Kuala Lumpur, 3 September - Kanak-kanak berusia lapan tahun, adik Nurin Jazlin atau mesra dengan panggilan Kak Ngah dalam keluarganya yang hilang 20 Ogos lalu masih belum ditemui.
Walaupun usaha giat dilakukan dan pelbagai pihak tampil memberi maklumat,namun masih belum ada sebarang petunjuk yang membawa kepada penemuannya.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa amat bersimpati di atas kehilangan adik Nurin dan meluangkan masa melawat keluarga kanak-kanak tahun dua itu yang tinggal di Wangsa Maju semalam.
Dalam kunjungan berkenaan, Husam mengajarkan beberapa doa kepada bapa Nurin, Jazimin Abdul Kadir, 33, untuk diamalkan sepanjang tempoh mencari anaknya yang hilang itu.
Di samping itu, Husam juga memberikan beberapa petua kepada Jazimin bagi membantu proses pencarian Nurin.
Sebelum pulang, Husam menghulurkan sedikit sumbangan kepada Jazimin yang kelihatan sugul sepanjang pertemuan berkenaan
- Husammusa.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Jenazah adik Nurin Jazlin baru sahaja dikebumikan. Seharusnya kepergian beliau memberikan kita dorongan yang kuat untuk terus menjejaki "Si Iblis" yang melakukan kedurjanaan itu, serta mengkaji bagaimana "Si Iblis" ini boleh wujud di tengah-tengah masyarakat kita, supaya kelahiran dan kewujudan makhluk yang sebegini boleh dibendung dan keselamatan terjamin semula.
Bagaimanapun, saya merasa begitu kesal dengan berita-berita yang dipaparkan oleh beberapa akhbar, termasuk kenyataan-kenyataan orang-orang yang berkedudukan tinggi di negara kita, yang seolah-olah hendak memesongkan fokus daripada kekejaman yang dilakukan oleh "Si Iblis" kepada "Kecuaian Ibu Bapa".
Kenapa isu "kecuaian" ibu bapa pula yang ditimbulkan dan diletakkan sebagai fokus atau topik yang diketengahkan? Kenapa tidak dibincang dan dibahaskan habis-habisan di dalam akhbar atau oleh mereka yang berkedudukan di negara kita ini tentang bagaimana "Si Iblis" ini boleh wujud dalam masyarakat dan melihat semula dan memperkukuhkan apa-apa sistem sedia ada untuk menjamin kemakmuran negara.
Ibu bapa boleh disalahkan atas kecuaian sekiranya anak-anak mereka hilang hingga tersesat, atau hilang hingga menyebabkan kemalangan pada diri anak-anak itu sendiri atau orang lain.
Selaku ibu bapa, seandainya anak-anak kita hilang, dalam keadaan biasa, kita biasanya akan risaukan anak-anak itu dari dilanggar kereta, terjatuh lubang atau dihanyutkan air. Itu adalah situasi dalam keadaan biasa, di mana negara adalah selamat atau dalam erti kata lain, tiada makhluk "Si Iblis" dalam masyarakat.
Tetapi bolehkan ibu bapa dianggap cuai jika anak-anak yang hanya keluar rumah untuk ke kedai atau pasar malam, tiba-tiba hilang dan akhirnya dijumpai mati dibunuh dalam keadaan yang sangat kejam?
Ini adalah satu Diversion atau Lencongan daripada fokus sebenar yang sangat tidak adil.
Mengapa kita tidak mempersoalkan bagaimana "Si Iblis" ini boleh wujud dalam masyarakat kita? Dan bagaimana pula boleh kita bendung makluk ini daripada tercipta dan hidup bebas di tengah-tengah kita? Adakah kita takut untuk membincangkan isu ini? Adakah kita takut kerana kita mungkin akan menemui kelemahan kita sendiri?
Selaku manusia, untuk kita memperbaiki diri, kita perlu terlebih dahulu mengetahui dan mengakui kelemahan diri sebelum kita mengambil tindakan untuk memperbaikinya. Samalah juga halnya dengan negara kita dan masyarakatnya.
Ada sesuatu yang tidak kena. Statistik telah membuktikannya. Malapetaka seperti yang menimpa adik Nurin Jazlin pernah menimpa anak-anak yang lain sepertinya. Kita perlu mengkaji dan menelitinya, atau selama-lamanya kita akan hidup ketakutan, sehingga anak-anak kita membesar terkurung di rumah sendiri...
wahai iblis laknat....manalah ngko nyorok...aku nak sangat tengok rupe ngko..melayu ka..bangla ka..
ngko masuk penjara nanti..siapa aku belasah
Takziah diucapkan kepada keluarga Nurin.Sekarang pihak berkuasa perlu fokus kepada usaha mencari 'syaitan' yang bertopengkan manusia itu sampai dapat.Bukannya mengalih perhatian kepada usaha nak mendakwa ibu-bapa Nurin,kononya cuai.
Kalau itu dikatakan sebagai cuai,bagaimana pula dengan kegagalan pihak berkuasa menganni kes-kes jenayah yang semakin berleluasa?
Semoga keluarga Nurin tabah menghadapi dugaan ini.
ini lah orang pas suka menjaja ayat alquran untuk kepentingan diri.Kita tahu dan kenal siapa husam dan apa niat yang tersirat ialah untuk mengecilkan semua usaha orang lain....(petikan drpd t.ibrahim)
kepada bloggers lain, kita x usah nak berbalah pasal isu ni. yg penting niat ikhlas kita dan apa sumbangan kita pd kesejahteraan umum amnya. bg pandangan sayam, t.ibrahim mmg perosak bangsa, memecahbelahkan kaum, x bertanggungjawab, bukan "jantan" sejati, "BODOH SOMBONG",
Post a Comment