Friday, September 21, 2007

Alfatihah (An Original Article by the Host Blogger)

Due to the overwhelming scientific evidence produced, the parents of Nurin Jazlin have decided to accept the body they inspected as of their daughter's.

The body will be claimed this morning and funeral (burial) would probably be held after Friday prayers today.

731 comments:

«Oldest   ‹Older   601 – 731 of 731
Unknown said...

Dear family of Nurin,

Our deepest condolences to your family.
We are parents, felt the pain and lost of your lovely daughter.

When can our children enjoy the freedom we used to have years ago!

May GOD bless us!

Lee & Tan

Anonymous said...

To Jazimin, Norazian, Jasni, siblings of late Nurin Jazlin, my deepest condolences. I feel your pain. I am a mother of three daughters, and three of them are very attached to each other.

To have your daughter 'snatched away' from you and the thought of her being helplessly tortured..... only God knew the extend of pain you have endured. I pray for God to bestow you the strength to continue living, esp for the remaining children.

Little angel Nurin Jazlin, rest in peace.

Honeytar said...

Al-Fatihah... Redhalah dgn ketentuan Allah...

Salam takziah.

Anonymous said...

"innalillahiwainailaihirojiun"...

semoga allahyarham adik nurin ditempatkan bersama-sama para rasul dan sahabat.

amin...


dari
Hasimi dan family.
Kajang

Knights Templar said...

i am raj kumar , my deepest condolonces for ur loss .... may she rest in peace .I CRY for her ,,,and will cry till the murderer is dead.. AL FATIHAH ..

Anonymous said...

Allahhuakbar...
Allahhuakbar...
Allahhuakbar...

sama-sama lah kita berdoa dan bersolat hajat agar pembunuh ini di tangkap di diheret ke muka pengadilan.

Allahhuakbar...
Allahhuakbar...
Allahhuakbar...

Anonymous said...

my deepest condolences to you and your family jasni. Allah loves you. Be strong.insyallah, the curpit will be put to justice. Have faith,the beast will be punished. as no one can escape the divine decree of Allah S.W.T.

nazri63 said...

Al-Fatihah,

Salam takziah daripada saya sekeluarga.Sesungguhnya apa yang terjadi adalah diluar ketentuan manusia,hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui.Persoalan di sini..bagaimanakah kita ingin mengelakkan trajedi ini berulang lagi di masa hadapan????

kayzed said...

salam takziah dari kami sekeluarga buat En Jazimin skluarga. Harap redha dan tabah dgn dugaan AllahSWT. Terlalu hiba dan sebak waktu pulang dari solat tarawih pabila diberitau oleh anak perempuan saya yang sebaya dgn arwah Nurin - "mama, Nurin selamat dikebumikan ... we saw on TV just now..it's so sad."
Like she knew Nurin - she's touched our lives so.How else do you explain these tears that are still flowing for sweet Arwah..?? Al-Fatihah

Unknown said...

Takziah buat keluarga adik Nurin

May you rest in peace..

akr4m said...

Salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nurin Jazlin, semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam golongan orang yang beriman. Al-Fatihah ...

Semoga Allah memberi balasan yang setimpal kepada penjenayah laknatullah itu.

Akram & Murni

minn said...

Al-fatihah buat adik nurin..dan salam takziah buat keluarga nya..moga rohnya dicucuri rahmat..amin..

Anonymous said...

Keluarga Nurin: we feel your pain.

fAizAL(^^,)izWaN said...

assalamualaikum...
sy skadar ingin mengucapkn takziah kpd keluarga JAZIMIN sekalian..
sy mmg amat2 berdukacita dgn ape yg berlaku..
namun,di setiap yg b'laku didunia ni,ade hikmahnye..
smoga ALLAH menempatkn nurin dikalangan org2 syurga...insyaALLAH~
jgn riso,jika manusia yg zalim tu mmpu melepaskn diri dr seksaan dunia,namun seksaan akhirat amatlah pedih...
tu janji ALLAH dan janji ALLAH itu pasti...
wassalam~

Anonymous said...

semoga rohnya dicucuri rahmat dan anda sekeluarga sentiasa dilindungi olwh NYA, Air mata saya mengalir mengenangkan penderitaan yang ditanggung oleh allahyarham. Sama-sama kita berdoa agar manusia keji binatang tersebut dihukum.

Scarlet Kiss said...

al Fatihah.

semoga dengan berkat our prayers, yg bersalah akan dapat dihukum.
insyaallah.

*hug*

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Takziah kepada keluarga.
Al-fatihah buat Allahyarham.

DDeden said...

al fatiha ~ condolences to family

a loss, alas, Allah's.

now protected by angels

wings, prayers and teddy bears.

Anonymous said...

Takziah kepada keluarga Nurin Jazlin, semoga roh beliau dapat bersemadi dengan aman. Kalaulah saya menjadi imam yang membaca talkin, saya akan tambah ayat berikut dan dengan siaran TV kepada berjuta rakyat Malaysia yang akan mengaminkannya:

"Ya Allah, mohonlah bantuan engkau, bahawa kelak satu masa nanti kami akan ditunjukkan wajah pembunuh anak ini supaya dia dapat di adili oleh kami di dunia lagi"

Unknown said...

Assalamualaikum Jasni...
Salam takziah dari akak sekeluarga. Semoga roh adik Nurin dicucuri rahmat.
Akak berdoa semoga binatang jahanam itu akan ditangkap dan dihukum setimpal dengan penyeksaan yang telah dilakukannya terhadap adik Nurin. Manusia pengecut yang menjadikan anak-anak kecil sebagai mangsa. Semoga ALLAH memberi petunjuk kepada kita untuk menyerlahkan orang yang melakukan perbuatan terkutuk dan keji ini, agar dapat kita hapuskan dari muka bumi ini. Semoga ALLAH makbulkan doa kita semua. Amin.

Suzy Carrillo said...

To the parents of beloved Nurin,

My deepest condolence to you and your family. There is no words that I can utter here to console your grief, to end the pain. May Allah bestow upon you the courage and strength to face this catastrophe. And now, we will all pray hard that the evil beast(s) will be brought to justice A.S.A.P.

My doa to the mighty Lord, may He keeps your precious little girl next to Him up there and a simple poem for the little one which I wrote to express how I feel, at http//suzynarita.blogspot.com.

Al-Fatihah...

Sue Bahrin said...

heaven are made for sweet girl like nurin.may god bless you.you are in the best hand now,nobody can hurt you anymore..
sleep nurin,rest nurin..
we all love you!

Marzuki Mustaffa said...

Salam takziah dari kami sekeluarga . semoga anda sekeluarga dapat menerima dengan tabah . Al fatihah. Sesungguhnya Allah s.w.t lebih menyayangi anak kecil ini.

Hukum Allah...hukum yang terbaik...
tiada kesangsian apa yang tercatat dalam AL-Quran.......

Orchid said...

al fatihah

salam takziah. semoga roh nya di cucuri rahmat. Dari NYA kita datang, kepada NYA kita pulang.

untie mummy said...

Al Fatihah... buat anak Nurin & salam takziah dari kami sekeluarga. Tidak dapat kuluahkan dengan kata-kata kesedihan ini, betapa pilu, hiba & marahnya perasaan ini. Airmata ini mengalir deras tatkala melihat gambarmu atau mendengar ceritamu Nurin. Setiap kali ku cuba lelapkan mata, wajahmu akan terbayang, terbayang penyeksaan yang kau lalui Nurin. Entah apalah & bagaimana kau diperlakukan. Mengapa sebegitu teruk penyeksaan terhadapmu? Kenapa didalam dunia ini ada manusia yang tidak berperikemanusiaan , kenapa & mengapa manusia sekejam ini? Sesungguhnya binatang lebih mulia dari si durjana itu. Ku pohon pada Allah Subhanallah agar si iblis lahanat itu akan dihadapkan ke muka pengadilan dalam waktu yang singkat ini. Tak tertanggung rasanya kemarahan ini & aku yakin seluruh rakyat Malaysia menyimpan perasaan yang sama. Damailah kau bidadari syurga! Jazlin & Norain, semoga tabah menghadapi dugaan Allah Taala

Amin...

Anonymous said...

Takziah dan Alfatihah

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui dan ketahui..

Semoga Roh adik yang comel ini mendapt kedudukan yang tinggi di sisi Nya

Yakinlah bahawa orang yang sentiasa membuat kejahatan di muka bumi ini tidak akan selamat dunia dan akhirat..

Anonymous said...

Asalamualaikum saudara Jasni & keluarga.Kami ingin merakamkan ucapan takziah di tas pemergian kak ngah ( adik Nurin ) ke rahmatullah.Kami sangat bersimpati dgn saudara sekeluarga di atas peristiwa tersebut. semoga ALLH swt mencucuri rahmat ke atas rohnya.Buat saudara sekeluarga berbanyaklah bersabar dan tabah utk meneruskan kehidupan.Sesungguhnya ALLAH swt lebih mengasihi beliau.Al Fatihah.Amin

KC said...

Saudara Jasni,

Salam takziah dari kami seisi keluarga. Tiada kata yang boleh diucapkan atas kejadian yang telah menimpa Nurin. Marah yang membuak, kesedihan yang amat sangat. Anak kecil yang tidak berdosa diperlaku sebegitu rupa. Hanya Allah SWT yang mengetahui rahmat disebalik kejadian.

Jadilah bidadari syurga wahai Nurin sayang. Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu.

Kepada kedua ibubapa Nurin dan ahli keluarga, semoga Allah SWT memberikan kekuatan meneruskan kehidupan.

Kepada pembunuh durjana, didoakan semoga mendapat pembalasan secepatnya. Didunia ini dan lebih-lebih lagi diakhirat yang kekal. Ameen.


Al-Fatihah.

Mokhtar Salim seisi keluarga,
Kuala Lumpur.

Anonymous said...

salam takziah buat famili NURIN..smoga tabah dalam menghadapi dugaan..berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..AL-FATIHAH buat nurin..smoga orang yang bertanggungjawab akan ditangkap dan diadili kemuka pengadilan nanti...amin..

Anonymous said...

Maha kaya Allah telah menunjukkan wajah sebenar Nurin apabila keadaan telah menjadi begitu mengelirukan sehingga ibu dan bapa tidak dapat menerima bahawa mayat itu adalah Nurin. Syukur Alhamdlillah kerana semuanya sudah berakhir dengan baik, tiada lagi keraguan, yang ada hanyalah redza dengan ketenyuan Illahi. Alfatihah buat arwah Nurin.

Anonymous said...

Nurin dipangkuan Illahi…

Nurin
Pemergian mu mengejutkan insan
yang memahami erti kemanusiaan
menghargai kasih sayang
mempunyai anak perempuan
sebaya dengan mu.

Nurin
wajah mu memang jelita
manja, ayu, suci
tetapi bukan untuk dimamah nafsu rakus
kaum Adam yang kehilangan akal
harga diri, maruah dan iman.

Nurin
disaat ini
roh mu berada di dunia asing
di alam barzakh tak berketepian
walaupun di dalam berlainan bentuk
Nurin ingin mengucapkan sesuatu…

Wahai bangsa ku
kaum Adam, kaum Adam, kaum Adam
ku tinggalkan kalian semua
rela dan akur takdir Illahi
namun tak rela dilakukan sedemikian
salahkah daku tak mengerti lelaki?

Wahai bangsa ku
kaum Adam, kaum Adam, kaum Adam
terima kasih kerana menyelematkanku
daripada kesiksaan mengharungi dunia
yang semakin mengeliru dan mengerikan
menakut dan membingungkan.

ALLAH, Nurin di dakapan mu
di bawah naungan arash mu
di dalam jagaan mu
dakap dan naungilah Nurin
kerana Nurin merindui mu
sehebat kerinduanmu kepadanya.

Selamat tinggal Nurin
selamat bersemadi di alam barzakh
kami semua amat terkilan
kerana gagal melindungi mu
semoga di akhirat nanti
sudilah ampun kealpaan kami.

Anonymous said...

takziah kepada keluarga arwah

ikhlas dari NoorizamShah.com

ladyrora said...

En. Jazimin, Pn. Norazian, bykkan bersabar ya.

Kami semua berdoa agar setan itu ditangkap dan dihukum dgn sepatutnya.

If i were to conduct my own punishment, i'll have him tortured severely!!

Kita semua doakan agar Nurin tenang di sana.

Al-Fatihah..

Anonymous said...

Salam and Al Fatihah..

Its been 3 days that my eyes shed with tears in remembering Nurin. Ive tried not to hear of her news anymore but i just couldnt..Her faced smiling just couldnt be erased from the bottom of my heart. Its like I've known her...

Entah juga mengapa.. tak pernah aku menangisi dan meratapi pemergian sesaorang yang tak pernah ku jumpa, apatah lagi tak pernah ku kenali. tapi.. Nurin terlalu istemewa ku rasakan.. Tak terjangkau di fikiranku akan penyeksaan yang dilakukan terhadap Nurin...

Sdr Jasni, sebagai keluarga terdekat, teruskan bantuan kalian terhadap sdr Jazimin dan isterinya. Berilah solongan rohani kepadanya dan juga kepada siblings arwah... Ingatkanlah mereka untuk kuatkan iman.. jangan sekali kali menyalahkan takdir, insyaAllah tidak kan... Bantulah mereka dalam hal hal keluarga, may be they r not srong enuf yet to handle everything by themselves, dari urusan makan minum keluarga, persekolahan anak anak yang lain dan hinggalah kekuatan mental dan fizikal untuk hari hari yang mendatang...

Cuba minta Jazimin dan Norazian bayangkan begini...Nurin sekarang sedang bermain-main dengan rakan sebayanya yang juga telah terdahulu meninggalkan kita, diawasi oleh bidadari yang cantik jelita.. terkekeh-kekeh ketawa mencuba permainan yang tidak pernah terjumpa di dunia nyata.. atau, mengocak air sungai susu ataupun mungkin sungai madu di Syurga Al Jannah atau juga Al Firdhaus.. Suatu bayangan yang indah kan..


Minta mereka banyakkan beristghfar dan berselawat untuk menjaga emosi yang mungkin sedang rapuh...


Ive made my comments earlier, Anonymous, Sept. 21,2:55 PM.

I throw the Q again to us...apa tindakan kita?


Regards,
Yang amat tersentak dan sedih.

Anonymous said...

Al Fatihah buat nurin....yang pasti nurin sekarang berada aman damai di sisi Allah S.W.T.

Kepada Jazimin dan keluar semoga tabah hadapi ujian ini..seluruh rakyat malaysia turut bersedih semoga pejenayah kejam itu dalam ditangkap segera.

takziah sekali lagi..
salam dari gurun kedah

Anonymous said...

Buat En Jazimin & isteri,
Mintalah pertolongan Allah untuk menghadapi dugaan ini dengan bersabar dan bersembahyang...sesungguhnya Allah itu bersama orang2 yang sabar. En Jazimin & isteri adalah orang orang yang kuat yang dipilih oleh Allah untuk menjalani ujian getir ini..

Saya harap tiada tindakan dikenakan ke atas En Jazimin & keluarga akibat "kecuaian" kerana:
1. tiada hukuman yang setanding dengan sengsara dan penderitaan yang sedang mereka alami. Mereka terpaksa menjalaninya sepanjang hidup.
2. mereka menyayangi adik Nurin dan tidak merelakan perkara sekeji ini terjadi kepada anak mereka

Semoga tabah di hari hari yang mendatang...

vivien said...

my deepest condolences to Nurin.

rest in peace Nurin.

Anonymous said...

En. Jasni sekeluarga,

salam takziah dr saya dan suami. kami sangat sedih atas apa yang berlaku keatas allahyarham nurin dimana ini adalah kejadian yang mengemparkan seluruh tanah air di saat2 kita menyambut bulan keberkatan ini. harapan saya en. jasni dan isteri serta keluarga tabah menerimanya dengan redha. saya mendoakan agar roh nurin jazlin tenang di sana... amin. hati saya terlalu tersentuh bila melihat gambar yang pada pendapat saya sungguh comel dan manis.. seorang anak yang bersih dan suci dr dosa... moga tengan di sana.

marilah kita bermunajat dan solat hayat agar diberi petunjuk mengesan siapa pembunuh adik nurin jazlin... tidak selamat pada siapa yang melakukan ini.

dr. datin zaj dan datuk myh...

Anonymous said...

Kami dari Subang Jaya Medical Centre mengucapkan takziah kepada keluarga Nurin. May Allah Bless Her Soul.....

Nurulfaraiza Ariffin said...

Salam buat En. Jasni, isteri dan ahli keluarga yang lain...Janganlah bersedih lagi dan redha dengan qada dan qadar ketentuanNya. Sebenarnya kekecewaan yang lebih dirasai kerana tidak mendapat kerjasama dari masyarakat dan pihak berkuasa untuk mencari adik Nurin di peringkat awal lagi sehingga anda terpaksa berusaha sendirian. InsyaAllah, Nurin telah 'selamat' berada di sampingNya. Percayalah, Allah swt hanya memberikan dugaan dan ujian kepada hamba-hambanya mengikut kemampuan mereka dan tidak lebih dari itu. Ianya menunjukkan anda sekeluarga adalah hamba2 yang tabah, kuat dan yakin dengan ujian dari Allah. Semoga Rahmat dan Hidayah akan datang mencurah-curah dari Allah swt untuk anda sekeluarga, insyaAllah.

Anonymous said...

Salam takziah dr Kami sekerluarga di Johor Bahru...

Sejak mengetahui kematian kanak2 di dalam beg.. hati sedih mengapa ada manusia sanggup melakukan perkara sekejam itu terhadap anak kecil yg tidak tahu apa2...

Apabila DNA menyatakan itu adik Nurin.. Hati sayu sedih merintih.. 2 hari tgok berita di TV3 saya menangis sangat2.. saya jg seorang ibu kepada seorang anak perempuan.. Hati ibu yg mengandungkan selama 9 bulan.. melahirkannya.. dpt mbesarkannya dgn penuh kasih sayang selama 8 tahun... akhir seorang manusia kejam berhati binatang merampas dier dgn tragis sekali..

Alfatihah utk arwahi Nurin Jazlin..
Semoga roh nurin dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan muslimah2 yg soleh..

Buat Ibu Nurin..
Kuatkan semangat dan tabah menghadapi dugaan dan cabaran yg getir nie..kuatkan iman dan marilah kita berdoa semoga penjenayah yg kejam itu di temui dan diadili dgn seadilnya di makamah dunia.. di makamah akhirat nnt dier akan dibalasi dgn setimpalnya apa yg dilakukan pd adik nurin... Amin....

Anonymous said...

So it's confirmed that the girl is Nurin. Takziah again. I couldn't sleep last night thinking of how sad it is for Nurin's family. ~~

- Ren, hitthenet.org/aboutlife -

Anonymous said...

Salam takziah buat En Jasni & Pn Norazian...

Naluri saya seorang ibu cukup tersentuh atas apa yang berlaku. Setiap kali menatap gambar si comel adik Nurin, hati saya begitu sebak. Semoga roh adik Nurin tenang di sana dan ditempatkan dikalangan anak2 yang solehah. Amin.....

Kepada En Jasni & isteri, semoga terus tabah dengan dugaan ini.

Kepada si pembunuh kejam, ingatlah, hidup kau tak akan aman. Tunggulah pembalasannya......

A-Fatihah buat adik Nurin..

Ummi Anna & keluarga - Kuantan

Unknown said...

jasni and family.....

salam takziah dari kami sekeluarga....moga nurin ditempatkan di dlm golongan org2 yg soleh... terimalah dugaan ini dgn tabah dan redha...

al-fatihah buat nurin..

Anonymous said...

Salam..

My deepest condolences to da family of Allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin..

To Encik Jasni dont stop dis blog yet..

It's nice to know wat da family victim's point of view..well..not every news is 100% accurate to wat actually happen..

Still..dis news is really shocking me n my family..to whoever did it..u dont deserves to called 'manusia' ! ever...

~Al Fatihah~

Wassalam

Anonymous said...

Salam takziah daripada kami sekeluarga dan didoakan semoga Nurin di tempatkan di kalangan anak-anak yang solehah. Geram dan marah nya hati kami pada si Pembunuh itu. Harap pembunuh yang terbabit ditimpakan balasan oleh Allah SWT kelak.

Anonymous said...

DI LANGIT CINTA
ENGKAUKAH ITU, NURIN

Embun tidak kelihatan di sana
sapa sinar telah sirna semakin jauh sauh perahu hayat
terbenam dicengkam arus rakus
memusar kasar – bengis, tragis, sadis
berhamburan nafsu pada segala raksa memandang bungkam
sambil tak tergambar potret kesakitan dirakam alam diam
tak terkuasa menyelamatkan atau mengembalikan kekuatan
yang telah hilang dilorong ketakutan.

Engkaukah itu Nurin yang bisu tunduk berteleku
bagai patuh diuji petaka manusia durja
yang mati hati budi hilang pertimbangan insani
di celah bangsa ternobat hebat disanjung payung kasih sayang,
Engkaukah itu Nurin yang syahdu
dibungkus tanya dari telanjang ujian
membuat dunia berkabung dan menangis
menerima sebuah keberangkatan pilu menghiris,
Engkaukah itu Nurin yang berlalu
tanpa jalan-jalan terang buat kembali
tanpa lorong-lorong tenang buat pulang
menemui orang-orang tersayang.

Hanya cahaya cinta menyatukan rela redha pasrah
hanya bukti cinta maha agung menganugerahi
ujana putih di anjung syurgawi
hanya akrab cinta maha abadi bertakhta
mendakap silammu tanpa batas.

Saat berapung di udara cahaya menakluk mulus
dalam bauran desir doa yang terungkap dalam pengap
sepanjang saf-saf di musala
mengumpul ucap dan ungkap
mengalir ke langit cinta,
engkau di sana dalam nafas yang cair
meninggalkan zahir
yang berbeza warna menyatukan purnama
dalam bahasa rasa yang serupa.

- HASYUDA ABADI
Pustaka Iqbal Nazim,
Kota Kinabalu, Sabah.
21 September 2007

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil said...

Sdr Jazimin & keluarga,

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan anak dalam keadaan seperti ini sudah tentu menikam hati dan perasaan, namun didoakan agar saudara sekeluarga dapat menerima ujian ini dengan penuh kesabaran.

Manusia bertopengkan iblis mesti dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya. Saya menyeru kepada semua rakyat Msia utk sama2 berdoa agar penjenayah ini akan dapat ditangkap sesegera yang mungkin.

Nurin, tempatnya PASTI di Syurga Allah, amin...

Khairul Faizi, Kluang Johor.

Oghé Baruh said...

Al-Fatihah.

Salam TAKZIAH dari saya dan keluarga buat semua keluarga Almarhum adik Nurin Jazlin Jazimin, semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Allah akan bersama dengan orang-orang yang sabar.

Semua kita menangis kepergiannnya, namun percayalah beliau pergi ke sisi Allah sebagai seorang syuhada yang telah dijanjikan tempatnya di dalam syurga.

Wassalam

Anonymous said...

Alfatihah Nurin, I only came across the news of the terrible crime committed against you this morning and I have not been able to stop crying. Your poor family, what they are going through must be unbearable, in time, they will find peace. They will have faith that you will be with Allah for eternity and no one can ever harm you again. May you rest in peace. Allahs' Day of Judgment will surely come and that is when your murderer will learn of Allahs' anger at what he/she has done to you. The punishment Allah has awaiting this person or persons unknown is much more than what is coming to him/her in this life.

Liela Ali, Singapore

Anonymous said...

Salam takziah pada keluarga arwah adik Nurin

Semoga Tuhan memberi ketabahan pada keluarga arwah menghadapi ujian ini. Semoga arwah ditempatkan di syurga dan aman di sana hendaknya..

hafiz
Blok B8 Sect 1, WM

Ringgo said...

Al-Fatihah ..
Semoga Allah mencucuri rahmat pd roh nya dan menempatkannya di dalam golongan ahli jannah ...

yang bertanggungjawab takkan terlepas dari hukuman dunia dan akhirat ...

Anonymous said...

Salam takziah daripada kami sekeluarga dan didoakan semoga Nurin di tempatkan di kalangan anak-anak yang solehah. Geram dan marah nya hati kami pada si Pembunuh itu. Harap pembunuh yang terbabit ditimpakan balasan oleh Allah SWT kelak.

Anonymous said...

utk ibu & ayah nurin jazlin & ahli keluarga,

salam takziah dr kami sekeluarga. Alfatihah utk arwah. Semoga tabah menerima dugaan yg sebegini besar. Kami berdoa agar roh arwah dicucuri limpahan rahmat Allah Taala dan di tempatkan bersama2 golongan yg dimuliakan...

Anonymous said...

Al-fatihah buat nurin jazlin.

Dah lame aku x nangis tapi semalam air mata aku tak dapat ditahan lagi. Aku sangat sedih dan sangat marah.

Kepada pembunuh NURIN; Aku Sumpah Kau Ditimpa CELAKA didunia ini.

BANG***.

Unknown said...

Salam Takziah dari kami sekeluarga di Singapore. Saya telah mengikuti perkembangan kehilangannya hingga ke akhir. Insyallah ALLAH akna menempatnya disisi anak anak yang soleha and ALLAH akan mencucuri rahmat ke ats roh nya. Alfatihah.

Anonymous said...

salam...

sehingga saat ini air mata ini masih berguguran, hibanya hati ini tak terkata.

buat en jazimin sekeluarga, doa saya agar Allah SWT memberi kekuatan kpd anda utk menghadapi ujian yg maha hebat ini, tapi ingatlah, kami di luar ini sentiasa bersama-sama anda berkongsi kesedihan.

buat adik nurin, auntie yakin kamu sedang berbahagia di sampingNya nak, doa auntie sentiasa mengiringi pemergianmu. Amin

Anonymous said...

askm,
mengapa iblis itu tergamak menyeksa mu sebegitu??!!umi tak dpt melelapkan mata,setiap masa memikirkan alangkah azabnya kau menanggung seksa yg amat.umi menangis memikirkannnya...umi juga mempunyai anak perempuan..seiras kamu...umi doakan agar si iblis itu diseksa dan dihukum sekejam mungkin dan umi tahu,kamu kini aman berada disisiNYA dan kini menanti di pintu syurga..AL-FATIHAH

UMI INA
WANGSA MAJU F10 202

Anak Mami said...

salam takziah dari kami sekeluarga..

Nurin, you'll always be remembered..

Anonymous said...

takziah sekali buat keluarga En. Jazimin dan Puan Norazian


kematian nurin satu ketentuan illahi dan nurin merupakan salah seorang tetamu allah di syurga firdausi.
semoga keluarga nurin tabah menghadapi segala ketentuan illahi..
Allah itu maha adil dan tiada satu pun makhluk ciptaannya yang melakukan kejahatan yang hina dan durjana ini terlepas dari pandangan illahi..kekuasaan Allah akan buktikan segalanya yang tersirat dan yang tersurat dalam kematian allahyarhamah nurin jazlin...
saya berharap yang En. Jazimin dan keluarga percaya yang tuhan itu maha adil dan berkuasa

Anonymous said...

I've been following the story of Nurin Jazlin since she went missing back in august. All along i have always hoped that she will be found safe and will be reunited with her family. I never thought that her story will come to this devastating end. My thoughts and prayers go to Nurin's family, may Allah give u strength in this time of anguish and sadness.

Nurin..innocence lost through this brutal and senseless killing

Al-Fatihah

Anuar Fariz Shuaid said...

What a tragedy!. It slashed my heart right until the core.The little angel Nurin has left us forever in this vanity world.May god place her with those in heaven, ameen.

But now we have another job to do.Get those bastard murderers forward for justice. Execute...sentence to death!

From Kobe,Japan

Anonymous said...

salam takziah dari saya dan keluarga...saya berdoa kepada Allah semoga the culprit ni kena tangkap segera...

dan semoga hukuman hudud dapat dilaksanakan di negara kita...amin..

al-fatihah utk arwah..

Anonymous said...

Salam takziah kepada keluarga arwah adik Nurin. Semoga tabah dan sabar menghadapi ujian Allah di bulan Ramadhan ini. Si comel Nurin kini bahagia di syurga.Tiada kata yang dapat diluahkan selain linangan air mata yang mengalir tanpa disedari. Semoga manusia yang bertopengkan iblis itu dapat ditangkap secepat mungkin dan diberi hukuman yang setimpal.

Our deepest sympathy & condolence to your family.. may Allah bless Nurin's soul.

-Warga Universiti Teknologi PETRONAS

JHyde said...

Assalamualaikum.

Takziah kepada keluarga terutama ibu bapa arwah adik Nurin; En Jazimin & Pn Norazian.

Semoga Allah memberikan pertolongan & kesabaran untuk menghadapi dugaan ini kepada hambaNya di bulan Ramadhan ini.

Al-fatihah untuk Arwah adik Nurin Jazlina.

Anonymous said...

Al-Fatihah..
Iyan pun rasa amat sedih..
Hati mana yg tidak sedih melihatkan anak kecil itu diperlakukan sedemikian..

Salam Takziah..

Buat Puan dan En. Jazimin
Hanya keredhaan dan doa..
Allah Maha Adil..

Anonymous said...

Al Fatihah untuk adik Nurin Jazlin

Saudara Jazimin,
Tabahkan hati dalam menempuhi dugaan ini. Sesungguhnya Allah lebih menetahui apa yang lebih baik untuk saudara sekeluarga.

Anonymous said...

Pemergiannya memang ditangisi. Pengalaman malang dilalui si kecil ini moga menjadi pedoman buat semua, agar tragedi tidak dibiarkan berulang. Biarlah keperitan ini kita iringi dengan doa agar rohnya dicucuri rahmatullah.. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. InsyaAllah Tuhan akan balas derita ditanggungi keluarga adik Nurin dengan balasan yang setimpal. Seluruh dunia berkongsi kesedihan, tak kira di mana kami berada.. Sesungguhnya yang berkuasa itu hanya Allah s.w.t. Salam takziah..

Anonymous said...

Salam takziah dari kami sekeluarga...Al Fatihah

Leo, Nanie, Dani, Danial, Dini

Anonymous said...

salam,,

Al fatihah buat adik Nurin,
buat ibu bapa Nurin,
tabahkan hatimu..
sesungguhnya Allah mengetahui
apa yang terbaik bagimu...

Anonymous said...

Takziah buat keluarga Allahyarham Nurin Jazlin. Semoga tabah menghadapi ujian ini.

Al-fatihah.

ADEE, Kota Kinabalu, Sabah

Anonymous said...

Sweet Nurin...
forgive me...i've done nothing to save you...

='(

AlFatihah...

K.ira will be miss you..

A Voice said...

Saya pun rasa tak terdaya hendak menolong tetapi hanya menolong mewar-warkan di SOPO Sentral.

Fatihah buat anak ini. Takziah buat ibu bapa keuarga.

Seorang anak yang tidak bersalah. Kita hanya boleh terima kenyataan ini.

Mungkin tidak sesuai nak katakan, mungkin ada hikmah disebalik peristiwa sedih ini.

Banyak bersabar.

Wanita Timur said...

Salam Takziah dari kami..
Inna lillahi wa inna ilahi rajiun. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita dikembalikan.
Al-Fatihah untuk Roh Adik Nurin..
semoga rohnya aman damai tenang disana..
kami dari warga KOl
( warga http://www.kedahonline.net )
amat terharu dan sebak dengan kejadian ini..
kuatkanlah hati serta iman..
semoga kita sentiasa dibawah pemeliharaan allah..

Anonymous said...

Salam takziah dari saya. Al-Fatihah

Nur said...

Al-Fatihah buat Nurin .. damailah dikau di sana nak. Hanya airmata yang mengalir setiap kali membaca berita di Internet; kisah trajis yang bukan hanya dirasai kesannya oleh mereka di tanahair malah kami di perantauan turut kehilangan kata2 untuk menggambarkan pilu di hati. Tak mampu saya bayangkan bagaimana Nurin melalui saat2 akhir dalam hidupnya, tak mampu juga saya bayangkan bagaimana perasaan ibu ayah dan keluarga menghadapi saat2 sebegini. Yang mampu saya harapkan ialah anda semua sabar dan tabah dengan ujian Allah s.w.t. ini. Sesuatu yang mungkin mampu mengubat duka di hati ialah hakikat bahawa Allah s.w.t menempatkan anak ini di Jannah, dan pasti sekarang dia sudah aman di sana, dan akan menjadi penyelamat ibu dan ayah kelak. Maka senyumlah ibu dan ayah, kerana di sebalik apa yang berlaku, kalian sebenarnya orang yang beruntung.

Anonymous said...

my condolences on your loss, which has all the human kind in our community in Malaysia feeling the pain and sorrow. Though, not able to lift the burden of sadness heaved upon your family, will join the prayers....Allah to place her among the better ones, Amin!

from the State of Kuwait,

Anonymous said...

Tersentuh..amat pedih dan terhiris hati ini melihat anak comel, suci dan tidak berdosa diperlakukan seperti binatang..binatang pun tahu sygkn anak..Kejam sungguh si IBLIS 2!!Sampai hati melihat dan melakukan perkara terkutuk kepada insan kecil yang tidak mengerti apa2 tanpa rasa belas!!Rasanya ingin CINCANG tangan yang jijik yang melakukan perkara yang paling terhina 2..Hapuskan jasad haram 2 dari muka bumi ini..IBLIS 2 xlayak untuk hidup di bumi allah yang suci ini!!Aku sebagai insan kerdil.. hanya dapat memberi sokongan dengan berdoa semoga En Jasmin dan keluarga diberi kekuatan walaupun amat perit dan pedih menerima hakikat ini..Al Fatihah kepada arwah Nurin..smga rohmu dicucuri rahmat dan berbahagialah kamu disana..Amin..

Anonymous said...

Assalamualikum dn salam takziah dari kami sekeluarga...Sesak rasa dada setiap kali memikirkan kisah ini.Buat keluarga arwah Nurin,tiada kata lain..Be strong,terimalah dengan redha ujian allah ini.Walau bagaimana besar pun masalah kita,katakan pada hati Kita Masih Ada Tuhan dan tuhan kita Maha Besar

Anonymous said...

Dear Jasni:

please extend my deepest condolences to the family of allahyarham nurin...may Allah bless her soul..

and i hope that no matter how painful and tragic her death was, she will not die in vain, for her death has brought to light greater awareness on the safety amongst the society to RELEARN to be responsible for others' safety and well being and to be caring..

al-fatihah

Anonymous said...

Takziah pada Encik Jazimin dan keluarga, kami turut merasai kesedihan yang ditanggung oleh ibubapa Nurin.

Kami berharap Encik Jazimin sekeluarga terus cekal meneruskan hidup walaupun tanpa Nurin di sisi. Semoga Nurin sekeluarga terus berusaha ke arah yang lebih baik dalam hidup di dunia yang tidak kekal ini. Kita juga akan ke SANA dan moga ada rezeki ketemu Nurin di sana.

Orix Concepts said...

Innalillahi wainnailaihi roji'un

Khalifah mukminin said...

salam takziah diucapakan kepada keluarga nurin jazlin... ini hanyalah ujian drpd ALLAH s.w.t...percayalah ada hikmah di sebalik apayg telah berlaku.. tuhan terlalau menyayanginya... adik comel tu bahagia di sana... insyaALLAH pembunuh binatang itu akan menerima seksaan yg pedih dan penyesalan yg tidak berguna lg bgnya.....

Khalifah mukminin said...

suara mahasiswa 2007/2008

kerajaan perlu memberatkan lagi hukuman ke atas perogol dan penjenayah penderaan seksual seperti "binatang" itu... hukuman perlu lebih berat ...bkn setakat hukuman bunuh..mlaha lakukan sebtan di khalayak ramai on live supaya mengigat yg lain supaya anak-anak sentiasa selamat.. harap dipertimbangkan...

Khalifah mukminin said...

salam takziah diucapakan kepada keluarga nurin jazlin... ini hanyalah ujian drpd ALLAH s.w.t...percayalah ada hikmah di sebalik apayg telah berlaku.. tuhan terlalau menyayanginya... adik comel tu bahagia di sana... insyaALLAH pembunuh binatang itu akan menerima seksaan yg pedih dan penyesalan yg tidak berguna lg bgnya.....

Anonymous said...

Bersabarlah dengan ujian. Moga Allah menggantikan dengan yang terbaik dari sisinya. Di sebalik ujian ada hikmah yang tersembunyi.

Ya Allah jadikan negara kami lebih aman, kaya dan makmur supaya kami dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa, damai dan tenteram.

Amin.

Kaherah, Mesir.

aisya_92 said...

Al-Fatihah f0r Nurin Jazlin..
may Allah bless you..
to En.Jazimin&family takziah..
terimalah semuanya sebagai ujian dari Allah..

semoga Nurin tenang di syurga yg abadi..
AL-FATIHAH..
ameen..
aisya_smss-92

JohnJenin said...

Buat keluarga Adik Nurin,
tabahkan lah ati.
Allah lebih menyayangi beliau.

Buat pembunuh adik Nurin, jika terlepas hukuman dunia, akhirat pasti menjanjikan pembalasan. Hidup kau takkan senang sialan! Bala pasti menimpa kau binatang!

Al-Fatihah..

ATIKAH NABILA said...

AL-FATIHAH buat allahyarhamah adek nurin jazlin jazimin...
smpga roh beliau ditempatkan di kalangan anak2 solehah...
buat ibubapa arwah,semoga tabah menghadapi dugaan dan banyakkan bersabar..
doakan beliau aman dan damai di sana...
amin~

Anonymous said...

untuk adik nurin tersayang....

malam kian melangkah pergi
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kelam hadir bayangmu
bagai mengundang mimpi
sebab kau dan aku
sayangnya kau tiada disisiku

masih terbayang segalanya
bagaikan semuanya mimpi belaka
hilang tak mungkin kan kembali
mengubah yang tersurat dalam hidupmu
kau pergi tak kembali selamanya

walau berkali ku tangisi
tak mungkin kau kan kembali
ku tak berdaya mengharungi sendiri
tanpamu hidupku tak bererti
hari berlalu kau kian jauh
di alam abadi di pusaramu

hanya doa yang ku iringkan
dalam hiba aku tangiskan
hilang tiada pengganti
permata yang berharga dalam hidupku

segalanya datang dan pergi
ku tahu sukar bagiku
menelan kenyataan
takdir telah tertulis untuk diriku


hari kian silih berganti
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kepekatan malam ku
ku lihat lambaian mu dari syurgawi
memanggilku

Semadilah dengan damai sayang

Anonymous said...

Alfatihah.
Nurin might had leave us,but then she stayed in our heart!

Anonymous said...

Al-fatihah buat Nurin Jazlin. Damailah kamu disana wahai kakngah... Di dunia ini amat berat bagimu untuk menghadapinya kerana sifat "haiwan" yang ada pada manusia yang sepatutnya melindungimu.

Maafkan kami kerana tidak berupaya mencarimu sewaktu kamu memerlukan.. Maafkan kami kerana kesal tidak dapat menemukan kamu dengan ayah dan ibumu..

Kepada keluarga Nurin Jazlin.. Semoga tabah menghadapi dugaan Allah yang maha besar ini.Bersabarlah... Insya'Allah anakmu Nurin Jazlin pasti menantimu di pintu Syurga....

Daripada : Hamidah, Rashdan, Nurina Tihani - Taman Keramat Permai..

Anonymous said...

BUAT SAYANGKU...(Nurin Jazlin)
Al-Fatihah Buat Mu..
Aminnn...
Lagu Utk Mu Juga Sayang..

TERLALU ISTIMEWA -(A'N)
-----------------------
Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNYA
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa
---------------------------

Nurin Jazlin,
salam sayang dari kakak
untuk adik tersayang
berbahagialah kau disana
syurga menantimu...
muahhh kucupan utk mu!!!


shikin,kl

Anonymous said...

Sesungguhnya ALLAH sentiasa menduga umatnya. Sesiapa yang sentiasa SABAR & TAWAKAL dialah INSAN yang BERJAYA.
Kami mendoakan agar keluarga En. Jazimin TABAH & SABAR menghadapi DUGAAN & UJIAN dari ALLAH ini.
Al Fatihah buat adik Nurin tersayang walaupun tidak pernah mengenalinya, namun ianya telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya agar mesti dan akan terus menyayangi anak-2 saya selagi mereka masih ada.

Anonymous said...

Salam.
Buat ibu bapa & ahli keluarga Allahyarhamah adik Nurin Jazlin, semoga tabah dengan apa yang berlaku. Pemergiannya turut dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia!
Al-Fatihah.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.

Salam takziah kepada seluruh keluarga Nurin.

Al-Fatihah kepada arwah Nurin dan semua umat Islam yang telah meninggalkan kita.

Semoga peristiwa hitam ini menjadi tauladan dan pengajaran kepada seluruh umat manusia.

- Dari saya sekeluarga.

Anonymous said...

asSalamualaikum...
salam takziah dari kami sekeluarga,semoga kalian tabah menghadapiketentuan-NYA..nurin aman disana...AMIN

Anonymous said...

Buat En Jasni & Keluarga,

Walaupun saya bukan Melayu, saya selalu berdoa supaya Nurin pulang dengan selamat pada keluarganya. Akan tetapi, tuhan lebih menyayanginya.
Ingatlah wahai pembunuh yang kejam, walaupun kau terlepas si tangan polis, kau pasti akan menderita dan merana sejijik yang boleh, itulah doaku sehingga kau mati!
Kepada semua rakyat Malaysia, teruskanlah sembahyang hajat dan doa sehingga iblis itu ditangkap....ingat pembunuh itu ada disekilling kita....kalau hari ini Nurin, esok?

Rinie Yusof said...

Al Fatihah buat adik nurin jazlin...kisahnya terlalu pilu dan sedih..harap ia tidak berulang lagi..

rohani said...

al fatihah untuk Nurin, sesungguhnya allahyarham adalah bidadari di al-Jannah dan menunggu ayah-ibunya di sana.

ROHANI-JITRA

Anonymous said...

setiap yang berlaku ada hikmahnya...anggaplah itu satu ketentuan yang pasti kebenaran akan menjelma

Anonymous said...

setiap yang berlaku ada hikmahnya...anggaplah itu satu ketentuan yang pasti kebenaran akan menjelma

Anonymous said...

setiap yang berlaku ada hikmahnya...anggaplah itu satu ketentuan yang pasti kebenaran akan menjelma

Anonymous said...

Salam takziah buat keluarga Nurin...Tak terhingga pilu yang saya rasakan apabila membaca kisah pembunuhan kejam adik Nurin. Airmata sentiasa akan mengalir setiap kali terbaca kisahnya.
Buat keluarga Nurin, tabah dan harungi hari mendatang dengan tenang dan doa kehadrat Ilahi.
Semoga Nurin tenang di sana dan semoga pembunuh yang kejam dan zalim itu menerima balasan yang amat dahsyat dan tampil ke muka pengadilan.
Ameen....

Anonymous said...

En. Jasni dan keluarga,

Salam takziah..saya sekeluarga turut sama menangisi pemergian Nurin, namun Allah lebih mengetahui akan sesuatu.

Semoga tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Nurin sedang berbahagia di sana. Al-Fatihah.

Anonymous said...

My deepest condolence to Jazimin and family.

As a mother, I believed you and your wife have done the best to protect your children. Just ignore those silly accusations. Be strong. The rest of your children need that.

Nurin is indeed a hero. An eye opener to Malaysian. She will always be remembered. My prayer go to Nurin. Al Fatihah.

Anonymous said...

al fatihah...

salam takziah buat jazimin & norazian

Anonymous said...

Al Fatihah dan salam takziah dari saya dan isteri. apa yang terjadi adalah di luar batas perikemanusiaan. namun apa yg pasti roh Nurin akan tetap disisi Allah s.w.t. menitis airmata membaca kisah apa yg terjadi ini. semoga penjenayah akan mendapat hukuman setimpal....Amin.

jaime said...

Salam takziah kepada keluarga adik Nurin. Tiada apa yang dapat dikata selain mendoa kan semoga En Jazimin sekeluarga bersabar dan berdoa agar pembunuh adik Nurin dapat ditangkap secepat mungkin. Peristiwa ini bukan sahaja menjadi igauan En Jazimin sekeluarga malah saya sendiri mempunyai anak perempuan secomel Nurin yang baru menyambut hari lahir nya pada 8 September yang lepas, amat terasa dengan apa yang berlaku. Tiada kata-kata yang dapat diucap selain berdoa agar si pembunuh itu mendapat balasan yang setimpal di dunia mahupun diakhirat. Amin!

Al Fatihah buat adik Nurin Jazlin.

Anonymous said...

salam takziah dari saya. Semoga anak kecil itu ditempatkan ke dalam golongan anak-anak solehah. Bagi keluarga nurin sekeluarga tabah menghadapi dan kuatkan semangat. Diharap pembunuh yang kejam dihadap ke muka pengadilan secepat mungkin.

insan said...

sedihnye...memang kejam
binatang..

Anonymous said...

kepada keluarga En Jazimin - salam takziah dari saya dan isteri sekeluarga. Bersabarlah kamu sekeluarga mengharungi saat pilu ini.. saya tak pun mengenali adik nurin tetapi setiap kali melihat gambarnya, air mata ini mengalir.... terkenangkan betapalah si kecil manis ini di perlakukan sedemikian rupa...
tetapi ingat dan bergembiralah, adik nurin itu akan menanti kamu di pintu syurga inshaALLAH... adik nurin nanti tidak akan masuk ke dalam syurga kecuali dia membawa kamu bersamanya... itu janji ALLAH melalui RasulNYA...
InshaALLAH, saya sekeluarga akan mendoakan setiap hari agar pembunuh bersifat binatang itu akan tertangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan. Tiada hukuman yang setimpal dgnnya kecuali bunuh dibalas bunuh....

Anonymous said...

Salam rindu dan sayang buat allahyarhammah Nurul jazlin...
Wajah yg suci dan bersih ini pasti akan dikenang sepanjang hayat...
Buat Tan Sri Musa Hassan,apa yg sebenarnya bermain d fikiran anda?Adakah anda ingin menutup kelemahan pihak polis dlm merungkai misteri pembunuhan ini?Letakkan diri anda dlm kedudukan saudara Jazimin...pasti anda akn berasa pedih & perit...
Rakyat Malaysia sudah bosan dgn permainan politik pihak polis...
Mula-mula kata dpt petunjuk baru,lepas itu temui jalan buntu,sekarang kata penjenayah akan ditangkap...esok lusa keluar pula kenyataan penjenayah adalah orang bunian...pelik sungguh dgn Musa sorang ni...
Wahai Musa,jika ibubapa Nurin didakwa,kami rakyat Malaysia tidak akan berdiam diri...
kami akan bersama-sama mengheret Tan Sri ke mahkamah atas dakwaan cuai menjalankan amanah dan gagal menyediakan persekitaran yg selamat untuk rakyat Malaysia....
Buat Nurin,syurga adlh perhentian terakhirmu....
Buat pihak berkuasa dan pembunuh kejam...anda diperhatikan..
Al-fatihah buat adik tersayang...
Salam takziah buat Jazimin sekeluarga.
"Mak,abah,kakak dan adik,jgn bersedih,nurin kini bahagia di samping-Nya.Nurin tak rasa sakit lagi.Nurin pun tak nak famili kita asyik bersedih.Nurin pergi sebab Allah sayang Nurin"
"Mak,abah,kakak dan adik,Nurin tak sabar jumpa.Nurin pasti menantimu di pintu syurga"
"Mak,abah,kakak dan adik,Nurin minta diri dulu...kawan2 Nurin dah tunggu ajak main sama2..Nurin sayang mak,abah,kakak dan adik...Nurin rindu semuanya"
"Samapaikan salam sayang rindu dan terima kasih drpd Nurin buat semua insan di muka bumi yg sama2 sedih bila Nurin pergi"
:( sedih dalam tangisan

Anonymous said...

salam takziah buat keluarga arwah nurin jazlin jazimin..semoga ibu bapa nurin tabah menempuhi dugaan ini.. Al-fathihah utk adik Nurin..

Anonymous said...

salam takziah kepada keluarga encik jazimin diatas pemergian adik nurin jazlin..semoga rohnya ditempatkan ditempat yang mulia disisi Allah S.W.T..alfatihah untuk adik nurin..

Anonymous said...

takziah buat kluarga arwah nurin...
saya turut x bleh tido & menangis tiap kali teringatkan penyeksaan arwah....tp skrg penyeksaan tu dah berlalu, arwah nurin sedang bersemadi dgn aman & tenang.
REDHAlah dgn ketentuan Allah itu...rahmatNya maha besar.
beruntunglah parent arwah krn anak akan menunggu mereka di pintu syurga....cuma dekatkanlah diri dgn Allah....semoga memperolehi ketenangan & bersabar...

Anonymous said...

assalamualaikum family of nurin,

we are from seseri(SMS Seri Puteri KL) ...
first of all, we are sorry for what had happened to you and your family..
it is a big shock to us when the first time we heard about nurin..
we hope you and your family will be strong...

Al-Fatihah

Anonymous said...

Al Fatihah..

Adik ku Nurin...
Setiap saat yang berlalu adalah ingatan kami terhadap mu..
Kini dikau adalah sejarah...
Lagenda yang mewakili suara-suara anak kecil yang lain..
yang turut merasa penderitaan sama seperti mu...
Nurin..
Negara kini menangisi..
Pemergianmu yang penuh tragis..
Ada dendam di hati kami..
Ada pedih pilu di dada kami..
Nurin..
Kami tahu kau sedang memerhati..
Ayah dan ibu yang sedang merintih..
Mereka terlalu rindu pada suara
pada setiap keletah manjamu..
Nurin..
Dunia ini terlalu kejam..
Dunia ini penuh hipokrasi..
tidak mengapa adikku...
Bersemadilah dengan aman di sana..
Firdausi dijanjikan buat mu...
Nurin..
Andai kau mendengar ketika ini..
Tunjukkan pada kami siapa binatang itu..
Pandu kami ke tempatnya..
dan takkan kami biarkan kau pergi
begitu saja...

Salam Takziah Buat Keluarga En Jazimin & Pn Norizan...
Wangsa Maju kini suram dengan Tragedi yang menimpa..

dari ku yang bernama Seri...

Anonymous said...

Saya Farah a.k.a Aeriey,

Mewakilkan diri dari beribu pelajar UNISEL SHAH ALAM dgn mengucapkan takziah kpd keluarga Nurin Jazlin..

Wlaupun kami tidak pernah bersua muka, namun kehilangan anak suci ini tetap dpt dirasai dgn mendalam.

Semoga keluarga Nurin sentiasa tabah meniti hidup walaupun kehilangan anak yg paling disygi...

Al-Fatihah kpd adik Nurin Jazlin, semoga roh adik dicucuri rahmat...

saz said...

My deepest deepest condolences to little Nurin. I know she's happier there.

To both parents and family members, nothing will bring Nurin back but we all pray that justice will prevail.

Anonymous said...

AJ, my deepest condelence for Nurin's lost. I really wish the culprits will be found ASAP. Walaupun agama kita berbeza, budi hati masih sama dengan kasih sayang dan perikemanusiaan. God bless all of you!

Anonymous said...

Al-Fatihah,
salam takziah kepada keluarga Nurin..
insyaallah syurga tempat Nurin..
Marilah kita ramai-ramai membuat solat hajat agar PEMBUNUH itu segera ditangkap dan diadili dgn sewajarnya..

-roman picisan-

Anonymous said...

Meluat betul tengok polis Malaysia ni!! Senang-senang nak dakwa ibu bapa konon-konon cuailah apa ke benda.. Yang korang tu sebulan tak dapat cari Nurin tu apa hal?? Wah-wah..senang-senanglah korang nak tunding jari kat mak bapak pulak..walhal empat jari yang lain tu tunding kat diri sendiri tak sedar???

Anonymous said...

takziah kepada seluruh keluarga nurin..semoga tabah menghadapi ujian dari-Nya...kepada pembunuh yang kejam..ingatlah anda xkan terlepas siksaan kejam jugak..patut bila dah jumpa pembunuh..jatuhkan hukuman depan public..baru semua orang sedar...walau apapun sengsara nurin sudah berakhir dan kita yang hidup berhati-hatilah..dunia sekarang mcm x selamat dah...semoga nurin damai di syurga....

Anonymous said...

Dear Nurin's Parents,

Our deepest condolence and sympathy to your family. Al Fatihah buat kanak kanak malang ini.

From, all villagemen blog member.

sepultura said...

Takziah buat En Jazimin sekeluarga, seperti mana kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Saya keluarga terlalu amat berduka cita atas apa yang berlaku.

Hanya nak berkongsi cerita..pada malam kejadian, saya ke rumah kakak di wangsa maju, bila pulang rasanya hampir sejam lebih teksi yang ditahan tak mahu ke destinasi kami. Teksi En Jaziminlah yang membawa kami pulang ke Taman Bukit Permai, kami perasan En Jazimin ada menghubungi rumah bertanyakan " Kak Ngah " dah balik ataupun belum. Sepanjang perjalanan beberapa kali beliau menghubungi rumah agaknya. Turut bersama Pn Norazian bersama anaknya yang bungsu duduk didepan.

Kemudian bila terbaca di dada akhbar, barulah saya tahu..apa yang berlaku. Saya dapat bayangkan betapa resah gelisahnya beliau. Ya Allah..berikanlah mereka rahmat dan kekuatan untuk melalui dugaan hidup ini. Nasihat saya sebagai insan agar kita sama-samalah peka dan prihatin dengan anak-anak kecil di kejiranan kita, samalah kita mengambil tahu, agar mudahan pekara ini tak berulang lagi.

Pn Norazian adalah rakan sekerja sewaktu saya bekerja di sebuah Pusat Membeli Belah Di Wangsa Maju, cuma di malam itu saya tak perasan lantaran gelisah kerana malam semakin larut namun tiada teksi yang sudi membawa kami pulang sehinggalah En Jazimin dengan mulia hati membantu kami sampai ke destinasi rumah kami.

Terima kasih buat En Jazimin semuga Allah memberikan kekuatan buat encik sekeluarga. Yakinlah bahawa terdapat ribuan hamba-hamba Allah yang sedang giat membuat sembahyang hajat agar pekara ini dapat segera diselesaikan dan manusia yang bertanggungjawab itu dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

Tabahkan hatimu..ramai insan-insan yang turut sama merasai kesedihanmu itu.Buat adikku Nurin..dikau berada di dakapan syurga pastinya.

Anonymous said...

nurin jazlin...

syurga sudah pasti menantimu disana..
di suatu tempat yang paling indah...
paling damai...
kau juga telah menjadi penyelamat ibu bapamu...
setialah menanti...
suatu hari nanati
kau akan ketemu juga keluargamu kembali...
Insya-Allah...

salam takziah dari kami sekeluarga..
Al- Fatihah..
salam.

Anonymous said...

takziah buat keluarga Nurin
harap byk2 bersabar ye?
from:
Mohd Ariff,
www.myspace.com/awifbest

Anonymous said...

Saya percaya ramai yang sayangkan Nurin... walaupun saya tak kenal Nurin... Saya percaya Nurin selesa di SANA. Semoga PEMBUNUH kejam itu ditangkap dan dapat pembalasan yang setimpal. AMIEEN..

david santos said...

In Memory of Nurin Jaslin.

Until always.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
«Oldest ‹Older   601 – 731 of 731   Newer› Newest»