Friday, September 14, 2007

Keluarga rai hari jadi Nurin

Oleh Ifwan Tun Tuah

Bapa anjur solat hajat berjemaah agar pelajar Tahun Dua ditemui secepat mungkin

KUALA LUMPUR: “Selamat hari lahir, Kak Ngah...tapi kamu di mana nak?" Demikian ucapan penuh hiba ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang sejak 22 hari lalu yang semalam genap berusia lapan tahun.

Ibu bapa Nurin, pelajar Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Desa Setapak, di sini hanya mampu mengucapkan selamat hari lahir dari jauh, berbeza dengan sambutan sebelum ini yang penuh girang.

Kesedihan dan kerinduan terpamer di wajah pemandu teksi, Jazimin Abd Jalil, 33, dan isterinya, Norazian Bistaman, 35, ketika mereka mendoakan kesejahteraan anak kesayangan mereka itu, yang lebih mesra dengan panggilan ‘Kak Ngah.’

Pasangan itu berkata Nurin, anak kedua daripada empat beradik, menghidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi.

“Saya dan keluarga sangat terkilan tidak dapat menyambut hari lahirnya seperti dirancang sebelum ini. Kami hanya berharap Kak Ngah sihat dan selamat,” kata Jazimin ketika dihubungi di sini.

Walaupun tanpa kehadiran Nurin, Jazimin tetap mengadakan majlis sempena hari lahirnya itu dengan menganjurkan solat hajat berjemaah serta bacaan Yasin di Masjid Seksyen 1 Wangsa Maju malam tadi, bertujuan memohon Allah melindungi anaknya itu.

“Saya memohon Allah menemukan saya sekeluarga dengan Kak Ngah...Saya sebak memikirkan nasibnya ketika ini,” katanya.

Mengimbas kembali perancangan sambutan hari lahir Nurin sebelum kehilangannya, Jazimin berkata, anaknya itu mahu memilih sendiri kek serta ingin menjemput rakannya meraikan ulang tahunnya.

“Kami hanya membuat majlis kecil-kecilan bersama keluarga setiap kali sambutan hari lahirnya sebelum ini. Disebabkan itu, Kak Ngah membuat permintaan berkenaan bagi sambutan tahun ini.

“Tiada apa boleh dikatakan bagi menggambarkan kesedihan kami kerana tidak dapat menunaikan hajatnya. Kami berdoa Kak Ngah ditemui secepat mungkin,” katanya sebak.

Sementara itu, gerakan mencari Nurin membabitkan ahli keluarga, orang awam serta polis sejak kehilangannya pada 20 Ogos lalu, masih tidak menemui sebarang petunjuk.

Kini ganjaran wang tunai kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga membawa kepada penemuan kanak-kanak itu meningkat kepada RM23,000.

- Berita Harian

10 comments:

Anonymous said...

takziah ....
diharapkan saudara jazimin sekeluarga bersabar diatas ujian ALLAH S.W.T ini,,,
Kami turut merasa sedih dan berharap pembunuh Nurin dapat ditemui dan menerima hukuman sewajarnya
Amin...

Anonymous said...

askum.....
takziah d'ucapkn kepada En. Jazmin s'kluarga d'atas p'mergian puteri k'syangan ke rahmatullah....
allahyarham adik Nurin Jazlin...
moga d'cucuri rahmat...
d'hrapkn En. Jazmin skluarga b'sbar d'atas ujian ini..
kami trut brasa sdih d'atas apa yg t'jdi k'atas kluarga encik...
moga p'bnuh Nurin dpt d'tmui dan m'nerima hkuman yg stimpalnya..
amin......

Anonymous said...

takziah diucapkn......
moga en. jazimin skeluarga tbah m'hdapi dugaan ini...
moga p'bnuh adik Nurin dpt dicari dan merima hkuman yg swjarnya...
moga arwah adik Nurin dicucuri rahmat dan d'tmpatkn diantra org2 yg beriman...
amin......

Anonymous said...

salam....
takziah kpd En.Jazimin sekeluarga di atas pemergian anak tercinta.
Diharap saudara bersabar diatas ujian Allah swt...
Berkat doa semua.....semoga pembunuh adik Nurin Jazlin dapat ditangkap dan menerima hukuman setimpal......
Amin.....

Anonymous said...

Terlebih dahulu saya ucapkan takziah...... kepada En Jazmin sekeluarga dan berharap tabah dan sabar dengan apa yang telah terjadi.Ini adalah ketentuan tuhan dan kita sebagai hambaNya diminta menerima dengan tabah dugaan hidup yang datang, walaupun berat bahu yang memikul beban.....Harapan saya agar pembunuh tersebut dapat ditemui dan diadili dengan seadil-adilnya dan mendapat hukuman yg sewajarnya dgn apa yg telah dibuat.Al-Fatihah..........Amin

Anonymous said...

sama-sama kita berdoa di bulan mulia ini agar pembunuh kejam dapat dikesan.Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh adik Nurin. Al fatihah

Anna said...

Condolence to Mr Jazimin's family. I really share your family's grief. Am very sad. I cried everytime I think about Nurin's tragic death. I keep telling myself that now Nurin is in heaven peacefully beside God in order to console myself. Now all we have to do is pray very hard for police to catch the evil monster.

Anonymous said...

NURIN,kau pergi dlm keadaan yg dahsyat walaupun umurmu cuma 8 tahun.B'baloikah kau keluar utk m'beli sepit rambut namun k'matian yg d'terimamu?Apakah kesalahan yg sempat kau buat dlm masa cuma 8 tahun sehinggakan kau d'seksa sebegitu rupa.Wajahmu b'ubah sama s'kali d'perlakukan oleh haiwan t'sebut. NURIN,air mata yg m'alir utk mu ini tidak akan kering sehinggalah haiwan itu dhukum dgn cara yg paling kejam.YA ALLAH !!!!!!!,s'sungguhnya kau amat bencikan k'zaliman maka hukumlah p'salah t'sebut dgn undang2 mu yg paling keras . Dan utk adik NURIN,kami semua m'nyayangimu.S'moga kau m'jadi bidadari d dlm syurga yg kekal s'lamanya .

Anonymous said...

takziah...
harapan saya smoga saudara jazimin sekeluarga tabah dan sabar menghadapi ujian ini..titisan airmata semasa mendengar berita pemergian adik nurin tidak saya sedari kerana saya tak tahu mengapa si manja yang tidak berdosa ini menjadi mangsa binatang bertopengkan syaitan..dgn doa semoga pembunuh adik nurin ditemui dan dihukum sepertimana dia menyeksa adik nurin.semoga roh adik nurin aman...

Anonymous said...

saya harap keluarga en jazimin redha dan bersabar atas pemergiannya,,
moga rohnya dicucuri rahmat.