Friday, September 28, 2007

Police Arrest Five To Assist In Nurin Murder Probe

September 28, 2007 15:27 PM

KUALA LUMPUR, Sept 28 (Bernama) -- Police arrested five people, including a woman, in separate raids in Shah Alam last night to assist their probe into the murder of Nurin Jazlin Jazimin, 8.

They are between 27 and 33 years old.

Police also seized two cars and five mobile phones, Bukit Aman CID director Datuk Christopher Wan Soo Kee said in a statement today.

He said the arrests were made following a public tip-off.

Meanwhile, from information obtained by Bernama, the arrests were the first made since "Ops Sunti" was launched to hunt for the murderer of Nurin since her body was found stuffed in a sports bag in the PJS area, Petaling Jaya on September 17.

The first arrest was made of a couple, both 33, in Persiaran Bistari, Section 7, Shah Alam. They are from Bukit Kuda, Klang.

Following that, a 28-year-old man from Wakaf Baharu in Tumpat, Kelantan was arrested at a shophouse in Jalan Kristal, Section 7, Shah Alam.

It is learnt that the suspect tried to resist arrest and police seized a handphone and a Proton Iswara car from him.

Reporters waiting at the Kuala Lumpur Hospital this morning, saw the five detained being brought to the hospital in two police cars at 9.20am, believed to be for DNA tests.

The four men wore pink T-shirts printed with the words "Lokap Kuala Lumpur" while the woman, who appeared to be pregnant, was in black baju kurung and white scarf, and was handcuffed.

They were later seen coming out of the HKL Forensic Department before being taken away by police, believed to the Petaling Jaya Magistrate's Court to obtain a remand order on them.

Meanwhile, a visit to Nurin's home in Section 1, Wangsa Maju saw the front door locked from outside indicating that no one was in.

Nurin, 8, a Year Two pupil of Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak was reported missing on Aug 20 when she went alone to a nearby night market.

The "Ops Sunti" special team comprises police personnel from Bukit Aman, and Kuala Lumpur, Selangor, Sentul district and Petaling Jaya district police contingent headquarters, led by the federal CID director.

- Bernama

For more news updates, visit : http://www.mstar.com.my

41 comments:

Anonymous said...

Syukur alhamdulillah jika suspek yang ditangkap ialah makluk laknat yang kita cari.
Laksanakan hukuman sepertimana yang mereka lakukan pada Arwah Puteri Kesayangan Nurin Yang Tidak Berdosa

Anonymous said...

tolong beri hukuman yg setimpal dgn perbuatan yg telah dilakukan...

Anonymous said...

semoga segalanya akan terungkai

Anonymous said...

klu terbukti mereka2 ini bersalah..

jalankan hukuman keatas mereka..

mereka tidak berhak hidup dimuka bumi
ini lagi...

hampeh!

Anonymous said...

1..2..3..4..5..

masuk neraka!

Anonymous said...

::PERHATIKAN MEREKA::

Rogol: Enam ciri lelaki perlu diawasi

TIADA perbuatan yang lebih dahsyat dan tidak bermoral dari merogol seorang kanak-kanak apatah lagi, seorang bayi yang tidak tahu apa-apa pun.

Anda mungkin tidak percaya bagaimana seorang lelaki dewasa mempunyai tarikan seks terhadap seorang bayi sehingga mendorongnya untuk merogol?

Kejadian sadis ini memang benar-benar berlaku dan setakat ini, ia banyak terjadi di luar negara.

Malah, jumlahnya dikatakan terus meningkat dengan didahului oleh Afrika Selatan, negara yang mempunyai bilangan pembawa dan pesakit HIV/AIDS teramai di dunia.

Afrika Selatan mencatatkan kes rogol tertinggi di dunia iaitu pada kadar 58 kanak-kanak sehari dan setiap 26 saat bagi wanita dewasa.

Tidak dapat digambarkan bagaimana seksanya seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan yang dirogol secara berkumpulan oleh enam orang lelaki berumur antara 24 hingga 66 tahun.

Kejadian itu berlaku di Cape Town, Afrika Selatan lebih kurang dua tahun lalu.

Sementara itu, seorang lelaki di Kent, Washington mengaku bersalah kerana merogol anak perempuannya sendiri yang baru berusia dua bulan. Apa yang menyedihkan, dia dihukum penjara selama enam bulan sahaja.

Trend merogol kanak-kanak dan bayi yang saban hari berlaku di Afrika Selatan ini ada kaitannya dengan mitos tolol yang dipercayai oleh kebanyakan lelaki kulit hitam di sana.

Menurut kepercayaan karut-marut itu, pembawa HIV atau pesakit AIDS yang melakukan hubungan seks dengan seorang dara tidak kira kanak-kanak mahupun bayi, boleh menyapu bersih kuman-kuman penyakit itu daripada badan mereka.

Persoalannya, apakah yang menyebabkan seseorang lelaki itu bertukar menjadi ganas sehingga tergamak merogol kanak-kanak kepercayaan?

Perunding Kesihatan Perilaku, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khalib Abdul Latiff menjelaskan perkara ini dari perspektif psikologi tingkah laku manusia.

``Keinginan nafsu atau meningkatnya libido adalah satu proses fisiologi bagi manusia dewasa dan remaja normal, lelaki dan wanita.

``Ia terkawal apabila seseorang itu mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang didukung oleh nilai-nilai moral yang tinggi,'' katanya.

Sebaliknya, orang yang mempunyai nilai moral yang lemah atau langsung tiada nilai, apabila terangsang akan terdorong kepada nilai binatang yang melampau.

Menurutnya, adalah agak sukar untuk menentukan ciri-ciri perogol apatah lagi yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak.

Beliau turut menjelaskan bahawa tidak semua perogol kanak-kanak yang melibatkan kes jenayah, adalah fidofil.

Fidofilia merupakan sejenis gangguan psikologikal yang mana seksualnya lebih menyukai kanak-kanak yang belum mencapai usia baligh.

Bagaimanapun sebagai panduan, mungkin ciri-ciri manusia seperti berikut mesti diawasi walaupun ia tidak boleh dianggap perwatakan khas perogol.

- Pendiam dan selalu mengasingkan diri

- Perilaku yang tidak stabil, cara hidupnya tidak dapat dibaca dan tidak mempunyai satu cara hidup yang rutin

- Tidak aktif berpersatuan, bergaul mahupun bersosial. Masanya banyak dihabiskan dengan diri sendiri dan mungkin melayan fantasinya.

- Dia tidak mempunyai aktiviti umum yang khusus atau hobi seperti memancing, bermain golf, bertemu rakan-rakan di kedai mamak dan sebagainya.

- Melakukan kerja yang tidak melibatkan aktiviti fizikal kecuali petugas yang sememangnya bekerja di dalam bidang pengurusan, penyeliaan dan akademik yang banyak menggunakan mental.

- Kerja `relaks-relaks' dan suka memerhatikan orang. Mereka seperti ini banyak melayan perasaan.

Aktiviti yang dilakukan selalunya tidak berapa positif seperti merokok, termenung, mendengar radio dan menonton televisyen. Melainkan jika mereka rajin membaca bahan-bahan yang serius dan berat.

Mereka yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan agama dan moral. Dia tidak jahat tetapi kepalanya ligat mencari peluang dan ruang.

Biasanya, orang ini tidak mempunyai aktiviti tetap yang boleh menyibukkan dirinya dengan sesuatu perkara untuk diberikan tumpuan.

Dr. Khalib berkata, manusia yang lebih banyak dipengaruhi nilai binatang, keadaannya menjadi sudah tidak waras dan terkawal, tidak mengenal siapa dan tidak ingat apa-apa lagi yang dilakukan.

``Baginya, nafsu yang sedang bergelodak mesti dipuaskan dengan apa cara sekalipun manakala ejakulasi mesti berlaku secara sempurna.

Fantasi seks

``Nilai mangsa sudah tidak ada lagi di dalam dirinya dan jika mangsa meronta, menjerit atau melawan, usaha akan dilakukan agar si mangsa tidak sedarkan diri,'' katanya.

Beliau berpendapat, dalam kebanyakan kes yang sukar, mangsa akan dijerut, pukul, cekik atau diberikan tumbukan kuat sebelum keinginan nafsunya dipenuhi.

Tindakan ini perlu dilakukan dalam keadaan yang seselesa mungkin, ertinya si mangsa perlu berada di dalam keadaan menyerah walaupun sudah tidak bernafas lagi.

Selain itu, ia perlu diselesaikan dengan kadar segera semasa kelakuan seksualnya masih memuncak.

Dr. Khalib berkata, kewarasan akan timbul sejurus selepas ejakulasinya selesai sebelum disusuli rasa berdosa, bersalah, takut, menyesal dan sebagainya.

Akibatnya, perogol berusaha untuk menyembunyikan kesalahannya itu sama ada mangsa dibuang atau pemangsa cabut lari.

Masalah timbul jika pemangsa masih hidup dan dengan desakan kewarasan yang mula pulih, pemangsa yang bingung akan bertambah keliru manakala yang `cerdik' akan melarikan diri.

``Rogol beramai-ramai juga berlaku tanpa kewarasan disebabkan oleh nafsu yang memuncak dan suasana yang sangat `mengajak' akibat terangsang dengan rakan-rakan yang sedang melakukannya atau terlihat bahagian tubuh mangsa yang terdedah,'' katanya.

Mengulas lanjut amal perbuatan manusia, seseorang itu juga boleh mempamerkan nilai binatang meskipun mempunyai nilai moral yang kuat.

Ini berlaku apabila adanya keinginan untuk membalas dendam, kecewa, marah dan lain-lain sebab yang menyebabkannya berasa tiada siapa lagi yang boleh menyelesaikan masalahnya.

``Setelah melakukannya, dia akan puas dan perbuatannya adalah khusus, memilih dan masih ada pertimbangan.

``Mereka yang tiada pertimbangan adalah yang telah nekad melakukan jenayah dan dikategorikan sebagai maniac seperti perogol dan pembunuh bersiri, pencuri serta perompak,'' katanya.

Walaupun bilangan jenis ini umumnya tidak ramai namun padah yang dibawa olehnya adalah sangat serius.

Kesan lembut (jangkitan saluran kencing, kecederaan kemaluan dan hilang dara), kesan pertengahan (jangkitan HIV, Hepatitis B, kecederaan fizikal) dan teruk (kehamilan, trauma mental dan sosial, kematian).

Terdapat juga jenis manusia abnormal yang sedia mempunyai hormon seks berlebihan yang akan memandunya ke arah keinginan seks yang tidak puas-puas.

Ini berlaku kepada kalangan manusia yang secara psikiatriknya terbukti memiliki penyakit keinginan dan fantasi seks yang sangat melampau.

``Mereka ini mempunyai kawalan yang baik dan tidak melakukan tanpa kewarasan fikiran sehingga mencetuskan jenayah.

``Tetapi, mereka mungkin menceburkan diri di dalam bidang perniagaan yang berkaitan dengannya,'' katanya.

Ditanya saranannya bagi menangani permasalahan jenayah terlalu serius dan melampau sehingga mengakibatkan kematian, kesengsaraan biologi dan mental, Dr. Khalib berkata, langkah terbaik adalah dengan cara membendungnya.

Jenayah seksual hanya boleh dibendung dengan dua cara sahaja iaitu:

1 - Memantapkan ilmu dan nilai agama, moral dan budi pekerti yang terancang, multidisiplin, bersepadu di peringkat pusat, berpanjangan dan sentiasa terpantau.

Pelaksanaan di peringkat komuniti mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya bagi membina manusia yang nafsunya `terbungkus' dengan nilai-nilai murni. Lebih penting, ia dikawal sendiri oleh hati dan perasaannya.

2 - Menyediakan persekitaran fizikal, media, sosial, politik, ekonomi, teknologi, budaya, adat dan lain-lain yang kondusif untuk membina kehidupan positif dan terbimbing ke arah kemakmuran keluarga, negara, agama, budaya dan bangsa.

Menurutnya, jika dua pendekatan ini dilakukan dengan betul, dalam jangka panjang, akan lahir satu generasi masyarakat yang kuat bekerja, bermoral dan patuh kepada ajaran agama.

Mengenai bentuk hukuman kepada pesalah laku seks ini, beliau berkata, hukuman adalah tindakan reaktif sedangkan membendung adalah tindakan proaktif.

``Sehubungan itu, membendung adalah lebih baik kerana apabila sesuatu perkara itu sudah berlaku, ia tidak memberi apa-apa makna lagi.

``Lagipun bilangan yang telah terjadi jauh lebih kecil berbanding bilangan yang belum terjadi iaitu mereka yang berisiko meliputi semua orang,'' katanya.

Tambahnya, kes yang tertangguh atau ruang untuk merayu tidak akan menakutkan sesiapa.

Sebab itulah, katanya, banyak jenayah masih terus berleluasa meskipun mereka tahu ia boleh mati di tali gantung.

Dr. Khalib berpendapat, adalah baik menjadikan hukuman reaktif sebagai pengajaran kepada umum terutamanya bagi mereka yang berjinak-jinak untuk menjadi pemangsa.

Untuk hasil yang lebih berkesan, ia mesti dilaksanakan dengan cara yang berbekas di hati masyarakat dengan menjadikan mereka sangat takut.

Mati di tali gantung, sebat dan sebagainya, tidak akan berkesan sekiranya tidak dilakukan dengan cara yang betul.

``Kesengsaraan mesti didedahkan sebagai iktibar dan pengajaran,'' katanya.

Anonymous said...

apa la...ish...dah nak kiamat kot dunia ni, mengandung pun ada hati nak wat jahat lagi...apala...kalu betul dia yg buat tak terpikir ke benda yg sama boleh terjadi kat anak dlm perut tu....

astagfirullahilazim...

Anonymous said...

Alhamdulillah.. i really hope that the 5 are the culprits that the whole Malaysia are hunting for.

Tolong laksanakan hukuman seberat2nya kepada mereka... orang yang terlalu kejam dan yang tak punyai perasaan!

Memang diorang tempah tiket ke neraka.. first class!

Yang paling menyedihkan... perempuan pun boleh terlibat? Astaghfirullah... kalau betul dia antara yang bersubahat.. i am so lost of words...

benludin said...

betul kata 'bomoh moden' ari tu...dia 'nampak' nurin kat bukit...rupanya bukit kuda...

Unknown said...

Syukur alhamdulillah. Hope they are the ones. I think, the older ones were the culprit, the 33 yr old man with his pregnant wife. I have the feeling they are actually brutally sodomised and tortured Nurin. I want to see their faces. I really want to see them beasts.

Anonymous said...

TANIAH PDRM DENGAN TERTANGKAP 4 LELAKI!!! HARAP BETUL-BETULLAH MEREKA INI ORANGNYA. INGIN BETUL HENDAK TENGOK MUKA MEREKA INI...KENAPA KAMU LAKUKAN INI PADA ADIK NURIN. MEREKA PERLU DIHUKUM BUNUH KALAU BETUL-BETUL BERSALAH!!!

Anonymous said...

walau apa punca sekalipun, mereka tiada hak untuk membunuh nurin.. jika benar mereka ini pembunuh, apakah hukuman dari segi perundangan islam?.. dapatkah hukuman sedia ada memberi pengajaran kepada mereka yang bakal nak jadi seperti mereka?.. sebaiknya biar disiar secara langsung di kaca tv hukuman terhadap mereka ini.. biar jadi pengajaran.. barbaric?.. i don't think so.. lihat lah apa yang mereka dah buat..

Anonymous said...

Yes, 6.29PM post you are right. If the world saw Sadam's execution. Let Malaysians see this one. Forgive me if i offended any1 with my post. Just angry thats all.

Anonymous said...

Hope that is the person whom did all this, so that the punishement wouldn;t fall on the wrong person and that bastard is out there smilling away.

Anonymous said...

Notis: Pindaan undang-undang perlu dilakukan segera bagi kes jenayah bunuh seperti dalam tragedi nurin jazlin. Kalu tidak, kemungkinan 4 tertuduh hanya dikenakan 5 tahun penjara. Adakah itu keadilan?

Notice: Parliment should quickly revise law provision in accordance with merdering case like what had happens to nurin jazlin's tragedy. Otherwise, the 4 will only be execute with 5 years jail sentence. Is that Justice?

Fadzli said...

Assalamualaikum,
Jika memang benar suspect tersebut adalah orang yang melakukan perbuatan sadis tersebut...saya mengesyorkan hukuman sumbat buah tembikai dalam rongga kelamin dia.Kalau wanita pula, kita sumbat alu lesung batu.OK dak?Ye la,budak belum baligh lagi dia boleh buat,tak pikir yang budak tu tak berdosa langsung.
Al Fatihah to Nurin.

Anonymous said...

harap sangat mmg ini lah org yang kita cari2..tak sabar rasanya nak tgk muka SYAITAN DAN IBLIS mereka...diorg ni sume patut DIREJAM SAMPAI MATI..

Anonymous said...

Takhziah saya buat lelaki, 41 yang sebelum ini ditahan polis kononnya disabitkan dengan kes bunuh nurin jazlin. Sebenarnya, insiden penahanan itu adalah rekaan semata-mata.

My Deepest condolence to a man, 41 that previously had been arrest in connection with nurins's murdered case. Actually, the arrestment incident was fake and never happended.

Anonymous said...

Assalamualaikum. kebetulan saya ada ketika solat jenazah Nurin di Wangsa MAju. Jarak rumah saya jugak tidak lah jauh, saya menetap di Wangsa Maju seksyen 2. Selepas melihat apa yang terjadi kepada Nurin, saya berasa bagai tidak mampu berdiri. kesedihan melanda saya selama beberapa hari. Saya terkenang adik bongsu saya di kampung yang umurnya lebih kurang sama baya dengan Nurin. Rasa semakin gusar dan risau dengan keselamatan anak-anak kecil kita nanti juga. Sudilah ke blog saya www.nurazmiworld.blogspot.com. Mungkin ada banyak perkara yang kita boleh bincangkan kelak.

Anonymous said...

Kalaulah suspek kali ini memang pembunuhnya arwah Nurin Jazlin..moga hukuman dapat dilaksana setimpalnya. Orang macam ni tak layak untuk hidup di dunia ni..Tak sabar menanti berita seterusnya.

nikki said...

kalau disabitkan, segenap masyarakat mahu usus dia pun kosong sebulan,sampai dia kurus kering, orang lain puasa di bulan ramadhan, dia dera kanak-kanak...pelik sangat!tengokkan rupa, lelaki, melayu, Islam, warga Malaysia.

Anonymous said...

salam, syukur ke hadrat ilahi, diharap kita dapat menemui individu yg terbabit, disini saya juga ingin memohon kebenaran pihak keluarga untuk meletak gambar2 diblog saya, http://vangardx.net/blog/koleksi-gambar-video-nurin-jazlin-nuril-jazlin-nurul-jazlin/

sekadar gambar, dan tiada penulisan kerana khuatir akan menyinggung mana2 pihak. wassalam

Nik@RidenRoll.com said...
This comment has been removed by the author.
Nik@RidenRoll.com said...

Laporan terbaru serta gambar di www.mstar.com.my ....

Mungkin wanita yang mengandung itu kita patut puji; mungkin keberanian dan rasa tanggungjawab beliaulah yang melaporkan kepada pihak polis tentang penglibatan 4 suspek lelaki, termasuk suami beliau.

Apa-apapun, eloklah kita semua jangan menuduh tanpa bukti sahih.

Yang buruk itu dari kita semua sendiri...
Yang elok itu dari ALLAH yang satu...

Surely...

“GOOD GIRL NURIN GOES TO HEAVEN…”
“LAKNATULLAH BEASTS GO TO HELL…”

ALLAHUAKHBAR!
ALLAHUAKHBAR!
ALLAHUAKHBAR!


NikMAXSTEAM
www.ridenroll.com

Anonymous said...

Tergamak dan sampainya hati mereka..Jika merekalah pembunuhnya, tak dapat saya bayangkan bagaimana kejam mereka terhadap arwah adik Nurin Jazlin..tak berhatiperut..tak ada belas ehsan..tak ada sedikitpun rasa kasih dan sayang sebagai sifat anugerah Allah yang dikurniakan kepada manusia yang diciptakanya..tak dapat digambarkan jenis apa mereka ini..mereka tak layak digelar manusia..apa lagi insan.. nak samakan dengan binatang pun taraf mereka jauh lebih rendah..tak dapat digambarkan dengan kata-kata siapa mereka..segala gelaran yang buruk yang dilemparkan oleh rakyat Malaysia kepada mereka masih tidak dapat mengambarkan sifat mereka..melampau dan keterlaluan..Layakkah mereka hidup di bumi Tuhan ini? Bagaimana mereka nak menebus kekejaman mereka..sangat terkutuk dan berjuta-juta orang menyumpah seranah mereka.Betul2 tak ada sedikitpun rasa kasih dalam hati mereka..Hukuman dunia menanti,namun hukuman Allah SWT jauh lebih perit! Bahagia,tenang, damailah Nurin Jazlin Bt Jazimin di sisi Allah SWT. Nasibmu akan terbela, insyallah!

wfhsln said...

huh~~ xtau nak cakap apalagi......serik dah........memang betul la kiamat dah dekat....

Anonymous said...

orang islam...

astagfirullahalazim..

kejam!!zalim!!

jgn tutup muka setan2 tu dgn kain!!!buka jer aku nk tgk muka 4 JAHANAM tu!!!

Anonymous said...

But they are just suspects...innocent until proven guilty. Let's hope PDRM got whom we are all hunting for.

Surah Al-Ikhlas will reveal all truth....

Al-Fatihah for Nurin Jazlin Jazimin...

Anonymous said...

Alhamdulillah..semoga pembunuh Nurin menerima balasannya di dunia dan akhirat kelak. Melihat gambar2 suspek di mstar.com.my mempunyai MPV, punya perniagaan sendiri tapi...tiada akal fikiran yg waras. Tempat mereka hanya layak di neraka.

Anonymous said...

Kenapa wajah mereka seperti manusia? aku bayangkan wajah seperti SETAN. Cuba check dorang ni ada hati ke takde, sampai sanggup bertindak kejam dan takde perikemanusian. Kalau betul lah dorang ni, aku nak mereka ni tahu betapa malunya orangtua yang melahirkan mereka. Sayang seribu kali sayang lahirkan SETAN2 seperti ini.

Anonymous said...

Rakaman CCTV tu dihantar untuk clearkan gambar. Gambar tu adalah bukti utama dalam kes ni. Kalau gambar ni dah jelas dan ada wajah salah seorang daripada suspek yang ditahan, memang sahlah mereka yang terlibat dengan penderaan dan pembunuhan Nurin Jazlin. Takkan boleh lari lagi. Dah ada bukti kukuh. Kes selesai. Aku harap gambar tu akan siap cepat supaya semua rakyat Malaysia akan berpuashati dengan siasatan yang dilakukan oleh pihak polis. Minta phak polis bagi setiap seorang dari kami rakyat Malaysia yang terguris hati ini peluang untuk belasah SETAN kejam ni. Sekali pun dah cukup...

Anonymous said...

Looks like things are turning for the better! Thanks to the Bukit Aman Police Crew that I heard so much about! Fantastic job!!

Anonymous said...

KONO YAROU...4 NURIN'S MURDERER (JAHANAM PUNYA PEMBUNUH)...MEMANG DASAR PENGHUNI NERAKA JAHANAM.. KART DUNIA NI BLEH LA SEMBUNYI..!!SIAP SEDIA LA BILA DAH KENA TNGKP NNTI..1 M'SIA TGGU NK LUDAH KAT MUKA PEMBUNUH JAHANAM TU..!AKU BENGANG AR CM NI..!ISH3X

Kerp (Ph.D) said...

moga2 polis dpt org yg bertanggungjawap antara 5 ekor ni. dan selesaikan kes dgn segera, tak sabar nak tgk muka beruk2 makyeh ni. tutup muka konon. tau plak malu. ha, ambik kau. kasi sebat sama diorang.

Anonymous said...

Semalam ada komen dari salah seorang pelawat blog ini yang kata harap keputusan DNA rambut tu keluar cepat supaya dapat tahu siapa. Untuk makluman yang belum tahu, DNA rambut tu mesti padankan dengan hostnya. Result DNA tu takkan dapat buktikan sesapa. Mesti cari seseorang untuk dipadankan DNAnya. Sebab tu dorang ni kena pergi Hospital untuk ujian DNA. Kalau match dengan DNA rambut tu bermakna mungkin ada penglibatan dorang ni secara sengaja atau tak. Contoh tak sengaja ialah dorang ni penjual beg tu, masa tengah check beg tu, rambut dorang gugur jatuh dalam beg. Kemudian beg tu dijual kepada penjenayah sebenar. Untuk bukti yang lebih kukuh, gambar cctv yang akan disharpkan gambarnya. Bukti paling penting!

Manusia Pekasam said...

Salam...

Tahniah polis kerana berjaya menahan suspek. Harap bukan 'tangkap muat' sudah la.

BTW, kalau betul apa yg KPN dan Nazri Aziz kata ibubapa Nurin boleh didakwa tu, saya rasa sudah sampai masa ibubapa Nurin pula menyaman polis dan kerajaan Malaysia. Sebabnya:-

1. Polis tidak menjalankan tugas seperti yg diharapkan menjaga keselamatan orang ramai sehingga berlakunya peristiwa ngeri sebegini. Cuai menjalankan tugas adalah lebih tepat.

2. Kerajaan Malaysia perlu disaman kerana ramai tokoh politik mengatakan Malaysia adalah negara yg selamat utk diduduki sedangkan mereka membiarkan penjenayah berleluasa mengawal tadbir negara.

3.Kecuaian yang dilakukan sehingga ramai kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa kejam.

Saya rasa perlu dilakukan saman ini kerana sudah sampai masa masyarakat membuka mata dan mengetahui hak mereka untuk menuntut keselamatan dari pasukan yg sepatutnya menjaga keselamatam tetapi CUAI dan LEMBAB menjalankan tugas.

Wallahualam

Anonymous said...

mHarap-harap kalau jumpe siapa yg melakukan perbuatan keji,janganlah jatuh hukuman gantung kepada pembunuh ini serta-merta.Jalankan hukuman sepertimana pembunuh itu menyeksa adik Nurin.Seksa mereka di dataran Merdeka dihadapan khalayak ramai.Menunjukkan kami bukan sahaja BEBAS dari penjajah.malah BEBAS dari KEGANASAN!!!

selamat hari raya kepada keluarga Nurin.
///

Anonymous said...

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNYA
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa



KHAS UNTUK NURIN JAZLIN...

jgn nakal2 kt 'sana' ye dik...

Anonymous said...

baru suspek lah makhluk!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Kalau dapat pembunuh tu siksalah secukup2nya, kalau boleh biar di pertontonkan di khalayak ramai supaya saki baki yg berkeliaran insaf dan kembali bertaubat!!

Al-Fatihah buat adik Nurin Tersayang.

Anonymous said...

gSalam Takziah dr kami sekeluarga utk En Jaz dan Pn Yan.
Kami turut merasai kehilangan arwah Nurin biarpun tidak pernah mengenalinya, tidak pernah mendengar suaranya apatah lagi berjumpa dgnnya.
Kami sentiasa memanjatkan doa dan kiriman AlFatihah buat arwah Nurin setiap kali selesai solat.
Kami memohon agar pembunuh2nya di tamatkan riwayat mereka di tali gantung...
Kami juga sentiasa berdoa agar kalian berdua serta anak2 yg lain lebih tabah, sabar dlm mengharungi kehidupan ini.
Jgnlah berterusan bersedih...kerana arwah Nurin pastinya menanti kalian berdua di pintu syurga....beruntunglah kalian..pinta kami agar En Jaz dan Pn Yan tidak tinggalkan solat dan pohonlah pd Allah yg telah menentukan perjalanan hidup ini sejak dr azali lagi....semoga tidak pasrah, kuatkan iman dan tabahkan hati...amin...