Apa yang telah berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin merupakan satu peristiwa yang telah mendapat perhatian seluruh negara. Kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak yang hanya berumur 8 tahun ini tidak dapat dibayangkan. Begitu juga dengan trauma yang terpaksa dihadapi oleh ibubapa, adik beradik dan keluarga arwah Nurin Jazlin, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Sedarkah kita bahawa kejadian culik, rogol dan bunuh ini bukanlah perkara yang baru tetapi sebelum ini ada beberapa kes lagi. Kebanyakan kes-kes ini melibatkan remaja dan kanak-kanak.
Pada 18 Mei 1999 Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya. Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang. Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.
Pada 23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak, 6 tahun ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh. Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah pada 14 Februari 2001. Mangsa mati akibat dijerut dengan menggunakan tali.
Nurul Hanis Kamil telah dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3 Julai 2001. Sementara itu seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong pada 13 Ogos 2001. Norshakila Ramli Choo, 6 tahun telah dirogol sebelum dibunuh di Taman Tasik Permai Ampang pada 1 April 2002.
Seorang pelajar sekolah menengah telah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4.00 petang pada 8 Oktober 2002. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan
Pada 6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak berumur dua tahun telah diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
Noritta Samsudin berumur 22 tahun telah dijumpai mati di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2003. Mangsa dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh. Pada 13 Jun 2003 Canny Ong lay Kian telah dilarikan dari tempat letak kereta Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Januari 2004.
Pada 17 Januari 2004 seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung.
Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dibunuh pada 23 November 2004. Siti Syazwani Ahmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh selepas dirogol di Taman Rhu pada 22 Disember 2004.
Masih ingatkah lagi kita kepada apa yang telah berlaku kepada mereka ini? Bila membaca kisah Nurin Jazlin ramai yang merasa sedih dan hiba malah ada juga yang terkejut dan marah. Kita merasa perkara yang sama bila kejadian sebelum Nurin Jazlin berlaku tapi selepas itu kita lupa.
Sudah tiba masanya sesuatu dilakukan untuk mencegah daripada berulangnya kes-kes seumpama ini. Ketika ini ramai yang bercakap dan memberi pelbagai cadangan selepas apa yang berlaku pada Nurin Jazlin. Persoalannya bilakah pandangan dan cadangan ini boleh dilaksanakan? Bila pula kita sendiri akan mengambil tindakan untuk mengubah keadaan ini? Adakah kita hendak menunggu Siapa Selepas Nurin Jazlin baru ada kesedaran?
Dipetik dari http://blog.azhad.com/2007/09/siapa-sebelum-nurin-jazlin.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
Saya 'ada' terdengar pengedar, penjual, penjaja CD/DVD 'dilindungi' oleh orang/pihak tertentu.pasal tu kegiatan menjual/mengedar/membuat filem lucah-lucah ni tak boleh dibanteras dan dihentikan..yang saya pasti insyallah saya tak akan teragak-agak melapor kepada pihak berkuasa kalau ada kegiatan bisnes lucah2 ni..cuma kadang-kadang,maaflah saya tak yakin nak lapor pada pihak polis ni..ada tak talian khas macam talian teledera khas untuk aktiviti jual VCD/DVD n lucah ni... bukan apa saya bimbang dengan isu sosial semasa yang berlaku masa kini..lagipun benda2 macam ni menyusahkan kita membesarkan anak-anak kita..maksud saya bimbang nanti jadi virus tak terkawal..zaman ICT ni 'canggih manggih',takut kita dibuatnya.
Saya setuju pendapat di atas. Duduk sahaja di mana-mana kedai makan, dtg. lah mereka ini menjaja VCD cetak rompak termasuk yang lucah. Tolonglah lakukan sesuatu sebelum masyarkat kita jadi hancur dan kes rogol menjadi-jadi!
No drastic measures would ever be taken. 2 reasons:
1. Malaysia is a democratic country
2. We dont want to teach our children violence.
Then again, If we do take such measures, wouldnt it take measurements to curbe sexual issues as such to a different level? Wouldnt it make a difference?
(You can read the original post regarding this issue at www.herpure-contemplation.blogspot.com )
A blessed day to all.
Then again, If we do take such measures, wouldnt it take *measurements to curbe sexual issues as such to a different level? Wouldnt it make a difference?
* supposed to be measures. Sorry.
ya Allah,berdasarkan artikel, semua pelaku adalah orang lelaki yang dirasuk.. ruang kosong adalah pendidikan ibu bapa terhadap anak lelaki mesti diperkasakan semaksimum mungkin. impak yang timbul apabila terlalu memberi kebebasan kepada lelaki berbuat sesuka hati sejak dari kecil terutamanya dari segi penghormatan terhadap hak orang lain. susah benarkah seorang lelaki menundukkan nafsu seks sendiri?
to nik nazlyne (insanfana),
tu semua orang suspek sajelah..
jgn mandai2 tuduh semua laki camtu
macam kes apesal ramai perempuan jadi pelacur?, apasal ramai laki jadi pencuri?...
Yaallah ramai juga yg jadi mangsakan..
harap2 kematian dia org ni..
ada pembelaan..
harap pesalah yg melakukan kejadian terkutuk tu dpt di bawa ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yg setimpal..kalau boleh gubal kembali hukuman terhadap pelaku seks kanak-kanak..pastikan hukumannya berat..kepada keluarga mangsa banyak-banyak la bersabar..
Dear Sir
I hear all these previous cases, some of whom I have not heard of. It is shocking to hear that such an extend of cases exist and I am yet to wonder if any was solved. Also, what is the punishment that these criminals receive, and are these punishment hard enough to render them not to commit such crimes again? Do these punishment by the goverment instill fear on everyone that they would not even think of doing it. Or perhaps there are too much laid back condition and not much punishment, also too many unsolved cases that made them think, " uh, so what, this girl may just be a statistic and I will get on with my life?"
wahai "ni enylzan"
Ini bukan masalah menuduh kaum lelaki mahupun perempuan.
Allah telah menciptakan lelaki dan perempuan dengan sifat-sifat asas masing-masing.
Salah satu daripada sifat lelaki adalah mempunyai dorongan nafsu yang kuat.
Ini adalah ujian daripadaNya. Macam mana lelaki hendak mengawal hawa nafsu terpulang kepada diri masing-masing. Puasa adalah salah satu tuntutan Allah yang juga salah satu cara untuk mengawal nafsu.
Pembalasan kepada lelaki yang menurut perintah Allah adalah besar kerana di syurga kaum Adam jugalah yang dibalas nikmat yang tak terhingga.
Jadi, janganlah sensitif sangat.
Bila berlaku nya kes kes begini akan berlakulah satu pesta TUNDING MENUNDING, PERBEZAAN GENDER dan macam macam lagi, apakah ini semua dapat menyelesaikan sesuatu MASALLAH.
Biasalah bila dah terhantuk barulah nak terngadah. Itu lah yg dinamakan MANUSIA.
Mempersalahkan sesuatu pihak adalah kepandaian MASYARAKAT kita, jadi banyaklah andaian serta pakar pakar komen yg boleh dianggap sebagai PANAS PANAS TAHI AYAM....
RENUNGKANLAH & FIKIR FIKIRKAN LAH & DEBATKANLAH PERKARA INI.
1. ARAK DIJUAL SECARA TERBUKA DI KEDAI 7-11 (24 JAM) KEPADA SESIAPA SAJA TIDAK MENGIRA BANGSA.
2. PAKAIAN MENDEDAHKAN AURAT SERTA YG SEKSI MEKSI BOLEH DILIHAT DIMANA MANA SAJA.
3. ARTIS SEPATUTNYA MENJADI ROLE MODEL, TAPI BANYAK MENJURUS KEPADA KEROSAKAN AKHLAK BAIK DARI SEGI BERPAKAIAN atau KELAKUAN. BUDAYA KUNING SERTA RAMBUT PANJANG TAK TERURUS DIBANGGAKAN, SELUAR KOYAK RABAK ADALAH FESYEN DEDAH SANA DEDAH SINI.
4. PERGAULAN ANAK MUDA DITAMAN TAMAN BERPELUKAN BERASMARADANA TANPA SEGAN SILU.
5. MAK & BAPA BERPAKAIAN SOPAN DAN BERTUDUNG, TAPI ANAK TERUNA & DARA DIBIARKAN BERPAKAIAN SELUAR KOYAK & KETAT KETAT SEHINGGA MENUNJUKKAN PUSAT DAN LURAH LURAH KEMALUAN.
6. KAUM BAPA BANYAK TERDAPAT DIKARAOKE BERJOGET DAN MINUM ARAK BERKEPIT DGN PEREMPUAN GRO.
7. KAUM IBU BANYAK YG BERPAKAIAN MENJOLOK MATA DEDAH LURAH PAYUDARA KETAT DI BAHAGIAN PONGGONG, DALAM SATU MASA IANYA BERTUDUNG INI DINAMAKAN FESYEN.
8. KONSERT PERCUMA, SURE HEBOH, GEMPAK, TEEN CELEBERITIES, DAN MACAM MACAM KONSERT & GAME/DANCE SHOW YG BANYAK MENJURUS KEPADA GERAK KEGAHRIAH LIOK LENTOK ALA ALA PENARI SEX.
INI ADALAH SEBAHAGIAN SAJA YG DAPAT KITA BUAT RUMUSAN SERTA KITA FIKIR & RENUNGKAN.
Kebanyakkan masyarakat kita tidak peka akan perkara ini, tapi ini adalah satu FAKTOR PENYUMBANG kepada perilaku serta mengarahkan kepada KERUNTUHAN AKHLAK kebanyakkan anak anak muda. Bila ada yg menegur perkara diatas adalah yg berkata "NAK TUNJUK ALIM LAH KONON". Tapi bila berlaku perkara serta kes kes seperti ini, banyaklah juga yg tampil memberi pelbagai pendapat serta idea. Cukupkah dengan MENUNDING JARI mempersalahkan sesiapa saja.
JADI KONGKLUSI NYA ATAU PENDAPAT SAYA ADALAH SENANG AJA....
HUKUM TUHAN "HUDUD" ITU DILAKSANAKAN JANGAN KITA KATA ITU HUKUM LAPUK. SEANDAINYA KITA TAK MAHU HUKUM ITU. MAKA TIDAK MUSTAHIL KES KES YG BEGINI AKAN BERULANG. HUKUM TUHAN ITU KALAU KITA TAK TERIMA MAKA TIADA GUNA NYA KITA SEBAGAI ORG ISLAM, MENGATAKAN ITU HUKUMAN YG DAH LAPOK. INGAT MENENTANG HUKUM YG DITURUNKAN OLEH TUHAN MAKA KITA ADALAH PENENTANGAN KEPADA TUHAN. JADI APA YG BERLAKU SEKARANG INI ADALAH SATU SIGNAL DARI TUHAN BAHAWA HUKUM YG DITURUNKAN ITU ADALAH SATU HUKUM YG ADIL SEADILNYA.
YANG BAIK LAGI BENAR ITU ADALAH DARI ALLAH.
YANG TIDAK BAIK/BENAR ITU ADALAH DARI SIKAP KEALPAAN SAYA.
SALAM SEMUA.
dengan melihat kes kes yang telah berlaku, bagaimana pula dengan penyelesaiannya?..bagaimana kalau hukum islam dijalankan?..
Allah pencipta manusia...Dia yg menurunkan undang2 kepada manusia...bila mana manusia engkar dan membelakangkan hukumanNya dan tidak menjalankan amanahNya..maka kita tidak akan aman.
50 tahun kita merdeka dgn masih menjalankan undang ciptaan manusia..50 tahun berlalu adakah kita makin bertamadun?Setiap orang bertanya kepada diri sendiri..masing masing teraba raba mencari jawapan sedangkan Allah telah turunkan panduannya kepada kita..
Ingat janji Allah ..laksanakan amanahNya nescaya Dia akan memelihara kita..sesungguhNya Dia yang maha mengetahui dan pencegahan dari Allah lah sebaik baik pertolongan yg kita ada...
Anonymous said...
wahai "ni enylzan"
Ini bukan masalah menuduh kaum lelaki mahupun perempuan.
Allah telah menciptakan lelaki dan perempuan dengan sifat-sifat asas masing-masing.
Salah satu daripada sifat lelaki adalah mempunyai dorongan nafsu yang kuat.
Ini adalah ujian daripadaNya. Macam mana lelaki hendak mengawal hawa nafsu terpulang kepada diri masing-masing. Puasa adalah salah satu tuntutan Allah yang juga salah satu cara untuk mengawal nafsu.
Pembalasan kepada lelaki yang menurut perintah Allah adalah besar kerana di syurga kaum Adam jugalah yang dibalas nikmat yang tak terhingga.
Jadi, janganlah sensitif sangat.
September 30, 2007 4:38 PM
wahai anonymous!, bacala dulu ayat nik tu wei... main komen camtu mana adil, pebender ler...
And don't forget the malay girls raped sampai keluar usus juga and the little boy found wth a stick up his anus a few years back...something to do with a navy personnel in Perak...hukuman dia terima? LAMGSUNG TAK SETIMPAL...SEBAB ITU NO ONE IS AFRAID...AN EYE FOR AN EYE PUNISHMENT...ISLAM IS THE BEST...
Nak wat correction skit...noritta yg mati kat kondo tu bukan kena rape.dia tgh "meniaga" la.jika mau kebenaran cari la sendiri.
Assallamualaikum,
I just think the government should stop and block immediately all those pornography websites including child pornography.
wassallam
assalamualaikum........
sama2 lah kita berdoa.. moga2 pembunuh adik nurin jazlin akan dapat ditemui..
apa kata di bulan ramadhan yg mulia ni masjid2 & surau2 mengadakan sembahyang hajat supaya allah permudahkan siasatan polis untuk mencari pembunuh yg sebenar..
moga2 xkan ada lagi "siapa selepas nurin jazlin?"
al-fatihah buat semua mangsa
Bila kau memandang segalanya dari ALLAH,
Yang menciptakan segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuat keinginanmu terhalang & menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu,
kerana masakan DIA sengaja mentakdirkan segalanya utk sesuatu yg sia-sia,
bukan DIA tak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu,
tapi, mungkin itulah yang Dia mahu
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah
untuk dekat dan akrab denganNya
BUAT ABG JAZIMIN, ISTERI & ANAK2
inilah masa untuk melihat diri kita dengan yg maha pencipta, Nurin Jazlin cuma dipinjamkan sekejap kerana ALLAH mahu menguji diri kita yg masih diberi peluang bernafas utk mendekatinya..
AL-FATIHAN UNTUK ARWAH NURIN JAZLIN
~Noritta Samsudin berumur 22 tahun telah dijumpai mati di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2003.~
correction..pompuan ni bukan kna rogol la..kes dia kan dah tutup..dia kan mati sbb asphyxia mase tgh lakuakn sex ganas utk kepuasan diri..inilah balasan tuhan sbb tgh berzina..jgn samakan pompuan mcm ni dgn kes anak - anak kecil yang tak berdosa...
MENDEPANI KEMELUT SEKSUAL
Seandainya isu jenayah seksual diperhatikan secara perbandingan dalam aspek masa dan situasi masyarakat, mungkinkah situasi sebenar keruntuhan nilai agama, moral serta etika dalam masyarakat kita berada di tahap yang lebih buruk?
Adakah kemunculan kes-kes jenayah seksual terutamanya yang melibatkan golongan di bawah umur akhir-akhir ini merupakan kesan utama atau sampingan lunturnya nilai kerohanian sejajar pemodenan gaya hidup masakini?
Jika sebelum ini, kita sering terdedah kepada kes sebegini yang berlaku di kebanyakan negara-negara maju, adakah pertambahan kewujudannya di sini menjadi suatu tanda bahawa negara kita semakin mirip negara-negara maju tersebut?
Persoalan-persoalan ini barangkali lebih mengajak kita berfikir sejenak bagaimana sepanjang tempoh 50 tahun kemerdekaan negara dikecapi, kita sudah punyai tiga atau empat generasi Malaysia yang terbentuk dengan acuan yang sama tetapi berbeza.
Sekitar tahun 50an dan 60an, masyarakat Melayu khususnya masih kuat berpegang kepada adat budaya. Pendidikan anak-anak pada waktu itu lebih banyak dipengaruhi oleh ibubapa, keluarga dan masyarakat kerana faktor sekolah dan sistem pendidikan yang terhad. Maka acuan generasi muda yang terdidik pada era awal kemerdekaan ini tampak masih kuat berpegang kepada nilai kekeluargaan dan adat.
Ini berbeza apabila negara mula memasuki era industri yang bermula sekitar 70an. Jika diimbas kembali waktu itu, trend sosial ala hippies turut meresapi segelintir masyarakat Melayu.
Seterusnya dekad 80an dan 90an muncul dengan idealisme penerapan nilai-nilai Islam yang semakin diberi perhatian, meskipun masih terdapat kekangan dari golongan yang pro-sekularisme.
Pada waktu ini juga, dunia hanya diam melihat negara-negara Islam seperti Turki dan Mesir dilanda arus pemodenan acuan barat yang anti Islamisasi. Hasilnya, terbentuklah generasi muda yang menjadi tunjang masakini.
Dalam mendepani cabaran meniti arus pemodenan, tidak dapat dinafikan terdapat nilai serta norma kehidupan yang menjadi korban perubahan gayahidup yang mengejar kemajuan. Sebahagian pengorbanan ini perlu bahkan mungkin wajib untuk menganjakkan paradigma masyarakat ke arah yang lebih positif dan produktif.
Namun, penipisan nilai hidup bermasyakat seperti yang kita alami dalam kepantasan hidup metropolitan menjadikan sebahagian dari kita bersikap lebih individualistik dan egois sehingga ada yang tidak kenal rupa jiran sebelah rumah.
Tidak mustahil dalam kes Nurin Jazlin ini terdapat mereka-mereka yang hanya sedar beliau adalah anak jiran mereka setelah tersiarnya kisah kehilangannya ogos lalu atau mungkin setelah mayatnya ditemui sebulan kemudian.
Dunia hari ini begitu pantas arus pembangunannya sehingga sebahagian masyarakat kita hanyut tanpa disedari. Masing-masing disibukkan dengan kegilaan yang pelbagai. Ada yang gila mengejar harta, gila menghayati hobi, gila berfoya-foya dan bermacam lagi.
Fenomena obsesif ini bertambah rancak dengan kemudahan mendapatkan maklumat serta jaringan demi mengejar kegilaan masing-masing menerusi teknologi informasi dan komunikasi tanpa batasan sehinggakan pada hari ini sudah tidak hairan lagi jika kita dengar para pelajar sekolah bekongsi pengalaman seks mereka melalui blue tooth telefon bimbit yang rata-rata dimiliki hampir setiap pelajar terutamanya di kawasan bandar.
Jika beginilah keadaannya, tidak keterlaluan menyimpulkan bahawa adalah tidak mustahil permasalahan seksual yang sedang kita depani hanyalah sekelumit atau “tip of the iceberg” dari kemelut masalah sosial yang lebih besar dan parah.
Kemajuan dan pemodenan tidak patut kita persalahkan tetapi sikap serta nilai pertanggungjawaban yang kita amalkan dalam memodenkan gaya hidup masing-masing perlu kita perkukuhkan.
Di sebalik fenomena menipisnya nilai hidup bermasyarakat, masalah serta gejala sosial yang menghambat kita akan terus berganda sekiranya kefahaman dan penghayatan mental dan spiritual terhadap agama terus diamalkan secara sambil lewa.
Pandang sahaja ke barat seperti Amerika dan Eropah. Memang tidak kita nafikan mereka punyai kemajuan, tetapi di sebalik topeng selaku negara moden, masyarakat mereka teruk dibelenggu permasalahan seksual seperti seks bebas dan rambang, sejenis dan luar tabi'e, seks dengan binatang, sado masochism, bondage, incest @ sumbang mahram, fedofilia dan pelbagai lagi istilah seksual yang mereka anggap sebahagiannya hanya sebagai amalan bebas berdasarkan hak individu.
Bagaimanakah proses kita menggapai hala tuju kemajuan yang diidamkan? Majukah kita bila segelintir orang kita punyai citarasa seksual ala barat yang menjengkelkan? Modenkah kita jika orang kita sendiri menjadi mangsa kerakusan dan serakah mereka yang barangkali tinggal selang tiga rumah dari kita?
Negara kita punya wawasan yang begitu gah untuk dicapai. Di atas bahu kitalah tergalas tanggungjawab merealisasikannya. Cemerlangkah kita kalau anak-anak muda kita berpeleseran tanpa batasan? Gemilangkah kita andai masih terdapat saudara-mara kita yang lebih selesa menjadikan nafsu sebagai imam? Terbilangkah kita di saat segala kemelut noda dan dosa mula dianggap biasa oleh generasi yang kita ada? Tepuklah dada...
Yang mengalami sangat sangat sangat derita, kerna aku yg membacapun mengalirkan airmata.
ilmu agama adalah benteng supaya pelaku seks gila tidak berleluasa...sayangnya ramai tidak endahkan apa-apa ...terutama ibu-ibu tidak menerapkan nilai agama yg mendalam sejak kecil lagi...
Post a Comment