Oleh NORMALA HAMZAH
HARI ini genap seminggu Nurin Jazlin Jazimin, 8, disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. Selain tanah kuburnya yang masih merah, air mata ibu bapa, kakak dan adik serta keluarganya juga masih terus menitis.
Tidak terkecuali seluruh rakyat Malaysia yang berkongsi kesedihan di atas pemergiannya.
Setelah hilang selama 30 hari, Nurin Jazlin ditemui tidak bernyawa dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di Petaling Jaya, Selangor dengan kesan penderaan seksual yang melampau.
Penemuan itu menamatkan misteri kehilangan Nurin namun kisah anak malang itu pasti akan terpahat kemas dalam lipatan minda bukan setakat keluarganya tetapi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, usia dan batas agama.
Seluruh negara menangisi kematiannya yang tragis. Seluruh negara juga mengutuk kekejaman yang dilakukan ke atas Nurin Jazlin.
Naluri keibuan mendorong saya mencatat kisah Nurin Jazlin di ruangan ini sebagai penghormatan dan rasa kasih terhadap anak comel yang tidak berdosa itu.
Jika kita yang tiada kena mengena dengan Nurin Jazlin boleh menangis dan meratap, bagaimana mungkin ibu bapa, kakak dan adiknya menahan rasa?
Pastinya telah kering air mata mereka menangisi kehilangan Nurin Jazlin sejak 20 Ogos lalu.
Kesedihan yang ditanggung bapanya, Jazimin Abdul Jalil dan ibunya, Norazian Bistaman pastinya tidak terucap dengan kata-kata. Bayangkan jika kita di tempat mereka!
Bersama ratusan orang, saya turut meluangkan masa berhimpun di Madrasah Assa’dah, Seksyen 1, Wangsa Maju pada Jumaat lalu di mana jenazah Nurin Jazlin disembahyangkan.
Melihat begitu banyak kenderaan dan motosikal yang diletakkan di tepi jalan menghalang perjalanan ke madrasah tersebut, hati saya berkata, ramai yang sayangkan Nurin Jazlin!
Lagipun terlupa pula saya hari itu Jumaat di mana ramai kaum Adam mengerjakan solat Jumaat. Syukur dalam berlegar-legar, saya mendapat ruang untuk meletak kereta walaupun jaraknya agak jauh.
Lima belas minit menunggu jenazah Nurin diusung keluar. Seperti diduga orang ramai yang bersesak di kawasan madrasah mula berasak-asak untuk menghampiri van jenazah.
Beberapa wanita yang berlonggok di kiri kanan pagar madrasah kelihatan menangis dan berpelukan sesama sendiri. Sesetengahnya tidak dapat menahan sedih sehingga terpaksa ditenangkan yang lain.
Dari kejauhan juga saya perhatikan kebanyakan jemaah lelaki turut mengesat air mata. Emosi dan ego mereka turut terlerai kerana Nurin Jazlin. Begitu juga orang ramai yang menunggu di tepi jalan juga mula menangis.
Dan ketika van jenazah bergerak meninggalkan perkarangan madrasah menuju ke Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, suasana semakin tidak terkawal, semua yang ada di situ saya lihat mengesat air mata. Suasananya sungguh mengharukan!
Sebaik kereta jenazah melintasi jalan di mana saya dan ramai lagi menunggu, sedu-sedan mula kedengaran dengan kebanyakan mereka tidak sampai hati melihat ke arah van jenazah. Sayunya hati, sebaknya dada, Tuhan saja yang tahu!
Di belakang van jenazah, deretan kereta dan motosikal mengekorinya perlahan-lahan untuk terus mengiringi jenazah Nurin Jazlin dalam perjalanan akhirnya ke tanah perkuburan.
Terkilan rasa hati kerana tidak dapat ikut sama ke tanah perkuburan, lantaran ada komitmen lain yang menunggu. Namun saya bersyukur kerana hajat untuk ke madrasah itu termakbul juga.
Nurin Jazlin Jazimin tidak ada kena mengena dengan kita semua. Tapi kekejaman yang berlaku ke atasnya dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, usia dan kaum.
Dalam marah, kita reda dengan ketentuan Tuhan.
Takdir yang tersusun dalam perjalanan hidup Nurin tidak siapa tahu atau menolaknya. Kerakusan manusia bertopengkan binatang meletakkan nyawa Nurin Jazlin seperti tidak berharga.
Begitu juga dengan nyawa-nyawa lain yang telah menjadi korban sebelum ini antaranya, Haserawati Saridin, 9, Nurul Huda Ghani, 10, Norshuhada Burak, 6, Nor Shawan Dahlan, 7, Siri Nadirah Budah, 5, dan Nor Syakilla Ramli Abdullah Choo, 5. Mereka diperlaku dengan kejam tanpa belas kasihan. Al-Fatihah!
Apakah kita harus membiarkan kejadian ini terus berlaku? Tentunya tidak. Justeru, tunaikan tanggungjawab kita sebagai anggota masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab.
Tidak salah mengembalikan sikap ‘menjaga tepi kain orang’ tetapi biarlah secara positif. Mengambil tahu untuk kebaikan adalah langkah terbaik daripada membiarkan jenayah terjadi di depan mata tanpa kita berbuat apa-apa.
Jangan apabila telah berlaku ramai yang tampil memberi komen dan saranan. Setakat bercakap tetapi tidak bertindak juga membazirkan masa. Sedangkan penjenayah kejam bebas melakukan kekejaman tanpa mengira usia mangsa, masa dan tempat.
Apa pun iktibar yang kita peroleh daripada kes Nurin Jazlin adalah, pentingnya ibu bapa menjaga anak-anak dengan lebih serius.
Jangan ambil mudah keselamatan anak-anak. Lebih baik berjaga-jaga sebelum nasi menjadi bubur. Apabila telah terjadi, menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengembalikan keadaan.
Ketika Madrasah Assa’sadah saya tinggalkan, masih ada yang menangis dan berpelukan. Seperti mereka, saya juga kalah dengan perasaan sendiri. Pastinya kawasan ini akan menjadi kenangan yang tidak akan saya lupakan seperti mana wajah comel Nurin Jazlin.
Kepada Jazimin dan Norazian, salam takziah dari saya. Semoga cekal menghadapi ujian Tuhan. Redakan pemergian Nurin, anak comel yang dipinjamkan Allah s.a.w kepada kalian untuk seketika.
Betapa sayang kalian kepadanya, yakinlah sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. Ingatlah, Nurin Jazlin kembali kepada pemilik-Nya yang lebih berhak.
Jangan berlarutan menangisi pemergiannya. Panjatkan doa setiap kali solat agar roh Nurin Jazlin dicucuri rahmat dan dihimpun bersama ahli sunnah waljamaah. Bersemadilah dengan tenang wahai Nurin Jazlin. Amin!
Salam.
- Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
aduss...
mmg aku pun still bersedih even peristiwa ni dah berlalu 1 minggu...tiap2 ari aku surf blog ni sbb 'rindu' kat adik nurin yg aku tk penah jumpa...ari2 jugalah air mata aku mengalir...
macamana la parents dia...n adik beradik nurin...dia org mmg strong...
aku yg ada anak ni pun kalau berpisah 3/4 ari ngan anak aku pon dah sedih n ngalir air mata...ni apatah lagi kehilangan selamanya spt apa yg berlaku kat en.jazimin
ya, masyarakat perlu berkerjasama sekarang. kita bukan sahaja perlu menjaga anak-anak kita, tetapi anak-anak malaysia juga tanpa mengira bangsa & agama. kalau kita ke public places seperti pasaraya, pasar malam, etc kita perlu buka mata, lebih peka pada keadaan, lihat jikalau ada kanak2 berjalan seorang diri, kita perlu cepat2 ambil tahu dan bertanya mengapa dia seorang diri. masyarakat perlu bangkit sekarang. kitalah harus menjadi mata dan telinga anak2 malaysia sekarang. Hanya dgn cara ini, insya allah jenayah seperti ini mungkin dapat dikurangkan.
insya allah.
hidup mesti terus. jadi kepada pihak berkuasa, teruskan lah pencarian pembunuh kejam n durjana ini
salah sorang dari adik nurin ni yg no. 3 tu ada iras2 nurin...tgk dlm http://mrmanager.blogspot.com
me too... setiap hari air mata ini menitis memikirkan adik nurin.. kesengsaraan,keperitan,penderitaan,jeritan dan tangisan yg dihadapi bersendirian tanpa sesiapa yg mendengar.. kasihan dia insan kerdil dan lemah menghadapi semua ini bersendirian.. tergapai2 tangan meminta bantuan tetapi tiada siapa yg sedar..
Doaku, pembunuh nurin akan dijumpai dan mendapat pembalasan yang lebih dahsyat di dunia dan diakhirat.
skang ni mmg xley tgk budak2 pompan kecik. mesti teringat nurin. pastu xley nak bayangkan camne budak2 kecik yg lemah camtu diseksa..sbulan plak tu..mmg iblis....
tp btol gak ape yg penulis tulis. jgn terlalu lama meratapi pemergian nurin. ingatlah, Tuhan lebih sygkan dia. meratap lama2 nanti jd berdosa plak.
utk family jazimin, kuatkan semangat. anak2 anda yg lain masih perlukan perhatian kalian suami isteri.
Al Fatihah untuk Arwah adik Nurin Jazlin... Semenjak pemergiannya tidak pernah sehari untuk aku tidak sedekahkan bacaan itu untuknya disetiap usai solat.. Doa juga untuk keluarga arwah moga mereka tabah menempuh dugaan yang menimpa.
Sayu hati mengenangkan Nurin, sedih... baru benar rasanya melihat dia berlari2 riang ke kedai mamak bersama kak long membeli coklat... Biarpun arwah tidak pernah menegur atau menyapa aku, mahupun keluarganya mengenali aku tetapi sebagai jiran 'sekampung' kami memang selalu berselisih bahu cuma tidak pernah bertegur sapa... bukan sombong tetapi mungkin segan... namun aku turut bersimpati dan tiada kata yang dapat mengambarkan kesedihan seluruh penduduk wangsa maju khususnya dan warga Malaysia amnya...kesuraman jelas terbayang setiap kali aku melintasi kediamannya... argghh.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... cuma kesabaran yang mampu meredakan setiap kesedihan atas pemergiaannya dan kemarahan yang meluap pada binatang yang merentap nyawanya dengan kejam...
Kesedaran demi kesedaran terus wujud dalam diri tentang makna kasih sayang dan perhatian terhadap anak-anak dan setiap insan kecil kurniaan dan amanah Allah...Sayangilah mereka, sayangi lah setiap si kecil disekeliling kita... tidak kira anak siapa pun..
mereka anak-anak Kita... Sebagai ibu yang punya sepasang anak yang meningkat remaja aku juga peringatkan pada mereka tentang nilai kasih sayang sesama insan...tentang nilai nyawa seorang insan kecil, mereka adik-adik mu juga.. tidak kira siapa...itulah yang aku peringatkan sejak kebelakangan ini... Sesungguhnya Nurin Jazlin abadi dalam ingatan kita... Abadi sebagai serikandi yang menyedarkan setiap kita yang leka pada kebarangkalian yang memungkinkan kita kehilangan mereka yang kita kasihi sebagaimana pemergian maha tragis arwah dalam sekelip mata...
Anakku Nurin, sesungguhnya kau menyedarkan kami akan makna kasih sayang dan erti kehilangan...
Salam Takziah untuk En Jazimin dan Pn Norazian...Allah lebih menyayangi anak comelmu...Bersabarlah...
salam,
dariku yang bernama seri..
A'kum...
Ketika ini aku sgt merindui Nurin yg tak pernah aku kenali sebelum ini... Sedih sangat... Marah tersangat marah.... Syukur alhamdullilah dengan tertangkapnye si kejam yg disyaki... Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera... semoga si kejam dapat pembalasan yg sepatutnye...
'SEMOGA NURIN JAZLIN BAHAGIA DI SANA'
Al-Fatihah
Amin.
Berita ini memang sangat menyayatkan hati..sungguh x disangka ada iblis dalam rupa manusia...bila mendengarkan berita ini dan juga apabila melihat gambar jenazah, saya sebagai seorang lelaki juga menitiskan airmata...
Saya tertanya2 kenapa wujudnya manusia yang kejam sebegini...
Semoga manusia yg kejam ini akan segera diberkas dan dihadapkan kemuka pengadilan,
Saya juga mengharapkan jangan dihukum bunuh manusia ini, tetapi berikan hukuman yang lebih menyiksakan dari segi fizikal dan mental, supaya penjenayah ini akan merasakan keperitan mangsanya..
Marilah kita bersama sama mendoakan semoga roh adik Nurin Jazlin dirahmati Allah, dan semoga tertangkapnya penjenayah kejam ini..
Buat semua ibu bapa,abg, kakak, jiran2 dan sesiapa sahaja, awasilah persekitaran kita, anak2, adik2 kita ... supaya tidak lagi menjadi mangsa penjenayah seperti ini..
Buat keluarga En Jazimin, bersabarlah, memang perit bila kehilangan org yg dikasihi,
kehilanganmu berakhir dengan tragedi yang menyayat hati..dan tragis..sesungguhnya air mata ini masih lagi mengalir bila mengenangkan nasib malang yang menimpamu itu sayangku Nurin. Tetapi apa yang mampu kita lakukan sekarang adalah berdoa semoga rohnya tenang di sana. Sabar dan redha itu semua adalah ujian dari yang Maha Esa. Segala apa yang berlalu adalah ketentuan dariNya. Semoga si pembunuh berhati iblis itu dapat di tangkap secepat mungkin. Kepada ibu bapa jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran buat kita semua. Kalau boleh temanilah anak anda di mana saja mereka berada. kerana kita tidak tahu di sebalik ramainya manusia ada yang berhati mulia, hati binatang dan yang lebih dasyat lagi hati iblis. Semoga peristiwa sebegini tidak berlaku lagi kepada anak2 yang tidak berdosa. Ya Allah cucuri rahmat ke atas rohnya arwah adik Nurin Jazlin Jazimin. Kepada ibu bapanya semoga tabah dalam menerima ujian dari Allah s.w.t. saya sekeluarga amat bersedih hati...dan rasanya air mata mudah benar mengalir bila mengenangkan betapa tersiksanya adik Nurin di perlakukan sebegitu.Dunia akhir zaman...yang mana manusia tidak rasa belas kasihan sesama insan...apa lagi kepada anak kecil yang tidak berdosa ini. Sedangkan kepada binatangpun kita di tuntut berlaku sebaik yang boleh...jangankan sesama manusia. Lebih menyayat hati di bulan yang mulia manusia iblis itu tergamak melakukan perbuatan yang kejam itu. Ya Allah...semoga ALLAH s.w.t membalas segala kejahatannya. Kepada keluarga arwah adik Nurin selamat hari raya aidilfitri saya dan keluarga ucapkan. Tiada kata yang mampu saya lafazkan hanyalah berdoa semoga Allah tabahkan hati ibu bapa arwah adik Nurin. Kalau kita sayangnya Allah berlebih-lebih lagi sayangnya kepada insan yang tidak berdosa ini.
"Rinduku bersulamkan air mata kasih buatmu sayangku Nurin. Sapu tanganku buat menyapu si air mata". Al Fatihah...ALLAH HU AKBAR.
So sad...
walaupun sy ni tidak mempunyai anak tetapi saya dapat meraskan khilangan org yang tersayang dalam hidup kita..
orng yang melakukan semua ini memang kejam dan boleh kita katakan lebih daripada binatag..
budak kecik yang tidak tau ape2 lagi diperlakukan sedemikian..
binatang pun tidak trgamak untuk melakukan sedemikan rupa..
saya berharap agar orang yang melakukan semua ini dikenakan tindakan yang sewajarnya..
sekurang2nya dengan menghukum penjahat ini boleh menyedarkan orang yang ada niat untu melakukan pekara seperti ini lagi terasa insaf untuk melakukannya..
saya harap keluarga adik nurin tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini...
kita masyarakat ini perlu berkerjasama dalam mambenteras gejala yang melampau ini...oleh itu kepada masyarakat yang mempunyai metlumat di minta bekerjasama dengan pihak polis untuk menagkap jenayan ini...
adakan anda semua hendak pekara ininterjadi lagi kepada anak orang lain atau nak kita sediri...saya tidak sanggup melihai lagi pekara yang kejam ini berlaku lagi....
marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah kepada arwah adik nurin moga dirahmati oleh allah dan ditempatkan dicucuri rahmat...
alfatihah....adik nurin sesungguh nya cara pemergianmu amat tragis....ketika hayatmu hati kecil mu saban hari menangis meminta pertolongan...tapi takdir penentu segala....kami sebagai ayah,ibu,adik,abg,kakak....amat bersedih ketika ini....kesedihan kami tidak sepertimu...maafkan kami! semoga rohmu ditempatkan disisiNYA...
kalo tol lah pembunuh tu pompuan gle tu..sula je dari kemaluan dia.....bia padan muka dia.......
aku nak ucapkan takziah kat keluarga arwah .kalau lah aku dapat kuasa untuk menjatuhkan hukuman aku akan buat macam mana yang si bangsat tu lakukan kat arwah. x yah pakai pakai terung terus pakai batang paip yang besi . biar dia terasa sakit nye .pastu masukkan dia dalam kotak n terus je tanam dalam kubur.
kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa..tiada kata yang dapat diungkapkan apabila mendengar berita penemuan mayat kanak-kanak itu adalah Nurin..sedih dan terselit juga perasaan geram dan marah.manusiakan itu?layakkah manusia seperti itu bernafas di bumi Allah ini?Wallahualam..semoga Allah mencucuri rahmat terhadap adik Nurin..tabahkan hati buat ibubapa Nurin yang telah membesarkan Nurin hingga hujung nyawanya..ada rahmat disebalik perkara ini..Nurin menunggumu dan akan menolongmu di akhirat kelak..semoga perkara ini tidak berulang..dan kepada pengkhinat dan penjenayah yang tidak berhati perut,ramai insan di bumi Allah ini kecewa dengan perbuatanmu..ingatlah..Allah itu maha berkuasa..dan engkau tidak akan terlepas..Al-fatihah buat adik Nurin..
sedihnya bila baca cerita ttg adik nurin.ntah sapa lah manusia yang sanggup melakukan perkara kejam nie. semoga Tuhan akan membalas perbuatan mereka ini dua kali ganda daripada apa yang adik nurin alami.
memang bukan manusia mereka yang melakukan perbuatan terhadap adik nurin nie..
she's so beautiful and cute girl..
kepada keluarga nurin, bersabarlah.pasti ada hikmah di sebalik semua nie.yang bersalah tetap akan menerima hukumannya, baik di dunia mahupun akhirat..
semoga Tuhan merahmati rohnya..
Mohon share puan didalam blog saya sbg peringatan kepada keluarga dan masyarakat di wangsa maju.nsarysh
Post a Comment