Sunday, September 30, 2007

Suspek wanita ditahan bantu kes bunuh Nurin - Woman, Believed To Be Foreigner, Fifth Suspect Held Over Nurin's Murder

KUALA LUMPUR 29 Sept — Seorang wanita pembantu gerai menjual pakaian merupakan suspek terbaru yang ditahan tengah malam tadi bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam kanak-kanak lapan tahun, Nurin Jazlin Jazimin.

Wanita dipercayai warganegara asing itu dikatakan orang yang bertanggungjawab memberi makan dan minum pada Nurin Jazlin sepanjang tempoh kehilangannya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee mengesahkan penahanan itu.

Wanita berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur bersama polis Daerah Petaling Jaya pukul 12 tengah malam ketika sedang bekerja di sebuah gerai di Pasar Ramadan di Nilai, Negeri Sembilan.

Sebaik ditahan wanita itu terus dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan. Polis kemudian mendapatkan perintah tahanan reman tujuh hari terhadap wanita itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Wanita itu yang memakai baju berwarna kuning bercorak batik dan berseluar coklat muda tiba di perkarangan mahkamah pukul 12 tengah hari ini diiringi dua anggota polis wanita menaiki sebuah kereta polis.

Terkejut dengan kehadiran ramai pemberita dan jurugambar yang menanti, wanita itu tiba-tiba rebah seolah-olah pengsan di hadapan pintu masuk mahkamah tetapi diusung anggota polis wanita masuk ke dalam mahkamah.

Perintah reman itu dikeluarkan Hakim Maimunah Aid kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas mendengar permohonan pegawai penyiasat ASP Loh Pei Pei, menjadikan kini sejumlah lima orang ditahan reman berhubung kes tersebut.

Semalam, polis menahan lima orang berusia antara 27 dan 33 tahun termasuk seorang wanita berhubung pembunuhan Nurin Jazlin dalam tiga serbuan di Seksyen 7, Shah Alam.
Bagaimanapun, wanita itu dibebaskan selepas keterangannya.

Pada 20 Ogos lalu, Nurin Jazlin dilaporkan hilang selepas keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Sekyen 1 Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian di dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di Petaling Jaya. Bedah siasat mendapati kanak-kanak itu menjadi mangsa deraan seksual.

-Bernama

KUALA LUMPUR, Sept 29 (Bernama) -- A 23-year-old woman, believed to be a foreign national, is the latest suspect to be arrested to help police in the investigation into the murder of eight-year-old Nurin Jazlin Jazimin.

The woman, who is the fifth suspect to be detained, was picked up at midnight last night at a Ramadan Bazaar in Nilai, Negeri Sembilan, where she worked as a sales assistant at a stall selling clothes.

She is said to have been responsible for feeding Nurin Jazlin during the period the girl was apparently held captive between the time she disappeared on Aug 20 near her home in Wangsa Maju here and her body was found stuffed in a sports bag in Petaling Jaya on Sept 17.

Bukit Aman CID Director Datuk Christopher Wan Soo Kee confirmed the arrest of the woman.

She was detained by policemen from the Serious Crimes Division of the Kuala Lumpur Police headquarters and Petaling Jaya District Police and taken immediately to Bukit Aman for questioning. The police brought her to the Petaling Jaya Sessions Court at noon today and obtained an order from Judge Maimunah Aid to remand her for seven days.

The woman, who was clad in a yellow blouse with batik design and brown long pants, collapsed at the doorway of the court apparently upon seeing the many reporters and photographers as she was being led into the court by two policewomen. The policewomen immediately lifted her up and carried her into the court.

Judge Maimunah issued the remand order at 12.30 pm after an application was made by investigating officer ASP Loh Pei Pei.

On Thursday night, police arrested four men and a woman, aged between 27 and 33 years, in three raids in Section 7, Shah Alam. They released the woman but obtained a seven-day remand order on the men.

Nurin Jazlin was reported missing after she had gone alone to a night market near her home in Section 1, Wangsa Maju, here on Aug 20. On Sept 17, her nude body was found stuffed into a sports bag that was left in front of a shoplot in Petaling Jaya. She had been sexually savaged, with a brinjal and cucumber inserted into her private parts.

-- BERNAMA

See the video at http://videos.thestar.com.my/default.aspx?vid=468

8 comments:

Nik Ahmad Farez said...

Surely someone who has information about this case is telling the police of the people involve and related information.

Out of all suspects detained so far, hopefully the real culprit is/are within them.

En.Jasni, I would like to suggest to you if you could work-out to form a sort of independent, registered organization to create awarness to the public, monitor this and future cases in every aspect and organizing related activity.

I would be the next person to volunteer in this organization.

“GOOD GIRL NURIN GOES TO HEAVEN…”
“LAKNATULLAH BEAST GOES TO HELL…”

ALLAHUAKHBAR!
ALLAHUAKHBAR!
ALLAHUAKHBAR!


NikMAXSTEAM
www.ridenroll.com

ewnict said...

my heartiest condolences to nurin's family. it's a shame some people easily blamed it on her parents. it could have been any other child as their victim that fateful night. yours, mine, our friends' or family.

typical of malaysians way of handling a situation; not by getting to the roots of the problem but to pick someone to blame.

al-fatihah to you my beloved child. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mu.

Amin.

Anonymous said...

Im not wrong when I first said that those who were responsible will be watching and reading this blog.I was not wrong when I though that the person who is responsible planned this attacked and since more than one person is involved they planed this. The Motif of the whole thing ……. They are not mentally ill nor insane they are cruel and sadistic animals who are computer literate that prey on young girls on random to make sick and sadistic animal like child pornography that they will sell with a lot of money to the worst scum of the earth ,sick pedophiles animals around the world. However ALLAH is great and most just and justice will be served. Inshallah they will get what they deserve .ALLAHUAKBAR.!!!!

Jasni AJ said...

Nik Ahmad Farez suggested for the forming of a sort of independent, registered organization to create awareness to the public, thanks for the suggestion but I'm not sure whether both Jazimin and me are ready for this.

For the time being both Jazimin and myself have been invited to participate in programmes related to child abuse campaign etc. Perhaps after a while getting to know the respective people, we could contribute in our small way to these existing NGOs of which I know are already well managed and running.

Let's take things step by step. What I can foresee now is that we'll be busy following the trials of the perpetrators, assuming that all the suspects remanded so far are the real culprits.

Tak canggih said...

Internet dan teknologi canggih sedikit sebanyak mendatangkan kesan buruk yang kita hadapi sekarang. Pada masa sekarang manusia seolah-olah tak puas-puas. Sekarang mudah sangat tengok porn. Bila tengok porn semuanya boleh dan tak salah - meliwat tak salah,kanak-kanak tak salah, haiwan tak salah. Isteri sudah tak mencukupi, tak cukup seronok. bagaimana nak hentikan semua ini. Tak boleh! Kalau teknologi tak canggih, nanti orang kata kolot. Sekarang Malaysia SEMUA BOLEH

Anonymous said...

May Allah help us on finding the laknatullah soon.

Condolonce to Jurin's family. May Allah give you all strength in your heart to move.

We will keep pray Allah will lead us on finding the laknatullah.

ALLAHUAKBAR!

Prihatin said...

Nampaknya masyarakat masa kini perlu lebih bersifat 'menjaga tepi kain orang'. Rupa-rupanya dalam kita lena tidur dibuai mimpi, ada insan-insan yang menderita menahan kekejaman yang diperlakukan terhadap mereka..jenayah abnormal yang pelik-pelik dah jadi satu mainan malahan punca pendapatan mereka..saya rasa tak salah kita ambil tau apa yang berlaku di sekeliling kita..kita kena lebih peka..selama ini mungkin dalam kalangan masyarakat tak terfikir benda abnormal ni memang ada dalam masyarakat bangsa kita ni..maksud saya mana-mana bangsa pun, tetapi memandangkan ia berlaku dalam masyarakat kita yang memang terkenal tinggi nilai budaya ketimurannya..agaknya kita kena perlu lebih peka. Mudah-mudahan kisah sedih ini menjadi pengajaran dalam masyarakat kita. Kita kena bersedia dalam kecanggihan masa kini lebih banyak kejahatan yang mudah berlaku di negara kita dan kita kena lebih bersedia/peka dan jadi ahli masyarakat yang lebih sensitif terhadap keadaan di sekeliling kita..Semoga Tuhan mencurahkan sekalian rahmat buat allahyarhamah Nurin Jazlin Bt Jazimin dan damailah Nurin Jazlin Bt Jazimin di sisi Allah SWT. Al fatihah.Amin.

-- said...

tahniah polis M'sia...
semoga penjenayah sebenar dpt didakwa
agar roh arwah adik Nurin lebih tenang insya-Allah..