Thursday, September 27, 2007

KPN nafi pembunuh Nurin Jazlin ditangkap

Oleh KHAIRUL AZRAN HUSSEIN

PETALING JAYA 26 Sept. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini memberi amaran kepada media supaya tidak membuat spekulasi berhubung penahanan seorang lelaki disyaki pembunuh kanak-kanak malang, Nurin Jazlin Jazimin.

Menurut Musa, media tidak seharusnya melaporkan cerita yang boleh mengganggu siasatan polis.

‘‘Tiada tangkapan (dalam kes Nurin Jazlin setakat ini), jangan buat cerita yang tidak betul kerana nanti akan mengganggu siasatan.

‘‘Kita juga akan memanggil penulis terbabit dan menyiasat dari mana dia mendapat maklumat yang tidak benar itu,” tegas Musa kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama petang ini yang mendakwa polis telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam pembunuhan dan penderaan seksual terhadap Nurin Jazlin.

Penangkapan itu dibuat di Lebuh Ampang di sini.

Menurut laporan itu, suspek yang bekerja sebagai ‘orang tengah’ di sebuah agensi pelancongan di bandar raya telah diajak oleh seorang rakannya ke sebuah kedai kopi di mana sepasukan polis telah menunggu untuk menahan lelaki itu.

Bernama yang memetik sumber polis berkata, serbuan tersebut dibuat selepas rakan suspek memberitahu polis bahawa lelaki itu mungkin mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam Nurin Jazlin.

Suspek juga disyaki terlibat dengan kes pencabulan dua kanak-kanak yang dilaporkan berlaku di Kampung Baru di ibu negara baru-baru ini.

Pada 20 Ogos lalu, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak di sini, dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya.

Dia ditemui mati 27 hari kemudian dalam sebuah beg yang diletakkan di depan premis perniagaan di Petaling Jaya pada 17 September lalu.

Ujian forensik mendapati Nurin Jazlin mati selepas didera secara seksual.

Polis mendapat beberapa ‘petunjuk’ baru dalam usaha mengesan pembunuh Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang mati selepas didera secara seksual, 17 September lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ketika ini pihaknya tidak mempunyai suspek lain, kecuali lelaki dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi mayat Nurin Jazlin ditemui.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan apakah petunjuk baru yang telah diperoleh polis itu.

“Kita berusaha menyelesaikan kes ini secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

- Utusan Malaysia

86 comments:

steph said...

Calling all to be patient. I am confident that MALAYSIAN POLIS will yield up to this case.

Just be patient. Until justice is done, we will not be in PEACE.

Anonymous said...

Mana yg betul ni...konfius aku...

Harap pembunuh tu cepat2 la diberkas..

Anonymous said...

cepatan pak polisi tangkap itu penjahatnya..aku enggak sabar dong mau lihat rupe setan itu..lagipun aku takut bangat setan itu ngacau aku pulak..aduhh..gimana ni..

The Pisces Man said...

Ya Allah, kenapalah ada plak berita2x palsu macam ni.. Janganlah emosi keluarga Nurin diganggu gugat lagi melainkan berita benar.

On a maybe not related issue, saya ada dapat email mengatakan tulang belakang dan tengkuk Nurin patah kerana disumbat dalam beg. Unfortunately saya dah delete email tu (coz I hardly believe any stories I receive via email due to its anonymousity/unreliable sources), so I can't forward it to you. Is this true, Nurin's uncle? Hope you can shed light on this matter and let us know. If it's not true, then I shall inform the group from which I received the email from.

Meantime, I have created an entry on Allahyarhamah Nurin Jazlin in my blog http://boulevard-ijab.blogspot.com/.

Wassalam and Al Fatihah to arwah...

The Pisces Man said...

Sorry, anonymousity is not a correct word, it should be just anonymous/unreliable sources...

Wassalam dari hamba Allah..

Anonymous said...

en polis tolongla jgn buat kite org keliru..tension tul la..

Anonymous said...

bukan polis tu.reporter tu yg buat cite mengarut.nak bg market naik la tu.

Anonymous said...

Apela polis ini.aku beria la bersorak gumbira penjenayah nurin ditangkap..rupe rupenye khabar angin belaka..cis..

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya harap kepada ahli keluarga arwah serta seluruh warga malaysia yang mengikuti perkembangan kes arwah nurin banyak2 bersabar.sama2 kita berdoa dan lakukan solat hajat serta solat istiharaj..saya juga rasa kesal atas apa yang berlaku.yang melakukan perbuatan terkutuk itu sememangnya dilaknati allah.

Anonymous said...

Repoter ni mengarut tul la..

Anonymous said...

Kenapa pisces man nak tahu tulangnya patah atau tidak. Tak perlu panjangkan detail-detail yang menyayat hati. Saya orang yang tak kenal Nurin pon tak mahu dengar soalan seperti itu. Apatah lagi keluarganya.

Anonymous said...

terlalu tragis untuk diketahui..

The Pisces Man said...

Sebab saya nak tahu ialah kerana saya tak mahu berita2x palsu disebar2xkan.

Kalau saya dan semua yang dalam group tu boleh dapat email tu (dalam body email tu, ada banyak sangat lagi email2x address orang2x yg telah terima email yg sama), bayangkan jika semua orang keep on forwarding it to everybody.... So, it has to stop, and I want to stop the spread of the email if I have the power to do so.

So, harap jangan salah faham, ok! I'm NOT THAT SICK...

Anonymous said...

nazri aziz.tak nk suruh peguam negara
saman wartawan yg buat berita palsu.

sebab~ CUAI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SBG WARTAWAN!

Anonymous said...

I'm sure the family is aware of all the rubbish circulating on the Internet. But if I were them I wont dwell on that. But dont ask : is it true your niece tulangnya patah kena sumbat dalam beg? If you are the uncle do u want to answer?

Anonymous said...

Sabar semua, biar la polis buat kerja dia betul2. Siasat dan tangkap orang yang betul, bukan tangkap muat je.

Memandangkan kes ni dah jadi sensasi, sudah tentu ramai pemberita yang nak ambik kesempatan jugak. Jadi seperti insiden semasa nak release DNA report tu.

Jangan emosional, tunggu hingga betul2 confirm.

Anonymous said...

ade blog yg still claim bapa nurin berhutang dengan along..

The Pisces Man said...

OK taurus girl, points taken.... guess my good intentions came out wrongly...

Case closed and harap maaf kepada semua yang tersinggung, especially Nurin's uncle and families.

Saya hanyalah hamba Allah yang lemah yang sering membuat kesilapan, tetapi untuk sengaja menyakiti orang yang dalam keadaan bersedih, Insha' Allah bukan niat di hati.

Wassalam...

Anonymous said...

Kami dari Sabah amat berharap agar ada insan-insan yang prihatin tanpa mengira bangsa dan agama dalam komuniti di lembah klang tampil memberikan maklumat tentang kes Nurin Jazlin..walaupun sekadar sering terdengar tangisan kanak-kanak perempuan atau apa-apa tingkahlaku mencurigakan yang berlaku/dilakukan ke atas kanak-kanak perempuan semasa kehilangaan adik nurin Jazlin...laporkan apa-apa yang mencurigakan yang berlaku dalam komuniti kita.Mungkin ini akan dapat membantu pihak polis memberkas pembunuh itu..lagipun biar semua penjenayah panas punggung kerana kes ini terlalu sadis dan tidak dapat diterima begitu saja oleh rakyat Malaysia..Pembunuh itu tak akan selamat. selain dikejar oleh pihak polis, rakyat Malaysia , dia juga akan tetap dikejar oleh bayang-bayangnya sendiri.Tampillah!Mudah-mudahan banyak kejahatan akan terbongkar, hikmah penderitaan yang pernah dilalui adik Nurin Jazlin. Semoga rohnya damai di sisi Allah SWT.Amin!

raunaq said...

we shall all pray that the suspect "the satan" will not be free for long!

Anonymous said...

salam~
everyone need to be patient..i believe that soon,the BASTARDS will be arrested..
and it is important for us not to believed any unreliable sources.

The Pisces Man said...

Gasp, I wish I didn't pop up the question this morning.. My eyes all teary again, thinking what have I done (to Nurin's family)?

I AM really really really sorry I asked those questions... :-(

Anonymous said...

salam,

jgn panik..ni smua mgkin strategi polis..sm2 kta bntu mereka dgn apa jua daya, keyakinan dn doa - si pembunuh akn kantoi jgk akhirnya!!!
MAMPUS KAU BAJINGAN!!!

Anonymous said...

Yup The Pisces Man, I had received the email pasal tulang belakang dan tengkuk Nurin patah kerana disumbat dalam beg, salty eyes, etc...claimed from friend of Nurin's uncle-Jazlan.

If nak baca email tu bole i forwardkan...for me the email was very-very sad!!

anyway Al-fatihah for Nurin

-green rhino-

Anonymous said...

Yes, Pisces man, you should be sorry.

Anonymous said...

what makes me so protective of the family is the look on the father's face that I see in the papers and elsewhere. He has to bear his own private grief and at the same time has to face the cruel world where even before his tears are dry there are people who want to teach parents like him a lesson

The Pisces Man said...

Yes Taurus Girl,

I think those who preach as though they were the best parents hardly know what parenting is all about. They point their one finger to the father, without realising their four other fingers are pointing back at them.

Negligence is a very vague issue, coz from what I can see, Nurin's parents are lovable and loved by their children, just like many of us who are already or would become parents.

Anonymous said...

Takziah, Syafaat Anak & Doa Pelindung

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

takziah, didoakanmu kini tenang di alam barzakh tanpa manusia kejam dan degil dari arahan Allah

Musibah yang menimpa al-Marhumah Nurin Jazlin yang masih kanak-kanak bukanlah satu balasan terhadap dosanya, malah ia belum sempat untuk berdosa. Menurut para ulama Islam, musibah yang menimpa kanak-kanak seperti kematian sebegini adalah merupakan satu rahmat untuknya, adapun cara kejam pembunuhan itu adalah manifestasi kegagalan acuan dan hasil tangan manusia yang berlagak pandai untuk menguruskan kehidupan, mereka degil dari arahan dan larangan Allah s.w.t, lalu kelahiran manusia buas sedemikian adalah hasilnya, menandakan seriusnya tahap kejahilan dan kehancuran jiwa manusia di sekeliling.

Saya kira, semua insan normal akan merasa pedih apabila melihat gambar keadaan jenazah Nurin di atas, apatah lagi sesiapa yang melihatnya secara berdepan. Saya sendiri terganggu pemikiran sejak kelmarin apabila isu ini tersebar di berita. Terfikir betapa kesakitan yang dialami olehnya menyebabkan perhatian saya terganggu ketika memberikan ceramah. Ini kerana menurut media, ketika mayat Nurin Jazlin ditemui, ia baru 6 jam menemui kematian.

Bermakna, sejak kehilangannya selama 27 hari ia menanggung kesakitan dan hanya meninggal dunia pada hari mayatnya ditemui. Saya juga difahamkan oleh beberapa sumber yang boleh dipercayai, hasil bedah siasat mendapati perut Nurin Jazlin kosong dari sebarang makanan, seolah-olah ia tidak diberi makan selama sebulan kehilangannya dan hanya didera seksual sahaja. Inilah antara info yang amat menyukarkan minda saya menerimanya.

Ceramah saya di Universiti Malaya dua hari lepas (20 September 2007) adalah yang paling terkesan, minda saya gagal memfokuskan kepada isi kuliah yang ingin disampaikan. Mungkin para pendengar yang hadir dapat melihat situasi itu.

Benar, Ia juga merupakan satu ujian Allah s.w.t ke atas kedua ibu bapanya. Sesiapa sahaja yang mampu bersabar serta redha, bagi mereka Syurga dan barangsiapa yang menuding jari menyalahkan Allah s.w.t dan taqdir, mereka adalah dari kalangan ahli neraka.

Nabi bersabda :-

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala, dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah." ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)

Menurut Syeikh Soleh Al-Munajjid, antara hikmah dari kematian seorang kanak-kanak, antaranya sebagai penyelamat diri kanak-kanak terbabit di akhirat kelak, hanya Allah yang mengetahui hikmah sebenar.

Beliau juga berkata, tidak dinafikan semua kanak-kanak ada kemungkinan jika ia sempat dewasa ia boleh menjadi musuh Islam yang terbesar, jatuh murtad, melakukan dosa yang amat dahsyat dan lain-lain. Yang mana sebahagian tindakan dosa tersebut boleh menyebabkan anak itu kekal di dalam Neraka.

Justeru, dengan kematiannya di waktu kecil, ini bermakna Allah s.w.t dengan rahmatnya telah pasti terselamat dari sebarang dosa besar dan kemurtadan yang mungkin berlaku. Perihal sebegini ada disebut dalam surah al-Kahfi, iaitu sebagaimana kisah Nabi Khidir a.s yang sengaja membunuh seorang anak kecil yang telah diketahui melalui Allah s.w.t akan menjadi penjahat besar kepada ibu bapanya jika ia dewasa.

Ciri Mukmin Yang Sentiasa Tabah

Sama-sama kita pasrah kepada Allah dan mengingati ciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-


عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Ertinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa" ( Riwayat Muslim)

Nurin Jazlin



Syafaat Anak Kecil & Aqiqah

Saya hanya mampu mendoakan al-marhumah Nurin Jazlin mendapat kenikmatan terbaik di alam barzakh ketika ini dan akhirat kelak. Moga ibu bapanya yang mampu redha dan sabar juga layak mendapat 'title' orang beriman dan redha Allah s.w.t. Ia sememangnya tidak mudah, tetapi redha adalah suatu kewajiban dan bukan pilihan.

Jika sekiranya ibu bapa Nurin Jazlin belum melakukan aqiqah untuknya, eloklah dibuat aqiqah tersebut.

Menurut Imam Ahmad r.h, sekiranya anak kecil meninggal dunia dalam keadaan belum diaqiqahkan, anak tersebut tidak akan membantu (memberi syafaat) kedua ibu bapanya di akhirat. Justeru, syafaat dari anak kecil yang meninggal untuk si ibu bapa adalah bergantung kepada aqiqahnya ( Mirqat Al-Mafatih, 8/78). Wallahu 'alam.

Ia berdasarkan kefahaman Imam Ahmad dari hadis :-

الغلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم السابع ويسمى ويحلق رأسه

Ertinya : anak tergantung kepada aqiqahnya, dilakukan sembelihan aqiqah pada hari ketujuh dan diberi nama serta dicukur kepalanya" ( Riwayat At-tirmizi dan Ahmad )

Justeru bagi semua ibu bapa samada Nurin Jazlin atau lain-lainnya, jika terdapat anak yang meninggal dunia dalam keadaan Islam, berusahalah menjadi ibu bapa yang beriman secara tulen. Allah s.w.t pasti akan menghubungkan anak dan ibu bapanya semula di akhirat. Janganlah terlalu bersedih dengan pemergiannya. Firman Allah s.w.t :-

والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان ألحقنا بهم ذريتهم وما ألتناهم من عملهم من شيء

Ertinya: "Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya." ( At-Tur : 21 )

I

sayu dan sebak

InshaAllah, anak-anak kecil yang meninggal ini akan berada di syurga Allah s.w.t. Disebut dalam kitab Ad-Durr Al-Manthur sesungguhnya orang yang beriman dan anak-anaknya akan berada di dalam syurga bersama-sama. (Ad-Durr Al-Manthur, 7/633 ; Tafsir At-Tabari, 27/25)

Bagaimanapun, jika seseorang ingin bersama anaknya tersebut, perlulah ia melakukan amal soleh dan menjadi orang yang beriman dengan benar-benar iman.

Deretan Kes Perit Hampir Serupa Tanda Apa?

Apapun, segala macam bentuk perhatian kini perlu ditingkatkan, apa guna ibu bapa yang asyik dengan mencari duit dan wang sehingga tiada masa untuk melihat keselamatan anak. Begitu ramai ibu bapa yang tersangat sibuk dan sentiasa bertawakkal palsu tentang hal keselamatan anak-anak mereka.

Perlu diambil perhatian oleh kita semua bahawa keselamatan kanak-kanak perempuan semakin membimbangkan ibu bapa hari ini. Cuba lihat deratan kes di bawah :-

Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.

Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.

Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9 pula ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia.Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.

Kisah seterusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani, Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.

Selain itu bulan yang sama, Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.

Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.

Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.

Dan akhir pada 23 Oktober 2000, Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

Doa Pilihan Pelindung Keluarga

Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-

من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك

Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080 - teks doaya adalah yang berwarna merah)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?

Lelaki berkata : aku disengat kala

Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Siapa Cuai ?

Takziah kepada keluarga Nurin Jazlin dan semua keluarga yang menghadapi cabaran yang sama. Saya juga TIDAK BERSETUJU atas kenyataan pihak berwajib yang ingin mendakwa kedua ibu bapa Nurin Jazlin atas alasan mereka cuai dan lalai. Mana ada manusia yang tidak sekali sekala terlalai dan terleka. Biarlah pedih mereka sembuh sebelum membuat kenyataan pelik seumpama ini.

Saya mengharapkan pihak polis dapat dengan CEKAP menjejaki si pembunuh, sebarang kegagalan akan menyebabkan semakin pudarnya keyakinan terhadap teknologi dan badan pengawas keamanan ini. LIHAT KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB R.A YANG SELALU BIMBANG SEMASA MENJADI KHALIFAH, SEKIRANYA ADA SEEKOR KAMBING MATI DI DALAM NEGARANYA, IA BIMBANG AKAN DITANYA DI AKHIRAT KELAK ATAS KECUAIANNYA SEBAGAI KHALIFAH.

Beliau diriwayatkan berkata : "Seandainnya ada keledai yang jatuh dari atas gunung di kawasan Irak sehingga patah kakinya, pasti Allah SWT meminta pertangungjawaban saya (Umar) karena tidak membuat jalan untuk dilintasi keledai tersebut"; dan "Kalau kambing tersasar dan hilang di pingiran sungai Eufrat, maka Umar akan bertanggung jawab pada hari akhirat".

Begitu juga Ali bin Abi Talib ra ketika melihat Umar bin Khattab ra sedang berlari lalu bertanya: "Kenapa kamu lari wahai Umar? Aku (Umar) berlari karena ingin mengejar unta sedekah yang telah lepas dari tambatannya.

INI KERANA TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI PEMIMPIN ADALAH MENYEDIAKAN NEGARA YANG AMAN DAN BAIK KEPADA MANUSIA DAN JUGA BINATANG SERTA MEMASTIKAN TIADA MANUSIA "BERHATI BINATANG".

Putrajaya

Bagi seluruh keluarga Nurin, ketahuilah doa mereka yang sedang dizalimi adalah maqbul, ditambah lagi di bulan Ramadhan penuh berkat ini, doalah dengan bersungguh-sungguh agar mereka tertangkap

steph said...

I think the pisces man is not intetional. stop blaming him.

In the midst of our grief, we should not forget our mission here i.e. to be united in our supports to the family of Nurin and also to our police whom we place our great hopes in finding the BEAST that killed Nurin.

Anonymous said...

Boleh kita beri sumbangan wang?

ArMs' said...

aku harap pembunuh tu dgn segera ditangkap..jgn bagi die berkeliaran lagi..sian kat mak bapak budak2 tu,,,

Anonymous said...

That's true Steph, from what I can see after a quick visit to his blog, I think pisces man is as harmless as the rest of us.

Let us concentrate on the real danger here, people... The devil/monster/beast/penyangak is still out there!

Anonymous said...

suruh nazri aziz wat pa, dia tu cakap TAK pakai otak, asik pakai mulut jer...wakaka

Jasni AJ said...

In response to the query posed by The Pieces Man, please be advised that I have checked with the Uncle referred to by the mass e-mails.

The Uncle has denied of ever disclosing any of those gory details on what was done to Arwah Nurin.

For the sake of what's left to the family's dignity, please ignore and delete these mass e-mails as it is not our privy to disseminate such unverified reports.

What we should know is the girl was indeed abused - details of which are unnecessary.

Thank you.

Anonymous said...

AL-FATIHAH
Takziah kpd keluarga Nurin Jazlin.

Anonymous said...

to those yg ada email tu lagi kindly forward kat i bley..?
marijuana5119@yahoo.com

ni apa kes..kejap kata tangkap kejap tak...kalo xbetul citer ni knp leh terkeluar dlm paper lak...

Anonymous said...

This is only my personal opinion bukan niat untuk ganggu siasatan sapa2

Pencabul Kg Baru dan Pembunuh Nurin adalah orang yang sama.

Dia mengubah lokasi kerana kawasan kg baru sudah menjadi perhatian polis. Maka dia terpaksa mencari kawasan lain seperti pasar malam untuk mencari mangsa baru demi memuaskan nafsu gilanya itu.

Buktinya seorang kanak2 di Setapak yang hampir menjadi mangsa telah melaporkan kepada ibunya dia didekati oleh lelaki yang mengajaknya memberi makan kucing di tepi kolam/lombong semasa pergi ke pasar malam dalam bulan Ogos.
Ibunya hanya laporkan kepada polis setelah kejadian menimpa Nurin Jazlin.

Akibat aktivitinya diganggu dan kegagalan pihak polis menangkap dirinya, menjadikan dirinya menjadi semakin kejam dan merasakan dirinya berkuasa
kerana dia yakin polis masih tidak akan dapat memberkasnya lagi kali ini.

Ini jelas dia seakan mencabar pihak polis dengan meletakkan mangsa dikawasan yang mudah ditemui. Saya tak percaya dia tidak sengaja meletakkannya disitu.
Tidak hairanlah nanti jika rambut atau cap jari itu bukan milik pembunuh itu.

Tapi saya yakin tempat mangsa disimpan dahulu adalah sekitar PJS1 dan pembunuh itu amat mahir dengan selok belok kawasan itu. Mungkin dia pernah menetap atau bekerja disekitar kawasan itu dulu kerana saya percaya pembunuh itu tidak berani membawa keluar mangsa jauh dari kawasan itu dengan menaiki kenderaan kerana bimbangkan kehadiran polis.

walapupun sebijak manapun dia, saya yakin sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Bila tiba masanya nanti kau jatuh tersungkur ke tanah, ibubapa dan kaum kerabat kau akan mendapat malu.

Anonymous said...

penjenayah tu takkan tak de mak bapak ke, adik beradik ke, sedara mara ke, kwn2 sekerja ke, jiran ke @ sapa2 org yg berurusan dgn dia.
takkan sorang pun tak sedar yg dia tu adalah penjenayah yg dicari?
cuba2 lah mencurigai org2 yg berada di sekeliling kamu..mungkin salah sorg dr mereka adalah yg dicari selama ni.
unless di khalayak ramai perangai dia mmg reverse

Syed Mohd. Aiman said...

Congrats that FBI is already involve in the case.. may the FBI CSI's n Royal Malaysian Polcie do their job n catch the criminal

Anonymous said...

berita yg keluar tu bukan direka2 ... wartawan tu pun tak cuai.... dia dapat reliable source, kita assume macam tulah kan, reliable source.....

utk pengetahuan pembaca, wartawan wire service spt BERNAMA tidak boleh buat atau reka cerita...

masalah sekarang nak kena tahu siapa source wartawan tu.. boleh percaya ke atau tidak source tu..

kalau source tu membohong, maknanya berita tu juga membohong ler.... then again berita besar mcm ni tidak akan dikeluarkan kalau editor dan gatekeeper (org yg mengawal pengeluaran berita) tidak pasti akan kesahihannya...

dari segi ini yg kena teruk bukan shj wartawan tu (kalau source dia tak betul) tapi editor dan gatekeeper pun kena.

sebab tu IGP nak tahu siapa source watawan tu..... so secara teknikal IGP atau NAzri susah sikit nak suruh peguam negara saman wartawan tu....selalunya bab saman-menyaman media ni melibatkan slander jer.... lain pada tu jarang ada....

sebab tulah kalau perasan, wartawan mesti ada tape recorder...selain digunakan utk tulis berita, tape recorder itu juga bukti kalau2 tiba2 wartawan tu dituduh ada2kan cerita, so source tu tak boleh tipu ler.....

rasa2nya, ini pendapat peribadi saya la (mungkin tak betul), kalau berita tu tak sahih, paling teruk wartawan tu kena charge sbg 'mengganggu siasatan polis'..


menyentuh tentang media ni,saya bersimpati dengan en jazimin dan pn norazian... masa nurin dikebumikan, kedua2 mereka (terutama pn norazian) diasak dgn soalan bukan2.... sebenarnya en jazimin dan pn norazian berhak utk berkata 'tidak' kpd wartawan... berhak utk tidak menjwb sebarang soalan... dan berhak juga meminta bantuan org tengah spt keluarga atau polis sendiri utk menghalang wartawan dpd mendekati mereka ketika itu.... kalau saya ada di sana masa tu, saya rasa mcm nak jadi PR mereka jer......

sebab tulah wujudnya jawatan PR... gunanya sbg perantara.... saya harap wartawan tak marah bila baca ni...

saya sebenarnya bekas wartawan juga..... saya tahu kesusahan saudara/saudari yg tertekan antara punca berita dan boss... kalau tak tanya, boss marah, kalau tanya, kena marah pula dgn org yg diinterview itu....

tapi dlm kes nurin jazlin ni, saya emosi sikit...kurang berkenan dgn tindakan sesetengah wartawan yg menekan pn norazian... namun perlu dijelaskan di sini tak semua wartawan begitu, ada yg bagus dan ikut etika kewartawanan.... kpd mereka yg ada etika tu saya salute...

Anonymous said...

Reporter mana yang tak bertanggung jawab tu, buat crita sampai ada gula, garam, asam... ishhh terok betullah!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

BILALAH PENJENYAH NI HENDAK KENA TANGKAP.....TAK SABAR RASANYA, KALAU TIDAK RAYA INI TAK ADA ERTI BUAT KU!
KEPADA PIHAK POLIS SAYA CONFIDENT IA AKAN TERTANGKAP SIKIT HARI LAGI..
UNTUK KELUARGA ARWAH BERSABARLAH DAN BERSERALAH KEPADA YANG ESA...

Unknown said...

Everytime i think about how the little girl must have suffered, i feel like screaming. I just hope they catch 'the devil' as soon as possible. The longer they wait, the better chance of escape for the bastard. And if they do catch him, by GOD, i hope they torture him. Hanging is too good for him.

To nurin's parents and family, i cannot even imaging what you are going through. I have two small children and i am scared everyday for their safety. Please be strong, and Insya Allah, godwilling, justice will prevail. I (and also the rest of the world) pray for you and pray that the police catch the bastard soon.

Never ever stop praying...

steph said...

what can I say? only SOB SOB....

Anonymous said...

Selepas baca online newspaper hari ni saya bertambah sedih dengan news 4 kanak-kanak mati lemas di kolam rumah pam di Kepala Batas.

4 kids itu Mohd Zaidi Mohd Saidin dan Mohd Noraidil Hakimi Shahruddin-lima tahun dan Badrul Hanif Ahmad dan Zulkifli Mohamed-enam tahun dikebumikan dalam satu liang.

Tak semena-mena saya terbayang wajah Nurin tersenyum menyambut keempat-empat mereka di alam yang satu lagi sementara untuk ke syurga...

Untuk mereka semua....AL-FATIHAH dihadiahkan

WangsaMelawati

Anonymous said...

Salam, Ulasan dari ustaz zaharuddin menjawab byk pertanyaan. Pertanyaan yg bukan saja dari org dewasa, tapi juga dari kanak2 yg sudah faham dan boleh baca berita. Harap kita boleh ambil nasihatnya.
Salam Ramadhan all.

Anonymous said...

Berita terkini,polis mengguna khidmat FBI (Amerika Syarikat) bagi meningkat kualiti rakaman CCTV sisatan kes Nurin.

Latest news, polis is using FBI's service to enhance its quality content of recorded CCTV in connection with nurin's murder case.

PiZa Rusian said...

Baguslah tu panggil lah FBI/CSI siasat if org sendiri dah tak mampu.. janji hasilnya berkesan n dpt bawa org yg kita cari2 selama ini.. Let bring Justice!!

Anonymous said...

mengamcamlah tengok jam orange slice tu time puasa2 ni

Anonymous said...

saya akhmar mewakili pelajar Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka mengucapkan takziah atas kematian insan comel yang tersayang Nurin Jazlin...walaupun tidak pernah bertentang mata dengan dirimu....tidak pernah mendengar keindahan suara mu..tidak pernah melihat kemanjaan dirimu...tapi kami semua amat merasai kehilangan dirimu....kerana diimu mewakili insan insan kecil yang tidak mengetahui apa yang menimpa dirimu..Air mata deraian turun bila mengetahui kisah mu...manusia bertopengkan syaitan mana yang melakukan perbuatan kejam terhadapmu itu ....kami menadah tangan memohon kepada yang maha esa agar binatang yang melakukan terhadap dirimu akan ditemui secepat mungkin...sayang kerana persis comel dirimu pergi dahulu sebelum sempat berbakti kepada keluarga agama dan negara...namun suratan takdir...Dia lebih menyayangi dirimu....moga roh mu dicucuri rahmat...AL-fatihah..

Anonymous said...

Sama-sama lah kita berdoa agar roh adik Nurin Jazlin damai di sana.

Dan sama-sama lah kita berdoa agar KPN Musa Hassan yang bangang dan bahlol ini mendapat pembalasan yg sewajarnya atas KETIDAKCEKAPAN beliau menjalankan tugas. Amin.

Anonymous said...

Harap-harap FBI yang dibawa oleh PDRM akan merungkaikan pencarian 'setan' selama ini....Al-fatihah untuk adik Nurin Jazlin Jazimin...

Anonymous said...

kpd Anonymous 1.56pm, terima kasih menjelaskan mengenai tugas wartawan.
Memanglah kalau org tidak faham, mereka mudah saja wartawan tambah info la, tak telus la, tapi apa info yg kita dpt dr source. kalau dia tipu maknanya story tu tipu dan memang boleh kena saman.
tp hal tipu menipu tak akan jadi isu kerana sebelum tulis story, pengesahan perlu dibuat dgn pihak yg satu lagi, dalam hal ini kalau sumber dia memang polis, jadi bgm nak claim wartawan tipu?
mungkin yg realese polis pangkat bawah sikit, so boss dia tak suka pulak, suruh hold dulu.. mungkin kan?
tapi rasanya, tak payahlah liputan byk2 sgt, sebabnya ia kelihatan menganggu siasatan. tapi sekali lg kes ini memang public interest dan kena update public.
satu lagi wartawan memang diajar untuk provoked utk menjadi selamba dan kdg kala kurang ajar. tapi sebagai org awam, kita berhak untuk cakap tidak dan tak mahu layan. kita boleh guna PR kalau mahu atau cakap saja 'no comment'. memang itu pun ada jadi news, tapi setakat 'mrk tak mahu bekerjasama dgn wartawan ' tu ajelah...
kita saling memerlukan dan memahami. jgn terlalu sarkastik dalam menjalankan tugas wahai cik wartawan tetapi kdg2 environment mrk yang 'news oriented' menjadi mrk kdg2 tak sensitif.
dan sebagai org awam, ingat kita ada hak untuk cakap tidak kalau we really means it. they would push, tapi itu cabaran kita pula how sensitive we are pd pujuk rayu dan provokasi.
cheer and harap2 si pembunuh dapat dihukum segera.

- Me, X journalist turn PR

Anonymous said...

walaupun pakcik tak kenal kau Nurin, pakcik masih menangis bila baca kisah kau...

pakcik doakan kau(roh) aman dan tenteram. Al Faatihah.......... Aaamiinn.

Anonymous said...

KPN Musa Hassan memberi gambaran positif untuk menahan suspek dalam masa terdekat ini dan berharap media tidak akan mengeluarkan sebarang spekulasi tentang kes tersebut.

“Very soon (tidak lama lagi)...kena tunggulah,” katanya dengan tegas sambil mengingatkan media yang memberikan spekulasi berhubung kes itu boleh didakwa di mahkamah.

Selain itu katanya, beliau tidak dapat memberitahu perkembangan kes tersebut setiap hari kerana ia akan menjejaskan siasatan.

IGP Musa Hassan envisage a positive sign that police will soon be able to nabbed to suspect and he hopes media not to make any speculative news in connection with the case.

Anonymous said...

semuanya kena bersabar...mesti dapat tangkap penjenayah tu..media jgn terburu-buru..kita semua tak tahu ape yg polis tgh buat...kita kena respect keje diorg...bukan senang nak buat siasatan.so biar polis wat keje diorang dgn baik..doa je banyak2...

cool malaysian!!!

The Pisces Man said...

Terima kasih Encik Jasni... saya akan cuba hentikan penyebaran email palsu ini sekadar terdaya seperti yang telah saya janjikan. Maaf sekali lagi dari saya kerana terlepas kata/tulis/komen..

Kepada anonymous (salah sorang tu lah), saya rasa bukan manusia bertopengkan syaitan, makhluk yang menganiaya Arwah tapi lebih kepada syaitan bertopengkan manusia, kerana itulah tiada ciri2x manusia dalam diri syaitan itu sehingga tergamak berbuat demikian dan tidak terfikir dalam kepala dia untuk lepaskan Arwah.

Mengikut kajian, orang psycho ni selain dari mencabar polis dan berharap dia ditangkap, they also like to keep themselves updated with the progress of investigations, which include observing how the police work at crime sites, reading papers/websites etc etc..

Jadi tak mustahil mungkin syaitan itu juga telah melawati blog ini. Wallahua'lam... apa pun, seperti yg dikomen oleh seorg lagi tadi, observe sekeliling kita, there could be a sadistic killer within our midst..

Anonymous said...

Setahu saya tempat pertama keluar berita tentang penangkapan syaitan bertopeng manusia tu ialah di BERNAMA.Berita dari bernama boleh dikatakan sahih dan tepat.Mereka bukan seperti akhbar2 sensasi yang suka membuat cerita.

Kita tak tahu kenapa berita tersebut ditarik balik atau diadakan. Mungkin ada strategi yang sedang dilakukan oleh pihak Polis.

Penggunaan teknologi FBI juga memang dialu-alukan. Mereka mampu untuk menjelaskan rakaman video CCTV itu.

Semoga binatang tersebut akan ditangkap dan dihukum sewajarnya.

IlhamSetia said...

Mudah-mudahan keluarga arwah Nurin jazlin terus tabah dan sabar menghadapi dugaan ini.

Semoga Allah beri keredhaan pada keluarga mereka, beri ketenangan atas kebiadapan dan kelancangan manusia berhati makhluk yang lebih rendah daripada binatang itu.

Berdoalah agar roh Nurin Jazlin sentiasa dalam aman disisi-Nya.

al-fatihah.

Anonymous said...

Berita skop, suspek kini telah berada dalam pengawasan polis dan sedang menunggu masa untuk diberkas.

Scoop News, suspect is now being under police's surveillance and will be arrest soon.

Anonymous said...

sedey2!! masih tak dapat tangkap lagi??

Anonymous said...

kan ada rambut asing dijumpai bersama mayat arwah, DNA punya results pun tak kua2 lagi kenapa lama sangat daa..?? erm, dna dah reveal nanti kita tau la sape owang nye!! takkan bole lari punye!

Anonymous said...

ntahnye...apala depa ni lambat sgt la nak buat siasatan...dlm masa tu si penjahat tu pun dah lari ntah kemana hilangnya...yerla sorang pun tak tahu mcm mana rupa dia, so senang la dia nak lari kemana-mana...

baik cepat tuan polis...nanti dah lari selamatla si penjahat tu...

Anonymous said...

hqnpgbHmmm... Speachless... Kelmarin dah melonjak gembira satu rumah bila kami buka blog ni utk tahu perkembangan kes Arwah Nurin yang kami sayangi ni..Terpapar berita penangkapan binatang tu.. tapi bila berita penafian ni pula kami sekeluarga baca, anak bujang saya yang berusia 14 tahun boleh menjerit marah..."Tak guna! Tak guna!!!!!" Tak sangka pula saya yang dia juga begitu perihatin dan teruja sebegitu sekali..Inikan pula kita yang dewasa begini...
Al Fatihah utk Nurin..

mama zaini.

Anonymous said...

gunakan segala yang ada untuk kesan pembunuh tersebut. walau terpaksa panggil orang luar sekalipun. biar kita tunjuk pada pembunuh dan juga kepada yang bakal nak jadi pembunuh bahawa mereka tidak akan terlepas dan mereka akan terpaksa hidup dalam ketakutan sepanjang masa.

Anonymous said...

from the thestar.com..my
"Inspector General of Police Tan Sri Musa Hassan said the FBI has agreed to help as it has the technology to improve images so that they can be viewed clearly.

"One of our officers will leave for the US on Thursday night with the tape and we hope that the FBI will be able to help produce a clearer image so that we can pick up the person for questioning. "


thats a good move pdrm,dont leave us terkontang-kanting without any leads.we need to capture this beast now.

al-fatihah nurin

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH...CEPAT-CEPAT PI US JGN. SAMPAI BALIK NANTI PEMBUNUH DAH LARI....

ENCIK JAZIMIN DAN PUAN NORAZIAN BYK.-BYKLAH BERSABAR & BERZIKIR, INSALLAH SEGALA-SEGALANYA ADA RAHSIA KENAPA IA TERJADI..BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL...
BUAT NURIN JAZLIN SAYANG... ALFATIHAH

Anonymous said...

semoga usaha PDRM tu akan membuahkan hasil yg positif. InsyaAllah.. Amin!

kepada PDRM, harap jgn berputus asa dalam usaha menjejaki mereka yg tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan itu.

Anonymous said...

kejam btol manusia tu...
insan yg x b'slh jdi mgsa...
kte sme2 doa hope police dpt tngkap perogol+pembunuh yg sgt2 kejam 2...
lgsg x de hati perut..
klu la bende ni jdi kt anak die sndri
x taw la cm ner...

Anonymous said...

Kalau tak dapat penjenyah itu tak payahlah pergi angkasa lepas..buat apa?

Anonymous said...

Kita harap pihak kerajaan Malaysia(Pak Lah) dan PDRM akan cari pembunuh tu hingga ke "lubang cacing " dengan segenap usaha.Kes Nurin Jazlin patut mendapat pembelaan sewajarnya.

caffe_latte said...

Did it ever occur to any you that this is a public-accessible blog?
If we can read and post stuff here, surely the KILLER can too. It might even have posted something.
Just thought of it.
My two cents - Mei Yen

Nik@RidenRoll.com said...
This comment has been removed by the author.
Nik@RidenRoll.com said...

Think Outside The Box!

* NURIN went missing at ‘pasar malam’…
- Could it be someone who frequents the ‘pasar malam’ for vegetable business?
- Don’t you think that only real crazy person who bought ‘cucumber & brinjal’ for such torture? --- Or may be vegetable is his business?
- Did she manage to buy the ‘hair clip’? If yes, does the ‘hair clip’ seller see if anyone else walk with her?

* NURIN was abducted for 27 day…
- Where on earth was she kept? Could it be in jungle house, beyond KL or in quiet residential area?
- Her hair was cut and perm? For what? Her skin colour was tanned; until her parent couldn’t recognized and even said the girl found in the sports bag could be a Myanmar girl? Could it be for money? Turn her to beggar?
- Could the killer become mad and torture her because the killer had ‘money’ motive but had to kill her because of the publicity?
- Place a body at the populated spot as to challenge the police and the public? Or his/her accomplice wants to return the dead NURIN to her parent after regretted the senseless act.
- Wanted to rent a house in PJS area? Did he plan to kept her forever? For what? Again, ‘money’ motive?
- Where did he bring NURIN to perm the hair? Did he did it himself or by his accomplice? She was found naked, where is her clothing?

* The suspect…
- Drive/own a white van?
- Ride/own motorcycle?
- Afford to rent a house in PJS area?
- Place her in branded and nice looking sports bag?
- Again, could he desperate to earn money by selling or turn beloved NURIN to beggar?

*** The big question mark now is…
- IS HE/SHE READING ALL WHAT WE SAY HERE IN THIS BLOG???
- IS HE/SHE PLANNING TO STRIKE AGAIN???
- IS HE/SHE IS JUST NEXT TO YOU???
- IS HIS/HER FUTURE VICTIM IS SOMEONE THAT YOU KNOW???
- OR YOUR FAMILY MEMBER???

and etc…….

Ask No More!
Act Now!
Stop Blaming!
Alert Everyone That You Know!
Look for Suspicious Person!
Turn-in and Help the Authority!

I only know one thing for sure...

“GOOD GIRL NURIN GOES TO HEAVEN…”
“LAKNATULLAH BEAST GOES TO HELL…”

ALLAHUAKHBAR!
ALLAHUAKHBAR!
ALLAHUAKHBAR!


NikMAXSTEAM
www.ridenroll.com

Anonymous said...

i dont think the killer will be caught coz he is from PEKIDA and the PEKIDA is our PM underground organization,

Hope we can topple the goverment ASAP

Anonymous said...

Hey hang on, hang on...

En. Jasni created this blog as memoir to Nurin Jazlin. Will you people please stop making stupid comments about the government, any political party or even the Prime Minister?? Topple government lah, this lah that lah...use your brain lah brother.

Rather than you proving to us your lowest IQ level, I think it is best you give your support to En. Jazimin and Pn. Norazian and help Nurin's family to find the BASTARD.

Anonymous said...

Who cares if the murderer is reading this blog or not...he should realize that the rest of 27 million people nationwide are against him.

Red Mummy said...

the pieces man was not intended to said so...just forgive him. coz i know him as a blogger's fren too..he s a father too.

and me as a mom - judging from the incident, i dont feel good on the PDRM but anyhow, we hv to follow the rules and reg, we still hv to rely on them.

apart of that, our voices hv spoken, Allah listens to us, and He wont let this culprit walk away just like that. Kalau x dibayo cash, siap la hazab yg dia dpt nnt tuh..

Memandangkan betapa zalimnya Arwah dilakukan, kita doa lah sama2 solat hajat n our millions of voices ni didengari, i know deep down on this culprit heart mesti cuak gila dah takut nak mampus.

watch out yr steps, watch out our kids movement.

Red Mummy

Anonymous said...

i cant wait to read tomorrow's newspaper.

MISScha said...

Tunjukkan lakaran wajab si pembuhun tue..
manalah tahu dia sebenarnya ada disekitar kita........

Shawnizzle Bennington said...

get up to it police...
jom gie tangkap lahanat tue...
damn you forever..

God Bless Nurin Jazlin

Anonymous said...

Al-Fatihah buat adik Nurin, setiap individu yang mempunyai sifat kemanusiaan pasti akan sedih dan geram di atas apa yg berlaku ke atas adik Nurin. cuma saya kesal di sini mengapa kita cenderung menyalahkan orang lain. Bila ada jenayah berlaku, polis dipersalahkan, soalan saya apakah salah polis2 tersebut. mengapa ibu-bapa kepada penjenayah2 tersebut tidak dipersalahkan. Tolonglah hargai jasa2 mereka yang sanggup berkorban. Adakah kita semua sanggup berkorban seperti mereka. apakah perasaan kita jika kita sendiri adalah anak kepada anggota polis. apakah perasaan kita jika bapa kita seorang polis bekerja tidak kira masa meninggalkan isteri dan anak-anak dicaci dikutuk tidak menjalankan tugas, lembap dan sebagainya. Tolonglah jangan jadi bangsa yg tak tahu mengenang budi. melihat kepada anggota polis trafik yang menjaga lalulintas di dalam hujan lebat sudah cukup membuatkan saya kagum kerana kecekalan mereka. Kita doakan sahaja tugas-tugas anggota polis berjalan lancar untuk menangkap pembunuh durjana tersebut.

Anonymous said...

harap2 kes jenayah ini segera ditumpaskan...
jika tdak, lebih banyak kanak2 yang akan menjadi mangsa kelak...
ibubapa juga seharusnya perlu menjaga anak2 mereka dengan sebaik-baiknya....
hargailah pemberian tuhan kepada kita.....
Al-fatihah untuk arwah Nurin........

TRUTH ONLY said...

Benarkah Police telah menangkap pembunuh Nurin atau ini tangkapan Borong nak menyedap masyarakat dan menunjukkan mereka professional dalam menengani isu sensasi masa kini.Apakah anda rasa 5 yang ditangkap ini ada kaitan dengan kes Nurin ? Secara logiknya psycho seKs biasanya akan melakukan dengan sendirian untuk memuaskan nafsu binatangnya. Dan kalau mereka yang melakukan saperti diberitakan mengapa seorang wanita dibebaskan ?.Diharapkan pemberita bolih lah merisik dari wanita yang dibebaskan apakah cerita yang sebenar?.Pendapat saya yang ditangkap mungkin ada rekod kes jenyah seksual, tetapi apakah mereka yang melakukan? Bagi saya satu persoalan ialah pembunuh menggunakan motorsikal dan meletakkan mayat Nurin di depan kedai saperti yang kita tahu di PJS. Logiknya adakah pembunuh berani membawa mayat atas motor dari Shah Alam ke Wilayah Persekutuan dengan melalui Tol ? Pihak Polis kena memeikirkan dan jika ujian DNA yang di ambil dari suspek positif alhamdulillah, tetepi jika tidak masyarakat kita akan mula labelkan Polis kita sebagai suka menangkap borong dan longgokkan tuduhan keatas mereka. Saya kurang yakin tangkapan ini sudah menyelesaikan kes Nurin. Bagi saya kes tangkapan yang dibuat di Lebuh Ampang tidak diberi respons sehingga hari ini. Diharapkan pihak pemberita yang pakar dalam kes ini perlu tanya IGP atau IPD Petaling Jaya apa dah jadi dengan tangkapan di Lebuh Ampang dan kalau ia bukan suspek kenapa tak dibebaskan dan apa kah suspek sudah di 117 untuk perintah reman pihak rakyat perlu diberitahu dan kedinginan pihak Polis untuk menafikan tangkapan di lebuh Ampang adalah satu penipuan dan pemberita yang mendapat laporan dari BERNAMA perlu memaparkan gambarnya(Suspek yang ditahan Polis) dalam surat khabar jika cerita sebenar tidak di buat olih pihak Polis dalam masa terdekat terdekat ini. Apa pun kita semua mahu isu ini selesai dan tidak mahu sesiapa mendramakan dan menutup cerita yang sebenar kerana Nurin adalah satu sejarah hitam yang kita tidak mahu berulang lagi dan kepada pembunuh Nurin anda tidak dapat lari dari masyarakat yang tidak bolih memaafkan perbuatan kamu dalam mendera adik yang tidak berdosa dan betapa sakitnya hati saya melihat wajah seorang kanak -kanak yang beratnya jadi 18 kg dimuatkan dalam sebuah beg dan di campakkan atas lantai kedai di PJS, fikirkan lah.

Anonymous said...

buat truth only, ada jln dalam dari shah alam ke KL, PJ yg tak perlu lalui tol.... ikut glanmarie...