Saturday, September 22, 2007

Air mata orang ramai iringi pemergian Nurin Jazlin

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Tangisan dan deraian air mata orang ramai, tanpa mengira kaum, umur dan keturunan, mengiringi pemergian Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak mangsa culik yang mati dibunuh, ketika dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak, di sini petang ini.

- Utusan Online

137 comments:

Jai said...

Ikut hukum hudud..sula sampai mati
baru lah terasa keadilan di dunia ni..lepas dia mati tuhan pula akan membalas dosa nya..

NURIN JAZLIN mmg dh sampai syurga..
anak yg tidak berdosa..

Pembunuh harus MATI di BUNUH.

Dari sahabat Amin(Jazimin)
Jai

Anonymous said...

Buat ibubapa adik Nurin Jazlin...
Kalian berdua akan berjumpa semula dengan 'Kak Ngah' di syurga kerana beliau akan memohon kepada Allah untuk bersama kedua ibubapanya disana

Aznil AS Saari said...

Assalamualaikum,

My family and I feel very sorry for what you are experiencing. We have given Al-Fatihah and YaaSin for Nurin. May she rest by HIS side in Jannah. Myself, a father of a daughter can't help imagining being in Jazimin position. I hope the family can be strong. Lets pray for the 'animal' to be caught ASAP.

Aznil
Amalina
Hamdi
Sofea

hamba Allah said...

A'kum,
Tidak dapat kami gambarkan kesedihan dan keperitan yang ditanggung oleh keluarga Nurin. Semoga Allah memberi ketabahan dan kekuatan. Pastinya Adik Nurin berada dikalangan org2 yg disayangi.
Buat rakyat M'sia dan "Policy Maker", sudah tiba masanya HUDUD dilaksanakan. Krn sandiwara politik, byk anak2 kecil akan terus menjadi korban.Krn kecetekan akal dan alasan bernafsu kepentingan dunia, kita ketepikan hukum Allah yg jelas benar ke akhir zaman. Kita semua bertanggungjawab!!
Sudah tiba masanya kita bertindak krn kita manusia yg sering terlupa... Biarlah Adik Nurin menjadi penyelamat kpd anak2 yg lain. Al- Fatihah...

Anonymous said...

Salam buat semua...

salam takziah buat ahli keluarga Nurin...
berita kehilangan Nurin dan berita kematiannya mmg amat memilukan ssiapa shj..melihat gambar Nurin mengingatkan saya pada adik bongsu saya yang sebaya dengan Nurin..peristiwa tragis yang menimpa Nurin seolah2 menghantui saya juga..saya rasa seolah2 ingin berada bersama2 keluarga,menghantar dan mengambilnya dari sekolah,sekolah agama..tapi saya terlalu jauh darinya kerana tuntutan kerja..
apa yang menimpa adik Nurin turut membuatkan saya takut..sejak adik Nurin disahkan meninggal ditangan BINATANG itu, setiap kali melihat dan mendengar berita Nurin,saya xmampu membendung air mata.saya berazam akan lakukan sesuatu supaya tidak ada lagi berita seperti ini didengari lagi.saya amat menggesa semua manusia di atas muka bumi Allah ini,supaya saling berkasih sayang,nasihat menasihati,berpesan2 dan tegur menegur la untuk perkara kebaikan.jgn tutup mata,tutup telinga melihat apa yang berlaku disekeliling kita...semua orang pasti inginkan kehidupan yang aman..

akhir kalam, salam takziah buat keluarga Nurin. Al Fatihah untuk Nurin, smoga rohnya berada dikalangan orang beriman

Anonymous said...

al fatihah buat adik Nurin Jazlin.
kakak tidak termampu meluahkan kesedihan dan rasa pilu dengan apa yang menimpamu...cuma doa kakak rohmu aman dan tenang di sisi Nya. Allah Maha Penyayang tidak akan menyiksa hambaNya yang tidak berdosa...
kepada PEMBUNUH DAN PEROGOL yang BUKAN lagi kita boleh panggil HAIWAN, selayaknya kita panggil dia SYAITAN, hidupmu takkan kemana kerana seluruh manusia mukabumi mengutukmu, mendoakan SIKSA BESAR di dunia ini dan SIKSA dari Allah swt, tak lama lagi...kerana skrg hukuman tuhan adalah cash! SYAITAN sepertimu tidak layak hidup di Bumi, selayaknya hidup di Neraka selama2nya! Amin...

Anonymous said...

Salam Takziah Dari
kami Sekeluarga Buat Keluarga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin.

Ayie Sekeluarga..Al-Fatihah.

Anonymous said...

kalau penjenayah tu tertangkap, balas seperti mana yang dilakukan keatas adik nurin. jangan terus hukum mati. seksa lebih teruk dari itu dan biarkan setan tu mati dalam muka penuh kesakita. balasan untuk syaitan bertopengkan manusia...

Anonymous said...

Mohd Rahimy & Family said....

Salam takziah kami ucapkan kepada kedua ibubapa Allahyarham Nurin Jazlin...Kami juga terasa amat marah kepada binatang yang bertopengkam manusia...Saya percaya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua...Semoga roh Nurul Jazlin berada di kalangan bidadari syurga...Kami berada bersama kalian..Kalau kalian sedih kami juga berasa sedih...kuatkan semangat dan tabah...insyaallah...Al-Fatihah

Anonymous said...

Assalamualaikum En. Jazimin sekeluarga,

Moga Allah gantikan kehilanganmu dengan yang lebih baik. Allah Maha Adil yang akan membalas kejahatan sipelaku. Nurin Jazlin pemergianmu tetap ditangisi.

Apa dah jadi oh Malaysiaku Gemilang? Haiwan yang buas pun sayangkan anak. Tapi manusia jenis haiwan memang langsung tak tahu nilai kasih sayang, apa lagi terhadap yang lemah.

Apa dah jadi oh Malaysiaku Gemilang? Selepas 50 tahun merdeka, rakyat semakin buas mengalahkan kehidupan dalam hutan rimba.
Halal haram semuanya sama tak diambil kira.
Budi bahasa tak payah cerita, membuang masa.
Yang haq dikatakan batil, yang batil dikatakan haq.
Artis disanjung, ulama dikesampingkan.
Hedonisme, gaya hidup ranggi menjadi amalan.
Al-Quran hanya untuk dilagukan bukan untuk dipraktikkan.
Jangan melawan nanti kena tahan.

Apa dah jadi oh Malaysiaku Gemilang? Hari-hari peristiwa menyayat hati menjadi kebiasaan. Tiada tindakan pembelaan, hanya janji untuk tubuhkan suruhanjaya siasatan.
Anak-anak menjadi mangsa keganasan, manusia tak berperikemanusiaan.

Apa dah jadi oh Malaysiaku Gemilang?

Ikhlas dari,

Abufaris
http://abufaris.com
http://abufaris.com/blog
http://abufaris.com/info

Anonymous said...

Tenanglah wahai anakku Nurin Jazlin di alam barzah sana...kami semua yang kamu tinggalkan ini akan tetap membela kematianmu..

Anonymous said...

takziah buat parent arwah adik Nurin Jazlin......
tabah lah m'hdapi dugaan bsar ini..s'sguhnya ada hkmah d'sbliknya...skrg2nya adik Nurin dah t'lpas dr seksaan manusia b'topengkan syaitan..moga pmbnuh ini dpt hkuman yg sptutnya..
amin...

Minyak Anugerah PakSyed said...

Takziah kepada keluaraga nurin... didoakan ruh adik nurin ditempatkan bersama ruh2 solehah. Sesungguhnya apa yang berlaku menuntut semua kita kembali kepada hukum Tuhan Yang Maha Kuasa. Percayalah bahawa hanya cara Allah yang benar-benar dapat menyelesaikan masalah.... sudah banyak hukum manusia yang kita ikut... namun tetap tak berjaya. so sedar dan insaflah... Ini semua mungkin bala' kerana enggan kembali kepada Allah.

Anonymous said...

maaf mencelah..
sula tiada dlm hukum hudud..
rejam...
itu hukumannyer...

al-fatihah utk nurin...
seorg kanak2 yg x berdosa...
"Ya Allah...aku berdoa semoga manusia yg berperangai syaitan ini...akan menerima pembalasannyer..
Ya Allah...Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang.."

Anonymous said...

Assalamualaikum. Takziah diucapkan kepada kedua ibu bapa Allayarhammah adik Nurin Jazlin. Semoga sentiasa tabah mengharungi ujian berat ini. Sama-samalah kita doakan agar roh adik Nurin ditempatkan bersama roh orang-orang mukmin yang dijanjikan syurga dan berdoa agar pelaku yang bersifat syaitan itu ditangkap dan dihukum dengan setimpal

Anonymous said...

Salam takziah buat keluarga adik Nurin Jazlin. Semoga tabahkan hati,banyakkan bersabar dan kuatkan iman atas pemergian adik Nurin. Pembunuh adik Nurin yang bersifat lebih daripada binatang perlu ditangkap dan disiksa terlebih dahulu sebelum dihukum bunuh.

Anonymous said...

takziah tuk keluarga allahyarham adik nurin jazlin jazimin.bersabar dengan ketentuanNya.Redha dgn setiap ujianNya.percaya lah,setiap perkara yg berlaku,pasti ada hikmah yg tersirat.semoga,orang yg melakukan perbuatan yg hina dina ini,hidup dlm sengsara doa org ramai yg mengharapkan keadilan.kpd ibubapa,pastikan ank anda di dlm pengawasan yg sewajarnya.jgn biarkan pisang berbuah dua kali...

Anonymous said...

Assalamualaikum....takziah buah keluarga Allahyarham Nurin..smg tabah menghadapi ujian Allah ini....
sy s'dr x blh suktk ar uterima hakikat bhw mayat yg ditemui itu adalah mayat NUirn...sebak rsnya bl igtkn kes ini...sy mmg x dpt menahan air mata setiap kali membaca berita tentang kes Nurin..bdk kecil yg x berdosa menjadi mangsa kerakusan manusia yg berhati binatang...
Allah lebih menyayangi Nurin...
insyaAllah..Nurin menanti ibu bapanya di syurga...tabahkan hati..
Nurin..doa dan air mata ini mengiringi pemergianmu...damailah Nurin di sana.....Al-Fatihah...

Anonymous said...

Al-fatihah buat arwah adik Nurin..dan takziah pada kuarga beliau sekuarga...diharap tabah menghadapi segala ujian Allah s.w.t.
Pembunuh tetap akan terima balasan di dunia dan lebih2 lagi di akhirat yang maha dahsyat..

eeda yusoff said...

Salam takziah buat keluarga adik Nurin Jazlin..Semoga diberikan kekuatan untuk meneruskan hari hari yang mendatang..

Sama samalah kita berdoa agar pembunuh adik Nurin dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal..

Anonymous said...

a'kum..
takziah buat keluarga nurin..smoga tabah hadapi ujian ini..
kadang2 saya tertanya2 kenapa nurin seorg kanak2 yg tak mengerti lagi erti kehidupan ini yg ditetapkan menjadi magsa..kenapa dia?kenapa x org yg jahat?..
tapi salah bagi saya utk mempertikaikan ketetapan yg ditentukan Allah..
sama2 lah kita mencari hikmahnya..

Anonymous said...

To Nurin's family,
Takziah and be strong..
I'm really speechless, because i really can't imagine how would it feels to be in your shoes..
Al-fatihah to sweet little angel..

Anonymous said...

Ya Allah Ya Rabbi... Takziah pada kaluarga allahyarham Nurin.. Semoga Adik Nurin lebih gembira dan aman disana..Saya amatlah memahami erti kerinduan sebenar dihati keluarga adik nurin. tak tebayang betapa menderitanya adik nurin disiksa si CELAKA itu. Tangisan Nurin memanggil ayah ibunya apabila di dalam kesakitan. Saya tak dapat menahan sebak didada bla membayangkannya!!!Pengajaran ini mbuatkan lebih sayang pada adik-adik saya. Allah Maha Adil!!! Berikan KEADILAN untuk ADIK NURIN... aL-Fatihah...


From yaniisma_yahya

Anonymous said...

Baruch Daiyan Ha'Emmet.

Condolences and Regards to Nurin's family...

For it is said, an eye for an eye, G-d will punish the woeful beast who did this to Nurin. Halevai!

Pisik said...

Assalammualaikum kepada yang membaca Comments saya...Saya Ingin mengatakan beberapa firasat saya...saya arap anda semua jangan berfikir Bukan-bukan...Walaupun saya tidak kenai arwah n keluarga,tapi pemergiaan Arwah iaitu NURIN JAZLIN amat terasa pada saya n keluarga saya...Ibu saya menangis atas apa yang menimpa kepada keluarga Jazimin...Takziah saya ucapkan.saya mewakili Rakyat Alor Gajah,Melaka dan semoga En.Jazimin Reda dengan Pemergiannya...Baiklah saya ada satu rahsia ingin kongsi disini...Bukan Pendapat saya tapi saya x boleh katakan ia Benar atau Tidak cume saya ingin berkongsi apa yang saya rasa...Semasa mayat arwah ditemui di tempat kejadian(saya lupa tempat itu) dan pada itu saya baca di Suratkhabar Metro.Pada masa itu saya sudah agak itu adalah anak Jazimin...Pembunuhnya mmg kejam tapi saya tidak mahu cerita ttg tuh semua cume saya ingin bagi tahu...Pihak berkuasa harus buat sekatan di Sempadan Thai...kerna Pembunuhnya berkemungkin 2 orang...Seorang wanita dan seorang Lelaki...mereka bunuh arwah saya tidak tahu tapi ada satu benda yang mereka kejar...Itu saya tidak tahu...yang saya tahu ia melibatkan SIHIR...Saya x pasti nama pembunuh tersebut dan jikalau saya tahu,Saya tak akan sebut namanya...cume saya boleh beritahu salah seorang daripada mereka b'asal di salah sebuah negeri yang bermula dengan huruf "P" dan salah seorang lagi saya tidak pasti...cume loghatnya ada sedikit KAMPUNG...Anda Semua mesti pelikkan bagaimana saya tahu?Tapi apa yang saya katakan di atas saya tidak pasti lagi cume ingin berkongsi dengan anda semua cume saya arap PIHAK BERKUASA BUAT SEKATAN DI SEMPADAN THAILAND!!!ITU PENTING...Kerna mereka berkemungkin akan ke pergi ke sana...saya tidak tahu di mana tapi di THAILAND!!!Jawapan bagaimana saya dapat firasat tuh semua biarlah saya Rahsiakan...kerna seperti pembunuh Model yang dibomkan itu...sama...firasat saya dengan apa yang terjadi...Gucci!!!itulah jenama warga Model Mangolia itu Minat...jadik saya arap kepada sesiapa yang membaca Comments saya ini...Berfikir Waras dahulu...Semasa Mayat Nurin dijumpai,masa itu saya mahu telefon En.Jazimin tapi SAYA TAK BOLEH...SAYA TAK BOLEH MELAKUKANNYA...Walaupun ada ganjaran tapi saya tak mahukan ganjaran itu!!!SAYA TAK ARAPKAN GANJARAN RM25,000 itu!!!itu sahaja saya boleh sampaikan...kepada yang masih dalam was² or x percaya anda boleh cari saya di MySpace.com.Saya ada di sana...SAYA Tidak menyembunyi cume ada sebab kenapa saya x boleh buat itu semua...

Pisik said...

TOLONG KAWAL DI SEMPADAN THAILAND...Kerna Mereka Berkemungkinan Akan Ke THAILAND!!!!

Itu permintaan Saya!!!

Anonymous said...

assalammualaikum

kepada keluarga adik nurin,kami sekeluarga turut bersedih dgn apa yg telah terjadi.seluruh malaysia juga tutut bersedih

kami mungkin hanya dapat melihat tapi tidak merasai,sesungguhnya percaya lah Allah itu menduga umat nya setaraf dgn kemampuan umat nye
bkn di luar kemampuan umat nye

tolong lah kami merayu tangkap syaitan itu,hukum syaitan itu,seksa syaitan itu,bunuh syaitan itu.
sampai hati kau seksa anak kecil yg belum kenal dunia,belum puas merasai kasih sayang ibu dan ayah nya.. kau sungguh kejam..

pembunuh itu bukan lah manusia,buakn lah binatang kerna binatang sendiri punye rasa kesian dan sayang..

kepada keluarga tabah ini..percaya lah anak mu sudah ke syurga,dia melihat kalian dr mata iman nye..

di bulan mulia ini mari lah kita berdoa akan kesejahteraan nye dan keamanan adik nurin

dan kita berdoa agar syaitan itu tidak akan aman,samapi akhir hayat nye

Anonymous said...

a'kum

saya seorang kakak yg punya adik sebaya dgn nurin..

nak tahu ape yg saya rasa!!!!

benci
marah
geram
berdoa si bangsat itu akan tertangkap


ape pula yg saya rasa terhadap nurin!!!!!

sedih,
menangis
haru
gusar
terkilan
sayang
dan kehilangan

bkn keluarga nurin sahaja
kami jugak sedih,
kami jugak perih,
kami jugak merintih

kenapa di negara aman ku ini ada org yg kejam seperti KAU

kenapa??

Tangkap,hukum,seksa,bunuh itu je jawapan untuk KAU

polis!!!

cari sampai dapat

saya dan semua rakyat malaysia
ingin melihat syaitan itu mati

tunjuk kan muka nye
paparkan wajah nye

sesungguhnya wajah bangsat itu yg kami tunggu-tunggukan

pancung dia...

..................................


kepada keluarga nurin jazlin

bersabar lah
berdoalah
berserah lah

allah itu adil,

Anonymous said...

Assalamualaikum.......
salam takziah dari saya buat keluarga aruah adik Nurun Jazlin.
Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.
sesungguhnya Allah S.W.T itu maha adil. pembalasan yang setimpal akan dapat bagi 'binatang 'itu.
Al-fatihah buat adik nurin jazlin.
kuatkan semangat bagi ibu bapa adik nurin.semoga akan digantikan dengan yang lebih baik.
salam,
liza

Anonymous said...

Alfatihah,
Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga adik Nurin. Sehingga ke saat saya menaip ke dalam ruangan ini hati dan perasaan saya sangat pilu dan saya mengalir air mata bila mengenangkan keadaan adik Nurin yang diperlakukan begitu rupa.
Kesabaran dan doa yang berpanjangan akan menunjukan HIKMAH disebalik yang berlaku ini. Tiada lagai kata-kata yang dapat diunkap dan diluahkan cuma kekesalan dan kesedihan . Manusia SYAITAN DAN IBLIS yang bertopengkan Manusia ini akan menemui balasannya Kalau tidak di dunia ini atau pun di dalam Kubur akan menanti nya.
IKLHAS.
Daripada : Siti Marianne @ Sarawak

Anonymous said...

Salam,

Semoga roh mu di cucuri rahmat...
buat ibu bapa dan adik beradik arwah adik NURIN JAZLIN, tabahkan hatimu kerna seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar penjenayah BINATANG itu tertangkap dengan secepat mungkin... Al-Fatihah

Anonymous said...

Assalamualaikum

Salam Takziah Dari
kami Sekeluarga Buat Keluarga Allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin.

Semoga tabah menghadapi dugaan Allah ini.

Dari
Syamsul Azuar Arshad
Hairnati Mohamad
Muhammad Syafiq Harith
Sarah Hadirah

Anonymous said...

assalamualaikum..
Al-Fatihah buat arwah adik nurin...
pembunuh adik nurin wajib dihukum bunuh...! saya tak dapat bayangkan bagaimana perasaan keluarganya..sedangkan saya yang tidak berkeluarga, turut merasa kepedihan yang dirasa oleh keluarga adik nurin..
kepada keluarga adik nurin...tabahlah menerima segalanya..semoga Allah s.w.t memberi kekuatan bagi keluarga anda untuk menempuh hidup yang penuh dugaan...insyallah...
saya masih lagi bersedih dengan pemergian NURIN JAZLIN..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...amin..

Anonymous said...

Rest in peace with Allah, dearest Nurin and know that your cruel death is not in vain. All Malaysians, irrespective of races and religions are praying together for the capture of this inhumane beast who did this to you.

To the parents and sisters, be comforted that Nurin is not in pain anymore.

My deepest, deepest condolences.

Jenglot123 said...

Kita sama2 lah berdoa semoga keluarga arwah adik Nurin akan sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran oleh Allah dalam menghadapi saat2 yang amat sukar seperti ini.

This is a national tragedy ! Seluruh Malaysia turut sama bersedih dengan apa yg telah berlaku kepada arwah.

Wassalam

Anonymous said...

Salam buat semua.

Tak tahu nak meluahkan apa yang ada di hati saya ni. Segala perasaan ada. Yang pasti... sebak dan pilu mengenangkan tragedi ngeri dan tragis yang menimpa keluarga en. jazimin dan terutamanya untuk adik Nurin. Saya ada anak sedara dan adik seusia adik Nurin. Dan seandainya mereka sakit.. saya cukup bimbangkan mereka. Dan kini... saya tak dapat nak rasakan kesakitan hati dan kepedihan jiwa keluarga adik Nurin dengan tragedi ini.

Untuk adik Nurin, syurga telah dijanjikan untuknya.

Untuk keluarga adik Nurin, tabahlah.. sama-sama kita berdoa semoga manusia yang bertopengkan SYAITAN akan tertangkap jua. Tuhan itu maha adil. Semoga keluarga adik Nurin kuat untuk hadapi dugaan ini..

Dan untuk pembunuh adik Nurin, sejah mana dia berlari.. sejauh mana dia bersembunyi, kebenaran dan keadilan akan datang jua. Balasan yang setimpal akan dia dapat.

Mytuntila

Anonymous said...

Salam takziah buat keluarga Nurin...

Semoga Ibubapa Nurin diberi kekuatan bagi menghadapi dugaan yg maha berat ini. sesungguhnya 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'..saya dan keluarga turut bersimpati atas pemergian Allahyarham Nurin Jazlin. Orang yang berperangai 'binatang' yang sanggup melakukan perkara terkutuk itu tidak wajar berada diatas muka bumi ini. Harapan saya semoga pihak berkuasa dapat memberkas 'binatang' tersebut dan diberi hukuman 'sula' setimpal dengan perbuatan yg dilakukannya!

Syed Mubarak Aswad Syed Husin
Zaza Masrini Ghazali
Sharifah Shamiera Irdina
Sharifah Sofea Anisa

Anonymous said...

takziah kepada keluarga adik nurin jazlin.tabahkan hati. kepada rakyat malaysia, bersamalah kita berdoa semoga pembunuh kejam itu dapat di hadapkan ke muka pengadilan. insyaallah...

Anonymous said...

Buat ibubapa Nurin berbanyak lah bersabar redhai permergiannya sesungguhnya anak anda telah berada di syurga yang indah dan disisi tuhan yang mengasihinya....

Pada pihak berkuasa tangkap sipenjenayah itu sampai dapat dan seksa dia seperti mana dia menyeksa Nurin, biar dia rasa kesakitan yang dirasai oleh Nurin waktu itu...

Anonymous said...

Salam takziah buat keluarga adik Nurin Jazlin. Kita perlu redha di atas ketentuan-Nya. Insya-Allah, arwah akan ditempatkan dalam syurga yang kekal abadi. Bersama anda sekeluarga..itulah pintanya..Insya-Allah...

Anonymous said...

takziah kepada keluarga jazimin.
Tidak dapat kami gambarkan kesedihan dan keperitan yang ditanggung oleh keluarga Nurin. Semoga Allah memberi ketabahan dan kekuatan. Pastinya Adik Nurin berada dikalangan org2 yg disayangi.
Buat rakyat M'sia dan "Policy Maker", sudah tiba masanya HUDUD dilaksanakan. Krn sandiwara politik, byk anak2 kecil akan terus menjadi korban.Krn kecetekan akal dan alasan bernafsu kepentingan dunia, kita ketepikan hukum Allah yg jelas benar ke akhir zaman. Kita semua bertanggungjawab!!
Sudah tiba masanya kita bertindak krn kita manusia yg sering terlupa... Biarlah Adik Nurin menjadi penyelamat kpd anak2 yg lain. Al- Fatihah...

dari rdychxo

Anonymous said...

sudah tiba masanya pihak berkuasa menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh.selaraskan kerja anda dengan imbuhan yang anda perolehi..jangan sampai penjenayah terlepas begitu sahaja..
kasihani lah keluarga adik Nurin Jazlin...jangan ikutkan nafsu dunia..
salam takziah..

idah said...

salam takziah buat keluarga arwah adik Nurin...
semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T..
kehilangan arwah adik Nurin turut terasa oleh saya kerana kematian arwah yang begitu meyayat hati...siapakah yg begitu kejam sanggup melakukakn perbuatan ini???sungguh jahat syaitan itu sanggup melakukan penderaan begitu terhadap anak kecil yg x berdosa...Manusia itu harus dihukum dengan setimpal atas apa yg dilakukan terhadap arwah adik Nurin..Semoga arwah adik Nurin tenang mengadap yang Esa .AMIN....

yang turut bersimpati,
idah,Jerteh

Anonymous said...

kami sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham NURIN JAZLIN BT JAZIMIN.
kepada rakyat malaysia,
Sudah tiba masanya kita bertindak krn kita manusia yg sering terlupa... Biarlah Adik Nurin menjadi penyelamat kpd anak2 yg lain. Al- Fatihah...

dari:
EZARUDDIN
ASMIRA
NUREEN BATRISYIA

Anonymous said...

salam..
salam takziah diucapkan kpd kluarga Allahyarham adik Nurin Jazlin..semoga tabah menghadapi ujian dariNya...setiap yg berlaku,ader hikmah disebaliknya...Tuhan itu Maha Adil..marila kiter same2 berdoa agar roh Allahyarham tenang disana..dan xluper juga,same2la kiter berdoa agar 'BINATANG'itu segera ditangkap dan dijatuhkan hukuman yg setimpal atau lebih teruk dr per yg tlah dilakukan kpd Allahyarham...

Unknown said...

Salam Takziah buat Keluarga Allahyarham Nurin... Semoga roh Nurin dicucuri rahmat... Al-Fatihah....

Anonymous said...

salam takziah buat keluarga en. jazimin dan al-fatihah kepada adik nurin.

rasanya x salah kalau pihak polis sekatan di sempadan thailand seperti yang dikatakan 'pisik'. kemungkinan iblis itu ke sana besar... lakukan apa saja untuk mendapatkan keadilan untuk adik nurin.

Unknown said...

salam takziah kepada keluarga En.Jazimin dan al-fatihah buat adik nurin....

Cari sampai dapat pembunuh itu..

Anonymous said...

Salam,

Takziah dari kak Zee & keluarga buat Norazian & Jazimin, Allah maha mengetahui....doa kak Zee agar Norazian & Jazimin tabah. Biarkan anakanda Nurin bahagia di Syurga, kita akan terus membela kematian nya....Semuga Allah permudahkan jalan kita memberkas si Jahanam secepat mungkin.

Al-fatihah buat Nurin Jazlin bte Norazian.

Kak Zee
Villa Ros, Johor Bahru

zana71 said...

Takziah buat En. Jazimin & keluarga. Yakinlah Allah lebih menyayangi Nurin. Sekiranya arwah hidup dengan keadaan yang sedemikian, maka ia akan lebih menyayat hati. Allah saja yang tahu apa yang dilalui dan dirasakan oleh adik Nurin.
Sama-samalah kita berdoa kerana Allah Maha Adil dan kan memberi petunjuk dan membuka jalan untuk sama kita menangkap si Syaitan bangsat tu!
Yakinilah dan berdoalah agar si Syaitan bangsat tu tak terlepas dari dihukum di dunia dan YANG PASTI, setiap perbuatan ada balasannya di akhirat maka SUDAH PASTI azab sengsara hukuman Allah terhadap Syaitan bangsat sedia menanti di akhirat dan akan kekal selama-lamanya di sana.
Bagi arwah adik Nurin, akak sentiasa doakan kesejahteraan mu di sana. semoga rohmu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Bagi En. Jazimin & isteri, jgn khuatir. Adik Nurin Jazlin akan menanti ibu bapanya di pintu jannah. Dia akan bersama anda selama-lamanya di akhirat kelak. Subhanallah. Allahu Akhbar.
Salam. Zanariah.Melaka.

Unknown said...

Salam..

Takziah diucapkan buat keluarga Nurin Jazlin Jazimin. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah buat adik Nurin.

ilias said...

Buat ibubapa allahyarhamah Nurin...

Kita sebagai hamba Allah yang beragama Islam semestinyalah kita menerima hukum yang telah ditentukanNya, walaupun berat untuk kita menerima apa yang telah berlaku itu terlalu menyayat hati.
walau apapun kita mesti meneruskan hidup ini dan terus berdoa supaya penjenayah yang tidak berhati perut itu ditangkap dan dihukum dengan hukuman yang setimpal...

Semoga Allahyarham Nurin ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

zafirah said...

pembunuh nurin akan dapat penyeksaan lagi dasyat dari apa yang allahyarham nurin rasa!!!!!

pembunuh itu tak tenang hidup dunia akhirat!!!!

yang pasti tempat nurin di syurga...

al-fatihah untuk allahyarham nurin jazlin jazimin..

yang geram
megha1986

Anonymous said...

takziah saya ucap kepada keluarga allahyarham nurin jazlin..

semua yang terjadi ada hikmahnya..saya terkejut bila tahu yang mayat itu adalah nurin..setiap kali saya melihat berita pasal nurin..saya akan nangis,entah kenapa..saya harap pembunuh nurin dapat rasa apa yang dia buat pada nurin..balas dengan sekejam-kejamnya..dan hidupnya tak akan tenang dunia akhirat!!!!!!!!

Anonymous said...

Setelah sekian banyak kejadian jenayah yang kadarnya meningkat setiap hari, tidakkah terlintas walau sedetik di sudut sanubari kita yg Muslim ini bahawa itu adalah tanda-tanda pengajaran Allah swt kepada seluruh umat manusia bahawa undang-undang ciptaan manusia tidak menjadi; malah tambah kronik jenayahnya. Kembalilah kepada hukum Allah, laksanakanlah HUDUD. Saya bukan fanatik, cuma kenapa mesti takut kepada HUDUD - kalau tidak melakukan kesalahan. Orang yang takut kepada HUDUD hanya orang yang melakukan jenayah sahaja. Tidakkah begitu? Hanya HUDUD sahaja yang menjamin nyawa & jiwa setiap Muslim.

Al-fatihah utk Arwah Adik Nurin.

Anonymous said...

salam buat semua...

Setiap yang berlaku ada hikmahnya..semoga keadilan akan terbukti di bulan Ramadhan yang mulia ini....buat keluarga adik Allahyarham NURIN JAZLIN tabah dan redha dengan apa yang berlaku.Ini satu ujian yang hebat dari ALLAH SWT yang perlu ditempuhi...Moga Selepas ini tiada peristiwa sebegini berlaku lagi.....amin....

Anonymous said...

assalamualaikum,

Salam takziah buat keluarga adik Nurin,

Bersabarlah dengan ujian yang Allah S.W.T berikan ini,sesungguhnya Allah itu maha mengetahui..sama-samalah kita berdoa supaya 'syaitan' yg tlh menganiyai Nurin akan dibalas dgn seksaan yg paling azab dr Allah S.W.T..

Tiada ibubapa yg mahu anak mereka jd begini..Fikirkanlah...Seluruh manusia mukabumi ni turut terasa sakitnya, banyakkanlah bersabar..yg pasti Nurin telah ada tempatnya di SYURGA ALLAH..AL-FATIHAH.

Anonymous said...

Assalamualaikum ..

Berat raser nyer tangan ini untuk menaip didalam blog ini dan ketahuilah betapa berat nya hati ini biler mengenangkan arwah nurin .. biler teringatkan dier saya terus teringatkan anak perempuan saya yang masih kecil berusia 5 tahun .. selalu juga saya marahkan dier kalau ingin keluar bermain di laman rumah sorang2 .. terlalu risaukan kisah nurin ini membuatkan saya lebih berhati2 .. tapi kesedihan ini memang tidak dapat disembunyikan lagi .. sewaktu berita menyatakan ia adalah nurin masih terbayang2 wajah nya didepan mata .. dan selalu juga saya berkata dan menafikan diri itu bukan adik nurin .. tetapi akhirnya kita terpaksa menerima kenyataan yang memang terlalu pedih biler ia adalah adik nurin .. saya berharap en jazimin dan isteri tabah setabah2 nya diatas segala ujian dari allah yang maha berkuasa ini .. terimalah dengan dada yang terbuka dan berdoalah selalu semoga pembunuh yg kejam itu dapat ditangkap ... ketahuilah kami semua menangisi pemergian yg tragis adik nurin jazlin .. dan sama - sama lah kita redha dengan pemergiannya ... alfatihah

Anonymous said...

Salam takziah buat keluarga Jazimin,semoga tabah menghadapi semua ini.......
Betapa hancurnya hati seorang ibu yang melahir,membelai dan membesarkan anaknya dengan penuh kasing sayang, akhirnya anak tekulai di tangan Iblis....
Mari kita sama bermunajat kepada ALLAH SWT semoga orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Nurin Jazlin akan ditemui dan menerima hukuman yang setimpal....

Buat mcm mana yang dia buat pada nurin..biar Iblis tu mati dalam keadaan yang amat sengsara...

"YA ALLAH BERIKAN LAH PETUNJUK KEPADA POLIS AGAR IBLIS JAHANAM DAPAT DIBERKAS"................

Anonymous said...

kepada ibu bapa adik nurin...
saya yakin seluruh rakyat Malaysia menangisi keperitan yang ditanggung oleh arwah adik nurin...walaupun saya masih belum mempunyai anak,saya tetap menangis & sedih setiap kali mendengar & membaca berita tentang beliau..tiada lg had nilai kasih sayang untuk mangsa keganasan seperti arwah adik nurin..semoga arwah bahagia di alam sana..AL-FATIHAH...

Anonymous said...

untuk keluarga NURIN JAZLIN....
semoga tabah menghadapi dugaan tuhan yang maha besar ini...sesungguhnya IA ada menyatakan apa sahaja yang diambil dari kita oleh-NYA akan digantikan dgn yang lebih baik...
tapi ianya takkan sama dengan NURIN JAZLIN sendiri!!itu diakui oleh senua rakyat m'sia...
kesensaraan yang ditanggung oleh NURIN dan keluarga dapat dirasai oleh seluruh rakyat m'sia...bayangkan keadaan anak kecil yg tak berdosa itu ketika menahan kesakitan yang maha hebat sehingga hampir setengah fizikalnya(gigi dll)berubah...
sedang kita bangga dengan negara menyambut merdeka ke-50 rupanya ada lagi manusia yang keji,kejam!!!
setiap kali membaca laporan mengenai arwah NURIN,doa dan airmata shj dapat mengiringinya....
saya mempunyai anak buah yang nama nya bermula dengan NURIN juga...tak dapat saya bayangjan andainya ianya terjadi pada keluarga saya pula....simpang malaikat 44...
kepada PEMBUNUH yang LAHANAT....
SANGGUP KAU MELIHAT ANAK KECIL ITU MENDERITA BEGITU....APAKAH AJARAN YANG KAU LAKSANAKAN SEPANJANG BERADA DI MUKA BUMI INI SEHINGGA KAU SANGGUP MELAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA!!!!
SESUNGGUHNYA TUHAN AKAN MEMBALAS SEGALA KEJAHATANMU...DAN JIKA KAU TERTANGKAP DI DUINIA,KAU AKAN RASA KAN PULA KESIKSAAN YANG AMAT MENYAKITKAN...
RAKYAT M'SIA BERDOA AGAR KAU AKAN TERSIKSA SECUKUP-CUKUPNYA!!!!!!!!!

Anonymous said...

Bismilllahirahmanirrahim...

Takziah buat En Jazimin sekeluarga.. Tabahlah menjalani ujian Yang Esa pada bulan Ramdhan ini.. Seharusnya semua yang berlaku ada hikmah yang telah Allah SWT janjikan untuk kita..Pastinya arwah NURIN JAZLIN sudah berada di Syurga disisi Tuhan Yang Menciptakannya...Insyaallah buat kedua ibubapanya Nurin doakan yang terbaik buat kalian berdua..
Setiap kali saya beristighfar panjang bila membaca kisah tragis yang menimpa arwah..Terlalu banyak perasaan marah, geram, sakit hati, yang bergelegak dalam diri..Apalah dosa si anak kecil seperti arwah diperlakukan sedemikian rupa.. Mmg tak dapat dibayangkan wajah sikecil menahan sakit,lapar & dahaga sambil menjerit meminta pertolongan ayah & ibunya..Ya Allah Ya Tuhanku...berikanlah hukuman yang setimpal untuk Syaitan itu..Sungguh tak layak si Syaitan itu hidup diatas dunia ini..Tak ada perasaankah Syaitan itu semasa melakukan semua itu pada anak kecil sekecil NURIN?
Peristiwa in membuatkan saya merasakan dunia sudah tidak selamat lagi..setiap hari bila membaca akhbar, ada saja kisah kejam yang berlaku disekeliling kita..Tiada keamanan lagi tinggal di dunia ini..
Apapun marilah kita semua berdoa supaya pembunuh itu dapat diberkas segera!
Al-Fatihah...

Hamba Allah

Anonymous said...

salam takziah kpd keluarga adik nurin..smmgnye kite semua turut sama merasa kehilangan adik nurin namun kita semua harus redha dgn ketentuan Ilahi setiap yg hidup pasti akn kembali kpd-Nya...semoga rohnya ditempatkn bersam para solehah ....diharap keluarga allahyarham sabar dan tenag menempuhi dugaan dari Yang Maha Esa....al-fatihah..amin

Anonymous said...

Buat keluarga Allahyarhamah Nurin Jazlin, semoga tabah menghadapi saat yang maha getir ini. Sesungguhnya ALLAH sangat menyayanginya. Yang pasti anakanda Nurin berada di syurga spt janji ALLAH Yang Maha Pengasih.
Al- Fatihah....

Daripada
Puan Shikin dan keluarga

Anonymous said...

Takziah, buat ibubapa Nurin,

Saya sedih dan menangis bila mengenangkan terlalu ramai kanak-kanak diperlaku seperti Nurin, sememangnya pembunuh Nurin adalah manusia berhati syaitan. Kadang2x bukan org. gila saja yang berperangai begitu..ibu kandung yg siuman pun boleh bunuh anak sendiri, tengok saja kes Salina dera dan bunuh anaknya sendiri yg berumur 3thn kalau tak silap. Siksanya hidup kanak-kanak ini. Sedangkan kita bila memarahi atau memukul sikit anak kita sampai anak tu menangis pun dah hati kita meruntun pilu melihatnya..inikan bila membayangkankan sakit dan deritanya Nurin bila dibelasah si syaitan tu..tak sanggupnye saya membayangkan Nurin yg muka seperti bidadari di seksa dan disakiti hampir sebulan lamanya, tak tahan badan nye yg kerdil tu menanggung siksa...kita terlambat menemuimu Nurin, semasa mayat Nurin ditemui, mengikut berita dia baru saja 6 jam meninggal dunia, sedangkan dia telah hilang hampir sebulan. Tolonglah jagalah anak-anak kita, mereka amanat tuhan..
Al-fathihah Nurin...

mascoteq said...

Alftihah......

Ekpress ke Syurga

Adik Nurin telah menerima tiket ekpress ke Syurga. Segalanya adalah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui diatas apa yang terjadi.

Syaitan yang membunuh adik Nurin tempat hang adalah di Neraka..... Tunggu... masanya pasti akan tiba. Larilah kemana hang suka, tapi maut tetap mengejar hang.

Anonymous said...

Salam kepada semua,

Saya mendengar dan membaca setiap berita termasuk blog ini dengan rasa sedih, pilu dan simpati tetapi diselit dengan pengajaran yang amat berharga kepada kita semua rakyat Malaysia. Apakah semua ini terjadi tanpa hikmah. Setiap sesuatu ada ceritanya, ada sebabnya termasuk juga ada hikmahnya. Ada berita untuk kamu, ada berita untuk saya, ada tugas untuk Pemimpin Negara, ada juga untuk famili “putriku” Nurin dan ada juga untuk semua warga Malaysia.

Allah yang menentukan sesuatu itu untuk kita semua.

Setiap kita, manusia ini ada haiwannya, ada akalnya dan ada rohnya. Kalau hilang akal dan rohnya, haiwanlah dia. Kalau hilang haiwan dan akalnya, roh (malaikat) lah dia. Malangnya kita terlalu terbiasa menggunakan kehaiwanan kita dalam setiap tindakan kita. Dalam berbincang kes ”putriku” Nurin ini saja, jelas ada nada kehaiwanan antara kita tanpa kita sedar. Usah timbulkan keraguan dan jangan ada burok sangka sesama kita.

Kamu sangka pembunuh ”putriku” Nurin Jazlin sekarang ini menari dan bergembira dengan berita ini. Kamu silap kalau bersangka begitu. Hati pembunuh ini tidak akan dapat menipu dirinya sendiri sebagai pembunuh.

Sebenarnya pembunuh ”putriku” sekarang ini sedang berada dalam Neraka dunia. Setiap katanya, perbuatannya, langkahnya amat menyiksakan bagi dirinya ketika ini. Sehingga kadar waktu yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa.

Tidakkah dapat kamu perhatikan “ayat-ayat” Nya yang memberi pengajaran kepada kita Rakyat Malaysia amnya, muslimin khususnya sekarang ini.

Perhatikanlah kesilapan-kesilapan masyarakat kita waktu ini. Kesilapan yang terlalu besar untuk diceritakan, tetapi cukup untuk digambarkan dalam hanya satu kejadian keatas ”putriku” Nurin. Kesilapan-kesilapan ini datang dari setiap lapisan masyarakat kita, dari Pemimpinnya, pihak Berkuasanya, Penghukumnya, Penjawatnya, Pekerjanya dan seterusnya orang awam seperti kita.

Kita menangis dan bersedih cara ”putriku” Nurin meninggalkan kita. Tetapi sebenarnya ”putriku” Nurin telah bekorban untuk menyatakan dan menceritakan kepada kita betapa rosak dan pincangnya budaya dan akhlak masyarakat kita dewasa ini. Tanpa ada bimbingan dan pedoman. Kita masih terpinga-pinga.

Tetapi Allah Maha Bijaksana dalam menyampaikan ceritanya sebagai bimbingan dan pedoman kepada yang berilmu.

Yang aku pasti roh ”putriku” Nurin sedang bergembira didalam surga bersama malaikat-malaikat sebagai penjaganya. Menanti kehadiran ibu dan bapanya dari alam dunia ini.

Salam rindu dari kami. Allah Huakhbar! Wallah hua’lam.

Sufyian

Anonymous said...

Assalamualaikum..
kpada ibu bapa nurin...
smoga tabah atas ketentuanNYA..
berdoa dan reda lah ia pergi bertemu Tuhan Yang Satu..
walaupun dalam tragedi yang menyedihkan..

kami berharap agar pembunuh nurin akan menerima balasan dan hukuman yang setimpal atas perbuatanya membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa..
mari kita sama-sama doakan agar adik nurin diberkati dan dirahmati.
Amin..

Anonymous said...

Assalamualaikum .. Saya mengucapkan TAKZIAH buat kelaurga adik NURIN .. AL Fatihah .. sekarang ni adik NURIN berada di SYURGA dan dikelilingi oleh BIDADARI SYURGA ..

Sekarang tanggungjawap kita semua untuk bekerjasama dengan pihak polis ..sebarang maklumat atau apa2 yg boleh di bantu terus di minta report kepada pihak berkuasa. BINATANG IBLIS itu tidak mengenal erti hukum .. mungkin sekarang dia sedang ligat mencari mangsa lain di kawasan2 lain ..jadi tanggungjawap kita awasi lah anak2 kita sepenunya .. skrg ni masing2 sibuk nak ber shopping untuk berbuka puasa .. beerhati2 di bazaar ramadhan .. dan juga di tempat membeli belah .. kalau boleh tak payah bawa anak kita pegi shopping .. kita tahu kan size anak2 kita ..

Mari lah kita sama2 berdoa agar BAINATANG KEJAM tu di berkas ..dan saya berharap sgt agar BINATANG itu tidak terus di bunuh .. sebaliknya di ikat di sebatang pokok i.e di pokok di depan Masjid ASSYAKIRIN KLCC .. di letakkan kerengga dan juga di beri sebatan oleh pihak berkuasa .. biar lah ia di tontoni oleh ramai orang . sekurang2nya akan memberi pengajran .. Itu la perminttan saya ..

Dari .. mama Liza n family

Anonymous said...

linda&mahazan said....

Pemergian adik nurin telah memberi impak besar kepada kita semua..takdapat dibayangkan betapa zalim dan berhati binatangnya manusia yang memperlakukan anak yang tidak berdosa sebegitu rupa.semoga Allah turunkan seberat-berat hukuman kepada "syaitan" itu...Moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas adik Nurin..Amin

from
mahazan&linda

Anonymous said...

ayahda dan ibuda nurin jazlin..
mereka diselubungi sedih yang teramat sngat..takziah diucap kan kpd mereka.
kepergian nurin adalah seruan ilahi...Allah lebih menyanginya.
namun begitu kesedihan ibu bapa nurin mmg x dapat difahami oleh segenap masyarakat terutama PEMBUNUH kejam itu..memisahkan hubungan anak dan ibuayh..
ini pengajaran dan PERINGATAN kepada ibu bapa yg lalai trhdp anak²..anak² ialah rezeki tuhan yang tidak ternilai harganya...
namun sudah kehendak ilahi xda siapa yg mampu mrlawan takdir..
wahai pembunuh kejam bertaubat dan serahlah diri anda kepada pihak polis..sesungguhnya allah mengampuni manusia yang benar² bertaubat walaupun dosa sebesar alam semester..
bersemadilah mayat syahid nurin jazlin dipusara...dan tunggulah ibuayahmu d surga firdausi..
insyaallah..
bersabarlah keluarga nurin. setiap yg berlaku ada hikmahnya..
wassalam

Anonymous said...

petikan dari forum ustaz zaharuddin

Musibah yang menimpa al-Marhumah Nurin Jazlin yang masih kanak-kanak bukanlah satu balasan terhadap dosanya, malah ia belum sempat untuk berdosa. Menurut para ulama Islam, musibah yang menimpa kanak-kanak seperti kematian sebegini adalah merupakan satu rahmat untuknya, adapun cara kejam pembunuhan itu adalah manifestasi kegagalan acuan dan hasil tangan manusia yang berlagak pandai untuk menguruskan kehidupan, mereka degil dari arahan dan larangan Allah s.w.t, lalu kelahiran manusia buas sedemikian adalah hasilnya, menandakan seriusnya tahap kejahilan dan kehancuran jiwa manusia di sekeliling.


Saya kira, semua insan normal akan merasa pedih apabila melihat gambar keadaan jenazah Nurin di atas, apatah lagi sesiapa yang melihatnya secara berdepan. Saya sendiri terganggu pemikiran sejak kelmarin apabila isu ini tersebar di berita. Terfikir betapa kesakitan yang dialami olehnya menyebabkan perhatian saya terganggu ketika memberikan ceramah. Ini kerana menurut media, ketika mayat Nurin Jazlin ditemui, ia baru 6 jam menemui kematian.

Bermakna, sejak kehilangannya selama 27 hari ia menanggung kesakitan dan hanya meninggal dunia pada hari mayatnya ditemui. Saya juga difahamkan oleh beberapa sumber yang boleh dipercayai, hasil bedah siasat mendapati perut Nurin Jazlin kosong dari sebarang makanan, seolah-olah ia tidak diberi makan selama sebulan kehilangannya dan hanya didera seksual sahaja. Inilah antara info yang amat menyukarkan minda saya menerimanya.

Ceramah saya di Universiti Malaya dua hari lepas (20 September 2007) adalah yang paling terkesan, minda saya gagal memfokuskan kepada isi kuliah yang ingin disampaikan. Mungkin para pendengar yang hadir dapat melihat situasi itu.

Benar, Ia juga merupakan satu ujian Allah s.w.t ke atas kedua ibu bapanya. Sesiapa sahaja yang mampu bersabar serta redha, bagi mereka Syurga dan barangsiapa yang menuding jari menyalahkan Allah s.w.t dan taqdir, mereka adalah dari kalangan ahli neraka.


Nabi bersabda :-


إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala, dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah." ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)


Menurut Syeikh Soleh Al-Munajjid, antara hikmah dari kematian seorang kanak-kanak, antaranya sebagai penyelamat diri kanak-kanak terbabit di akhirat kelak, hanya Allah yang mengetahui hikmah sebenar.


Beliau juga berkata, tidak dinafikan semua kanak-kanak ada kemungkinan jika ia sempat dewasa ia boleh menjadi musuh Islam yang terbesar, jatuh murtad, melakukan dosa yang amat dahsyat dan lain-lain. Yang mana sebahagian tindakan dosa tersebut boleh menyebabkan anak itu kekal di dalam Neraka.

Justeru, dengan kematiannya di waktu kecil, ini bermakna Allah s.w.t dengan rahmatnya telah pasti terselamat dari sebarang dosa besar dan kemurtadan yang mungkin berlaku. Perihal sebegini ada disebut dalam surah al-Kahfi, iaitu sebagaimana kisah Nabi Khidir a.s yang sengaja membunuh seorang anak kecil yang telah diketahui melalui Allah s.w.t akan menjadi penjahat besar kepada ibu bapanya jika ia dewasa.

Ciri Mukmin Yang Sentiasa Tabah

Sama-sama kita pasrah kepada Allah dan mengingati ciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-


عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Ertinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa" ( Riwayat Muslim)


Syafaat Anak Kecil & Aqiqah

Saya hanya mampu mendoakan al-marhumah Nurin Jazlin mendapat kenikmatan terbaik di alam barzakh ketika ini dan akhirat kelak. Moga ibu bapanya yang mampu redha dan sabar juga layak mendapat 'title' orang beriman dan redha Allah s.w.t. Ia sememangnya tidak mudah, tetapi redha adalah suatu kewajiban dan bukan pilihan.


Jika sekiranya ibu bapa Nurin Jazlin belum melakukan aqiqah untuknya, eloklah dibuat aqiqah tersebut.


Menurut Imam Ahmad r.h, sekiranya anak kecil meninggal dunia dalam keadaan belum diaqiqahkan, anak tersebut tidak akan membantu (memberi syafaat) kedua ibu bapanya di akhirat. Justeru, syafaat dari anak kecil yang meninggal untuk si ibu bapa adalah bergantung kepada aqiqahnya ( Mirqat Al-Mafatih, 8/78). Wallahu 'alam.


Ia berdasarkan kefahaman Imam Ahmad dari hadis :-


الغلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم السابع ويسمى ويحلق رأسه

Ertinya : anak tergantung kepada aqiqahnya, dilakukan sembelihan aqiqah pada hari ketujuh dan diberi nama serta dicukur kepalanya" ( Riwayat At-tirmizi dan Ahmad )


Justeru bagi semua ibu bapa samada Nurin Jazlin atau lain-lainnya, jika terdapat anak yang meninggal dunia dalam keadaan Islam, berusahalah menjadi ibu bapa yang beriman secara tulen. Allah s.w.t pasti akan menghubungkan anak dan ibu bapanya semula di akhirat. Janganlah terlalu bersedih dengan pemergiannya. Firman Allah s.w.t :-

والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان ألحقنا بهم ذريتهم وما ألتناهم من عملهم من شيء

Ertinya: "Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya." ( At-Tur : 21 )


InshaAllah, anak-anak kecil yang meninggal ini akan berada di syurga Allah s.w.t. Disebut dalam kitab Ad-Durr Al-Manthur sesungguhnya orang yang beriman dan anak-anaknya akan berada di dalam syurga bersama-sama. (Ad-Durr Al-Manthur, 7/633 ; Tafsir At-Tabari, 27/25)


Bagaimanapun, jika seseorang ingin bersama anaknya tersebut, perlulah ia melakukan amal soleh dan menjadi orang yang beriman dengan benar-benar iman.


Deretan Kes Perit Hampir Serupa Tanda Apa?

Apapun, segala macam bentuk perhatian kini perlu ditingkatkan, apa guna ibu bapa yang asyik dengan mencari duit dan wang sehingga tiada masa untuk melihat keselamatan anak. Begitu ramai ibu bapa yang tersangat sibuk dan sentiasa bertawakkal palsu tentang hal keselamatan anak-anak mereka.


Perlu diambil perhatian oleh kita semua bahawa keselamatan kanak-kanak perempuan semakin membimbangkan ibu bapa hari ini. Cuba lihat deratan kes di bawah :-


Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.

Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.

Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9 pula ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia.Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.

Kisah seterusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani, Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.

Selain itu bulan yang sama, Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.

Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.

Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.

Dan akhir pada 23 Oktober 2000, Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

Doa Pilihan Pelindung Keluarga


Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-


من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك


Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080 - teks doaya adalah yang berwarna merah)


Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-


فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?


Lelaki berkata : aku disengat kala


Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )


Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-


رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


Siapa Cuai ?

Takziah kepada keluarga Nurin Jazlin dan semua keluarga yang menghadapi cabaran yang sama. Saya juga TIDAK BERSETUJU atas kenyataan pihak berwajib yang ingin mendakwa kedua ibu bapa Nurin Jazlin atas alasan mereka cuai dan lalai. Mana ada manusia yang tidak sekali sekala terlalai dan terleka. Biarlah pedih mereka sembuh sebelum membuat kenyataan pelik seumpama ini.

Saya mengharapkan pihak polis dapat dengan CEKAP menjejaki si pembunuh, sebarang kegagalan akan menyebabkan semakin pudarnya keyakinan terhadap teknologi dan badan pengawas keamanan ini. LIHAT KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB R.A YANG SELALU BIMBANG SEMASA MENJADI KHALIFAH, SEKIRANYA ADA SEEKOR KAMBING MATI DI DALAM NEGARANYA, IA BIMBANG AKAN DITANYA DI AKHIRAT KELAK ATAS KECUAIANNYA SEBAGAI KHALIFAH.

Beliau diriwayatkan berkata : "Seandainnya ada keledai yang jatuh dari atas gunung di kawasan Irak sehingga patah kakinya, pasti Allah SWT meminta pertangungjawaban saya (Umar) karena tidak membuat jalan untuk dilintasi keledai tersebut"; dan "Kalau kambing tersasar dan hilang di pingiran sungai Eufrat, maka Umar akan bertanggung jawab pada hari akhirat".

Begitu juga Ali bin Abi Talib ra ketika melihat Umar bin Khattab ra sedang berlari lalu bertanya: "Kenapa kamu lari wahai Umar? Aku (Umar) berlari karena ingin mengejar unta sedekah yang telah lepas dari tambatannya.

INI KERANA TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI PEMIMPIN ADALAH MENYEDIAKAN NEGARA YANG AMAN DAN BAIK KEPADA MANUSIA DAN JUGA BINATANG SERTA MEMASTIKAN TIADA MANUSIA "BERHATI BINATANG".



Bagi seluruh keluarga Nurin, ketahuilah doa mereka yang sedang dizalimi adalah maqbul, ditambah lagi di bulan Ramadhan penuh berkat ini, doalah dengan bersungguh-sungguh agar mereka tertangkap. Ameen...


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

21 Sept 2007

9 Ramadhan 1427 H


ikhlas dari: nazri,UiTM N9

Zie said...

Tragedi NURIN JAZLIN sungguh terkesan di hati.. pilunya bagaikan NURIN anak sendiri.. Akan setiasa berkaca mata ini sehingga ke hari ini bila mengenangkan NURIN yang bersih dan suci...

Sentiasa merenung diri sendiri.. mampukah diri ini setabah keluarga NURIN menghadapi dugaan ALLAH ni.. ALLAHUAKHBAR.. sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui...

AL-Fatihah...
Sabani
Rozita
Mohd Syazzwan
Mohd Syafiq
Mohd Sufi
Farisya Syauqina

Anonymous said...

kepada Pisik, Kalau awak tahu kenapa tak tolong ibu bapa Nurin nie mencari pembunuh kejam nie?? kenapa tak boleh beritahu nama pembunuh nie? kenapa byk benda kerna berahsia??? dah saya tak dapat cari nama awak kat myspace?? awak nie benar nak tolong atau sengaja buat citer?? tolong explain.

sadisman said...

Sewaktu awal kehilangan Adik Nurin dilaporkan,saya berdoa didalam hati agar esok lusa Nurin dapat dijumpai kembali,hari demi hari berlalu,Nurin masih hilang hinggalah berita mayat seorang kanak-kanak telah ditemui saya menjadi cukup sedih ketika itu namun selepas itu saya bertukar gembira kerana ibubapa Nurin mengesahkan itu bukan Nurin.Namun 2 hari kemudian saya betul-betul sedih kerana sebetulnya itulah Nurin. Saya juga punyai anak sebaya Nurin,cukup faham perasaan kedua ibibapa Nurin ketika ini,sabarlah kita hanya makhluk yang terlalu kerdil disisiNya.

Anonymous said...

sabar.. ada hikmah di sebalik kejadian.. ada pembalasan di sebalik perbuatan.. jangan lupakan Allah.. doa akan kesejahteraan adik nurin di 'sana'.. aminn..

~al-fatihah~

norul's family

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Al-Fatihah buat arwah adik Nurin yang dikasihi dan disayangi oleh seluruh rakyat Malaysia. Takziah kepada seluruh keluarga arwah dan mohonlah keampunan dan ketenangan dari Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Tak terluah rasa sedih saya sejak mengikuti berita kehilangan adik Nurin sehingga ke akhir hayatnya. Wajahnya yang comel dan manja meninggalkan satu perasaan kasih di dalam hati saya setiap kali memandangnya. Hingga saat ini, hati saya seakan meraung dan bagai dihiris-hiris mengenangkan apa adik Nurin lalui. Walaupun adik Nurin sekeluarga bukanlah sesiapa dengan saya, saya dapat merasakan keperitan dan kesedihan yang keluarga adik Nurin rasakan sekarang. Cuma melalui blog ini lah saya dapat meluahkan kepedihan dan kesedihan yang saya bendung selama pemergiannya. Hadiah Al-Fatihah dan doa kepada Allah S.W.T buat arwah adik Nurin. Semoga adik berbahagia dan gembira di dalam syurga milik Allah.

Buat keluarga adik Nurin, semoga tabah menempuhi dugaan Allah ini. Amin.

Wassalam.
Irdina Syuhadah

Anonymous said...

a'ah kepada PISIK.

kalau nak tolong, bagi tau la cerita betul2. amende nak rahsianya....

jgn nak merepek. kalu nak tolong, tolong jer, jgn main-main perasaan orang lain...

Anonymous said...

Assalamualaikum..
kepada ibu bapa adik Nurin Jazlin semoga tabah menghadapi dugaan Allah dan hari yang mendatang. Bagi pihak keluarga saya mengirimkan salam takziah untuk keluarga Jazimin.
Al Fatihah untuk adik Nurin Jazlin.

Anonymous said...

sy setuju ngan sume..patutnye pembunuh 2 kte sula dpn org ramai...
bg dier terung ngan timun mcm mne die wat nurin...or rogol duer dpn org ramai gak..slm takziah kpd keluarga nurin jazlin...

Anonymous said...

Assalamalikum.....
Takziah wat keluarga Nurin Jazlin...

Anonymous said...

kpd pisik leh gi tau myspace awk x??? sy pn nk tau citer sbnr nye gak...

Unknown said...

Buat Keluarga adik nurin,

Tabah hadapi ujian ALLAH S.W.T. kami akan sama2 berdoa moga pembunuh itu akan di jumpai dan diseksa sehingga mati......

Anonymous said...

askum.. saya ingin mengucapkan takziah kepada Nurin Jazlin atas tragedi yang menimpanya.. walaupun saya hanya berusia 15 tahun tapi saya dapat merasakan kesedihan yang menimpa keluarga encik Jazimin.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.. Amin..dan pembunuh yang bertopengkan manusia itu ditangkap..

Anonymous said...

Askm,

Jika dirimu rasa sepi,
ingatlah dia sentiasa disisimu,
jika dirimu rasa rindu,
ingatlah dia sentiasa ada utk mengadu,
Jik dirimu ingin tenang dan damai
kembalilah kepadanya
dia kekasih setia
dia segala-galanya
hampirilah dan akrabilah dia
dia ...lailahi Ya Rabbi
Pencipta alam semesta ini jua pencipta dirimu sejak azali.
Amin

Kepada keluarga Nurin saya ucapkan takziah dan banyak2lah bersabar dan ini adalah dugaan allah s.w.t kepada anda...ada hikamah disebalik kejadian.Insyallah penjenayah tersebut takkan terlepas mahupun didunia dan diakhirat

Norrolhuda Sharif said...

Assalamulaikum
Buat ibu bapa Nurin dan famili

Al-Fatehah

Anonymous said...

Salam..
buat keluarga nurin sy doakan smoga sentiasa tabah menghadapi dugaan ini.. yakinlah bahawa kalian ibu bapa nurin akan berjumpa putrimu di syurga kelak.. kepada pembunuh nurin, beringatlah.. seluruh muka bumi ini melaknat perbuatanmu... tiada tempat yang sanggup menerima mu walaupun sekelumit tanah pun di muka bumi ini apatah lagi di akhirat kelak.. semoga pembunuhnya akan ditemui kelak... Amin.. Al-Fatihah...

Anonymous said...

Salam....
Salam takziah untuk keluarga Nurin,tabahkan hatimu wahai kedua ibu-bapa Nurin,semoga roh arwah dicucuri rahmat....amin

Kita panjatkan doa supaya si binatang tu dapat ditangkap secepat mungkin!!!

Anonymous said...

assalamualaikum..
tiap kali t'baca kisah arwah adik nurin, atau melihat berita tentang arwah nurin, hati saya sebak..
sedih kerana bagaimana kanak2 kecil yang tidak tahu apa2, belum mengenali apa2 menghadapi semua ini sedangkan kanak2 sekecil iu tidak patut merasai kepedihan sebegitu..
saya yg tidak ada pertalian persaudaraan dengan arwah nurin (melainkan hubungan saudara seagama) pun terasa pedihnya, rasa teramat sedih! tak dapt dibayangkan perasaan hancur luluh ibu bapa arwah nurin.. semoga Allah merahmati keluarga arwah..... sesungguhnya, dugaan yang dihadapi oleh keluarga arwah nurin amat besar, di mana seluruh negara merasainya... semoga arwah tenang di alam sana.. percayalah, seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar tertangkapnya si SYAITAN!! dan sekiranya tidak mendapat balasan yang setimpal di dunia, azab Allah pasti menanti! takziah buat keluarga arwah.. semoga tabah mengharungi dugaan, pasti ada hikmah di sebaliknya..

Norrolhuda Sharif said...

Assalamulaikum
Buat ibu bapa dan famili adik Nurin

Betapa berat mata memandang beratlah lagi bahu yang memikulnya. Tiada kata-kata yang mampu diluahkan.

Dik Nurin
Sejak kehilanganmu 20 Ogos lalu, diri ini sentiasa mendoakan agar kau selamat pulang ke pangkuan keluarga seperti adik Yin. Apa kan daya Allah lebih menyayangimu. Perginya sekujur tubuhmu menyentap tangkai hati ini bagai dihiris-hiris. Kami turut berkongsi pemergianmu dengan kesedihan, pilu, sebak dan macam-macam perasaan yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Dik Nurin
Kami berkongsi rasa ini dengan ibu bapa dan familimu biarpun mereka tidak mengenali kami. Simpati yang mendalam ini lahir dari hati yang ikhlas, deraian air mata yang jatuh sejak kehilanganmu tak dapat ditahan-tahan. Apatah lagi sejak berita kematianmu hati ini tumpang tidak keruan mengenangkan betapa hidupmu disiksa sedemikian rupa sehinggalah ke akhir hayatmu.

Dik Nurin
Menatap wajah comelmu tersenyum manis di Utusan Malaysia Sabtu lalu, pasti ramai yang menitiskan air mata seolah-olah itu adalah lambaian terakhirmu.

Dik Nurin
Ibu bapamu tidak bersalah. Tiada ibu bapa yang mahukan tragedi buruk ke atas anak-anak mereka. Apa yang telah terjadi di luar kemampuan mereka. Mereka cukup menderita atas kehilanganmu...apa tah lagi menatap sekujur tubuhmu yang kaku sekian lama dinanti-nantikan kepulangannya...

Dik Nurin
Semoga dirimu tenang di syurga sana dan semoga rohmu dicucuri rahmat...

Mereka di luar sana, marilah kita sama-sama berdoa agar binatang ini(tak tau apa perkataan yang sesuai kerana binatang pun tau sayangkan anaknya)yang menyiksa adik Nurin diberkas sehari dua ini. Tangkap dan bogel di depan umum, lemparkan batu dan siksa dia sampai mati seperti mana dia buat pada aruah. Binatang seperti ini tidak patut dibiarkan terlepas kerana ramai lagi akan menjadi korbannya...

norehan said...

Assalamualaikum..
Adik nurin seperti ku rasakan seperti anak-anak saya,manakan tidak usianya seusia anak ku.Setiap kali saya membaca ceritanya airmata saya pasti akan berlinangan, saya tidak dapat membayangkan hari -hari yang dilaluai selama kehilanganya,jeritan,tangisan tidak ada yang mendengatnya,tersiksa keseorangan,Ya Allah pilu nya.Buat keluarga nurin bersabarlah Dan berbanyak berdoa semoga penjenayah yang berhati syaitan tu dapat di berkas dengan secepatnya dan diadili dengan setimpal perbuatanya.Amin -norehan

Anonymous said...

salam..tak pernah lagi saya tak menangis apabila membaca berita mengenai pembunuhana aduk nurin jazlin..sesungguhnya kematian adik ini sangat menyayat hati.. saya doakan moga roh adik nurin jazlin dicucuri rahmat Allah swt..amin...

Anonymous said...

assalamualaikum.

Salam Takziah Dari
kami Sekeluarga Buat Keluarga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin

Anonymous said...

a'kum....

buat keluarga arwah nurin, sekalung takziah sy ucapkan.
inilah kali pertama berita yang saya baca menyebabkan saya menangis. betapa kasihannya anak kecil diperlakukan sedemikian oleh seorang manusia bertopengkan syaitan.

saya mendoakan agar pembunuh adik nurin berjaya ditangkap secepat mgkn. kepada para ibu bapa, tingkatkan keselamatan anak2 anda, semoga perkara seumpama ini tidak terjadi kepada anak2 kita. nauzubillah...minta dijauhkan

Anonymous said...

elias

Salam takziah buat keluarga Abang Jazimin sekeluarga. Walaupun saya masih belum mempunyai cahaya mata, saya tergamam apabila mendapat tahu mayat yang dijumpai dalam beg itu adalah adik Nurin. Saya turut mengikuti perkembangan kes adik Nurin dalam akhbar.Sungguh tidak saya menyangkan ada manusia sekejam itu. Saya tidak tahu apakah "lahanat" ini mempunyai masalah mental atau sebagainya. Apa yang pasti cara "dia" meninggalkan mayat adik Nurin itu seolah-olah dia dah merancang. Maksudnya "dia" sudah tahu dan mungkin juga sudah mengenali adik Nurin sebelum ini. Berkemungkinan benar seperti ada sahabat kita yg mengatakan "pembunuh" sudah mengenali dan "dia" tahu Nurin selalu ke pasar malam dan juga tidak mustahil suspek telah bertapak di kawasan pasar malam tersebut. Mungkin pihak polis lebih cekap dan saya yakin dengan Polis Malaysia.

Kepada mereka yang memberi pendapat dalam blog ini, janganlah saudara menyalahkan pihak polis sahaja ye.. kita gunakan pendekatan lebih profesinal. Biarkan mereka jalankan siasatan. Kita berdoalah agar penjenayah "lahanat" itu dapat diberkas dalam masa yg terdekat ini.

Pasal HUKUM HUDUD pulak, saya yakin itulah hukum yang terbaik bagi kita yang memperakuinya sebuah negara Islam. Mungkin ada yang menentang, tetapi kita tak boleh nak katakan tidak pada yang hak. Wajiblah bagi kerajaan melaksanakannya. Saya tak nak komen banyak-banyak pasal HUDUD kerana saya bukanlah orang yg layak nak berhujah mengenainya.

Apa yg penting sekarang, masyarakat sudah terbuka mindanya, yang sudah merdeka ini pasti tahu di mana silapnya. Yang mempunyai anak yang sebaya dengan adik Nurin terutamanya mungkin akan berasa fobia sedikit. Takut berlaku kepada anak-anak mereka. Betullah ada yang mengatakan, "dia bimbang akan anaknya jadi seperti apa yang berlaku kepada adik Nurin" tetapi perlulah diingat, ujian Allah ni tidak mengenal sesiapa. Oleh yang demikian, masyarakat mahu tidak mahu haruslah peka dan dalam usaha membesarkan anak-anak. Insyaallah selamat.

Allah uji Abang Jazimin dalam bentuk ini, kita pulak tidak tahu macam mana bentuknya. Jadi apa yang penting kita semua tahu bertapa Allah masih "bersimpati" dengan abang dengan menemukan semula anak abang itu. Bayangkan kalau terus hilang dan lenyap. Mungkin akan berlaku perkara-perkara lain pula. Wallahualam. Saya tabiklah kepada abang kerana telah menerima dan redha akan ketentuan-Nya ini. Sabarlah abang.. Ini Ujian Allah..

Akhirulkalam, sama-samalah kita berdoa agar abang Jazimin sekeluarga dapat terus menjalani kehidupan seperti biasa walaupun jauh dalam sudut hati mereka pedih,hiba dan sakit hati sering menanggapi dalam setiap inci jiwa mereka. Tambahan pula Aidilfitri kian menjelang tiba. Janganlah abang bimbang kerana kami semua bersamamu dan Allah juga bersamamu. Banyakkanlah berdoa agar Allah tenangkan hati abang untuk abang sekeluarga dapat meneruskan kehidupan walau tanpa Kak Ngah di sisi.



Ikhlas dari,
Elias&Izzah sekeluarga
Setapak. KL

Aniess said...

Assalamualaikum...
Salam Takziah buat keluarga Nurin Jazlin Jazimin.Sesungguhnya kami semua amat mengerti "Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikulnya.Bersabarlah dengan ujian dan dugaan Allah S.W.T yang maha hebat dan perit ini.Percayalah pada Qada dan Qadar.Mungkin ada hikmah disebalik semua ini..Pada Penculik,Pendera,Perogol & Pembunuh Nurin Jazlin.Semoga sekarang dia ada otak & tahu bahawa seluruh warga Malaysia memburunya,warga dunia sekali..& Jangan pembunuh ini mimpi yang dia dapat hidup dgn aman & damai dlm dunia ini.Di Akhirat lagilah..Jangan diharap.Akan datang padamu Duhai Perogol,Pembuhuh seekor ular yang besarnya tidak terkira dan membelit tubuhmu..& engkau akan merasa azab yang tidak terperi sakitnya..Sebelum engkau mati engkau akan diazab di dunia ini dahulu.Percayalah.Yang engkau wahai Pembunuh tak akan dapat lari ke mana-mana....sama ada Pembunuh ini muslim@ tidak..setiap agama adalah mengajar sesuatu yang menjurus pada kebaikan..Oleh itu nantikan Pembalasannya...Kanak-kanak yang masih mentah menjadi mangsa nafsu gila..Lelaki durjana.@Perempuan durjana??...Selepas berita kehilangan Nurin Jazlin tersebar...Di mana2 saya berjalan pasti terlihat posternya...dalam hati saya berkata2 "dimanalah agaknya budak ini...bagaimana aku dapat membantu"...saya jua adalah penduduk wg.maju...& saya amat tahu kawasan seksyen 1 tu...rumah flat di situ juga hampir2 nak menyewa tapi tika itu dah penuh..kawasan sana mmg gelap..@ saya syorkan pihak berkuasa tambah lampu di situ...Kebetulan masa saya pergi dulu ada pasar malam...nama je ada pasar malam..tapi lorong2 nak lalu rumah2 gelap...sampai saya yang dah dewasa ni pun, naik motor lg pun naik takut...selalu jalan2 di sana...malang saya tak ada masa kejadian...kan bagus kalau saya npk Nurin...Tp, tak pernah pula nampak Nurin...Dah suratan Takdir..Doakan Nurin bawah jagaan org yg baik...namun dpt dek penyamun tarbus...Kejam..sungguh kejam...Kisah Nurin amat memilukan...Kalau ada pun kes kanak2 lain..mereka kena sekejap..Tetapi Adik Nurin Di dera sehingga hampir sebulan lamanya? Oh,tidak..geramnya...Kini Penjenayah menjadi buruan semua orang...Bukan Polis saja nak memburu warga Malaysia semua nak pergi memburu Penjenayah kejam...& diseret & direjam sampai mati oleh semua orang...Kalaulah hukum Hudud digunakan kan ke baik..Hukum Allah tu sempurna...Pasti orang tak berani buat jenayah....Duhai Keluarga Nurin...BERSABARLAH...SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T amat Sayangkan pada orang2 yang SABAR atas dugaannya..Teruskanlah kehidupan dengan tabah bersama anak2 lain. Nurin telah selamat kini dari cengkaman durjana...Kanak2 yang tiada Dosa...Tempatnya pasti di Syurga sana...& dia sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya...Al-Fatehah..Wassalam.

Atuk said...

Ketika menonton Buletin Utama TV3 jumaat lepas tanpa saya sedari air mata saya menitis kerana terlalu sedih dan sebak kerana anak sekecil ini menjadi mangsa manusia yang kejam. Sekiranya Nurin masih hidup, mungkin bila dewasa nanti dia akan menjadi doktor,peguam atau pendidik.
Saya juga mempunyai anak perempuan yang sebaya dengan Nurin. Sebagai seorang bapa saya seorang yang tegas dan mengikuti perkembangan pelajaran dan pergaulannya.
Saya dapat merasakan bagaimana perasaan bapa Nurin bila kehilangan seorang anak dan bila dah jumpa, dah jadi mayat.
Harap dapat En Jazimin bersabar kerana itu adalah ujian Allah kepada hambaNya.
Saya juga merasa marah dan geram kepada pembunuh Nurin. Bila dah tertangkap pembunuh itu ingin saya cadangkan hukuman yang sesuai kepada pembunuh Nurin. Hukuman yang terbaik adalah hukuman mati dengan terseksa seperti di rejam dengan batu, di biarkan mati kelaparan atau letak saja dalam kandang harimau. Hukuman lain seperti gantung dikhalayak ramai atau dipancung kepala juga boleh dilaksanakan. Tetapi pembunuh itu akan mati juga tanpa penyeksaan.
Saya juga harap pihak media siarkan pada muka depan sebagai berita utama berkenaan pembunuh itu.
Marilah kita sedekahkan surah Al Fatihah kepada adik Nurin Jazlin.
Salam Takziah dari saya sekeluarga,
Fazley
Aishah
Nur Aida Najwa

Anonymous said...

Dari hati seorang guru...
terkilan sangat dengan apa yang berlaku....
Nurin gadis syurga...bidadari
semoga Nurin Jazlin bahagia di sana
semoga Nurin Jazlin adalah yg terakhir
Nurin Jazlin yg terakhir
yg terakhir...amin
pembunuh Nurin dan manusia2 syaitan
harus dihukum....bunuh!!!
biarlah anak2 ni merasai hidup

Anonymous said...

buat ibu bapa adik Nurin Jazlin...
pemergian adik Nurin kami iringi dengan bacaan Yasin...Semoga ALLAH mencucuri Allahyarhamah..bersabarlah ibu dan ayah adik Nurin.sesungguhnya,setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.Tuhan itu MAHA ADIL..

Anonymous said...

Tabahkanlah hati dan redha dengan ketentuanNya.
Sememangnya bukan ini yang kita semua mahukan apatah lagi dalam keadaan yang memilukan, namun hakikat kehidupan perlu diterima walau berat untuk mempercayainya. Ketahuilah insan semua, bumi Allah ini sudah tidak selamat lagi untuk anak-anak kita bebas bergerak dan bermain, sudah tidak ada lagi keseronokan untuk berjalan seorang diri di merata bumi ini, kerana kita sentiasa akan diekori oleh syaitan-syaitan bertopengkan manusia yang sentiasa kehausan nafsu dan menunggu masa untuk memusnahkan masadepan dan hidup kita. Semoga keluarga Allahyarham Nurin bersabar dengan ujian dariNya. Amin....

Anonymous said...

salam...
lidah kelu tuk berkata,
hati pilu tak terkira,
laknat kau BINATANG DURJANA,
semoga ALLAH menunjukkan kuasa nya.

salam takziah buat keluarga adik nurin, sye xnak comment banyak.. cuma berdoa pembunuh itu dihukum sekeras2nya smada di dunia atau diakhirat..

ya ALLAH ya tuhanku, tabahkan lah hati kami hambamu, tenangkanlah roh anak kecik itu, berikan lah kami kekuatan dan petunjuk tuk mencari SYAITAN itu.. panjangkanlah umur nya supaya kami dapat melihatnya.. ya RAHMAN ya RAHIM, kau saja dapat menmudahkan segala yang sukar, yang membantu takkala kami dalam kesukaran, sesungguhnya kami lemah ya ALLAH, kami lemah YA TUHAN.. bantulah kami dalam mencari penyelesaian dari masalah ini, lindungilah kami YA ALLAH.. semoga keadilan dapat ketemu jua bersama nya.. AL-FATIHAH...

Anonymous said...

assalamualaikum....
kepada keluarga adik nurin takziah dr kami disini...kami disini merasakn seperti mana keluraga adik nurin rasai..kami beharap pembunuh itu dpt dikesan secepat mungkin.

syAmiL said...

Salam Takziah Dari
saya Buat Keluarga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin.

Al-Fatihah

-Syamil&Ziela

syAmiL said...
This comment has been removed by the author.
ilika said...

kasih sayang bukan mainan
ketulusan hati bukan gurauan
kekejaman manusia kini berlarutan tangisan si kecil jelas kedengaran angkara nafsu bertunjangkan syaitan
islam dan iman tidak di fikirkan....

salam takziah untuk family adik NURIN.
mg arwah ditempatkan bersama2 orang yg beriman...

Anonymous said...

salam takziah buat keluarga allahyarham adik nurin. semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah swt. pembunuh adik nurin mesti dicari dan diberi hukuman setimpal dengan perlakuannya terhadap budak sekecil nurin. semoga roh adik nurin dicucuri rahmat.

Anonymous said...

Seluruh Manusia bersedih, semestinya tumpang berduka
buat ibubapa Nurin tabah dan redhalah dgn ujian Tuhan. Keadilan pasti akan terbukti. Doa orang ramai sentiasa tidak putus-putus.Al-fatihah buat adik Nurin.
Ikhlas Aida & Edy

Anonymous said...

salam takziah buat en.jazimin sekeluarga...

Nurjannah said...

Al-fatihah untuk Nurin dan takziah untuk En. Jazimin sekeluarga. Semoga tabah menerima segala kegetiran ujian dan musibah ini. Sungguh segalanya dari Allah. Pasti segalanya terkandung hikmah yang cukup bernilai buat anda sekeluarga. Saya doakan semoga En. Jazimin dan isteri sentiasa dianugerahkan kebaikan. Saya antara jutaan insan lain, sungguh terlalu sedih, pilu, sayu, terasa kosong dan sepi malahan simpati dan empati dengan nasib yang menimpa adik Nurin, tidak tergambar segala kesiksaan yang dilalui... terlalu simpati sebenarnya dengan kedua ibubapanya yang terpaksa menerima hakikat anak yang dinanti2 dengan dua pasang baju raya.. akhirnya dibunuh kejam dan sadis. Berderaian airmata saya mengikuti berita pengebumian adik Nurin yang disiarkan oleh media minggu lepas.. dan saya masih menitiskan airmata sehingga ke saat kini terbaca kisah Nurin dan luahan simpati semua pembaca blog. Berat mata memandang, terlebih2 berat bahu yang memikul, menanggung segala bebanan kesedihan dan kepiluan serta kerinduan terhadap anak yang dipanggil Kak Ngah. Geram, sakit hati, marah yang meluap2 kepada si pembunuh yang tidak ada peri kemanusiaan dan saya bersama rakyat malaysia yang lain mendoakan jua agar manusia keparat itu ditangkap, dihukum berat agar turut merasai kesedihan dan keperitan setimpal dengan apa yang dilalui adik Nurin. Kepada semua rakyat Malaysia... ambillah iktibar dari peristiwa ini... marilah kita menjadi masyarakat penyayang dan perihatin.. buanglah segala keangkuhan dan kesombongan dalam diri kita... tidak kira apa jua status dan kedudukan kita.. jadilah insan yang memahami dan sangat mengambil berat dengan masalah yang berlaku di sekeliling kita. Dan seandainya mayat kanak-kanak yang dijumpai dalam beg itu bukan Nurin sekalipun kita pastinya juga harus dan merasa sedih kerana kekejaman sebegitu diperlakukan terhadap kanak2 yang tidak berdaya. Andai bukan Nurin, pasti kanak2 itu adalah anak-anak kita. Saya juga AMAT tidak bersetuju andai pasangan ibubapa Nurin jazlin akan didakwa. Usahlah ditambah lagi keperitan dan kesedihan yang mereka tanggung. banyak lagi kes2 lain yang perlu didakwa oleh pihak berkuasa... kasihanilah mereka yang telah kehilangan permata hati dalam keadaan yang begitu tragis. Sekali lagi semoga kalian tabah... dan saya doakan agar pembunuh kejam itu ditangkap secepat mungkin... sama2 kita doakan.

nina said...

Kami semua amat terharu dengan kejadian yang menimpa arwah adik nurin jazlin...takziah kami semua untuk adik nurin....kepada keluarga arwah nurin..bersabarlah...sesungguhnya ALLAH S.W.T menyayangi beliau

dari kami
insan yang merindui arwah nurun jazlin

raxor505 said...

salam...
saya mempunyai cadangan dan saya rasa orang ramai tentu setuju dengan cadangan ini...
nanti...
selepas tertangkapnya 'makhluk' itu,saya harap pihak media dapat adakan sidang media bersama 'makhluk' terkutuk itu.
Bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan,tetapi untuk menjawab beribu persoalan yang timbul daripada awal hingga akhir dan segala yang telah dilakukan kepada arwah Nurinjazlin...

raxor505...

Anonymous said...

eeeei...geram..marah....sedih...
takziah buat keluarga allahyarham..
si setan iblis tu harus diberkas dengan kadar segera... jika tidak lagi ramai akan jadi mangsa..

Ummi Nuhlan said...

eeeei...geram..marah....sedih...
takziah buat keluarga allahyarham..
si setan iblis tu harus diberkas dengan kadar segera... jika tidak lagi ramai akan jadi mangsa..

dynagurlz said...

AlFatihah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Ya Allah...
Tabahkanlah hati seluruh ahli keluarga adik Nurin Jazlin
Kami turut memikul simpati dengan peristiwa yang berlaku keatas keluarga Jazimin n Norazian

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Takziah utk keluarga allahyarhamah nurin..tiada tempat yg lebih abadi selain di syurga Al-Jannah...Redha dan bersabarlah buat keluarga Jazimin...Suatu hari nanti,keadilan akan terserlah jua...Allah itu Maha Adil lagi Berkuasa...Bertawakkal dan berserahlah kepada-Nya...

bdk2 said...

untuk ibubapa niurn sy mengucapkan takziah.wlaupun sy msh remaja,tp sy tetap mempunyai perasaan sbg manusia.sy bedoa agr pembunuh adik nurin akan cepat ditemui dan di hukum dgn hukuman yang berat.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Buat ibubapa serta keluarga adik Nurin Jazlin....
Bersabarlah dalam menempuh dugaan yang amat memilukan ini. Sesungguhnya sebagai seorang ibu saya dapat rasakan keperitan yang di tanggung. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar roh adik Nurin diberkati and penjenayah yang melakukan perkara yang terkutuk ini ditangkap dan dihukum dengan setimpalnya.

Jangan dibawa perasaan sedih dan hiba itu berpanjangan hingga memudaratkan kesihatan, kerana saya pasti sebagai seorang anak yang baik adik Nurin mungkin mahu melihat keluarganya meneruskan kehidupan dengan hati yang reda akan kepergiannya dan bahagia serta ceria sentiasa.

Puan Sharifah - Taman Melawati, KL

Anonymous said...

To Nurin's family,
Al-Fatihah to Sweet Little Angel Nurin...

It really awaken me up, I also got I little girl "Nur Jannah" which I really miss her. Unfortunately I only can be with her sometimes..

Takziah and be strong..
I'm really speechless, because i really can't imagine how would it feels to be in your shoes..

Take care my dear brother & sister and Nurin sisters..
I can't hold my tears rite now..

Love & care
Nur Farhana & Nur Jannah

Anonymous said...

salam takziah buat kluarga nurin. tbh dn jgn putus asa semoga rohnya aman di akhirat sana. AL-Fatiah

Anonymous said...

salam takziah daripada Rumah Jagaan Nur Salam, Chowkit, kl.
semoga roh nya aman bahagia di akhirat sana.

Anonymous said...

salam takziah daripada Rumah Jagaan Nur Salam, Chowkit, kl.
semoga roh nya aman bahagia di akhirat sana.

Anonymous said...

YA ALLAH...Kau permudahkan lah usaha pihak polis dan orang ramai dalam usaha mencari syaitan yang bertopengkan manusia yang telah membunuh adik NURIN JAZLIN.semoga roh adik NURIN JAZLIN di tempatkan bersama dengan bidadari syurga...AMIIINN.

Anonymous said...

Buat saudara JAZIMIN sekeluarga.... kami tahu perasaan saudara.kami pun sentiasa berdoa supaya pembunuh NURIN JAZLIN segera di tangkap.kita yang hidup ni kena kuat semangat untuk meneruskan hidup. daripada saudara islam mu..Nikaflina.

Anonymous said...

salam takziah buat keluarga adik NURIN JAZLIN...
saya bersama rakan2 yang lain turut bersimpati atas pemergian adik nurin..kami turut berasa geram terhadap pembunuh yang boleh disifatkan sebagai binatang..kepada sesiapa yang merasakan dirinya telah membunuh adik nurin,tampilla ke hadapan dan tunjukkkanlah diri anda kerana sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..

Anonymous said...

Assalamualaikom,
Pertama sekali saya ucapkan takziah kepada ibubapa dan seluruh keluarga di atas pemergian Adik Nurin. Memang cukup menyayat hati tragedi yang menimpa anak kecil itu,sebak hati setiap kali menatap wajah comelnya,penuh kesayuan.
Apa yg ingin diperkatakan disini ialah kesungguhan pihak polis dlm melancarkan gerakan mencari Adik Nurin sepanjang kehilangannya.saya rasa tiada sekatan jalanraya besar-besaran yg dibuat dalam usaha mencari beliau. Yalah apalah sangat nilai nyawa seorang budak dimata mereka,anak pemandu teksi pulak tu,lain la kalau anak orang kenamaan ke ada harapan dapat anugerah datuk kalau jumpa nanti,silap2 terus dapat tan sri. Tunggu jelah mana tau ada maklumat dari orang ramai nanti,apa nak susah2 ye dak.Hujung bulan dapat jugak gaji apa nak susah.Kalau wartawan tanya cakap jelah apa-apa,kalau susah sangat cakap je masih dalam siasatan,dah dapat bukti baru,tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat ke.Begitulah.......Kes Adik Nurin pastinya akan lenyap ditelan masa tidak lama lagi,percayalah...hingga berlaku kes baru pihak berkenaan akan melatah lagi,jawatankuasa penyiasat baru akan ditubuhkan.
Jika ada pihak yang terasa saya mohon berbanyak maaf,bukan apa sekadar ingin meluahkan rasa terbuku di hati,rasa kecewa,sedih,simpati dan bermacam perasaan yg sukar diterjemahkan.

Al-Fatihah buat Adik Nurin.

Unknown said...

Al-fatihah buat arwah adik nurin..

Kepada ibu-bapa nurin..banyakkan bersabar, ini dugaan dari Allah s.w.t...

Kepada manusia di bumi ini, rakyat Malaysia khususnya dan pihak polis yang berwibawa, cari sampai dapat PEMBUNUH DURJANA, HAIWAN, BINATANG, SYAITAN ini sampai dapat, walaupun dalam lubang cacing sekalipun...

PEMBUNUH nurin tu..takkan selamat hidup dia...
apabila dah dapat PEMBUNUH nurin..tu,

Dan
PENYEKSAANnya saya harap pihak berkuasa menerima cadangan saya kerana ini penting juga untuk yang melakukan kesalahan-kesalahan jenayah kepada kanak-kanak..

saya memang terasa amat marah yang teramat sangat dengan PEMBUNUH nurin...Dan

Penyeksaan nya seperti berikut:-
a) panaskan besi dan tusukkan kedalam lubang dubur si PEMBUNUH
b) seretkan si PEMBUNUH dikhalayak orang ramai dengan menggunakan lori..dan umumkan kepada rakyat Malaysia utk tengok...
c) jangan bagi makan sesuap nasi atau air ke mulut si PEMBUNUH
d) sepak terajang penampar ke muka si PEMBUNUH..
e) sebat si PEMBUNUH sambil diseret dengan lori..

Erra..

Anonymous said...

seluruh negara terasa sedih dgn kejadian yg menyayat hati yg menimpa adik nurin
sebak rasanya hati apabila melihat adik nurin yg comel diperlakukan sedemikian rupa
tapi ibu bapa nurin masih dianggap cuai
kenapa
sebagai ibu bapa anda sepatutnya mengawal tindak tanduk anak
dibiarkan anak sekecil itu ke pasar malam bersendirian tanpa ditemani oleh sesiapa pun
adakah itu bermakna ahli keluarga anda bebas keluar masuk tanpa sebarang pemerhatian
anda gagal sebagai ibu bapa dan andalah punca sebenar kepada kejadian tersebut !!!!!!!!!

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Al-Fatihah untuk arwah adik Nurin. Insyaallah, arwah berada di tempat yang sebaiknya di sisi Allah S.W.T.

Untuk Encik Jazimin dan Puan Norazian, banyakkan solat, banyakkan bersabar dan redhalah dengan pemergiannya. Mohon kepada Allah, berikan kekuatan iman dan semangat dan ketenangan untuk meneruskan kehidupan...demi untuk 3 orang lagi puteri-puteri anda.

Jangan ditanya kenapa ini takdir Allah ke atas keluarga anda, kita tak akan ada jawapannya. Tapi bersangka baiklah pada Allah, insyaallah, akan ada hikmah yang terbaik yang menanti anda.

Peliharalah ketiga-tiga puteri anda dengan sebaik-baiknya, sesungguhnya, Rasulullah pernah bersabda bahawa sesiapa yang mempunyai anak-anak perempuan, dan mereka dididik dengan sempurna, insyaallah, anak-anak ini akan menjadi pendinding dari api neraka kepada kedua ibubapa mereka di akhirat kelak.

Semoga arwah adik Nurin lah yang akan memimpin tangan anda ke syurga kelak. Amiin!

Anonymous said...

kepada saudara sekalian di atas,kita tidak boleh menghukum pembunuh NURIN mengikut kehendak dan nafsu benci dan dendam kerana marah. api kemarahan t'hadap pembunuh nurin sememangnya ada,ttp sebaiknya kita harus bertawakal kpd yg esa,bahawa sesubgguhnya hanya dia saja dpt membalas perbuatan org t'sebut. bukan mencaci atau memberi jenis hukuman kpd pembunuh,ttp sedekahkan lah ayat al-fatihah kpd saudari NURIN..wasalam

Anonymous said...

Assalammualaikum...
kami pelajar sekolah menengah teknik kuala klawang negeri sembilan mengucapkan takziah atas pemergian nurin,semoga keluarga nurin tabah menghadapi dugaan yang telah allah berikan.Ini hanya satu ujian tuhan,semoga rohnya dicucuri rahmat.Agar keluarga nurin dapat menyambut bulan ramadhan dengan penuh keredhaan.salam takziah dari kami pelajar smtkuala klawang.wassalam

Anonymous said...

askum,
kami pelajar 4 teknologi pejabat perniagaan turut simpati atas pemergian nurin.kami tak sangka ada juga manusia yang bertopengkan syaitan sanggup melakukan perbuatan yang keji dan kejam trhadap adik nurin yang tidak bersalah itu menjadi mangsa.kami akan sentiasa back up keluarga nurin,kepada adik beradik nurin tabahlah menghadapi ujian ini mungkin tuhan lebih sayangkan kak ngah,sebagai seorang kakak,akak disini faham perasaan kak long setelah kehilangan adik tersayang jangan putus asa teruskan hidup dengan tabah,akak sentiasa mendoakan kedamaian adik kak long (nurin).salam takziah daripada kami PELAJAR TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA KLAWANG,JELEBU.

Anonymous said...

assalammualaikum wbt..

sy antara jutaan rakyat bumi malaysia ini mengucapkan takziah kpd keluarga kak ngah nurin..sy juga turut merasa sedih dan hiba hingga mengalirkan air mata bila mengetahui berita menyanyat hati ini..
sy berdoa agar ujian DNA tu salah tp itu semua kuasa ALLAH..
semoga roh kak ngan abadi di al-jannah..amin

sy juga ada adik perempuan umur sebaya dgn kak ngah, lps ni sy xnak perkara ni berulang kpd adik sy mahupun ank2 gadis lain..

bunuh IBLIS x perikemanusiaan tu!!
sula depan org awam..
arap pihak berwajib peka akan hukum agama ALLAH..

eman
tg. tokong, penang..

Anonymous said...

why the evil doesn't see how much nurin hurt........... why!!!!!!!!!!
you are very very very very badddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd evillllllll!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! i wish that u more hurt than nurin before you died!!!!!!!!!!

Anonymous said...

aku geram!!!!!geram pada si bangsat laknat anak haram!!!!!!kalo aku la jadi musa hassan dah lama aku tangkap pembunuh sial tu!!aku sumbat dia dengan terung,timun,lobak gan batang mop kt umah aku tu aku sumbat kt dlm bontot bangsat tu...anak haram jadah ko binatang!!!!!!!!jangan bagi makan pada binatang tu....ikat kaki dia tarik dgn lori sampah!!!!!!!potong konek dia bagi makan anjing!!!lelaki bangsat!!!!!!!perangai mcm syaitan!!!!tentu mak bapak ko buat ko guna terong!!!!!aku doakan ko mampos cpt bangsat....hukum pancung bangsat tu dkt dataran merdeka!!!badan dia bagi huayA makan!!!!kepala otak dia lenyek pakai stemroll!!!pastu buang dalam sungai!!!!!hina mayat babi tu mcm ne dia wat kt adk nurin!!!!!!pada pemimpin lain jangan dok terkangkang je tunggu duit masuk.....wat keja korANG TU!!!!!salam takziah untuk keluarga jazimin....al-fatihah

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Takziah buat keluarga Adik Nurin.Alhamdulillah jika betul mereka yg terlibat menyeksa dan membunuh Adik Nurin telah dapat ditahan,biar mereka mendapat pembalasan didunia dulu walaupun mgkin x setimpal dgn penderitaan Adik Nurin sekurang2nya lega sedikit rasa amarah seluruh rakyat M'sia,keluarganya lebihlah lagi. Kita harapkan agar pihak media dapat menyiarkan gambar mereka2 yg terbabit tanpa dikaburkan. Seluruh rakyat M'sia memang teringin utk melihat wajah syaitan2 tersebut. Usah diselindung wajah mereka,pamerkan keseluruh dunia agar wajah mereka sentiasa dibenci.
Sekian.

Anonymous said...

Al-Fatihah untuk adik Nurin Jazlin. Syurga adalah tempat adik. Kepada ibubapa Nurin Jazlin, tabahkan hati menghadapi dugaan ini. Setiap perkara itu terjadi ad hikmah disebaliknya. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anda sekeluarga. Kepada pihak berkuasa dan orang ramai, sama-samalah kita membantu setakat yang termampu. Allah sentiasa melihat.

L.O.A

Unknown said...

Kepada keluarga adik allahyarhamah Nurin Jazlin,

Saya amat sedih atas apa telah terjadi kepada adik Nurin Jazlin. Saya tahu tidak ada perkataan yang boleh saya ungkapkan yang dapat mengurangkan kesedihan saudara - saudari.

Namun, saya ingin memberitahu yang saya bersama-sama berdoa semoga 'binatang-binatang' itu akan menerima balasan yang seberat-beratnya di dunia dan di akhirat.

Saya adalah seorang bapa kepada dua anak kecil..dan saya tidak dapat bayangkan bagaimana saya akan meneruskan hidup saya jika perkara begini berlaku pada diri saya.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan yang begitu teruk begini, saya rasa gembira kerana Adik Nurin Jazlin akan diterima di syurga..kanak-kanak yang tak berdosa..

Semoga, Mak dan Bapa Nurin Jazlin akan berjumpa dengannya di akhir zaman kelak...insha Allah.

Azlan
Abu Dhabi
UAE