Friday, September 28, 2007

NURIN JAZLIN'S MURDER: Police seek FBI's help

KUALA LUMPUR, THURS:

Police are bringing the hunt for Nurin Jazlin Jazimin’s killer to a higher plane by enlisting the services of the United States’ Federal Bureau Of Investigation (FBI) to enhance the quality of closed-circuit television camera (CCTV) recordings related to the case.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said the FBI would assist in identifying blurred images from the CCTVs.

“Two FBI agents are going to help us with the investigation, especially in terms of the technical aspects of the probe.

“One of them is already at the US embassy here while another is expected to arrive in Malaysia soon,” Musa told reporters after presenting Hari Raya goodies to police personnel at the Bukit Aman federal police headquarters here today.

He said the images derived from the recordings had been given to the FBI agent who was already here.

- Bernama

47 comments:

AkaZukii said...

salaams,

apa punya lembaps depa ni, hegeh tul, baru nak seek FBI's help..kenapa IGP? though was ruthlessly killed, it does not matter..cuba anak cicit vvvvip mana...upset tul.

i hope malaysian continues to urge the police for progress with this case and media to hype-up this issue, don't want to see her case becomes "x-file"...

Malaysian: continue your prayers for Nurin's soul and the beast to be captured soon.

Arwah's family: Be strong.

©Opah De said...

We will seek whatever help we can from whatever source there is in this world. We will catch the bastard/s. Definitely.

Rem said...

Dalam jangkamasa panjang, kita semua tak boleh berharap kepada polis, FBI, etc untuk menjaga keselamatan kita. Diorang tak boleh kawal dan perhati di mana kita berada setiap waktu dan saat!

Tragedi Nurin mengingatkan kita semua -- bahawa HANYA KITA (dan bukan pihak lain) yang boleh memastikan supaya hidup kita sehari-hari lebih selamat.

Ya, KITA SEMUA mesti kembali kepada budaya prihatin, saling mengenali, saling ambil tahu, saling awas mengawasi dan tidak hanya taksub dengan cita-cita sendiri.

Dua tahun lepas, anak kepada seorang kawan diculik pendatang asing di halaman rumahnya sendiri. Yang paling sedih, jiran-jiran sebelah menyebelah nampak semasa budak itu dibawa ke kereta. Tapi tak buat apa-apa.

Kenapa? Sebab jiran-jiran dia pun saling tak mengenali. Mereka tak tau siapa kaum keluarga terdekat jiran-jiran sendiri. So, bila jadi begitu -- macam mana kita boleh suspect ada sesuatu yang tak kena?

Berapa banyak lagi tragedi seperti Nurin akan terjadi akibat kecuaian kita -- ya kita semua, ahli-ahli masyarakat? Polis tak boleh berada di keliling kita 24 jam. Yang boleh buat begitu hanyalah masyarakat sekeliling. So, kitalah yang kena saling mengawasi antara satu sama lain.

Takziah kepada keluarga Nurin, dan semoga tabah menghadapi dugaan. Setiap musibah itu pasti ada 'rahmat' tersembunyi. Mari kita semua tilik dalam diri, dan tak payah salahkan sesiapa.

Salam.

benharperbenludin said...

FBI???

y not CSI ke....our police dah give up ke..sampai mintak tlg US plak dah...ingat terer sgt...

buat le apa pun polis...yg penting this culprit will be caught ...case ni di pantau oleh kita rakyat malaysia...

god luck mr. policeman...

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat Marina Mahathir. Kita tidak perlu sebarkan berita e-mail berkenaan arwah Jazlin. Sila delete kita perlu beri beliau penghormatan. Saya bila terima e-mail tersebut tidak sanggup membacanya, ini pula keluarganya....
Untuk adik NURIN JAZLIN..ALFATIHAH..ROH MU SENTIASA DI SISI ILAHI
Pada keluarga bersabarlah menghadapi dugaan yang amat perit ini..
Kepada PDRM TERUSKAN USAHA MU DENGAN APA CARA PUN KERANA SAYA RASA PEMBUNUH ITU SEBENARNYA MENCABAR PIHAK POLIS...

Anonymous said...

salam...salam..

Baru terfikir nk mintak tolong FBI?

Amik ms lg tu....

pemburu CELAKA said...

wah2,dah jadik partner ngan FBI ke? nak jemput mulder ngan scully jadik penyiasat ke??
usaha je la pape pun..janji si kera makan bangkai tu kene tangkap...

kepada en jazimin :
banyakkan bersabar..

ab said...

setuju sangat dgn komen dan idea REM

"Kenapa? Sebab jiran-jiran dia pun saling tak mengenali. Mereka tak tau siapa kaum keluarga terdekat jiran-jiran sendiri. So, bila jadi begitu -- macam mana kita boleh suspect ada sesuatu yang tak kena?"

kata-kataKEJI said...

Apa nak jadi la dengan org malaysia ni.. bila mintak pertolongan kata bukan2.. Jikalau kita tak tau kita boleh belajar dari yg TAHU. Bukan buat2 tahu! Itu bodoh sombong.. Apa salah kah jikalau polis kita mintak tolong FBI? Idea org lain2.. Mayb dier ada jalan penyelesaian..

Ada korang terfikir cam ne nak bagi image video tu sharp? Apa software yg kita leh gune nak sharp kan image? tau ka? haa.. kalau tau tampil la.. tolong!!! bukan dok bambu org ni sebab mereka tak tahu! Polis tak sampai 2 juta.. rakyat malaysia dah berjuta2.. Dorang bersengkang mate dok jage keamanan.. Cuti raya pun tak dpt.. Tu pun nak tunding gak.. kita sama2 doakan.. dan berisemangat.. bukan salahkan org tu org ni! Mayb kalau tak leh gak.. mintak tolong steven spielberg kaji video tu.. mungkin idea bernas dier leh tolong..? or mayb kalau tak nak tolong apa salah nye melaburkan sikit demi ilmu? Okay rakyat2 malaysia jgn jadi org zaman batu! FIKIR!! FIKIR DAN FIKIR!!!

kata-kataKEJI said...

"Kenapa? Sebab jiran-jiran dia pun saling tak mengenali. Mereka tak tau siapa kaum keluarga terdekat jiran-jiran sendiri. So, bila jadi begitu -- macam mana kita boleh suspect ada sesuatu yang tak kena?"

yeaa... Agak pelik.. Itu dinamakan "kau buat hal kau.. aku buat hal aku" Kalau kita prihatin org kata kite neh bz bodi... Bila dah jadi macam ni.. kita salah kan dia la.. dia la.. :) so?

//ps: Apakata kita kembali pada yg Satu, di atas sana.. Buat solat hajat besar besaran selama mana yg boleh.. InsyaAllah akan di beri petunjuk..

Anonymous said...

Ray said,

Polis Malaysia dikatakan antara tercekap di dunia...but this? come one Police, come on IGP... ...buktikan Malaysia boleh...jangan banyak bagi alasan...

steph said...

If the image is not striking, if the writings are not strong, will the reaction from the public be as big as this?

I mean upon and after this happening to adik Nurin, it's high time, really, for us Malaysians to learn and change our thinkings, our altitute and behaviours towards our community to work towards a more caring and healthy society. We NEVER NEVER want something similar to this to happen again. As I had said, we don't want Nurin to be just a passing memory. Something positive must be yielded from her daeth. She should not die in VAIN.

of course, in doing so, we must exercise our discretion to be sensistive towards her grieving family.

shahray said...

harap hari ni dah dapat dah penyangak atau penyangak's itu ditangkap...orang macam ni tidak boleh dibiarkan terlepas....geram dah ni

Anonymous said...

Wahai Rakyat Malaysia,
Kita sepatutnya bersyukur krn pihak polis bersungguh2 dlm menjlnkan tugas mrk hingga sanggup utk mendptkan khidmat luar, Sedarlah, dari kita mengkritik cuba renung diri sendiri, adakah kita mencemuh pihak berkuasa akan dapat memberi sumbangan pd penemuan utk mengesan makhluk laknat yang kita cari? Sekurang2 kurangya bagi idea @ klu utk sama2 bekerjasama jika rasakan kita RAKYAT MALAYSIA yang prihatin, paling tidak pun bagilah kata2 perangsang & semangat pd Ahli keluaga Arwah Puteri Kecil kita, jangan mencemuh tak tentu hala

pemburu CELAKA said...

aku x cemuh polis..sebab depa dah usaha..kita tahu standard penyiasatan kita tang mana...xsama cam kat us yang memang guna sistem @ teknologi yang hebat..di samping pakar2 yang berjaya menyelesaikan kes2 yang xmasuk dek akal..usaha je mana termampu....
cayuk2,

rianti said...

gue arap kali ni bajingan itu dpt ditangkap..gue takut bangat bajingan itu terlepas gitu aja..arapan gue biar deh famili nya nurin bersabar..ya allah tulun kami..kami mohon..

Anonymous said...

lambat betul nak trace video ni...hairan negara yg begitu canggih ni pun x de software untuk menjelaskan image..

Ini pengajaran kepada POLIS, gunakanlah teknologi bukannye harapkan maklumat org saje..........

reen uitm said...

i pray that the police will get the culprits soon. I am very sure somebody out there has some infomation that can assist the police to nab the killer.
Please come forward.

For the parents and family of arwah Nurin, allah be with you.

Al faatihah for Nurin Jazlin

The Pisces Man said...

Yeah, I wonder why the delay in seeking FBI's help. If you feel like you need help, then immediately go and ask for it rite? Why should wait? Perhaps they wanted to attempt solving everything themselves first? Hmmm... also, it's time for the police to seek budget buying for themselves advanced softwares that can sharpen/enhanced blurry images from CCTV recorded video. They can't expect premise owners to install high quality CCTV's if the owners don't have the budget, unless the police wants to sponsor lah...

To Kak Red (I know she hasn't commented anything on this one), thanx for standing up to me in the previous 2 entries.

rye corleone said...

ask for help from any sources they want.as long as the culprit can be identified.
a.s.a.p

Anonymous said...

suri > 100% agreed with REM and kata-katakeji.... thats the attitude yang ada nowadays, samada to put the blame and tak de self determination untuk do something about it (at least change our own perception or attitude before blaming others, if rase we dont have a good cops if rase diri can offer something ...do the something... seek FBi helps pun salah, come onlah Malaysian...at least they are trying and get some expertise from those yang advance from us, ....and what Marina Mahathir said about 'respect' thing tu is so true, again its go back to the root our attitude....

sue said...

let us togehter think positively with this PDRM's effort. don't blame each other.

Anonymous said...

I don't understand why the delay in seeking FBI help. If don't have the techonology, ask quickly for help...lah. I'm afraid the monster went into hiding or fled the country and we may never catch him. I wish the govt will spend more money in technology in solving crimes than sending people to space.
I'm still hoping for the best that this coward will be caught quickly.

Anonymous said...

Harap polis upgrade their software kepada kelas pertama, jangan nak buat cable car, klcc, airport, bande- benda yang lain semua kelas pertama je...

Ur security is the upmost important!

Anonymous said...

Kenapalah dengan orang kita ni..itu tak kena, ini tak kena. Sepatutnya kita fokus utk menangkap syaitan bertopeng manusia yang menyiksa dan membunuh arwah Nurin. Saya yakin polis sdg berusaha sedaya upaya mereka, klu tidak mrk xkan mintak bantuan FBI. Ingat dia orang tak tau ke yang dia orang akan dikutuk pasal mntk bantuan FBI? Saya tabik pd mrk sbb sanggup ketepikan ego demi mendptkan keadilan utk arwah Nurin.

Pembunuh ni sgt licik, dia dah buat homework dia. Dan kes spt ni dh menjadi kes routine di US, di sana banyak serial killer/rapist etc..jd tentulah mereka lebih berpengalaman.Apa salahnya kita mencedok pengalaman mrk utk kebaikan?

Saya amat sedih dengan masadepan yang bakal dihadapi anak cucu kita, Ini adalah hasil dari kemodenan and borderless world kita. Siri2 TV spt CSI,Criminal Minds etc. menjadi kegemaran kita.Saya sendiri amat meminati siri2 sebegini. Tapi malangnya ia juga menjadi tempat penjenayah belajar menjadi lebih licik dan canggih. Ini ditambah lagi dgn sogokan bhn2 lucah percuma di internet.Apa yang tak ada di internet? Dgn bayaran RM99 sebulan,kita boleh melayari porno 24jam sehari tanpa sekatan.

Akhbar2 juga sgt ghairah memaparkan kes2 seksual with all the gory details included. Saya pernah terbaca kisah seorang lelaki yang menjadi ghairah dan teruja krn membaca laporan2 sebegini di akhbar hingga menyebabkan dia terbabit dlm kes rogol, klu tak silap saya.

Inilah antara faktor yang membuatkan kita melahirkan semakin ramai orang GILA dalam masyarakat. Saya bukan orang alim tetapi klu kita sama-sama mahu kembali semula kepada ajaran Al-Quran dan hadis, InsyaAllah selamatlah anak cucu kita. Kalau tidak, kasihanlah anak cucu dan keturunan kita seterusnya..

Anonymous said...

police msia cuba selesaikan ngan cara depa (bknkah allah suruh kite berusaha dahulu?)

bila dah sampai one stage depa rasa perlu bantuan, mungkin sbb tu baru FBI dipanggil

so lets support them so that org tuh kene tangkap/hukum ..aminnnnn

-nor-

ammilia said...

my opinion , forget about lelaki kucing.. kenapa?? sebab lelaki tu cuma sakit mental ..kalau betul dia bunuh takkan la dia boleh letak dlm beg dan tingglkan kat ofis tu.. lagipun kan ada saksi mengatakan nurin tu ditarik masuk kedlm sebuah van...lelaki kucing cuma bertindak bersendirian..mmg betul patut ditangkap.. tp dlm kes nurin ni mesti lebih dari sorang punya ... so kita kena cari sapa driver van tu.. huh... saya rasa diaorg tu da smp ke thailan ke , myanmar ke..susah la mcm ni...


saya juga rasa mungkin ini kes khianat..balas dendam terhadap keluarga nurin..kesian..mmg kadang2 kita tak rasa perbuatan kita mengguris hati orang lain..tp mana tahu org tu ambil hati teramat sangat.. maka jadila kes begini.. sapa yang tanggung akibat..kesian budak tak berdosa..

polis perlu siasat kenaln keluarga nurin ni.. sebab kalau betul orang luar , berniat nak rogol dan bunuh mesti lepas tu dia tanam terus ke xpun campak laut ke..betul tak??? tapi kenapa dia letak di kwsn orang ramai ... ada cctv pulak tu... takkan la sengaja buat perangkap sendiri..nak ke tali gantung free ???? betul tak malaysian??? bijak betul orang ni..mungkin berpendidikan tinggi tp rendah nilai moral dan agama..


renung2 kanla..

kepada keluarga nurin .. takziah..
buat adikku nurin ...insyaAllah roh adik sudahpun tergolong di kalangan ahli syurga..Amin....

Al-Fatihah...

askm

Shahray said...

-Berita dari harian metro online

KUALA LUMPUR: ‘Lelaki kucing’ yang disyaki mempunyai kaitan dengan mangsa bunuh dan penderaan seksual Nurin Jazlin Jazimin, 8, dan dua kes cabul di Kampung Baru di sini, dikatakan pernah disabitkan dengan 18 kes cabul dan rogol di utara tanah air lebih lima tahun lalu.

Menurut sumber polis, lelaki berusia 50-an itu pernah didakwa di mahkamah atas jenayah seksual yang dilakukan itu.

Suspek yang berasal dari utara semenanjung, bagaimanapun dibebaskan daripada pendakwaan dan hukuman berikutan laporan kesihatan menunjukkan dia menghidap penyakit mental.

Berikutan dia dikatakan gemar menggunakan terung dan objek keras untuk mencabul mangsa, terutama kanak-kanak seperti yang berlaku terhadap Nurin Jazlin, polis kini sedang menjejakinya di tempat tinggalnya.






Semalam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) cuba mengesan suspek di rumahnya.






Namun, dia tiada di rumah dan dipercayai sering berulang-alik ke ibu kota tanpa tujuan.

Berdasarkan sumber, polis sebelum ini cuba mengesan seorang lelaki yang digelar ‘lelaki kucing’ kerana mengajak seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun memberi makan kucingnya ketika berada di pasar malam Setapak Jaya, 15 September lalu.

Kanak-kanak terbabit yang enggan mengikut lelaki itu lalu pulang ke rumah menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

Mulanya, suri rumah itu tidak mengesyaki apa-apa sehingga dua hari selepas itu, penemuan mayat Nurin Jazlin disiarkan media.

Ibunya kemudian mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, Ahad lalu.

Susulan laporan itu, polis sedang mendapatkan gambaran fizikal suspek daripada kanak-kanak perempuan berkenaan sebelum membuat padanan dengan lakaran suspek sebelum ini.

Hasil maklumat terbaru itu, polis cuba mendapatkan bantuan kanak-kanak terbabit untuk menjejaki suspek dengan membawanya ke sekitar kawasan pasar malam di Wangsa Maju.

Dalam usaha yang dilakukan jam 8 malam kelmarin, beberapa anggota dari Balai Polis Wangsa Maju dibantu lebih 10 pegawai dan anggota polis Bukit Aman berusaha menjejaki lelaki itu di sekitar kawasan pasar malam itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah turut dilihat turun padang dengan melakukan siasatan terhadap sebuah rumah di Seksyen 1, Wangsa Maju hasil maklumat yang diterimanya malam kelmarin.

Pada jam 9 malam, Ku mendapat maklumat mengenai pemilik rumah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes Nurin tetapi polis mendapati laporan itu tidak benar.

Setakat ini, polis masih meneruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran tepat sama ada ‘lelaki kucing’ terbabit adalah individu sama yang menculik dan membunuh Nurin Jazlin melalui bukti dikumpulkan.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan berita yang tersebar luas kononnya polis sudah menahan seseorang berhubung kes bunuh kanak-kanak terbabit.

- cuba korang baca..lelaki kucing ni pernah terbabit dalam 18 kes cabul dan rogol tetapi dibebaskan atas alasan sakit mental...pesakit mental yang bahaya kan orang ramai macam ni di bebaskan?
- sepatutnya dikurung dalam wad kerana di bebaskan jadi macam ni...

- mental tak mental kalau dia la yang lakukan pembunuhan terhadap nurin dia perlu di "dilupuskan"
tidak ada pilihan...

- nak kesian kat orang gila yang merbahaya atau kesian kat orang ramai yang mungkin jadi mangsa?
- fikir-fikirkan lah

Anonymous said...

OK good, but not so geat after 2 weeks upon the discovery of the dead child in a bag. Imagine if this child was not Nurin...what do you think the Police will do? Will they sought for the US FBI's help? I am SO SURE it will just be another x-file case, just like plenty others. My point is, our Police is getting from bad to worst on crimes. They are getting soft. WHAT ON EARTH IS HAPPENING .. the kucing man has 18 records of rape case. WHY WAS HE NOT PUT AWAY BEHIND BARS? I think Malaysians should start taking laws into their own hands. Criminals are simply not afraid of Police anymore. This is reality.

Anonymous said...

Berita Utama, Polis telah berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita berhubung kes pembunuhan Nurin Jazlin. Mereka berumur antara 20an dan awal 30an.

Big Story, Police had detained 3 men and a woman in conbection with Nurin' murder case. They are age between 20's and early 30's.

Anonymous said...

harap2 pihak polis mengambilkira dengan serius pandangan pakar forensik hipnosis. usahakanla walau dengan apa cara sekalipun, melalui medium2 yg dibenarkan oleh agama utk menjejaki pembunuh gila itu. tentang abang kucing tu, harap2 setelah dijumpai dan ditangkap, dia tak akan dilepaskan lagi. gila apa lepaskan orang yang dah ada banyak kes rogol...walaupun dia disahkan pesakit mental. w/pun saya ni seorang perempuan, kalau saya dapat pembunuh tu, mmg hancur lumat saya kerjakan.

Anonymous said...

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Christopher Wan Soo Kee di Kuala Lumpur, Jumaat.

Corecction: They are 4 men and not 3 men as I reported earlier.

Anonymous said...

Makin lama makin ragu dengan kemampuan polis..ditambah dengan beberapa pengalaman berjumpa polis yang "pandai nak penuhkan poket sendiri"

Pernah sekali saya kawan mealui satu sekatan...kebiasaannya kita hanya memperlahankan kenderaan dan berhenti apabila diminta...tapi masa turn kami nak jalan tiba-tiba polis tersebut minta berhenti....

dia meghalakan lampu picit kat papan tanda...dia cakap kat kawan saya :cuba tgk apa yang di tulis kat situ"
kawan saya cakapla " pemeriksaan polis"

tapi polis tu cakap cuba ko baca yang kat atas tu...
kawan saja jawab "berhenti"

polis tu tanya kenapa tak berhenti...
kawan saya hanya diam sebab sebelum kami ditahan kenderaan lain jalan je...

Polis tu marahlah" Dah tu nak settle macam mana.."

kebetulan kawan saya tak pakai tali pinggang...

kawan saya hanya diam..sebab dia taktau nak jawab macam mana...
tapi polis tu leh lak cakap tak de ke duit "kopi"
kawan saya malas nak layan dia bagi je 20 ringgit...memang salah tindakan kawan saya tu tapi sebab tak tahan keangkuhan polis tersebut dia bagi je..."

namun tak dinafikan ada yang dedikasi..tapi realiti sekarang polis,nurse, dan cikgu tentera makin lama makin tak elok sebab sekarang mejawat jawatan tersebut bukan lagi sebab nak berbakti dan berjasa tapi kerjaya tersebut saja yang mudah bila keputusan tak berapa baik dan kerja takde....

ni siap nak minta tlg FBI..malaysia adalah antara negara yang paling cekap selesaikan jenayah....apa dah jadi..cekap bila kes melibatkan VIP je kot...

ingat dulu masa kes mona fendi...cepat saja dapat diselesaikan...ni masalah macam ni pun lambat semacam...

tlglah polis-polis yang cemerlang tu..naikkan balik martabat polis di mata org awam..realitinya kebanyakkan orang dah tak takut dan menyampah bila tgk polis....

ayah saya pernah pesan kalau nak kerja jangan jadi polis...sebab polis sekarang banyak yang tak elok...

kalau saya tak betul bapak polis sila buktikan anda memang tidak begitu....

Akmar_m said...

ALFATIHAH untuk arwah adik Nurin. Semuga rohmu ditempatkan di sisi orang orang yang salleh.

It has been a tragic incidents that has touched every one's heart, regardless of race and religion.

The person responsible for the brutal murder and sexual torture must be deal with severely.

It's an act of animal.

Untuk ahli keluarga arwah, semuga anda bersabar menghadapi dugaan yang maha hebat ini dan Insya Allah, perginya Nurin di bulan Ramadan yang mulia ini, syurgalah tempat anak comel yang tidak berdosa ini.

Semuga orang yang bertangguhjawab akan di adili di dunia dan juga akhirat. AMIN.

ALFATIHAH

Nik USJ1 said...

Betul ke dah ada suspek? Syukur! Mati ko lahanats!!!!!!! Rasanya dalam kepala ni susah nak terima yang ada manusia berhati binatang macam ni, rupa2nya bukan satu tapi 5!!!

To Encik Jazimin & Puan Norazian, saya sentiasa mendoakan agar Allah memberikan ketenangan kepada keluarga anda & semoga Allah beri ganjaran pahala banyak2 diatas ketabahan anda berdua menghadapi musibah ini.

Nik
USJ 1

sue said...

agree with u sharay....
KALAU pembunuh nurin tu pesakit mental..pandai pulak pesakit mental ni pk untuk hilangkan cap jari kat beg nurin dijumpai tu....bijak...bijak....

malaikat maut said...

weih, korang jgn hentam polis je wei..ingat senang ke nak jadik penyiasat,bukan semua ambik RASUAH, segelintir je yang miskin ambik... lagi2 kes berprofil tinggi cam kes adik nurin ni,,pembunuh licak tau,,ada otak jugak 'beruk' tu,pandai gak lari bila dah buat salah...
so,sama2 kita berdoa supaya polis2 kat malaysia dapat tgkp 'amjing' tu n xnak dengar ada polis kene tahan sebab ambik rasuah..
solute polis..
bang!bang!

Anonymous said...

POLIS kalau x cukup budget nak beli software untuk enhance image, mintak la kat govt. Kan POLIS under kem dalam negeri? Bukan PM ke heading this?

Putrajaya, KLCC, SIC, KLIA berapa cost nye...software tu tak seberapa kalau nak dibandingkan

...ini bukan cari salah..cuma pandangan untuk memperbaiki perkhidmatan POLIS untuk kententeraman kita gak...

Ada lagi cadangan; nape kita takde profiler yg bertauliah utk mengendali kes2 berat..supaya rekod penjenayah dapat disimpan senagai rujukan pertama bila kes2 seumpamanya terjadi....minta budget lagi.. - RB

sue said...

saya ada baca tanda2 kiamat kat http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_kiamat_kecil

antaranya:
1. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
2. Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
3. Orang hina mendapat kedudukan terhormat
4. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
5. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa

semoga rakyat negara kita dijauhkan dari perkara ini.

Anonymous said...

Tindakan polis guna FBI tu memang la betul, sebab deme tak ada specialist nak buat analysis video CCTV tu.Itu salah satu usaha nak cari bukti.Ok fine..
Cuma yang tak berapa nak sedap tu, kenapa selepas 10 days baru decide nak guna FBI. dalam masa tu, the killer dah boleh buat macam2.
Bila dah lama snagt nak buat decision, memang la public queries.Kita pun risau juga keselamatan anak2 kita.
Yang kaedah Hypnose tu camana? gempak je lebih..

musang berbulu said...

hmmmm.bila lagi nak tangkap!!!!1

rakyat berguna said...

keturunan si pembunuh tu memang minum air longkang,makan bangkai gagak, tidur kat pusat pembetung najis... mak bapak dia pun bodoh buat anak sial haram camtu..keturunan bangang buat menyemak je kat muka bumi.. baik g mampus cepat2..lepas tangkap n bunuh, gantung kat pokok biar gagak makan anu dia..
waaaaa..geram celakak..
pembunuh cam babi bangsat..
ko xlayak ada otak..bodoh

luahan hatiku..(maaf kerana terlampau)

rianty said...

im very sad hearing the story about nurin..i hope this case doesnt happen another time.i think police should upgrade the tecnology to the advance one so they no need to request for FBI or others help..that all thanks

UIA STUDENT said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

KAMI MENERIMA BERITA PENEMUAN MAYAT ARWAH ADIK NURIN JAZLIN DENGAN HATI YANG AMAT BERAT.JAUH DI SUDUT HATI KAMI, KAMI MENGHARAPKAN ADIK NURIN DITEMUI SECARA HIDUP. KAMI INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA KAMI AMAT-AMAT MARAH DENGAN PEMBUNUH TERSEBUT.SEPERTI MANA YANG KITA TAHU,PEMBUNUH TERSEBUT LAGI TERUK TAHAPNYA DARI BINATANG BAGI KAMI.KALAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN BABI,BAIK LAGI BABI DARI PEMBUNUH TU.KAMI AKAN MEMBANTU SEDAYA YANG BOLEH UNTUK MENANGKAP BINATANG BERTOPENGKAN MANUSIA ITU.

KEPADA KELUARGA ENCIK JAZIMIN,TAKZIAH KAMI UCAPKAN DAN KAMI JUGA TURUT MERASAI KEHILANGAN ADIK NURIN.AL FATIHAH...

DARI KAMI-PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA GOMBAK.

Anonymous said...

To RB.

You were asking why we have no profilers "yang bertauliah" in the country. That's easy to answer. Most people are more interested in pursuing degrees in medicine, law or business. The "safe" degrees. Not many are keen to study courses pertaining to human behavioural science or forensics because there is the fear that there won't be any money in the job market for them. Plus we do not encourage a culture of scientific enquiries in our country. It's so easy to sit back and complain about how lousy everyone else is doing their job. I, for one, am glad that our police are asking the FBI for help. We don't have enough sophisticated digital crime-solving/forensics equipments in this country like they do.

In any case, no fear about the lack of profilers or forensics experts. I am currently pursuing an honours degree in forensics and criminal profiling abroad. I can't wait to start my job in Malaysia and get criticised for everything that I do in pursuit of justice. After all, everyone is an expert these days, innit?

Anonymous said...

Gunakan apa sahaja demi pastikan tertangkapnya pembunuh nurin.. biarpun berapa banyak kos yg dikeluarkan.. ini kerana nurin anak "kami", anak rakyat malaysia. apa yg dirasai oleh keluarga nurin,turut dirasai oleh kami

Anonymous said...

maende ah polis skang mmg lembab betul