak dikenali bahkan jiran, guru mahupun saudara sendiri?

Benarlah masa telah berubah. Tidak cukup dengan memperturunkan nilai-nilai yang dipelajari dan diwarisi daripada ibu bapa dan nenek moyang selama ini, peranan ibu bapa kini semakin rumit dan mencabar.

Ibu bapa kini perlu juga membuat keputusan nilai mana yang hendak diterapkan kepada anak-anak dan yang mana pula patut dibuang kerana tidak lagi sesuai dan boleh mengundang bahaya.

- Utusan Malaysia

61 comments:

Tuan Rumah said...

Al Fatihah. Walau apa pun keputusannya, moga² keluarga Nurin tabah menghadapi dugaan Allah.

~Nes~ said...

Hi.. I'm Nesan, and i just want you to know that i'm keeping Nurin n her family in my prayers. I pray that Nurin will b found in good health n the criminal to b put in justice! I also pray for peace to b with her family...

I will help spread the news on my blog as well...

Have faith n dun give up!

emasputeh said...

Al Fatihah...semoga persoalan ini terungkai dan siapa yang melakukan kekejaman ini akan mandapat balasan dari Allah swt.

emasputeh said...

Al Fatihah...semoga persoalan ini terungkai dan siapa yang melakukan kekejaman ini akan mandapat balasan dari Allah swt.

Kak Teh said...

Al fatehah. Tak tahu apa yang dikatakan lagi tatkala menerima berita sedih ini. Kepada keluarga Nurin, sabar menghadapi dugaan dalam bulan yang mulia ini.

Anonymous said...

Innalillah...
Berita tengahari tadi mengesahkan bahawa kanak2 tersebut ialah adik Nurin.
Salam takziah.
AL-FATIHAH.

Anonymous said...

Al-Fatihah. terkejut apa yang saya dapat berita tadi.

Anonymous said...

Mayat budak perempuan itu adalah Nurin


PETALING JAYA: Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.
Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.
Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas - BERNAMA

-innalillah.. moga pembunuh tu dpt balasan setimpal.

Unknown said...

Innalillahi wainnanalillahi ro'jiun. Takziah buat keluarga adik Nurin. Semoga pembunuh tersebut dapat dikenalpasti segera dan menerima hukuman setimpal...

Al-Fatihah

Anonymous said...

aii cepat pulak dna result.. dulu i remember it takes almost a week

Anonymous said...

al fatihah...
saban hari memikirkan kesudahan kisah nurin..kalau benar semoga ia dalam ketenangan...dan saya berdoa gar yg melakukannya dapat dikesan secepat mungkin.

Anonymous said...

Innalillah...Alfatihah..
Tumpang bersedih diatas berita ini..
Insyaallah..Surga jua tempatnye..

.:mUnies:. said...

al-Fatihah..
moga pembunuh itu dpt balasan

Anonymous said...

Anonymous said...

aii cepat pulak dna result.. dulu i remember it takes almost a week

September 20, 2007 3:17 PM


It really depends on the particular DNA test, on the amount and quality of the DNA you have, and on what you're after. DNA tests can take a long time, but if you have quality DNA, and you do ordinary marker testing, the kind nearly always done, the process usually takes five to seven days from the moment the process starts.

The process can also be "pushed," if it's urgent enough, as it sometimes is in a serious criminal or medical case, and all the DNA results usually needed for forensic evidence or medical treatment can be obtained within seventy-two hours.

The lab our local police uses almost never takes longer than seven days to return results, though one case about a year back did take twice this long because the DNA wasn't of very high quality. I don't think a test has ever come back in three days, but I know results have been obtained in four days on several occasions.

Ethnicity can't actually be determined from DNA testing, no matter what tests you run. All that can be determined is probable ethnicity, which is why on such shows as CSI, the report always comes back with the word "probable." These probabilities are often remarkably accurate, and far too often, completely wrong.

Nor can age be determined through DNA testing.

Gender can nearly always be determined, but rare circumstances can even throw this off.

Assuming teh DNA sample has not degraded to a high extent, or has not been contaminated, everything a criminal investigation needs or can use will be returned with the five to seven day test, and pretty much everything a medical case can use will also be returned with a five to seven day test.

-Jamesaritchie

try said...

Saya sekeluarga mengucapkan takziah atas pemergian adik nurin, semoga keluarga nurin tabah menghadapi ujian allah ini, Al-Fatihah

Adline Writes said...

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya. Saya juga doakan agar Allah S.W.T. memberikan kekuatan kepada seluruh keluarga Nurin dalam menghadapi kehilangannya. Saya berharap agar pihak polis akan dapat membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan secepat mungkin.

Anonymous said...

Al Fatihah.

Tolong sampaikan salam takziah saya dan keluarga kepada keluarga Allahyarham Nurin.

Fez

Anonymous said...

Takziah dari kami sekeluarga atas kepulangan Nurin ke Rahmatullah. Semoga rohnya tenang di sana.

Orang yang melakukan jenayah tersebut akan diadili di dunia dan di akhirat kelak!!

Bacalah Surah Yassin, sedekahkan kepada arwah..

Al Fatihah.........

Anonymous said...

Kami warga DiGi mengucapkan salam takziah kepada ibu bapa arwah nurin. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan pembunuh nurin akan mendapat balasan yg setimpalnya dari Allah.

Anonymous said...

Semoga roh Nurin tenang di sana..
Al Fatihah..

Angkara siapa.. biarlah makhluk itu mendapat balasan yang setimpal dengan kekejamannya..

Anonymous said...

nothing to say...alfatihah to Nurin and takziah untuk keluarga Nurin.

i remember a song named TERLALU ISTIMEWA- ADIBAH NOR... just for you Nurin.

Cinta_selamanya said...

Salam takziah dr kami sekeluarga di Singapura.Kami adalah rakyat Msia yg sentiasa mengikuti perkembangan ttng Nurin.Semoga keluarga arwah Nurin tabah menghadapi dugaan dr Allah swt..

Anonymous said...

Al-Fatihah buat adik Nurin Jazlin.

Takziah untuk keluarga En Jazimin. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Seluruh Malaysia bersedih hari ini dengan berita ini. Harap monster itu akan ditemui segera dan tak ada lagi kanak2 lain yang akan jadi mangsa.

Orked said...

Al-Fatihah..semoga dicucuri rahmat dan semoga keluarga tabah menerima takdir ini.

nae said...

Al Fatihah.....may Allah give all the strength to Nurin's parents.

Anonymous said...

Al Fatihah..

Anonymous said...

salam takziah buat keluarga Nurin..
Nurin ...maafkan kami kerana terlewat menjejakimu nak.Jerit tangismu sebelum ini takdapat kami dengari....genap sebulan kamu pergi hanya mayatmu yang kembali.Semoga sejahtera kamu di sana....Amin.

Anonymous said...

al fatihah dan takziah kepada keluarga nurin. saya berasa sungguh sedih tatkala mendapat berita ini. tabahkan diri dengan dugaan ini. semoga yg bertanggungjawab ke atas kematian nurin dikenalpasti dan dihukum.

Anonymous said...

al-fatihah....takziah buat keluarga allahyarham nurin jazlin. semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Anonymous said...

alfatihah untuk keluarga nurin
semoga allah melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menjadi penghuni syurga.

Anonymous said...

Al-Fatihah.

Jamesaritchie: i hope u r rite. coz i'v doubt on this DNA test, its like nk cepat settlekan kes je pasal lama sgt kes Nurin ni.

wat iv been thinking, nape letak body dia kat public? i think ade unsur2 dendam kat parents Nurin. i dont think ade manusia sadism kat Mesia ni yg 'puas' buat penderaan pada kanak2. tak tau la kalau betul ade. but mesti ni ada unsur dendam. so minta parent nurin renung2 la masa lampau mana tahu ade buat salah ngn orang.

Ketahuilah Tuhan tu Maha Adil. tak kira la si penjenayah, yg di-aniaya atau pun kita manusia ni. Pembalasan Dia itu PASTI dan takut lah kamu akan pembalasan-Nya nanti.

ada hikmah semua ni.
semoga roh Nurin dicucuri rahmat..

Anonymous said...

I'm sorry if I may sound violent but I hope that the b*stard that did this die a f-ing horrible death

~Nes~ said...

Saya sekeluarga mengucapkan takziah atas pemergian adik Nurin Jazlin... I pray that peace be upon her family. My heart's filled with sorrow upon reading this heartbreaking news. May precious Nurin rest in peace. I pray that the police will find the monster who did this!!!

roh said...

Hanya Allah yang menentukan segalanya. Saya mengucapkan takziah kepada saudara dan mendoakan agar dirahmati Allah didalam menghadapi dugaan yang amat berat.

Semoga mereka yang bertanggung jawab akan diadili di dunia dan akhirat. Al Fatihah

Anonymous said...

Al fatihah..
Tak kira siapa juga kanak2 itu..kami rasa simpati dengan apa yang di perlakukan kepada budak kecil itu. Hanya orang yang tak de akal je yang sanggup buat perkara terkutuk ni..kami rasa kesal orang sebegini masih lagi bebas di Malaysia ni! Kami yakin orang tak waras tu akan mendapat balasan yang setimpal!
Kami mengharapkan keluarga Nurin/mangsa bersabar dan tabah dalam mengahadapi dugaan ni!

Semoga kejadian ini dapat mendekatkan lagi kita kepadaNya.

Nur Family

Anonymous said...

as a mother of three little girls myself, i can't imagine the feelings nurin's mother must be going through. i admire her strength and hope that she remain strong, at least for the sake of her other children..the country weeps with you today, and we really hope that the culprit be caught and brought to justice.

alfatihah to nurin..

Normie said...

saya juga mengambil kesempatan ini utk mengucapkan salam takziah buat keluarga nurin..wpun saya dari seberang tambak,berita kehilangan nurin sering menjadi perhatian saya.

sebagai seorg ibu saya juga dpt memahami perasaan ibu nurin..tidak dpt saya bayangkan bagaimana keadaan nurin menghadapi penyeksaan hingga ke saat2 akhir hayatnya.

begitu tragis..kejam sekali mereka yg berbuat demikian..insyaAllah balasan Allah pasti ada.

semoga keluarga nurin tabah menerima dugaan ini dan redha dgn pemergiannya.

anne rafei said...

alfatihah untuk nurin dan takziah pada keluarganya. semoga tabah dan terimalah ketentuanNya dengan hati yg kuat. Insya Allah.. sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua

Anonymous said...

20 years ago, when I was 5, I went to the nearest children's playground located 400m away from my house (unsupervised); when I was 9, I cycled around my neighbourhood alone. But, at 25 years' old now, I don't even go anywhere alone (even during daytime). Malaysia is not a safe place anymore. I missed those times when parents can just let children buy sweets next door without much worries.

Bong said...

it is so sad that we will never be able to give our children the childhood that we enjoyed before...

Anonymous said...

Alfatihah untuk mayat yg ditemui tersebut. i felt realy sad on what had happened to her...dianiaya dgn kejam. kasihan gadis kecil yg tidak berdosa...

However, i hope mayat tu bukan Nurin. I hope the second DNA test yg polis akan buat will tell that it's not Nurin's body. I believe what Nurin's father said, that he know that its not Nurin's body.

I tak boleh bygkan kesedihan parent terima mayat anak sendiri dlm keadaan mcm tu.

Kalau pun ada dendam to the parents, this is not the correct way.... Budak kecil itu insan tak berdosa..

my sister ada anak seusia nurin, tonight she suddenly cried tak henti2 n teresak2...she felt what Nurin's mom would feel...

Kita sama 2 berdoa kpd Allah agar kanak2 yg lain dilindungi olehNya...amiiinnn..

BTW, i understand from the news that they found rambut org lain ...about beberapa helai or sehelai... kt dlm beg sukan tu...

I wonder are they doing further investigation on that...

Anonymous said...

Salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin. Seluruh negara pasti dalam keadaan sedih bercampur marah. Ayuh kita menumpukan seluruh usaha dan tenaga untuk membawa penjenayah kejam ini ke muka pengadilan! Jadikan ini satu iktibar kepada semua. Sayangilah amanah Allah kepada anda. Pastikan kita senantiasa mengambil tahu keberadaan anak-anak kita. Bukakan luas segala panca indera kita, jadilah masyarakat yang pro-aktif membenteras jenayah. Al-Fatihah untukmu insan kecil yang tidak berdosa. ;-(
Mohd Khalil Al-Haqq Bin Mohd Raffali

RH said...

ucapan takziah buat keluarga Encik Jazimin. semoga diberi kesabaran menempuh ujian yang berat ini.

tokasid said...

Innalillahi wa inna ilahi roji'un.

Jika benar mayat tersebut adalah adik Nurin, saya berharap ibu dan ayah Nurin serta ahli keluarga yang lain akan tabah dan redha dengan pemergian Nurin. Sebagai Muslim, itulah cara yang ALLAH dan Nabi saw mahu kita lakukan. Amat senang saya menulis dan amat berat tanggungan ibu ayah Nurin, tetapi sebagai saudara sesama Islam pesanan ini mesti saya sampaikan.
Ketahuilah, Nurin yg tidak pernah berdosa telah menjadi penghuni syurga yang telah ALLAH janjikan.

Pada masa yang sama, saya amat berharap 'binatang' yg memperlakukan Nurin dapat di berkas akhirnya dan di hukum dengan setimpal dgn undang2 yg ada. Tetapi hukuman sebenar yang binatang ini akan terima adalah daripada ALLAH Azza Wa Jalla di hari Pengadilan nanti.
Ameen Ya Rabb.

MrBunnyBan said...

Just got the worst news. I would like to express my deepest condolences. May your God be merciful upon your family in this time of grief and the murderer be brought to swift and merciless justice.

Unknown said...

Assalamualaikum wbh...
OD sekeluarga ingin mengucapkan takziah di atas apa yang berlaku kepada adik Nurin. Innalillahi wa innailaihi rajiun. Sedih hati OD tidak dapat dibandingkan dengan kesedihan saudara sekeluarga. Semoga ALLAH mencucuri roh adik Nurin dan meletakkannya di syurga.
Marilah kita sama-sama bersatu padu untuk menangkap pembunuh itu. Manusia jijik yang pengecut kerana menjadikan anak-anak kecil sebagai mangsanya. Orang kata, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Satu hari, beliau pasti akan ditangkap dan dihukum setimpal dengan apa yang telah dilakukannya kepada adik Nurin atau anak-anak kecil yang lain yang hilang tanpa dapat dikesan.

Anonymous said...

Al-Fatihah.
Semuga Allah memberi segala kekuatan pada ibu-bapa Nurin dalam menjalani dugaan berat ini.

* * * * *

Imagine this.
You lost a child for more then 30 days. You distribute brochures, leaflets etc in trying to locate the missing child.

Your mind is not focus. You are still clinging on hopes that your child is still alive.

Naturally isnt it? Everyone deserves a good ending story.

What worst can happened? Body stuff in a bag. The parents is going to be having a tough time `accepting` this reality. Real tough.

Please do a few DNA test. Local & abroad. Leave no stones unturn. Dont just base on theory & assumptions. Satisfy the hunger of confirmation.

a. Use the reward money to finance a few DNA test and bounty nab the killer/s.

b. Set up a Task-Force to specialize on Child Kidnappers.

c. Get funds from public to finance all the missing child.

d. Get corporate organization or companies to participate in the searching of the missing child via distributing pictures and information through their product i.e. Corn Flakes, beverages, Tit Bits, KFC Wrappings, Mc Donalds etc.

e. Mandatory punishment to the kidnappers. Death by Hanging and do it quick.

Rest in peace, sayang.
Justice for Nurin.

John Labu.

azrienazin said...

Al-fatihah untuk adik Nurin. Hati ini sentiasa sebak setiap kali terpandang wajah Nurin di toll Bandar Sunway tatkala pegi dan balik dr kerja.

As a mother to 4 children, i can understand what Nurin's mother feel now. Semoga keluarga Nurin tabah hadapi segala dugaanNya.

Naluri keibuan saya sentiasa risau tatkala di tempat kerja sbb teringatkan anak-anak di sekolah dan di rumah.. Selamatkah mereka???

Andai betul ujian DNA itu, moga roh adik Nurin sentiasa di cucuri rahmatNya.

TAPI saya sentiasa berharap itu bukan adik Nurin. Sama-samalah kita doakan dia.

Anonymous said...

Sempena 50 tahun Kemerdekaan, kata-kata "Malaysia aman damai dan selamat" adalah retorik sehaja. Sampaikan 'pencari kucing' yang sudah menjadikan banyak anak kecil tak dapat dicari. Polis lebih suka serang orang pergi dengar ceramah bukannya tangkap penjenayah.

Anonymous said...

AlFatihah dari saya buat keluarga Nurin..

perasaan sy ketika ini ialah feeling unsafe..this kind of case i think sure will make womens,kids especially takut tuk keluar rumah dan berhadapan dengan masyarakat.

Kpd si perlaku berkenaan..kalo pun kamu tidak berjaya dikesan oleh pihak berkuasa sy pasti Tuhan akan mengadili di akhirat kelak.But i'm positive think that our police will find this 'animal'(this is the only word suit for the person who kill Nurin)smpi ke lubang cacing..

hhhmm...tp sy tertnya2 apakah motif bg penculikan,penderaan dan pembunuhan ini?this is my opinion:-

a)kalolah dia seorg perogol i think dia xkan tggu smpi sebulan tuk seksa dan bunuh..sbb normally seorg perogol surely akan bunuh dan buang mayat mangsa selepas dia rogol kan??

b)Kenapa dorang letak mayat Nurin dekat luar opis berkenaan?Kenapa x di tong sampah ker sungai ker..hhmmm..mgkn sbb si perlaku memang nak org lain jumpa mayat Nurin dgn mudah..

c)cap jari atau bukti dekat beg tu xde ker?

c)siapa perempuan dalam cctv tu??ada kaitankah??

d)yang most probably ini adalah kes dendam..

atau de benda yg sedang dirahsiakan dr pengetahuan org lain..

walaupun apa alasannya yang salah tetap salah..

semoga Allah berikan pembalasan yang setimpal dgn nya.

Anonymous said...

hmmm..terfikir juge ape yg ditulis oleh anonymous tuh b4 this.X der ke kesan cap jari kat beg tuh...Kalo la polis kite mcm cerita CSI kat tv tuh mesti pembunuhnya dah kena tangkap skang ni..Al fatihah for adik Nurin.Memang sedih sgt dengan berita ni..Semoga ibu bapa Nurin bersabar..

Anonymous said...

Al Fatihah.

I've made my comment in the Al Fatihah posts & Ive read thru all my fellow Muslims posts.

Sahabat sekalian. Kita sama - sama bersedih hati, marah, pilu dengan apa yang terjadi. Semua kita mengucapkan takziah dan Al Fatihah. Tapi dalam masa yang sama cuba kita mengambil masa dan fikirkan kembali dalam dalam mengapa perkara ini berlaku?

Kenapakan jenayah yang sangat kejam oleh manusia yang bertopengkan syaitan yang lagi buas dari binatang buas ini berlaku?

Kalau kita masih tidak sedar, ini semua adalah angkara benda benda sial yang yang begitu banyak disekeliling kita. Tak perasankah kita:
i. VCD lucah yang berlambak dipasaran.
ii. Majalah hiburan yang memaparkan gambar-gambar yang kononnya artis pujaan (even Malaysian artists)yang menayangkan badan dan dada wanita telah begitu dianggap biasa oleh masyarakat kita.
iii. Majalah yang kononnya diterbitkan untuk dijadikan panduan/pedoman (whatever lah)tapi yang sebenarnya banyak cerita sex, rogol, bersekedudukan (dengan gambar lukisan wanita berkemban) dsb berlambak dipasaran...
iv. Video clip dari Amerika Jahanam yang menampilkan tarian yang berunsur lucah berleluasa di kaca kaca TV.
v. Pakaian kita, walaupun Melayu Muslim yang terlampau sangat mendedahkat aurat dan kadangkala sangat kurang sopan sebagai seorang wanita Muslim.

Mungkin banyak lagi yang saya pun tak pernah terjumpa lagi.

Ini semua adalah bahan dan rencah yang akan mencorak minda sesuatu masyarakat/sesaorang. Apatah lagi kalau orang itu sudah memang gila (sex).

Fikirkan... macammana kita perlu bertindak seterusnya? Kita perlu bersatu suara untuk menbantah bahan bahan berunsur lucah ini dipasaran dan media. Ini akan merupakan ancaman yang besar buat anak anak kita...

Dengan cara apa kita boleh bersatu suara? Saya cuba melontar persoalan ini kepada kita semua, supaya kita sama sama fikirkan?

Please throw yr ideas.... please. Jangan jadi bangsa yang hanya menerima (bak kata Tok Ki, Radio IKIM)..

Boleh tak kita membantah benda benda mengarut ni melalui Muslim Consumer? Muslim Consumer please reply me....@ ABIM @ JIM @ kita semua bersatu membantah dibawah satu naungan dengan nama yang baru?

Wallahualam..

Regards,
Yang teramat tersentak dan sedih...

Syam Huzairie said...

al-fatihah untuk nurin..kasi sula je penjenayah kejam tu..paling2 ku rang rejam sampai mati..penjenayah bertopeng binatang!!

Anonymous said...

Al-Fathihah....
Adakah negara kita memulakan usia 50 tahunnya dengan peristiwa sebegini?. Apabila Al-Quran dan hadith serta undang-undang yang terkandung di dalamnya sekadar bacaan dan bukan amalan....... Akibatnya tidak wujud keamanan dan jaminan keselamatan. Tidak mustahil kejadian sebegini akan berulang. Nampaknya kita dah setaraf negara-negara maju.

Anonymous said...

takziah yang tak terhingga buat keluarga adik Nurin Jazlin. Buat adik Nurin Jazlin, sebagai Muslim, kami amat yakin, rohmu telah selamat sampai di syurga Allah, cuma menantikan ibubapa mu untuk bersama disana. Itulah janji-janji Allah dan bahawasanya Dia tidak pernah mungkir akan janjiNya. Dan sesungguhnya Syurga Allah lah tempat paling selamat untuk orang-orang yang teraniaya sepertimu.
Lemahlonglai tubuh apabila berita mengesahkan mayat kanak2 yang ditemui itu ialah mayat Arwah adik Nurin. Justeru dapat bayangkan hancurluluh hati ibu dan bapa arwah menerimanya.
Sesungguhnya ia benar2 menjadi pengajaran kepada masyarakat Malaysia terutamanya, bahawa kebanggaan kita terutama pemimpin2 politik kita selepas merdeka nya negara ini 50 tahun belum dapat menjamin bahawa jiwa kita telah merdeka. Kita sebaliknya kembali kepada zaman manusia yang tidak lagi bertamadun. Nauzubillah. Dah tentu bukan 'manusia' yang melakukannya, bukan juga 'haiwan'yang tak berakal yang melakukannya tetapi yang pasti dia adalah 'syaitan dan iblis' yang amat dilaknat Allah, yang sentiasa menghasut ke arah kejahatan dan kejahilan sehingga keakhir zaman.
Inilah azabnya kita yang mempunyai pemimpin no 1 negara yang mempunyai latarbelakang berpendidikan dan ilmu Islam yang kuat, latarbelakang bapa yang kuat Islamnya, namun setelah memimpin negara, dasar 'Perlembagaaan Berparlimen' yang dipakai, hukum Allah diketepikan. Islam dipermain2kan. Inilah azab Allah kepada 'kita' yang memangkah kepimpinannya, kita yang turut bersubahat. Artis disanjung, dipuja, premis judi arak diluluskan, artis luar yang sikiiiiittt lagi nak berbogel dijemput, ditayang dikaca2 tv, filem dan akhbar lucah bebas didapati, suratkhabar Harakah terhad hanya untuk ahlinya sahaja, Ulama Islam dipinggirkan, imam cuma untuk aktiviti dalam masjid sahaja, rakyat dan pemimpin pro Islam tak boleh bersuara, ISA lah tempatnya nanti, ceramah ke arah Islam perlu mendapat permit, perlu bertapis isinya......Menjadikan umatIslam kini semakin pengecut. Siapa lagi yang nak memelihara kesucian dan keagungan Islam kalau tidak pemimpin dan rakyat yang mengaku dirinya Islam, bukan negara Islam yang Islamnya semata-mata keturunan dan kaum Melayu sahaja. Ini lah akibat, azab yang Allah turunkan kepada kita di Malaysia diakhir zaman ini. Bila hukum dan peraturan Allah yang telah termaktub jelas didalam AlQuran kita ketepikan, inilah akibatnya. Anak2 kecil menderita, ibubapa ketakutan untuk biar anak2 mereka bebas dikediaman dan neighbourhood sendiri. Dimana lagi kita nak selamat!!! Jika kita tidak mampu melaksanakan Islam, berilah peluang kepada para ulama dan mereka yang inginkan Islam melaksanakannya. Jangan kita memusuhi mereka. Bala dan azab Allah bukan kepada satu golongan sahaja, tetapi semua kita dinegara ini yang kena,. Inilah dugaan kepada kepimpinan PakLah hari ini, terlalu banyak thrill yang tak disangka-sangka. Yang dulunya tak pernah kita dengar dan alami. Malaysia yang dah 50 tahun merdeka rupa-rupanya tidak lagi selamat dan aman. Kanak2 tidak lagi bebas seperti kita dulu ketika kecil2 dizaman 70 dan 80 an, dekat2 nak raya, boleh bebas keliling kampung naik basikal menonton panjut dan main sorok2, main mercun. Tiada lagi kemeriahan menjelang raya kini, anak2 kecil terpaksa dikurung.
Kematian adik Nurin Jazlin bukanlah tragedi remeh, tetapi adalah tragedi sejagat, melibatkan maruah pemimpin dan kepimpinan. Maruah kita sebagai rakyat yang memilih kepimpinan. Laksanakanlah Hudud, PASTI tidak ada cacat celanya perlembagaan Allah. Kenapa kita tidak kembali kepada perlembagaan Allah sedangkan Allah dah menciptanya untuk kita ikuti, untuk kita hidup selamat didunia ini. Itu lah jaminanNya. Nak risau tentang bukan Muslim? Silap2 haribulan, dengan segala musibah yang berlaku kepada anak2 kecil hari ini seperti adik Nurin, merekapun akan turut serta. Islam tu cukup adil kepada semua. Allah tu dah fikir masak2. Kita yang sibuk2 nak pertikaikan peraturanNya.
Adik Nurin jazlin, sesungguhnya kau telah amandamai disyurga Allah, bersama-sama bidaadari syurga, bersama mereka yang telah senasib denganmu didunia dahulu. Kepada ibu dan bapa arwah, redhalah pemergiaannya. kalam Allah (Al Quran), doa ibubapa yang soleh dan berpanjangan, amal dan sedeqah jariah yang akan sentiasa menjadi penghubungan kalian kini dengan nya. Berinteraksilah selalu, moga dapat mengurangkan rindu kalian kepada nya.

Anonymous said...

Kenyataan akhbar oleh Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz di Utusan Malaysia, 24 Sep 07, page 4, "IBU BAPA NURIN BOLEH DIDAKWA" tak rasional langsung, dan sebenarnya lebih kepada nak cover kelemahan undang-undang dan perlembagaan yang diterimapakai dan dilaksanakan di Malaysia ini. Agaknya dah takde idea nak komen, sampai Rukun Negara pun jadikk.
My idea is, minta para pemimpin negara kita bersidang diParlimen, cari jalan supaya negara kita ni tak lagi jadi tong sampah atau tempat longgokan sampah bagi pendatang-pendatang asing yang dah jadikan negara kita yang tercinta ni macam negara mereka sendiri. Tengoklah negara2 lain, ada mereka terima masuk pendatang-pendatang asing (tak kira la sah ke, tak sah, pasport ke, visa pelancong ke) sampai berlambak2 macam sekarang ni.
Kerajaan, pihak berkuasa belum cukup kemampuan nak fikir masalah sosial yang melibatkan rakyat kita sendiri, datang pendatang asing ni, menambahkan beban. Mereka yang lebih2 mendatangkan masalah. Kenapa kerajaan hanya fikir pentingnya pendatang asing ni bagi kepentingan ekonomi mereka sahaja, untuk bina bangunan lah, jadi amah la, tapi berapa banyak dikalangan mereka yang mendatangkan masalah sosial. Berapa banyak kes rompak, seksual, pukau dan sebagainya terdiri daripada golongan2 ni?
Tengok sahajalah di Chow Kit, di Paya Jaras, Segambut, dah jadi kampung mereka. Pakaian masing2 (yang perempuan terutamanya, nauzubillah.). Kita rakyat tempatan ni dah naik takut nak berwindow shopping di Chow Kit tu. Tak selera jadinya, takut? Jangan cerita lah. Agak2 kalau keadaan begini berterusan, jangan kata kanak2, orang dewasa pun takut nak kua rumah. Penuh dengan rakyat asing.
Malaysia ni pemurah sangat, tapi tak bertempat. Datuk Nazri, fikirlah apa yang patut anda keutarakan secara yang rasional. Sidang akhbar tu. Fikirkan sensitiviti mak ayah adik Nurul dan seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati kepada mereka. Motivate mereka untuk kembali brsemangat, bukan mendakwa.
Tu, yang bab pendatang asing, bawa masuk parlimen. Hantar balik mereka segera, bukannya bagi makan free kat tempat prlingdungan mereka.
Laksanakan perlembagaan yang sepatutnya, yang dah ada dalam AlQuran tu. Tu je conclusionnya. Kenapa yang masing2 takut sangat?
Kepada ibubapa Nurul Jazlin, rakyat Malaysia dan dunia yang rasional sentiasa mendoakan kebahagiannnya disana. Dia dah tentu di Syurga, Kita yang masih didunia ni kena prjuangkan nasibnya, nasib anak2 kita. Pilih kepimpinan yang betul, yang akan membela kita didunia dan diakhirat.
Al-watihah...adik Nurul Jazlin, kami akan sentiasa merinduimu. Semoga rohmu menjadi wadah kepada permulaan perjuangan kita menegakkan keadilan sejagat. Amin.
Kepada Datuk Nazri, be more rasional and fair.

faizal said...

Al Fatihah untuk adik Nurin..semoga keluarga tabah menghadapi dugaan Ilahi..kami rakyat Malaysia bersimpati dengan pemergian adik Nurin...

faizal said...

pado oghe gilo sex to tunggulah balasan dunia akhirat... kito oghe kelate raso simpati ngan kejadian yang menimpa adid nurin ngan keluargo... kito samo2 lah oghe malaysia pakat tulong cari sapo binatang yang wat ko adik nurin gitu.... al fatihah....... takziah daripada unit fmtv rtm kajang(maintenance)

Mohd said...

Al Fatihah buat Nurin Jazlin semoga sentiasa Dicucuri Rahmat. Semoga Orang yang melakukan perbuatan terkeji itu menerima azab yang pedih dari Allah S.W.T. Aminnn...

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Al-Fatihah untuk arwah adik nurin.
Takziah saya ucapkan kepada keluarga arwah nurin atas pemergian anak mereka.Semoga tabah menghadapi ujian yang Maha Esa.
Perasaan sedih teramat atas apa yang berlaku pada arwah adik nurin.
Saya sentiasa mendoakan agar "pembunuh" kejam itu akan di tangkap secepat yang mungkin...Moga hidupnya sengsara dan dilaknat oleh Allah...Aminnnn.

Anonymous said...

takziah diucapkan kepada keluarga adik nurin.
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dgn orang2 yang beriman.
harap keluarga adik nurin sabar untuk menempuh hari yang mendatang dengan lebih baik daripada hari ini.
sy juga berharap manusia yg b`topengkan syaitan ini akan ditangkap secepat mungkin.
al-fatihah..