SAYA mengerti saya bukanlah satu-satunya rakyat Malaysia yang bersimpati dan marah atas apa yang terjadi terhadap Nurin Jazlin Jazimin. Saya sedar saya bukanlah orang pertama yang menghantarkan hasil tulisan berkenaan arwah.
Namun saya terpanggil untuk berbuat sesuatu kerana kisah arwah amat menyentak emosi saya kebelakangan ini. Sememangnya sebelum ini saya amat berharap agar mayat kanak-kanak yang dijumpai pada 16 September 2007 tersebut bukan Nurin yang saya lihat tersenyum di dada akhbar dan kaca televisyen.
Berderaian air mata di pipi apabila mengetahui keputusan ujian DNA yang mengesahkan mayat yang dijumpai di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya adalah mayat Nurin Jazlin.
Walaupun saya tidak mempunyai sebarang pertalian dengan arwah mahupun keluarganya, selaku rakyat Malaysia, saya bersama-sama berkongsi kesedihan dengan mereka dan begitu juga dengan jutaan rakyat yang lain.
Hanya dengan nukilan sajak yang disertakan ini sajalah dapat saya melampiaskan segala perasaan yang terbuku selama ini. Kepada Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman serta keluarga diharap banyakkan bersabar dan bersama-sama kita panjatkan doa buat arwah dan percayalah sesuatu yang baik menanti arwah di sana. Salam takziah daripada saya sekeluarga dan rakan-rakan.
Al-Fatihah......
– MOHD. FADLY ISMAIL,
USJ 1/22, Subang Jaya,
Selangor.
Aku bukan Nurin…
Wajahku tak serupa…
Susukmu berbeda…
Watak kita tak sama…
Hati kita berlainan….
Namun kau tetap
Kuingatkan…
Nurin…
Dirinya tak pernah kukenal…
Hilainya tak pernah
Kudengar..
Senyumnya tak pernah
Kulihat…
Deritanya aku tak rasa…
Tapi perginya buatku hiba…
Menatap gambarnya hatiku
Derita…
Membaca kisahnya hatiku
Luka…
Tiada apa dapat kubuat…
Hanya mendengar dan
Menunggu berita
Tatkala hatiku meronta…
Bangsaku tiada belasnya…
Tidak takutkan dosa tidak
Mengenal
Nista….
Mengapa harus ada insan
Sekejam ini?
Mengapa gadis seperti
Nurin menjadi mangsa?
Mengapa? Mengapa?
Mengapa?
Kak Ngah….
Kini kau dah tiada…
Kepergianmu untuk
Selamanya…
Ketiadaanmu akan terasa
Tapi kisahmu membawa
Makna…
Mengejutkan seluruh negara…
Menyatukan semua jiwa…
Jiwa yang sama-sama merasa…
Sedih, pilu dan derita...
Melihat kau terseksa
Dalam sengsara…
Nurin Jazlin binti Jazimin…
Kini hanya pautan doa dan
Yasin
Dapat kukirim…
Semoga kau tenang di sana…
Semoga dirimu bahagia di sisi
Yang Esa…
Semoga kau tidak lagi derita..
Kerana Allah Maha Pencinta…
Semoga kisah Nurin Jazlin Jazimin ini menjadi episod terakhir kekejaman insan bergelar manusia di muka bumi ini ke atas insan tak berdosa bergelar kanak-kanak…
- Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
41 comments:
nurin sayang, bersemadi lah dikau di sana...
Kepada semua keluarga Arwah Nurin, saya mendoakan agar anda semua tabah menerima dugaan dari tuhan.....Saya amat sedih dan simpati dengan kejadian ini..saya benar2 tersentuh dan berdoa agar penjenayah yang melakukan perbuatan keji ini tertangkap dan menerima hukuman yang setimpal dengan jenayahnya.
Nurin Jazlin tak pernah ibu kenali tapi hati ibu hancur luluh mengenang trajisnya kepergian nurin.Masih belum hilang sebak dan hiba hati ibu..tak dapat membayangkan penderitaan nurin bersama LAKNATULLAH itu.Setiap kali ibu memandang wajah anak ibu, penderitaan nurin terbayang dan ibu jernihkan dengan membaca surah yasin sebagi hadiah istimewa ibu buat nurin.Moga rohnya tenang dan ibu berani mengatakan bahawa terlalu ramai orang mengasihi dan menyayangimu Nurin..tidak terbatas hanya oleh hubungan darah..Janji Allah SWT benar! LAKNATULLAH itu tidak akan dapat lari dariNya.Amin.
Apa yang ingin saya luahkan di sini mungkin ada yang tidak mempercayainya.Berita kematian Nurin membuatkan saya merasa seolah-olah diri ini telah kehilangan segala-galanya.Bagaikan ibu yang merindui anaknya,selama dua hari mata ini dilinangi airmata bak hujan yang turun tanpa hentinya,terjaga dari tidur pula cuba mencubit diri sendiri mengharapkan semua ini adalah mimpi ngeri."Ibu, kenapa ibu sedih?" anak perempuan saya terpaku melihatkan air mata yang bergenang dipipi "Ibu sayangkan Nurin sebagaimana ibu sayangkan kamu" itulah yang sempat saya terangkan buat anak perempuan yang masih berumur 5 tahun tetapi saya pasti dia mampu memahami hati dan perasaan seorang ibu. Yang nyata, saya tidak pernah kenal siapa adik Nurin tetapi berita ini membuatkan saya tidak dapat menerima hakikat ini,apatah lagi ibu dan bapanya adik Nurin sendiri. Oleh itu, saya merayu dan menyeru seluruh umat Islam agar kita sama-sama menunaikan solat hajat untuk arwah adik Nurin supaya 'sampah' yang sepatutnya dihapuskan dari muka bumi ini ditemui pihak polis dan menerima azab Allah.Luangkanlah sedikit masa untuk membantu arwah adik Nurin kerana kita adalah bersaudara di sisi Allah.
Al Fatihah.........
moga dicucuri rahmat ke atas adik nurin sayang. Samalah seperti ibu said, walaupun kita tak pernah saling mengenali namun pemergian adik nurin diratapi seantero dunia. moga dirimu sentiasa aman di sana.
dan kepada penjenayah celaka.....
ingat, langit tak selalu cerah dan anda anda disiksa dan disumpah oleh sekelian rakyat malaysia. pengecut sebab dah buat jahat tapi sembunyikan diri.........
kalau hang dah dendam sangat, buat dengan cara terhormat dan jantan, bukannya seksa budak kecik!!!!!!!!!
aku marah sebab aku geram!!!!!!!!
tak boleh tidoq sedih dengan adik nurin. buat keluarga adik nurin, bersabarlah walu pun beban yang tertanggung bukan kepalang
sehingga ke hari ini...air mate masih bergenang bile hati teringat nurin..bila mate terlihat gambar nurin...sedih dan hiba sungguh rase hati..YA ALLAH YA TUHANKU..KAU TEMPATKANLAH NURIN JAZLIN BERSAMA GOLONGAN YG AMAT KAU SAYANGI..YA ALLAH YA TUHANKU,....KAU BERIKANLAN BALASAN SETIMPAL KE ATAS HAMBAMU YG TIADA BERHATI PERUT DAN BERPERIKEMANUSIAAN ITU...SESUNGGUHNYA, KAULAH TUHAN YG MAHA MENGETAHUI..DAN KEPADAMU AKU BERMOHON DAN BERSERAH..
Semoga roh Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dicucuri Rahmat oleh Allah S.W.T..
Saya amat bersedih kerana insan sekecil Nurin Jazlin menanggung penderitaan dan penyeksaan yang tidak setimpal dgn usianya.. Apelah dosa sikecil ini, sehingga dpelakukan sebegitu rupa oleh makhluk syaitan bertopengkan manusia.... TAbahlah wahai En. Jazimin Abdul Jalil dan Pn. Norazian Bistaman..
Kepada PEMBUNUH NURIN JAZLIN: "Sesungguhnya anda merupakan manusia atau syaitan paling pengecut dalam dunia ini kerana memilih kanak-kanak sebagai mangsa.. Sekiranya anda brani maka tampillah menyerah diri.."
Saya rasa di hati ini bila mengenangkan apa yang telah terjadi..acapkali berita ttg arwah adik nurin terpapar di media masa..hati saya begitu sedih n geram bercampur baur..geram pada 'syaitan' keji tuh..saya berdoa agar 'syaitan' tuh ditangkap dan di rejam sampai mati..pada en.jazimin sekeluarga..tabahkanlah hati..panjatkan doa pada ILLAHI agar pembunuh dapat ditangkap!!
Al-Fatihah buat Allahyarham Nurin. Anak yang tiada dosa, sesungguhnya balasan baginya ialah syurga. Kpd pihak berkuasa: Apabila dah dapat tangkap SYAITAN LAKNAT DURJANA tu, pastikan hukuman yang berat. JANGAN HUKUM BUNUH! Bagi peluang dulu kat Jazimin buat apa yang dia suka kat SYAITAN LAHANAT TU! Lepas tu POTONG KEDUA-DUA TANGAN. Potong sekali ANU dia. Lps tu, bawak dia gantung kaki kat atas, arak dgn lori sampah keliling negara. PENJARAKAN SELAMA-LAMANYA SAMPAI DIA MAMPUS,tambah dgn TUGAS-TUGAS BERAT, dan ROTAN 1001 KALI!!!
Nurin Honey,
Semoga rohmu bersemadi dengan tenang di sana.Syurga memang tempatmu sayang ...Walaupun saya masih belum mempunyai anak sendiri tetapi hati saya begitu sedih lebih2 lagi mengetahui yang mayat itu adalah adik Nurin. Begitu murah air mata ini mengalir setiap kali terbayangkan keseksaan yang dialami adik Nurin sebelum di temui. Saya meletakkan diri saya di tempat ibu bapa Nurin. Bagaimanakah saya ingin menghadapi ujian Tuhan ini? Saya terbayangkan anak saudara saya yang comel dan keletah serta manja dianiaya sebegitu rupa. Apa dosa budak Nurin? Sudahlah sakit, di seksa sehingga menemui ajal pula. Ada pula manusia yg tidak bertanggungjawab menghantar mesej "gila" yg menyakitkan hati kepada keluarga tersebut. Saya muak dengan semua ini. Ini ker org Malaysia yg konon nya penyayang? Letakkan siri anda di tempat mereka sebelum sesuka hati menghantar msg bodoh itu!.Saya rasa hati ini bagai ditusuk sembilu setiap kali membayangkan kesakitan yang dialami Nurin sepanjang sebulan berada dalam "neraka dunia". Sedangkan kita yang sudah berkahwin ini pun kadangkala merasakan kesakitan apabila bersama suami apatah lagi si kecil itu yang masih suci, mulus dan tulus dan tidak mengerti apa-apa dilakukan sebegitu rupa!. Saya cuba memujuk hati dengan mengatakan "tak apalah, sekurang-kurangnya family Nurin dapat melihat wajah Nurin buat kali terakhir.Kematiannya berkubur dan bernisan dan bukannya misteri dan tidak dijumpai". Saya berharap juga keluarga Nurin berfikiran serupa dan tabah menhadapai ujian yang maha hebat ini. Pujuk hati dengan berkata bahawa Tuhan tidak akan menguji hambanya sekiranya hamba itu tidak mampu melalui ujian tersebut. Semoga keluarga Nurin beroleh rahmat dan hidayah dari Allah SWT. Bergembiralah kerana kini Nurin di syurga. Akan tiba masanya kita menyusul dan berjumpa dengannya di sana. Insya Allah ...
NuRiN jAzLiN..NaMa SeOrAnG HaMbA ALLAH yG kiTa TiDaK pErNaH kEtAhUi AkAn kElAhIrAn DiRi nYa..tApI kiTa TaNgIsI pErMeRgIaNnYa..sEoRnG kAnAk kAnAk kEcIl yAnG SaTu kEtIkA DuLu RiAnG BerGeLaK KeTaWa..kInI pErGi bUaT sElAmAnYa..tIaDa kAtA Yg DaPaT DiGaMbArKaN..TaTkAlA DiRiMu DiPeRlAkUkAn SeDeMiKiAn RuPa..SeMoGa ALLAH mEmBeRi PeTuNjUk kEpAdA kiTa SeMuA..SiApAkAh yG bErTaNgGuNgJaWaB KeAtAs kEsEnGsArAaN DiRiNyA...
"TIADA LAGI KU DENGAR KIDUNG MU,TIADA LAGI DERAI TAWA MU,HANYA KESEDIHAN YANG KIAN MENGCENGKAM JIWA KU,MALAM MALAM DINGIN MEMBEKU,HARI HARI KIAN KELABU,DALAM DOA KUDUS KU SEBUT NAMAMU,SAYANG KU"
"OH SAYANG DAMAILAH KAU DISANA DI SISI TUHAN....YANG ESA............."
DiSiSi ALLAH lAh TeMpAtMU yG tErBaIk SaYaNG..
'nURiN jAzLiN bTe JaZiMiN'
"AL-FATIHAH"
buat azian dan jazimin,
apa yang berlaku jangan dikesalkan kerana sudah tersurat sejak azali...kasih dan sayang kita pada anak-anak memang tiada tolok bandingnya, hingga nyawa sendiri pun sanggup dipertaruhkan demi SAYANG DAN KASIH PADA SEORANG ANAK...tabahkan hati...masih ada 3 lagi permata yang perlukan KASIH DAN SAYANG kamu berdua....tiada salah mengenangkan keletah riang arwah Nurin..doa dan redha kamu berdua sentiasa membahagiakan arwah Nurin Jazlin di sisiNya di sana...
Assalamualaikum.....
Buat seluruh keluarga arwah adik Nurin, takziah saya ucapkan semoga sentiasa tabah, percayalah sebanyak mana kita menyayangi arwah Nurin, Allah lebih mengasihinya dan arwah Nurin kini sedang berbahagia di sisiNya....
Buat arwah adik Nurin sayang.....ummi teramat sedih dengan kejadian yang menimpamu, amat tersiksa hidupmu selama 20 hari bersama laknatullah itu.....namun percayalah adik Nurin pemergianmu pasti terbela dunia & akhirat. Setiap kali ummi ingin melelapkan mata pasti wajahmu terbayang2 di ruang mata, setiap kali ummi menatap wajah mulus anak2 ummi wajahmu pasti turut sama menjelma.....adik Nurin, semoga dirimu kini aman di sana.....selepas solat ummi sentiasa berdoa agar suatu hari nanti laknatullah yang menyiksamu akan merangkak2 menuju pusaramu memohon keampunan.....moga doa ini dimakbulkan olehNYA.....
Sekian untuk kali ini, salam buat seluruh keluarga arwah adik Nurin...
nurin sayang,
If only you could see the tears in the world you left behind...
If only you could heal my heart just one more time..
Even when I close my eyes,
There's an image of your face..
And once again I come to realize,
You're a loss I can't replace..
bersemadilah dikau wahai anak ku disamping Dia yg lebih menyayangimu..
Mama Ainamyza
Saya juga seperti ibu ibu lain. Sering tersentuh dengan berita menayat hati adik Nurin. Tergambar sahaja wajah anak anakku setiap kali melihat paparan menyentuh hati ini. Tidak terbendung air mata. Sehingga hari hari yang mendatang terasa begitu trauma. Trauma memikirkan perihal anak anak kita. Selamat lagikah mereka apabila tiada di depan mata. Selamatkah mereka tatkala kita keluar mencari rezeki.
Memang ku akui, aku tidak mengenali adik Nurin. Tetapi entah mengapa, setiap kali terkenang, aku tidak henti henti menangis. Terasa dia begitu dekat. Terbayang bayang dia berlari di hadapanku. Dan lantas terbayang juga kelibat anak anakku. Ya Alah...apalah yang si kecil ini tahu....
Entah mengapa juga, hati keibuan ini terlalu tersentuh. Sudah kering air mata menangisi pemergian adik Nurin. Sehigga aku sendiri tidak sedar, adakala air jernih tiba - tiba mengalir di pipi.
Mungkin kerana aku juga punya puteri yang tidak mengerti. Mereka juga seperti adik Nurin. Tidak tahu apa dan sangat kecil untuk melakukan apa apa. Lalu seperti yang di ketahui, kekejaman yang di lakukan tidak makan dek akal. Tidak terlintas, tidak terbatas di fikiran warasku.
Yang pasti, sedikit kegembiraan terpancar, tatkala mengenangkan adik Nurin kini sedang bahagia di kebun syurga. Berlari riang dan tidak ketakutan lagi. Itu lah yang bisa mengubat kesyahduan ini.
Adik Nurin, Tuhan lebih menyayangimu. Usah gentar lagi..usah takut lagi , kerana di sana adik lebih damai...
Kpd ahli2 keluarga arwah Nurin, semoga tabah menghadapi ujian Tuhan.Saya amat bersimpati kpd apa yang telah berlaku. Saya berharap agar penjenayah yang melakukan perbuatan keji ini menerima hukuman yang sesuai diterima. Saya mungkin bukan ibubapa Nurin tetapi saya dpt membayangkan betapa susahnya kehilangan anak yang langsung tidak berdosa. Semoga anda tabah dan bersabar menghadapi semua ini.Al-Fatihah kepada Adik Nurin......
Kpd ahli2 keluarga arwah Nurin, semoga tabah menghadapi ujian Tuhan.Saya amat bersimpati kpd apa yang telah berlaku. Saya berharap agar penjenayah yang melakukan perbuatan keji ini menerima hukuman yang sesuai diterima. Saya mungkin bukan ibubapa Nurin tetapi saya dpt membayangkan betapa susahnya kehilangan anak yang langsung tidak berdosa. Semoga anda tabah dan bersabar menghadapi semua ini.Al-Fatihah kepada Adik Nurin......
Kembali kepada Islam untuk elak kisah Nurin Jazlin berulang
Murtadza Ibrahim | Foto Wan Zahari
Mon | Sep 24, 07 | 12:07:34 pm MYT
Kira-kira dua tahun lalu, seorang bapa pernah memberitahu, hidupnya sentiasa di dalam keadaan "takut" dan "risau". -kira
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
Bapa ini yang menetap di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur mempunyai lima orang anak perempuan dengan yang sulung berusia 15 tahun dan yang bungsu berusia tujuh tahun.
Pada ketika itu, kesemua anaknya masih bersekolah samada menengah mahupun sekolah rendah. Kedua ibu-bapa ini bekerja di sektor swasta.
Dia memberitahu, hidupnya sentiasa takut dan risau dengan keadaan lima orang anak perempuannya yang bersekolah ini.
Hampir setiap waktu, dia akan menghubungi rumah samada anaknya sudah berada di rumah ataupun tidak. Dia terlalu bimbang dengan keselamatan anak-anaknya ini.
Katanya, hatinya akan berdebar walaupun anaknya keluar berjalan kaki secara bersendirian walaupun tidak sampai 500 meter dan di waktu siang hari.
Selain itu, dia juga terlalu bimbang dengan tahap sosial anak-anak remajanya itu. Dia cukup yakin "peer group" boleh mempengaruhi tingkah laku anaknya ini jika dia terleka seketika.
Dalam isu yang lain, seorang pakar motivasi pernah memberitahu dia menghadapi kes yang mana seorang remaja perempuan yang bersopan santun, berbudi bahasa dan dalam lingkungan keluarga bahagia telah dirogol kerana tidak melayan seorang lelaki yang cuba mengurat dirinya itu.
Keluarga dan remaja tersebut dikatakan "trauma" dengan insiden ini memandangkan kehidupan mereka yang cukup bahagia dan patuh dengan ajaran agama.
Bukti tahap sosial masyarakat makin buruk
Akhirnya isu yang terbaru dan disifatkan suatu tragedi kepada tahap sosial masyarakat kini adalah kematian tragis seorang kanak-kanak Nurin Jazlin Jaziman pada 17 September 2007 yang lalu.
Gadis yang berusia lapan tahun dan pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak yang di laporkan hilang pada 20 Ogos 2007 lalu ditemui mati dalam sebuah beg pakaian sukan di Taman Petaling Jaya Utama, Petaling Jaya. Dia menjadi mangsa penderaan seksual melampau!
Pada 2003, seorang kanak-kanak Nurul Huda Abdul Ghani,10 tahun ditemui mati selepas dicekik dan dirogol di Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.
Pada 8 Januari 2004, satu lagi kes yang membabitkan kanak-kanak Harirati Saridi ditemui mati dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu Sabah.
Kemudian pada 22 Disember 2004, kes Siti Syazwani Ahmad Dusuki, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, Sungai Petani Kedah dilaporkan hilang ketika pulang mengaji al-Quran ditemui terbunuh selepas di rogol di ladang sawit tidak jauh dari rumahnya.
Sebelum ini masyarakat tidak akan lupa kes kematian Nor Iszyani Amlia Ahmad Iskandar, berusia dua tahun dalam keadaan menyayat hati di Damansara Damai, Petaling Jaya.
Dalam kejadian ini, dubur kanak-kanak malang itu cedera teruk ditusuk objek keras manakala kemaluannya ada kesan cubitan.
Ini yang dilaporkan oleh pihak media. Bagaimana pula dengan kejadian lain yang tidak didedahkan oleh media terutamanya yang dilaporkan kepada pihak polis.
Atau yang lebih tragis lagi tidak dilaporkan kepada dengan pihak polis untuk mengelakkan aib keluarga dari kacamata masyarakat umum.
Selain ini, satu kajian Pusat Penyelidikan Innocenti Tabung Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Kanak-Kanak (Unicef) mendedahkan setiap tahun 3500 kanak-kanak berusia kurang 15 tahun di 27 negara maju meninggal dunia akbat penderaan dan dikaitkan dengan kemiskinan dan tekanan.
Keadaan ini dikaitkan dengan negara maju akibat masalah sosial dan keluarga tetapi apa pula kedudukannya di negara ini?
Cukupkah sekadar reaksi marah kita?
Gambaran yang diberikan adalah seolah-olah tahap sosial masyarakat kita yang ada sekarang sedang menuju ke arah hampir "bobrok", tidak selamat dan kurang menyakinkan.
Seluruh lapisan rakyat begitu marah, merintih dan kecewa dengan segala kejadian yang menimpa kanak-kanak ini.
Masing-masing beranggapan kejadian ini tidak harus atau perlu berlaku.
Masing-masing sekadar merintih dengan melahirkan pelbagai harapan seperti dikenakan tindakan yang tegas terhadap perogol, perlunya kerajaan wujud pelbagai Akta, meminta masyarakat lain agar lebih perihatin di samping mengharapkan pihak berkuasa lebih berperanan dan agresif dalam menguatkuasakan undang-undang.
Apabila dalam tempoh 40 hari tiada sebarang isu besar dan meluas yang dipaparkan oleh media massa, keadaan akan kembali kembali asal- meneruskan kelekaan hidup masing-masing dan lupa dengan isu yang cukup dahsyat ini.
Para ibu bapa yang perihatin dengan tahap sosial masyarakat masa kini meneruskan "kerisauan" demi "kerisauan" walaupun kerajaan terus hebah negara sentiasa aman dan tenteram.
Kemudian, rakyat akan merintih, marah dan kecewa kembali apabila isu yang dahsyat ini kembali berulang setelah mendapat liputan yang meluas dari media massa.
Masing-masing bersikap stereotaip - minta tindakan tegas, pihak berkuasa perlu menguatkuasaan undang-undang dan kerajaan perlu lebih bertanggung jawab.
Hentikan sikap hepokrit sesetengah masyarakat ini. Cukuplah dengan sikap opportunis kerajaan yang perihatin dengan masalah sosial masyarakat apabila kembalinya isu yang dahsyat ini.
Sekarang adalah masa kita bertindak dan bukannya kembali merintih, marah yang selepas itu kita akan lupa kembali kepada sikap "kelekaan" dengan kehidupan harian.
Apa yang harus kita lakukan?
Masalah sosial bejat masyarakat akan berulang sentiasa kerana kita tidak pernah bertindak. Kita tidak pernah bertanya kepada diri sendiri, apakah tindakan yang perlu dilakukan dengan segara akan sosial masyarakat dapat diperbaiki.
Tanpa disedari sesetengah masyarakat samada yang kaya, sederhana dan miskin telah melakukan pelbagai kesalahan kerana tidak pernah mendidik anaknya menjadi manusia yang berguna dan berakhlak.
Ada sesetengah ibu bapa yang tidak pernah melakukan disiplin terhadap anaknya seperti menegur anak perempuan berpakaian tidak menutup aurat, pergaulan bebas lelaki- perempuan, masa yang tidak menentu di rumah, anak menjadi mat rempit dengan alasan kononnya menjaga kebebasan dan kemerdekaan anak-anak.
Sesetengah mereka tidak pernah menegur anak remaja perempuan yang berpakaian ketat dan singkat sehingga nampak anak pusat dan seluar dalam pelbagai warna dari arah belakang apabila mereka duduk.
Sesetengah ibu dan bapa akan mempertahankan anak remaja lelakinya menghisap rokok atau ditangkap kerana menjadi mat rempit dengan pelbagai alasan.
Masyarakat umum melihat tingkah laku sesetengah anak remaja Melayu masakini. Lihatlah cara mereka berpakaian. Lihatlah cara mereka bergaul dengan orang yang lebih tua.
Lihatlah sikap mereka yang masih remaja duduk melepak sambil menghisap rokok antara lelaki dan perempuan. Masyarakat hipokrit ini tidak boleh ditegur tetapi marah apabila berlakunya sesuatu tragedi yang menimpak anak remaja lainnya!
Sikap hiprokrit masyarakat ini disogok tindakan kerajaan yang terlalu opportunis.
Kerajaan Islam Hadhari yang tersasar
Kerajaan begitu hebat menghebahkan konsep Islam Hadhari tetapi tiada sebarang langkah atau tindakan untuk mengurangkan sosial masyarakat yang hampir "bejat" ini.
Kerajaan hanya kaya dengan konsep, kaya dengan kata-kata dan slogan tetapi tindakan adalah sifat.
Secara simboliknya apabila kerajaan melancarkan tidak sampai seminggu konsep Islam Hadhari- suatu konsert dangdut besar-besaran diadakan di Stadium Merdeka yang dikenali sebagai "Inul-Goyang Garudi".
Suatu fenomena yang cukup dahsyat apabila kerajaan Islam Hadhari membenarkan media elektronik yang memaparkan pelbagai program hiburan dan tayangan gambar yang menjolok mata terutamanya yang membabitkan anak-anak remaja Melayu dan Islam yang terus masuk ke dalam rumah.
Kerajaan Islam Hadhari membenarkan media elektronik mengadakan pelbagai program realiti termasuk tayangan bagaimana mahu mencari seorang isteri yang bertentangan dengan kaedah Islam.Malahan suatu ketika dahulu mana-mana artis lelaki dilarang sama sekali berambut panjang, kini semakin hebat dan memualkan.
Pelbagai program yang menjolok mata ini disifatkan sebagai "membalas dendam" untuk kepuasan kerana suatu ketika dahulu kerajaan agak menyekat kerana ia disifatkan begitu melekakan dan menjejaskan pembentukan peribadi masyarakat.
Mungkin ada di kalangan masyarakat yang beranggapan ia terpulang kepada individu untuk melihat mana yang baik dan buruk tetapi anggapan ini adalah tidak betul kerana kerajaan membenarkan siaran ini dari berlangsung.
Kenapa negara-negara Islam lainnya masih mengekalkan siaran yang lebih berdisplin sedangkan kita tidak?
Segala bentuk hiburan yang melampau dan akhlak buruk sesetengah anak remaja Melayu Islam sememangnya mengundang malapetaka.
Ia boleh mengundang kepada nafsu kepada setiap lelaki atau perempuan di dalam keadaan jisim yang kecil mahupun besar.
Ia boleh mengundang kepada lelaki yang menghadapi masalah "sexual disorder" atau kecelaruan seks sehingga kanak-kanak kecil menjadi mangsanya.
Kerajaan perlu mengakui hakikat dengan kehebatan berjaya menjaga keamanan dan ketenteram rakyat dalam tempoh 50 tahun tetapi perlu mengakui bahawa moral sesetengah masyarakat sekarang semakin "bejat".
Kerajaan yang hebat dan bertanggungjawab tidak boleh lepas tangan terhadap isu yang disifatkan buruk tetapi menghebahkan meluas isu yang dianggap baik dan positif.
Apa yang penting bertindaklah sekarang. Masyarakat perlu ditegur dan menegur di antara satu sama lain agar peristiwa ini tidak berulang.
Kaum keluarga yang perihatin dengan masalah moral ini perlu berani membuat teguran atau tindakan terhadap ibu dan bapa yang bersikap sambil "lewa" terhadap anak-anak mereka.
Sebagai pemimpin utama negara, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi juga perlu bersikap lebih banyak bekerja, menantau dan sensitif dengan membuang slogan "Kerja bersama saya dan bukan untuk saya" sebagai alasan dia "lepas tangan" atau tidak mahu bertanggung jawab kepada menteri atau pegawai yang dilantiknya.
Hentikanlah sikap sesetengah masyarakat Melayu yang hipokrit dan sesetengah pemimpin kerajaan yang oppurtunis! Kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukan berpaut kepada slogan semata-mata! Bertindaklah ... - mr
KEJAM!!! KEJAM!!! KEJAM!!! GILE!!! GILE!!! GILE!!! x pk kew... Nurin 2 bdk agi.. suker2 nk wt cmtu..!!! cuber kiter letak sekor scorpion kt anu setan tu!! biar dia rase!! perit or x!!! kalo dier pk dier bagus sgt!!!! meh le cni!!! serah diri!!! berani buat berani tanggung!!! setan mana hasut kepala otak kau hahhh??!!!!! dhla tu!!! pas seksa Nurin, dilipatnyer plak ank 2!! aper dier ingt Nurin tu kaen ke??!! meh cni aku lipat lak kaki ko ke kepla.. sdp ark??!!! Psal setan 2 lah sorg manusia x berdosa meninggal dunia..!!!!
pas je si setan ni kene tgkp, kiter seksa setan ni dlu!!! jgn teros gntung smpi mati!! biar setan ni t'seksa dlu!! rejam dier!! sebat die!! biar die rase!!!
pada keluarga arwah.. saya harap anda semua tabah menghadapi ujian Allah ini. Semua ini tlah t'tules di dlam diari hidup nya. menemui ajal pd umur sebegini muda. Nurin insan yg x berdosa. pasti Allah mengangkat kematian nya sbgi insan yg suci. semoga Allah meletakkan nya di sisi kekasih2 Allah. syurga menantinya. Amin!!!
Takziah untuk keluarga adik Nurin Jazlin...
Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNya
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Bismillahirahmanirahim, "La haula wala quwwata illa billah" Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah!Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT dibulan yang mulia ini, pembunuh Nurin Jazlin Bt Jazimin akan dapat ditangkap.Mari kita sekalian muslimin dan muslimat bacakan surah yasin memohon pertolongan Allah SWT agar Pembunuh itu tertangkap.Amin!
NURIN JAZLIN...
Aku nak tanya pada menteri dan KPN sendiri. Korang ni especially si nazri yang bengap tu, ko ni pikir tak pakai otak ke? Election makin dekat ... tapi pemikiran kau masih di tahap kelas ketiga. Ada ke nak dakwa parents nurin? pakai otaklah weiii... kau hidup mewah tahu ape? Hidup kau senang. membodek je tau bolehlah...parents dia x bersalah. Pernah ke parents dia yang suruh 'babi' tu culik anak dia? Tulah, pak lah, lain kali lantik menteri yang ade otak. Patutlah negara kita belum semaju mana, kita dok simpan menteri bodoh!
Nurin tu tak berdosalah ... aku harap polis tumpukan usaha utk tangkap binatang babi tu!! hari ni aku baca sajak dalam forum utusan, rasa hiba masih selebuni jiwa aku. Aku harap kes nurin diselesaikan dengan baik! bagi liputan yg meluas macam kes altantuya...
dan, kita ni semua public, cooperate lah dengan polis kita yang kononnya cekap ni. Turunlah musa !!! buka uniform kau.
whatever it is, aku harap musa, nazri dan khalid, buatlah kerja korang ... jgn pikir diri korang je... kalau xnak this thing happens balik, letaklah at least dua polis preman kat pasar malam. Buat patrolling every night. Lepas tu, upgrade skitlah rakan cop tu. Aritu, aku call, byk kali baru jawab!! Piraah, hebat konon...
Nurin, kau akan terus berada dalam jiwaku ini. sekalipun takkan hilang lakaran wajahmu di mindaku, namamu akan terus tersemat dalam sanubari setiap insan yang bergelar manusia, bukan syaitan! Tiap kali aku terkenangkan kau, aku terkenangkan betapa deritanya engkau. !! NURIN, AKU DAN SEMUA MALAYSIANS SAYANG DAN KASIH PADA KAU...Kanak2 secomel kau xkan mampu ada lagi di dunia ni.
Buat Jazimin dan norazian, jagalah nurin2 yang lain. Jangan lagi bagi diorang pergi pasar malam tanpa supervision dari korang. Jaga dan awasi, especially nurin jazshira, she is also very pretty n she is a growing girl. Ingat, Allah dah janji pada orang sabar tu akan diberi ganjaran yang setimpal.
Nurin, walaupun kau tak akan mungkin kembali, tapi kenangan akan terus terpahat d jiwa kami.
Last msg to KPN n the minister, do your job! No matter what u want to do, think 1st. Nazrin, kalau kau bertanding election, maybe kalah. Musa, kau dilantik semula bcos bagus. Jangan hilangkan kepercayaan PM dan rakyat kepada kau. Khalid, cepatlah sikit. jangan terkangkang aje!
NURIN JAZLIN JAZIMIN - Aa perfect girl...
DIANA & NANI(WANGSA MAJU)
Al-Fatihah... Pertama sekali kami ingin ucapkan Takziah buat keluarga Nurin... Sesungguhnya kebahagiaan menanti adik Nurin 'DI SANA' walaupun kami tiada apa2 ikatan dengn kluarga mangsa, kami tetap merasa kesedihan berikutan kejadian yg menimpa adik Nurin akibat perbuatan manusia yg tidak layak untuk hidup di muka bumi ini.. kami begitu sedih dan marah kejadian yg menimpa nurin. Semoga pembunuh iblis itu dapat ditangkap secepat mngkin!!
Sesungguh semua rakyat mengutuk perbuatan yg sgt2 tdk bermoral itu... amat terasa apabila ada adik yg lebih kurang sebaya dgn adik nurin, melihat kegembiraan, keriangan knk2 diluar sana trbayang wajah manja adik Nurin.
Bersama2 kita doakan adik Nurin dicucuri RAHMAT YG ESA.AL-FATIHAH...
diharap ibu dan ayah nurin serta keluarga tabah menghadapi dugaan yang menimpa ini... saya turut berasa sedih di atas pemergian nurin...geram teramat sangat kepada penjenayah busuk tu.semoga arwah nurin dicucuri rahmat. kepada 'binatang' yang melampau dari binatang sebenar tu dilaknati ALLAH seumur hidupnya. kebenaran pasti datang dgn izinNYA.
dari,
auntie zurah
Nurin Jazlin Jazimin..
insan kerdil yg baru mengenal erti hidup
ketika dia baru ingin mengecapi nikmat hidup di bumi tuhan ini mengapa ade 'binatang' yg sanggup menidakkan hak adik nurin..
adik nurin,bersemadilah dgn aman krn syurga telah menantimu disana
terlalu perit utk terima kenyataan bahawa insan kerdil ini sanggup diperlakukan sedimikan rupa di dalam bulan ramadhan yg mulia ini..
'binatang','syaitan','dajal' itu patut dihukum dgn hukuman yg setimpalnya...perlakukan dia sebagaimana dia memperlakukan adik nurin..
biar dia sama2 merasai penderitaan yg adik nurin rasai
buat en jazimin dan pn norazian...sabarlah menghadapi dugaan Allah ini
berat mata memandang,berat lagi bahu kalian yg memikul..
anak yg telah dijaga dan dibela selama 8 tahun akhirnya menemui ajalnya dlm keadaan sedemikian...
tabahlah dan bersabarlah...insyaallah ade hikmah disebalik dugaan ini..
Al-Fatihah buat adik nurin jazlin jazimin...semoga rohmu ditempatkan disamping org2 yg beriman...
kepada 'syaitan' itu...tunggulah pembalasan tuhan buat kau..
mungkin kau terlepas di dunia,tp ingatlah pembalasan tuhan telah menantimu di alam barzakh
wahai ramai malaysia yg prihatin...
marilah sama2 kita bersolat hajat di dalam bulan yg baik ini
smoga 'binatang' itu ditangkap dan dihukum dengan berat seberat-beratnya...
Lenalah sayang di sana...sesungguhnya syurga sedang menantimu. Andai di dunia kau di bunuh kejam..tapi Allah sayangkan dirimu. semoga si pembunuh kejam dapat di hapuskan di muka bumi ini.
Al Fatihah
sedih bace sajak tu...mmg saya x dpt bayangkan selama sebulan tu camne org jahat tu layan arwah nurin...
ape pon, moga keluarga nurin tabah & sentiasa dirahmati Allah..setiap yg berlaku ade hikmah di sebaliknya..
terima kasih kepada pakcik arwah nurin yg mewujudkan blog ini..
NURIN...NURIN....itulah perkataan yg kt dengar di tanah perkuburan.seorang knk2 yang x b'dosa dibunuh kejam.harap kejadian ini dijadikan teladan kpd sma rakyat.kt sama2 b'doa agar pembunuhnya tidak senang duduk didunia mahupun diakhirat sana..
AMIN...Al-Fatihah
Buat En. Jazimin & Puan Norazian,
Kuatkan semangat menghadapi dugaan ini. Kehilangan adik Nurin turut dirasai oleh semua insan yang cintakan ketenangan dan kedamaian hidup.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..semoga ALLAH s.w.t memberikan ketabahan kepada kalian berdua untuk meneruskan perjuangan di bumiNYA. Setiap kejadian yang berlaku pasti telah ditetapkan oleh yang MAHA BERKUASA.
Adik Nurin telah pergi buat selamanya untuk mengadap ILAHI, bergembira di SANA, hanya menanti kalian berdua. Ingatlah, kalian amat disayangi oleh ALLAH s.w.t kerana tidak semua manusia dipilih untuk diuji dengan sehebat ini.
Sesungguhnya kejadian yang berlaku dan menimpa ke atas keluarga adik Nurin adalah satu PERINGATAN daripada ALLAH s.w.t kepada kita semua. Adakah kita masih BUTA..?
kepada keluaga nurin..
takziah saya ucpkan..semoga tabah menghadapi ujian drpdNYA..
sesungguhnya saya turut merasa sdih dan kehilangan ats pemergian adik nurin walaupun saya tidk prnh mengenalinye..
kepada pembnuh nurin,
kau mmg manusia btopengkan setan!!hidup penuh dgn hawa nafsu!!berserahla diri kakau kau bkn pengecut..seluruh rakyat malaysia dah menyumpah kau!!kau xkn hidup aman!!
MENGENANKAN ANAK NURIN JAZLIN YG TAK PERNAH DIKENALI OLEH AKU SEKELUARGA, MASIH MERASAKAN "GERAM" "MARAH" "SAKIT HATI" DAN BERMACAM MACAM LAGI YG TAK BOLEH DILUAHKAN DENGAN PERKATAAN. DOA KAMI SEKELUARGA BUAT ANAK NURIN JAZLIN BERSAMA MU.
BILA KAH AGAKNYA SI SIAL LAKNATULLAH IBLIS SETAN MALAUN NI NAK DI TANGKAP POLIS. TUNGGU LA MASA KAU NANTI. INGAT AKAN PEMBALASAN DARI TUHAN SEDANG MENYUSUL KAU TUNGGU SAJALAH.
SIAL LAHANAT PUNYA PEMBUNUH DAN YG BERSENGKONGKOL, MAMPOS LAH KAU DALAM KEKEJIAN.
MamaNurul(Kuala Lumpur)
Hingga ke saat ini, setiap kali membaca berita dan kisah2 Nurin, melihat gambar2 Nurin, airmata ini deras mengalir hingga teresak2 saya.Hati saya meruntun pilu mengenangkan Nurin yang tidak berdosa menjadi mangsa iblis berwajahkan manusia.Hati saya sebak hingga kehilangan kata-kata.Ya Allah, Engkau permudahkanlah usaha kami dalam menjejaki iblis berwajah manusia itu, semoga dia menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan kejinya..
Anakku Nurin, berbahagialah nak di sana, disisi Allah yang Maha Esa..Penderitaanmu di dunia telah berakhir,syurga menantimu di sana...Anakku Nurin, senyuman manismu sentiasa dalam ingatan walau kita tidak pernah saling mengenali, tidak pernah bersua wajah namun wajah comelmu sentiasa dalam ingatan..Berbahagialah anakku disisiNya....
Anakku Nurin,
Tersentak hati ini tatkala mendengar berita kepergianmu
Mana mungkinn...kata hati kecil ku
Tidur ku masih terganggu, dihantui kesakitan wajah jernih mu ...
“Kenapa Nurin, Ya Allah????”...
Ku cuba pujuk hati....
“ Mungkin, pada mata kasar, Nurin nampak terseksa...tapi hakikatnya Allah telah memelihara Nurin dari merasai azab yang dilakukan oleh iblis bertopengkan manusia itu..kerana Nurin masih suci..terlalu suci”.
Itu yang ku pohonkan setiap malam
Fikiran ku tidak berdaya menerima kesakitan mu anakku...
Ya Allah..aku tahu aku perlu redha dengan pemergian Nurin...
Ya Allah, sememangnya aku redha dengan permergiannya.
Ampunkan aku,kerana sejenak,tidak dapat menerima hakikat itu...
Bukan aku meragui ketetapanmu...
Cuma batasan pemikiran ku tidak dapat menerima sengsara anak kecil itu..
Nurin,
Demi allah, kami sayangkan kamu...
Tapi ternyata kasih itu tidak seutuh kasih Allah padamu..
Kerana itulah kamu terpilih untuk berada di sana, anakku...
Aku bukan ibumu
Aku jua bukan ayahmu
Tapi entah kenapa kau terlalu dekat degan jiwaku
Aku tidak sempat mengenali mu Nurin..
Tapi aku terlalu ingin mengenali mu..
Moga Allah izinkan aku berjumpamu di sana,anakku..
Akan ku pelukmu erat
Agar kau dapat rasai betapa kasih dan rindunya aku kepadamu..
Akan ku ciummu dalam tangisan
Agar kau tahu bahawa permergian mu dulu amat meruntun jiwaku..
Sabarlah anakku
Sabarlah dalam penantianmu
Hari itu akan datang..
Bila gugurnya daun yang kau harapkan…
Al Fatihah
- Auntie Anna-
Al- Fatihah buat adki Nurin,
kak slalu mendoa supaya permudahkan keja polis untuk mencari penjenayah tu. Kami 1 keluarga merasa pemergian Nurin apatah lagi kedua ibu bapa dia. Sambil mendengar berita mengenai Nurin, air mata kak bertakung dan penglihatan kak berkembang lalu tertitis airmata tika berdoa dia atas sejadah.. sabarlah kepada semua kaum keluarga arwah.. Dan kau binatang!!!! Kau tak layak hidup di bumi, kaulah spesis ug paling hina di muka bumi Allah ni! Kau akan terima balasan- Nya! Rob bana zolam na an fusana wa in lam takq fir lana wa tam har nalana kun naminal muslimin..
Al- Fatihah buat adki Nurin,
kak slalu mendoa supaya permudahkan keja polis untuk mencari penjenayah tu. Kami 1 keluarga merasa pemergian Nurin apatah lagi kedua ibu bapa dia. Sambil mendengar berita mengenai Nurin, air mata kak bertakung dan penglihatan kak berkembang lalu tertitis airmata tika berdoa dia atas sejadah.. sabarlah kepada semua kaum keluarga arwah.. Dan kau binatang!!!! Kau tak layak hidup di bumi, kaulah spesis ug paling hina di muka bumi Allah ni! Kau akan terima balasan- Nya! Rob bana zolam na an fusana wa in lam takq fir lana wa tam har nalana kun naminal qasirin..
Alfatihah buat arwah nurin.. semoga semua ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini...
Walaupun tidak pernah mengenali tetapi kematian nurin yang tragis benar-benar menyentap hati dan jiwa saya.... airmata ini menitis tiap kali menatap berita tentang nurin seolah-olah kehilangan anak sendiri... Damailah dikau di sana adikku...
Marilah kita bersolat hajat setiap kali selepas solat wajib... doakan semoga dipermudahkan jalan oleh Allah swt untuk menemui pembunuh kejam berhati iblis ini... engkau tunggulah pembalasan dariNya.. smoga engkau tidak aman.
Buat ayahanda dan bonda nurin, kami sekeluarga mendoakan kalian diberi ketabahan menghadapi ujian yang maha hebat ini. Kami sekeluarga turut meratapi pemergian nurin, sekalung doa mengiringi pemergian nurin... yang pastinya nurin berada di sisi Kekasih Mu .. Allah, Allah menjanjikan syurga buatmu, amin...
Saampai ari nie tetap ingat kat nurin.asik pk ttg nurin aje.tiap hari mesti check blog nih.saya ada 5 anak,3 pompuan,2 lelaki.rasa takut nak besarkan anak-anak.negara dah tak aman.tukar je nak 'Bukit tak aman".setelah aku pikir-pikir..aku rasa nak salahkan pihak berkuasa malaysia.salah satu punca kepincangan social ialah arak,maksiat,pusat hiburan,pergaulan bebas,dadah,seks bebas,too much hiburan,vcd lucah.
benda-benda nie suma sdg berkembang biak dgn subur.
kenapa bila kita sedih ..kita ingat tuhan,tapi bila kita nak buat undang-undang kita tak nak ikut garis panduan tuhan hah??
pihak berkuasa berhutang dgn rakyat malaysia,dgn tax payer,kami tuntut hak kami,kami tuntut janji-janji yg ditabur setiap kali pilihan raya.didunia nie kalian berkuasa,kaya,naik kereta pun orang escort(dahlah keta free,bawak pun kena jaga).namun jangan lupa..setiap yg hidup pasti mati..masa dlm kubor nanti,sorang-sorang gak.kat akhirat nanti akan di pertanggungjawabkan segala amanah yg telah diterima.sebenarnaya aku rasa kesal dgn pihak berkuasa.aku rasa tak aman.
al-fatihah.......
kepada semua keluarga arwah nurin...saya berharap anda semua sentiasa di lindungi oleh ALLAH SWT..dan redha dengan ujian ini....saya berharap pembunuh yang berhati syaitan itu segera ditemui..dan kalau boleh saya nak sgt pembunuh tu dibunuh di hadapan seluruh rakyat MALAYSIA..buat mak dan ayah nurin...panjatkan doa serta semoga kalian berdua tabah menempuhi segala-galanya...
Allah lebih menyayangi mu Nurin...
kepada keluarga arwah,smoga tabah menerima dugaan dr Allah...
kami semua benar2 simpati dan sedih atas kejadian yg menimpa..smoga pembalasan yg setimpal akan dikenakan kepada mmereka yg melakukan perbuatan yg kejam ini...
Post a Comment