Wednesday, September 5, 2007

Lagi Kes Kanak-kanak Hilang


oleh : M.S Abu Sahid ( S/U UA DPPWP)

KUALA LUMPUR (Jumaat) 24 OGOS 2007 - Setelah mendapat berita di akhbar Harian Metro berkenaan dengan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun mendorong Unit Amal DPPWP untuk membuat tinjauan di rumah keluarga kanak-kanak tersebut yang terletak di Wangsa Maju.

Kunjungan Unit Amal DPPWP diketuai oleh Timbalan Pengarah 1 Sdr Abd Jalil Mustafa bersama 3 orang Ahli Lembaga Pengarah Unit Amal DPPWP kerumah En Jazimin Abd Jalil, bapa kepada adik Nurin Jazlin, kanak-kanak yang hilang tersebut.

Menurut Abd Jalil, setelah kes yang menimpa En Syamsul Gazali yang kehilangan anak lelakinya iaitu Yin bulan April lalu, Unit Amal DPPWP akan terus memberikan perkhidmatan untuk membantu sekiranya terdapat kes seperti Yin berlaku lagi.

” Bagi kes adik Nurin ni , kita tidak mengetahui ianya angkara siapa kerana maklumat yang kami terima dari bapanya mengatakan pada hari kehilangan adik Nurin pada Isnin lalu, dia berkelakuan ganjil terhadap keluarga terutama adik dan kakaknya yang selalu bersama kemana sahaja”. kata Abd Jalil

Walaubagaimanapun menurut Abd Jalil, Unit Amal DPPWP akan mengerahkan anggota bermula esok untuk membantu mencari dan mengedarkan poster kehilangan adik Nurin dikawasan-kawasan dalam ibukota disamping menasihati En Jazimin agar melakukan solat hajat dan minta pertolongan dari yang esa. Selain daripada itu Unit Amal DPPWP berharap, semua pihak dapat memainkan peranan untuk membantu keluarga En Jazimin.

- http://amalwilayah.wordpress.com/2007/08/24/lagi-kes-kanak-kanak-hilang/

1 comment:

kay_khairiy said...

al-fatihah to allahyarham nurin jazlin...amen