KUALA LUMPUR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mempergiatkan kempen mencari Nurin Jazlin Jazimin, 8, ke peringkat negeri dengan mengedarkan poster kanak-kanak itu ke 142 cawangannya di seluruh negara.
Jurucakap GPMS cawangan Wangsa Maju, Muhammad Azruddin Alias, berkata pengedaran poster itu dilakukan secara berperingkat-peringkat sejak persatuan itu melancarkan kempen mencari Nurin, Jumaat lalu.
“Setakat ini GPMS sudah mengedarkan 20,000 keping poster Nurin ke Pahang.
"Mulai minggu depan edaran akan dibuat ke Perak, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain,” katanya.
- Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Semakin lama semakin tak selamat negeri kita. Undang undang yang lebih ketat diperlukan. Biarkan orang kata kerajaan kuku besi, asalkan anak-anak kita tidak mati dibunuh oleh manusia binatang.
http://www.azmi.buildvertical.com
nurinjazlin
tiada lagi senyummu
tiada lagi seraut wajahmu
tiada lagi aksi manjamu
berderai airmata ini
hancur hati ini
nurin
bersemadilah dikau
wahai puteri
tenanglah dikau disana
tidurlah dengan lena
hanya tinggal kenang kenangan
terpahat dalam ingatan
mengingatimu seiring dengan tangisan
-alfatihah-
dari saat nurin hilang sehinggalah sekujur tubuhnya ditemui
tak henti henti mendoakan agar itu bukan dia' tapi.... telah tersurat
ummi dan semua sahabat ummi, tersedu, bergenang genang airmata'
semoga manusia bertopengkan binatang itu dapat ditangkap, seorang yang tidak berhati perut,, alangkan haiwan pun menyayangi anaknya.
Post a Comment