Tuesday, September 18, 2007

Awasi anak anda -- * Tiga lagi hilang * Mayat budak ditemui * Di mana Nurin?


Oleh Abdul Rashid Abdul Rahman dan Tan Ming Wai


Anggota polis membawa karung plastik berisi mayat seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg di Petaling Jaya, Selangor.


KUALA LUMPUR 17 Sept. – Tragedi malang membabitkan kanak-kanak perempuan tidak berdosa berlaku satu demi satu, seolah-olah tidak ada kesudahannya.

Terbaru ialah kejadian yang membabitkan dua mangsa yang masih tidak mengerti apa-apa.

Ketika misteri kehilangan Nurin Jazlin Jazimin, 8, masih belum terjawab, orang ramai hari ini dikejutkan dengan penemuan menyayat hati mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini.

Sebelum itu, dua hari lalu, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Norashila Jaafar dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Selangor, sebuah kawasan perumahan yang terletak kira-kira 50 kilometer ke utara Kuala Lumpur.

Norashila hilang bersama dua lagi remaja perempuan berusia 14 tahun yang merupakan jirannya.

Dalam kejadian di Petaling Jaya pagi ini, mayat kanak-kanak berusia antara enam hingga sembilan tahun ditemui dalam keadaan berbogel di dalam sebuah beg pakaian. Kaki mangsa mengerekot manakala terdapat kesan lebam di leher selain luka dan calar-calar di kaki.

Identiti kanak-kanak yang berambut pendek dan berkulit sawo matang itu belum dapat dikenal pasti.

Apa yang pasti kanak-kanak perempuan itu disahkan bukan Nurin Jazlin setelah pengecaman dibuat oleh ibu bapa Nurin petang ini.

Bagaimanapun, pihak hospital tetap mengambil contoh darah ibu bapa Nurin untuk ujian asid deoksiribonukliek (DNA) bagi mengesahkan kanak-kanak itu bukan Nurin Jazlin.

Berdasarkan bau mayat, polis percaya mangsa telah meninggal dunia lebih enam jam sebelum ia ditemui.

Polis yang menerima maklumat mengenai mayat kanak-kanak malang itu terus menghubungi ibu bapa Nurin Jazlin untuk proses pengecaman di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Meskipun disahkan bukan Nurin Jazlin, pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman menyifatkan kematian kanak-kanak yang belum dikenal pasti identitinya itu cukup tragis. Norazian menangis ketika membuat pengecaman itu.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, beg yang berisi mayat mangsa ditemui oleh seorang pekerja syarikat IMM Management Sdn. Bhd., Cheng Yan Fang, 32, yang baru hendak memulakan tugasnya di premis syarikat pengedaran buku itu pada pukul 8.30 pagi ini.

“Ketika beg itu dibuka, keadaan kaki mangsa mengerekot selain terdapat kesan lebam di lehernya,” kata Mohamad Shukor ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, punca kematian dan identiti mangsa masih disiasat.

Yan Fang pula memberitahu, dia menyangka beg yang ditinggalkan di hadapan tangga premis syarikat itu milik majikannya lalu terus membuka kunci jeriji dan membawanya masuk ke dalam.

“Kemudian pada pukul 9 pagi, apabila majikan saya sampai, saya telah memaklumkan kepadanya tentang beg itu. Dia membuka beg itu dan mendapati terdapat mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan berbogel di dalamnya,’’ kata beliau.

Dalam satu lagi kejadian kanak-kanak hilang di Bukit Beruntung, Norashila yang merupakan pelajar tahun enam Sekolah Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung didapati tidak pulang ke rumah selepas ke surau berhampiran rumah untuk menunaikan solat sunat tarawih.

Berikutan kehilangan Norashila, bapanya, Jaafar Abdullah, 40, seorang pemandu di Jabatan Penerangan, membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa pada hari kehilangan mangsa.

Norashila yang merupakan anak sulung daripada enam adik-beradik berambut pendek, bersusuk gempal dan memiliki ketinggian 150 sentimeter.

Menurut Jaafar, anaknya itu membawa bersamanya telefon bimbit tanpa pengetahuannya tetapi talian itu tidak dapat dihubungi sehingga ke hari ini.

- Utusan Malaysia

22 comments:

Nandre The Legend said...

Tu la dia...
kami dari rakan-rakan bloggers akan choba menolong beliau...seberapa daya kami...


apa lagi Bloggers, jom tolong depa...

Kerp (Ph.D) said...

I'm in. lets pray For Nurin's quick return. insyaAllah moga2 adik nurin kita selamat hendakNya.

Anonymous said...

Lets us pray that who ever keeping Nurin against her will, that he/she release her soon unharm.

Ya Allah ya Tuhan ku, lembutkan lah hati orang-orang yang menangkap Nurin dan kembali kan lah iman dan belas kesihan di hati mereka.

Unknown said...

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya...salam takziah kepada keluarga Nurin Jazlin, semoga tabah melalui dugaan yang Allah berikan...sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmah dan bersyukurlah sekurang-kurangnya dia pergi dalam bulan yang mulia

Anonymous said...

sabar...

Anonymous said...

salam...
hari ini berita menyatakan, ibubapa nurin sudah boleh menerima bahawa mayat kanak-kanak misteri itu adalah nurin.
sebagai seorang ibu kepada 2org anak yang masih kecil, saya boleh rasakan perasaan yang dialami oleh en jazimin dan pn norazian.
saya cuba menghantar sms kpd pn norazian, mungkin talian terlalu sibuk, msg saya tidak kesampaian.
di kesemapatan ini, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga nurin. apa yang ingin saya katakan sebenarnya, saya harap sebelum jenazah kanak2 itu dikebumikan, en jazimin dan pn norazian dapatlah memeluk @ mencium jenazah kanak2 itu walaupun masih dalam keadaan tidak pasti.sekiranya bukan nurin, tidak mengapa. sekiranya benar, bayangkan seorang anak kecil melihat kepergiannya ke alam kekal tanpa mendapat ciuman dari orang yang paling disayanginya dalam dunia ini. walaupun jenazah itu sudah tidak bernyawa, tetapi ia masih dapat 'melihat & mengetahui' apa yang berlaku disekelilingnya...
ikhlas dari saya...

Anonymous said...

salam...
hari ini berita menyatakan parents nurin sudah boleh menerima jenazah itu adalah nurin.
saya ada cuba menghantar sms kepada ibu nurin, mungkin talian terlalu sibuk, maka tidak kesampaian.
apa yang saya ingin katakan sebenarnya, saya amat berharap ibu bapa nurin dapat memeluk @ mencium jenazah itu sebelum dikebumikan. sekiranya bukan nrin, tidak mengapa. sekiraya benar, bayangkanlah perasaan seorang anak kecil melihat kepergiannya ke alam kekal dengan tidak mendapat ciuman dari orang yang amat disayanginya dalam dunia ini? Walaupun jenazah itu sudah tidak bernyawa tetapi ia masih boleh 'melihat & merasai' dalam dunianya sendiri apa yang berlaku disekelilingnya. Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui.
sekian, ikhlas dari saya...farah from pahang.

Anonymous said...

Salam..
takziah sy ucapkan kepada ibu bapa arwah Nurin Jazlin. Sy berdoa agar pembunuhnya cepat ditangkap dan menerima pembalasan setimpal dengannya. setiap kali terpandang wajah arwah, airmata sy tiba2 aje mengalir dan sebak. sedih memikirkan dirinya selepas diculik. Alhamdulillah, skrg dia terlepas drp manusia berhati binatang. Al=fatihah..

Anonymous said...

alhamdulillah...
akhirnya en. Jazmin dpt mnerima jasad budak yang ditemui dlm beg itu adalah adik Nurin....
b'sbrlah diatas ujian yg mnimpa ini...
kami sdih diatas ape yg mnimpa..moga pmbnuh adik Nurin dtmui dan mnerima hkuman yg swajarnya..
al-fatihah..

Anonymous said...

kompem ke pekerja kedai yg jumpe bag tu jujur. cuba wt ujian pembohongan kot kot la kan mana la kita tau. harap2 tak la.

Anonymous said...

salam takziah buat keluarga arwah adik nurin, sesungguhnya semua yang terjadi adalah dugaan yang terlalu berat. tabahlah dalam menjalani kehidupan yang mendatang. pandanglah ke hadapan untuk kehidupan mendatang, tolehlah ke belakang untuk kenangan dan pedoman.

aswadhidayat said...

Kasih sayang Allah sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya yang sentiasa redha dan pasrah dengan apa jua dugaan yang diberikan...
MOga roh aruah adik Nurin ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman supaya sentiasa aman dan tenteram selamanya..Amin

Anonymous said...

Lyana_Kuantan

Salam Takziah atas pemergian Adik Nurin Jazlin. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Buat keluarga Nurin, tabahkan hati menghadapi dugaan ini.Ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah.....

Anonymous said...

Assalamualaikum En. Jazimin & Pn. Norazian. Al-Fatihah buat adik Nurin. Pemergianmu ditangisi seluruh rakyat Malaysia. Kepada ibubapa adik Nurin, bersabarlah dengan dugaan Allah yang maha hebat ini. Saya juga seorang ibu dan saya dapat rasakan apa yang dirasai oleh anda berdua. Sehingga ke hari ini saat saya menulis catatan ini, setiap kali terbaca kisah adik Nurin, hati saya sebak dan bergenang air mata. Kepada 'binatang' tersebut, anda tunggu sajalah. Masanya akan tiba. Pihak polis sedang memerhatikan anda. 'Binatang' sebegini jangan dihukum gantung, hukum sula lebih baik untuknya. Biar dia rasakan kesakitannya sebagaimana yang dilakukan kepada adik Nurin. Kepada adik Nurin, berbahagialah di syurga di sisi Allah. Tunggulah ibubapamu di pintu syurga di akhirat kelak. Amin.

Ibu pengasih
Putrajaya

Anonymous said...

assalammualaikum.....ditujukan kepada ahli keluarga nurinjazlin....
takziah saya ucapkan....
semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh adik nurin....
al-fatihah....
amin....
diharap ahli keluarga adik nurin redha ke atas apa yg telah berlaku...
mari lah kt sama2 berdoa agar penjenayah yg terbabit ditangkap secepat mungkin....

kasih kakak,

Anonymous said...

Assalamualaikum,

My heart shattered by the death tragedy of adik Nurin. Malaysia is no longer safe form children to walk about. And it is as we would accept and tolerate this.

So please, to all parents out there, please watch over your kids.

And to Mr.Child Killer and Mollester... may you live forever... for your guilt will eat you alive.

Anonymous said...

Apa yg dimahukan oleh pembunuh itu sebenar???.....kepuasan @ dendam yg tidak terluah??????....adakah dunia sudah hampir kiamat?????.....kezaliman yg tidak tercapai oleh akal kita

Sekarang sudah tiba masanya, Malaysia menjalankan hukuman secara Islam......agar menjadi pengajaran pada semua muanusia....tiada guna kita menjalankan dan menggunakan undang-undang sekarang tetapi ia masih tidak berubah......malah semakin berani pembunuh itu melakukan perbuatan kejam itu...

Sudah ramai kanak-kanak yang tidak bernasib baik dan tidak berdosa menjadi mangsa....hendak tunggu sampai bila lagi barulah kita mahu jalankan undang-indang yang berlandaskan Islam?????

Sekarang kita juga perlu ada sifat ingin tahu dan mengambil tahu keadaan jiran tertangga sekeliling, bukan mahu dikatakan "busy body" atau penyibuk tetapi untuk keselamatan semua....jika kita pentingkan diri sendiri dan tidak mahu bergaul dgn manusia sekeliling, masalah ini tidak akan berakhir....

Buat keluarga Nurin,

banyak2 bersabar dan tabah harungi ujian ini, ini tandanya Allah swt amat menyayangi Kak Ngah....yang pasti Arwah Kak Ngah sudah aman berada disana dan dijanjikan Syurga untuknya......amin

Buat Pembunuh Nurin,

Tunggu lah masa, sampai waktu nanti, akan tiba jua....walau kalian bersembunyi di mana jua....pasti akan temui...Ingatlah Kuasa Allah swt mengatasi segala kuasa yang ada di dunia ini...jika kalian anggap hukuman di dunia ini terlepas tapi ingatlah hukuman di akhirat nanti....

Semoga Arwah Kak Ngah dicucuri rahmat....Al Fatihah

Anonymous said...

Everyday I pray that the culprit will be found. I also pray that Allah will give much patience and light to the parents of Nurin jazlin, to he siblings, grandparents, uncles, aunties, and all relatives. It is also a trauma for me, to know that this has happened.

Don't let her death be in vain. " PREVENTING CHILD ABUSE" must be the government and all Malaysian AGENDA.

Anonymous said...

Assalmualikum.....
salam takziah saye ucapkan kepade fmily arwah...
memang kejam manusia bertopengkan manusia tuy...
ape yg dapat memuaskan hati,sehingga insan kerdil dan lemah menjadi mangse...
ape perassan mereka????
tidak terlint6as isteri atau ank perempuan mereka di perlakukan sedemikian rupe...???INSAF LA WAHAI MANUSIA...

-zaza:o:binxz- said...

Takziah untuk seluruh keluarga arwah Nurin. Cuma ungkapan 'bersabarlah menghadapi dugaan' yang dapat saya sampaikan walaupun saya tahu betapa berat dugaan yang menimpa anda semua terutama sekali ibu arwah...

Dear Nurin,
Aunty hopes to see you in Heaven...

Anonymous said...

sedih sakit hati dan marah semuanya bersarang di dalam hati semua rakyat malaysia terhadap apa yang terjadi kepada adik nurin,apatah lagi keluarga adik nurin yang sentiasa bersamanya sejak kecil lagi.
wajarkah kanak-kanak secomel dan tidak berdosa seperti adik nurin diperlakukan sekejam itu?
al-fatihah buat adik nurin dan salam takziah buat en.jazimin sekeluarga..semoga en.jazimin dan keluarga tabah dalam menghadapi dugaan yang hebat ini,insyaalllah berkat doa rakyat malaysia pembunuh BINATANG itu akan di tangkap juga akhirnya..kita nantikan hukuman yang bakal dia diterima.

dear nurin
your mom's and family always LOVE you

Anonymous said...

kepada ibubapa adik nurin,takziah saya ucapkan..setiap hari mengikuti berita kehilangan sampai sekarang memang sebak hati.apatah lagi perasaan ibubapa adik nurin..mungkin segala yg berlaku adalah takdir.Tetapi saya tahu bahawa adik nurin akan berkati kita agar boleh mencari pembunuh kejam yg binatang pun tidak layak ia jadi ke muka keadilan bagi menuntut satu hak kanak2 yg patut diperjuangkan...dan bukannya kes sebegini dilupakan sahaja!!!
kpd semua ibubapa pelbagai kaum,hargailah&sayangilah anak anda semua..mereka sepatutnya melalui zaman kanak-kanak mereka dengan gembira&bahagia,BUKANNYA didera,dirogal&akhirnya mati dengan menyayat hati..dan dipercaya anggota polis negara boleh menyelesaikan kes adik nurin secepat mungkin agar kes sebegini tidak lagi berlaku kpd kanak2 lain..kpd semua rakyat malaysia,sama-samalah kita berkerjasama menberkas pembunuh yg kejam,gila n merupakan binatang bodoh ni..biarlah ia merana seumur hidup atas kesalahannya yg tidak boleh dimaafkan oleh semua rakyat malaysia..

~DC~